Anda di halaman 1dari 5

MESYUARAT JAWATANKUASA

PROJEK MELUKIS MURAL DI MAKMAL SAINS 2



Tarikh : 8 Julai 2014 (Selasa)
Masa : 9.00 pagi 10.30 pagi
Tempat : Bilik mesyuarat SKPS
Pengerusi : Pn Hjh Hafsah Binti Abu Shah
Kehadiran : 5 orang guru pelatih dan 2 guru

Senarai kehadiran:

1. Pn. Hjh Hafsah Bt. Abu Shah
2. Cik Nur Adilah Binti Hamidon
3. Cik Rashidatul Kamilah Binti Samsury
4. Cik Nur Amirah Binti Baijuri
5. CikTengku Intan Mastura Binti Tengku Mohd Ramli
6. Cik Mona Shazreen Binti Mohd Zaini
7. En Hasbullah Bin Arshad

Setiausaha : Rashidatul Kamilah Binti Samsury

Agenda: 1. Ucapan pengerusi
2. Perkara-perkara berbangkit
3. Hal-hal lain
4. Penutup/penangguhan mesyuarat






1. Ucapan Pengerusi
1.1. Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih atas kehadiran semua guru dan
guru pelatih ke mesyuarat projek melukis mural malmal sains 2
1.2. Pengerusi memaklumkan bahawa projek melukis mural akan dijalankan
bermula pada minggu ke dua sebagai memenuhi syarat internship. Diharapkan
projek ini dapat dijalankan mengikut perancangan dan mendapat kerjasama
yang baik daripada semua yang terlibat.
1.3 Pengerusi meminta semua ahli jawatankuasa memikirkan idea lukisan atau
tulisan yang ingin dilukis.
1.4 Setiausaha melakarkan idea-idea yang dicadangkan ke dalam komputer untuk
diperhalusi dan dipilih.
1.5 Pengerusi mengumumkan senarai jawatankuasa kerja induk dan tugas-tugas
sekalian.



JAWATANKUASA INDUK :

Penasihat :
En. Shamsudin Bin Sarip
(Guru Besar Sek. Keb. Parit Setongkat)

Pengerusi :
Puan Hajah Hafsah Bt. Abu Shah
(Ketua Panitia Sains Sek Keb. Parit Setongkat)


JAWATANKUASA PELAKSANA :

Penyelaras Projek:
Pn Wizana Binti Zainal Abidin
Penyelaras Projek Aktiviti :
En Hasbullah Bin Arshad

Setiausaha :
Rashidatul kamilah binti samsury

AJK Tempat :
Nur Amirah Binti Baijuri

AJK Peralatan :
Tengku Intan Mastura Binti Tengku Mohd Ramli

AJK Lakaran dan Hiasan
Mona Shazreen Binti Mohd Zaini
Nur Adilah Binti Hamidon


1.5.1 Setiausaha menyediakan lakaran untuk dipilih dan dilukis dan
mencatat minit mesyuarat.
1.5.2 AJK persiapan tempat menjaga memastikan lokasi yang dipilih
selamat dan dalam keadaan yang baik..
1.5.3 AJK peralatan menyediakan bahan-bahan yang diperlukan dan
memastikan bahan-bahan berada dalam keadaan yang baik.
1.5.4 AJK lakaran dan hiasan melakar lukisan atau tulisan yang dipilih
pada dinding.
1.5.5 Semua AJK mengecat mural pada dinding.


Makluman: Semua AJK


2. Perkara-perkara Berbangkit
2.1 Tarikh projek mural 2014.
2.1.1 Berdasarkan keputusan mesyuarat, projek mural akan dimulakan pada
13hb Julai 2014 (Isnin).
2.1.2 Jangka masa yang diperuntukkan untuk melaksanakan projek ini ialah
satu minggu


Makluman: Semua AJK

3. Hal-hal Lain
3.1 Penyelaras mengingatkan bahawa projek ini dijalankan secepat mungkin supaya
dapat dilaksanakan dengan teratur.
3.2 Penyelaras meminta lakaran idea-idea yang telah dipilih diberi kepada beliau
untuk diteliti dan ditambahbaik.


Makluman: Semua AJK

4. Penutup/Penangguhan Mesyuarat
4.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa
yang hadir dan berharap semua pihak akan memberikan kerjasama bagi
menjayakan projek melukis mural
4.2. Mesyuarat ditangguhkan pada 10.30 pagi.






Disediakan oleh, Disemak oleh,


__________________________ _________________________
(RASHIDATUL KAMILAH BINTI SAMSURY) (PN HAJAH HAFSAH BINTI ABU SHAH)
Setiausaha, Pengerusi,
Projek Melukis Mural, Projek Melukis Mural,
Sk Parit Setongkat Sk Parit Setongkat


Diluluskan oleh,




_________________________
(EN SHAMSUDDIN BIN SARIP)
Guru besar
Sk Parit Setongkat

Anda mungkin juga menyukai