Anda di halaman 1dari 3

Tujuan membaca

Membolehkan murid mengenal huruf,


menyebut nama dan bunyi huruf.
Melatih murid membaca dengan
sebutan, tekanan, nada dan intonasi
yang betul.
Membina kebiasaan menuturkan
ayat-ayat yang gramatis sebagaimana
dalam bahan bacaan yang dibacanya.
Melatih murid membaca secara
senyap dan pantas di samping dapat
memahami isi yang dibaca dengan
pantas juga.
Melatih murid memetik isi-isi bahan
bacaan dengan cepat dan tepat dan
menyatakan semula kepada orang
lain dengan ayat yang betul dan boleh
difahami dengan mudah.
Menanamkan kemahiran untuk
menjelaskan makna perkataan dan
ayat-ayat dengan cepat, jelas dan
tepat.
Menghidupkan minat suka
menyiasat dan mendalami
maksud yang dibaca.
Meluaskan kosa kata, mengenal
pasti perbezaan maknanya dalam
konteks yang berbeza.
Menambahkan ilmu
pengetahuan.
Membina kebolehan menilai,
mengulas dan mengkritik bahan
yang dibaca dengan jujur.
Membetulkan pengetahuan sedia
ada yang salah.
Memudahkan mereka
menyelesaikan masalah seharian
yang melibatkan diri sendiri dan
masyarakat.
Membina sikap, cita-cita dan
fikiran yang terbuka dan positif.