Anda di halaman 1dari 9

RAFFLES UNIVERSITY ISKANDAR

JOHOR BAHRU, JOHOR







KERTAS KERJA CADANGAN PENYELIDIKAN

DIALOG PERADABAN DAN KETAMADUNAN:
STRATEGI DAN KESAN TERHADAP MASYARAKAT

Disediakan oleh:

JANICE YONG JADE LYNN (201420040)
COLIN CHIA SIANG KEAT (201420031 )
PENGENALAN
Di Malaysia, kita mengamalkan sistem demokrasi . Demi keamanan negara kita, penerimaan dan
sikap bertoleransi amat penting semasa hidup dalam masyarakat yang berbilang kaum. Namun,
didapati bahawa segelintir individu tertentu tidak puas hati akan layanan tanpa keadilan diberi. Pada
zaman modenisasi kini, kita amat teruja akan kepentingan Demokrasi, justeru mementingkan hak
Kebebasan Bersuara. Tambahan pula, Kebebasan Bersuara adalah salah satu hak yang paling asas
yang boleh dinikmati oleh setiap orang sebagai tanda rasa hormat terhadap maruah individu.
Walau bagaimanapun, Hak Kebebasan Bersuara yang ditawarkan perlu dijaga dengan baik.
Penyalahgunaan Hak ini oleh sebahagian individu-individu yang tertentu untuk menyatakan ketidak
puas hati tersendiri terhadap status quo Negara. Ini boleh menyebabkan kacau-bilauan persaingan
status antara satu sama lain. Justeru, Hak Kebebasan Bersuara amat penting dijaga dan
dipergunakan supaya kita boleh mengelakkan kebahayaan, risiko dan ancaman disebabkannya.
Kini, dengan kemajuan teknologi dan rangkaian sosial laman web, pengguna diberi
kebebasan untuk meluahkan perasaan masing-masing. Rangkaian sosial seperti Facebook , Twitter
dan sebagainya sering disalahgunakan oleh individu tertentu untuk menyuarakan pendapat mereka
tersendiri pada sesebuah bangsa atau negara sendiri. Sebagai contoh, ada juga segalangan
masyarakat yang mengejek dan memburukan nama Perdana Menteri dan Negara kita sendiri tanpa
batasan. Forum yang diterbitkan senang dilihat oleh khalayak umum cuma dalam satu klik,
melingkungi kandungan dan konteks sensitif melibatkan hal kaum atau Negara. Oleh itu, ia adalah
penting kesedaran masyarakat terhadap isu-isu tersebut sebagai dialog peradaban dan ketamadunan
demi keselamatan dan kedamaian Negara. Bah kata pepatah, Di mana ada kemahuan, di situ ada
jalan. Kajian ini akan membincangkan isu dinyatakan serta mentafsir makna dialog peradaban dan
ketamadunan, strategi dan kesan dialog peradaban dan ketamadunan terhadap masyarakat.








LATAR BELAKANG KAJIAN
Didapati bahawa masyarakat Malaysia dilingkungi kaum yang berbeza dan persefahaman yang
berlainan, justeru boleh mendatangkan cabaran terhadap cara hidup, nilai dan pandangan berbeza
antara satu sama lain. Masyarakat Malaysia boleh dibezakan daripada pelbagai sudut seperti agama,
politik dan sosio-budaya. Dialog dinamakan sebagai dialogue dalam bahasa Inggeris, maksud
interaksi antara dua atau lebih pihak. Dialog boleh mendatangkan perbincangan tentang sesuatu
perkara dengan situasi yang aman dan damai serta mementingkan faktor toleransi antara satu sama
lain. Disebabkan permandangan yang berlainan, persepsi setiap individu adalah subjektif dan
penindasan pandangan terhadap mana-mana pihak terpaksa dijauhi demi dapat keputusan sesuatu
topik yang produktif. Fungsi dialog adalah untuk mencapai matlamat untuk mengetahui sesuatu
perkara dan kebenaran demi kebaikan masyarat.
Di sini, kita akan membincangkan definisi demokrasi dalam konteks dialog. Menurut
Wikipedia, Demokrasi adalah satu bentuk kerajaan di mana semua rakyat yang layak mempunyai
hak samarata dalam membuat keputusan yang melibatkan mereka. Abraham Lincoln (Presiden
Amerika Syarikat ke-16 ( 1861-1865 ) menyebut bahawa "Demokrasi adalah kerajaan rakyat , oleh
rakyat , untuk rakyat. Untuk mencapai dialog yang produktif melalui perbahasan dan komen
mengenai perkara kepentingan awan, hak kebebasan bersuara seperti yang dijamin oleh Perkara 10
(Article 10) dalam Perlembagaan Persekutuan (Federal Constitution) adalah penting bagi setiap
individu.

OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji dan mentafsir dialog peradaban dan ketamadunan, serta
strategi dan kesan terhadap masyarakat. Kajian ini akan menggunakan persidangan yang telah
dijalankan sebagai subjek kajian. Antara objektif kajian adalah seperti yang berikut:
i. Mengkaji kaitan antara tamadun Negara Malaysia dengan Hak Kebebasan Bersuara
(yang dijamin oleh Perkara 10 Article 10 dalam Perlembagaan Persekutuan)
ii. Mewujudkan contoh dan pengajian kes Hak Kebebasan Bersuara dalam Malaysia.
iii. Menyedarkan kepentingan rakyat dan pihak kerajaan untuk menghormati dan
memahami Hak Kebebasan Bersuara sebagai Negara yang Demokratik.
iv. Mengkaji unsur Hak Kebebasan Bersuara (Perkara 10).

KEPENTINGAN KAJIAN
Kajian ini diharapkan membawa sumbangan kepada beberapa pihak dari segi:
i. Menyedarkan kepentingan rakyat dan pihak kerajaan untuk menghormati dan
memahami Hak Kebebasan Bersuara sebagai Negara yang Demokratik.
ii. Mewujudkan masyarakat Malaysia yang bertamadun, jelas dan mengikuti peraturan
Negara supaya rakyat boleh hidup dengan aman dan damai.
iii. Menyedarkan bahawa percanggahan di Hak Kebebasan Bersuara boleh menyebabkan
rakyat tidak berani untuk bersuara biarpun mereka demi kebaikkan sesebuah Negara.
Setiap masalah ada cara untuk diselesaikan. Justeru, ia adalah penting bahawa percanggahan
Hak Kebebasan Bersuara ini boleh difahami dan dibincangkan dengan dialog dan bukan
menyokong rakyat untuk membesarkan atau merumitkan topic ini dengan keganasan atau sesi
bantahan (protest).

SKOP KAJIAN
Memandangkan dialog peradaban dan ketamadunan mempunyai aspek yang luas serta pelbagai
strategi dan kesan terhadap masyarakat, kajian ini terhad kepada beberapa perkara seperti yang
berikut:
i. Kajian ini memberi tumpuan atas implikasi hubungan antara Hak Kebebasan Bersuara
rakyat dengan peradaban dan ketamadunan sesebuah negara.
ii. Kajian ini mengenai Hak Kebebasan Bersuara Malaysia yang dijamin oleh Perkara 10
dalam Perlembagaan Persekutuan.
iii. Kajian ini memberi tumpuan atas contoh individu yang dihukum semasa memberanikan
diri bersuara biarpun demi kebaikan dan kemajuan Negara.








KAJIAN-KAJIAN LEPAS
Setiap dialog dan undang-undang yang sedia ada adalah untuk mengawal dan melindungi rakyat.
Namun semasa perubahan kuasa politik,didapati peningkatan dalam penyalahgunaan undang-
undang. Undang-undang adalah bertujuan untuk melindungi dan bukan bertujuan untuk digunakan
sebagai ancaman politik terhadap orang-orang yang kurang berkuasa dan tidak sepatutnya
disalahgunakan oleh mana-mana pihak. Demi membangunkan Negara yang bertamadun, rakyat
mesti mematuhi undang-undang untuk meningkatkan negara kita sebagai sebuah negara yang
harmoni, aman dan berorientasi demokratik. Yang berikut adalah contoh unsur Hak Kebebasan
Bersuara yang dijamin di Perkara 10 dalam Perlembagaan Persekutuan (dalam Bahasa Inggeris):-

Article 10 Federal Constitution
(1) Subject to Clauses (2), (3) and (4) -
(a) every citizen has the right to freedom of speech and expression;
(b) all citizens have the right to assemble peaceably and without arms;
(c) all citizens have the right to form associations.

Perkara 10 (1) menjamin kebebasan bersuara , hak untuk berhimpun secara aman dan hak untuk
membentuk persatuan kepada setiap warganegara Malaysia. Walau bagaimanapun , daripada kajian,
didapati bahawa artikel ini tidak diamalkan sepenuhnya di Malaysia. Didapati bahawa jaminan
diberi istilah Kebebasan Bersuara" amat bercanggah dengan situasi realiti. Penyataan ini rujuk
kepada beberapa kes berunsur Hak Kebebasan Bersuara di Malaysia. Rakyat Malaysia berhutang
budi akan pengkritik dan individu yang berani untuk menyuarakan kebenaran dan pendapat untuk
meningkatkan standard tanah air sendiri, sebagai contoh, Syed Akbar Ali, penulis To Digest A
Little (Julai 2005) telah menyebabkan pelbagai perbincangan atas penilaian beliau yang jujur
bersuara demi kemajuan Malaysia. Selain itu, ada juga kes lain yang melibatkan individu jujur
bersuara akan pendapatan mereka seperti pada tahun 2007, blogger Nathaniel Tan ditahan polis
disebabkan member komen dalam blog beliau berkaitan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR),
penyiasatan terhadap Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Johari Baharom. Selain itu,
Raja Petra Kamaruddin, pelancar laman web Malaysia Today, mendedahkan beberapa kes rasuah
dan penyalagunaan kuasa oleh kerajaan, penyanyi lagu Negarakuku Namewee, ahli Parlimen
Seputeh Teresa Kok, kes Hindraf 5 dan lain-lain.
PENUTUP
Pembinaan tamadun sesebuah Negara bukan sesuatu yang mudah. Rakyat kena berganding bahu,
bekerjasama, saling bertoleransi antara satu sama lain sebagai satu bangsa untuk memajukan
Negara. Penudingan jari tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah, tapi usaha bekerjasama untuk
menyatu padukan rakyat Malaysia dengan fikiran dan tindakan yang menjurus kepada satu
matlamat, satu Negara dan satu bangsa. Interaksi yang positif dan dialog untuk memajukan Negara
amat penting dan digalakkan atas setiap rakyat untuk menyedar diri akan kepentingan isu semasa
dan semangat kesatuan bangsa di Negara tersendiri.

RUJUKAN
1) Chang, J. (2012, May 21). Evidence to the contrary- freedom of speech Malaysian style.
Archuleta Avenue Msia. Retrieved November 10, 2012 from
http://archuletavenue.wordpress.com/2012/05/21/evidence-to-the-contrary-
freedom-of-speech-malaysian-style/
2) Loy, J. (2012). Freedom of Speech on the Net- An Illusion or Reality? Skrine.
Retrieved November 10, 2012 from
http://www.skrine.com/freedom-of-speech-on-the-net--an-illusion-or-reality
3) Zahiid, S.J. (2012, September 26). Najib says law reforms show hes pro-human rights.
Free Malaysia Today news. Retrieved November 10, 2012 from
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/09/26/najib-says-law-
reforms-show-hes-pro-human-rights/
4) Washington G. (2012). George Washington. Good Reads.
Retrieved November 10, 2012 from
http://www.goodreads.com/author/show/4356.George_Washington
5) Andrew H. (1996) Government and the Constitution of Malaysia,
Malayan Law Journal Sdn Shd, Kuala Lumpur, page 189.
6) Wikipedia. (2012, 16 January). Malaysia and the club of Doom.
Retrieved November 10, 2012 from
http://en.wikipedia.org/wiki/Malaysia_And_The_Club_Of_Doom


7) Yan L.K. (2008, September 26). Marina Yusoff fined RM5,000 for seditious speech.
May 13, 1969 TRUTH & RECONCILIATION. Retrieved November 10, 2012 from
http://may131969.wordpress.com/2008/09/26/32/
8) Bernama. (2000, January 14).Opposition leaders, editor arrested.
BBC Summary of World Broadcasts.
9) Charles L. , Samy F. & Muthiah W. (2009, August 31).
Hisham:Create racial tension and youll pay dearly". The Star Online.
Retrieved November 10, 2012 from
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2009/8/31/nation/4622323&sec=nation
#13525338479322464&if_height=175
10) Parkins,K. (January 1999). The Trial of Lim Guan Eng.Amnesty International.
Retrieved November 10, 2012 from
http://home.clara.net/heureka/sunrise/lim-guan.htm
11) Chooi C. (2012, January 20). Appeal Court reverses Karpals sedition acquittal,
orders defence. The Malaysia Insider. Retrieved November 10, 2012 from
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/appeal-court-reverses-
karpals-sedition-acquittal-orders-defence/
12) The Star Online. (2008, September 19). Blogger Sheih Kickdefella under 24-hour remand.
Retrieved November 10, 2012 from
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/9/19/courts/2064905&sec=courts
13) Shari I. (2007, July 23). Umno lodges police report against Malaysia Today. The Star
Online. Retrieved November 10, 2012 from
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/7/23/nation/20070723150930&sec=nation#
1352544058906111&if_height=175
14) Leong, C.K. (2008, May 6). Raja Petra charged, chooses jail over bail. Malaysia Kini.
Retrieved November 10, 2012 from http://www.malaysiakini.com/news/82386
15) Syed Putra S.M.(2010, October 19). Selangor to proceed with temple in Section 23.
The Malaysian Insider. Retrieved November 10, 2012 from
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/selangor-to-proceed-with-
temple-in-section-23/

16) Leading Malaysian Neocon. (2009, September 1). Hishammuddins Merdeka Message:
UMNO and I Will Pay Dearly For Creating Racial Tension. Retrieved November
10, 2012 from http://scottthong.wordpress.com/tag/keris-controversy/
17) Harrytan81. (1999, September). The Official Secrets Act (OSA) 1972 for ISA.
Amnesty International. Retrieved November 10, 2012 from
http://www.scribd.com/doc/47513539/25/C-The-Official-Secrets-Act-OSA-1972
18) KN Segara J. (2004, April 15). Mohammad Ezam vs Public Prosecutor. High Court Of
Malaya. Retrieved November 10, 2012 from
http://www.ipsofactoj.com/highcourt/2004/Part2/hct2004(2)-014.htm
19) Tan N. & Chua T. (2007, July 16). Blogger Arrested Under Official Secrets Act,
another under investigation; symptomatic of clampdown on online expression,
says SEAPA.IFEX The global network for free expression. Retrieved November 10,
2012 from http://www.ifex.org/malaysia/2007/07/16/blogger_arrested_under_official
20) Saravanamuttu, Johan. REPORT ON HUMAN RIGHTS IN MALAYSIA. Aliran.
Retrieved November 12, 2012 from http://www.aliran.com/oldsite/hr/js1.html
21) Syed Noh, S.I. (2008, September 15). Memorandum to Malaysian Human Rights
Commission (SUHAKAM). Retrieved November 12, 2012 from
http://hrforall.wordpress.com/abolish-the-isa-its-an-affront-to-human-rights/
22) Malaysia Today. (2008, September 13). Retrieved November 12, 2012 from
http://mt.m2day.org/2008/content/view/12599/84/
23) Shukry, A. (2012 September 13). Beaten Everyday for 60 days.
Free Malaysia Today news. Retrieved November 12, 2012 from
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/09/13/beaten-every-day-
for-60-days/
24) Malaysia Today. (2007, December 30). The Internal Security Act allows Malaysia to
imprison suspects without trial for up to five years. Retrieved November 12, 2012
from http://malaysia-today.net/archives/archives-2007/469-the-internal-security-
act-allows-malaysia-to-imprison-suspects-without-trial-for-up-to-five-years

25) Malaysia Today. (2012, October 2). Five awarded Rm4.06mil over unlawful detention
under ISA. Retrieved November 12, 2012 from
http://malaysia-today.net/mtcolumns/newscommentaries/51919-five-awarded-
rm406mil-over-unlawful-detention-under-isa
26) The May 18 Memorial Foundation. ( 2008, September 19). GERAKAN MANSUHKAN
ISA (Abolish ISA Movement). Retrieved November 12, 2012 from
http://eng.518.org/ease/board.es? mid=a50501000000&bid=0028&act=view&list
_no=22

Anda mungkin juga menyukai