Anda di halaman 1dari 2

Ruj. Kami: IPG KAMPUS PM 144.

5/29 JLD 2 ( )
Tarikh : 14 Januari 2013



Pengurus,
Hotel Hang Tuah City Melaka
75400 Melaka

Tuan,

Kebenaran Mengadakan Program Pendedahan Terapi Hidro


Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa guru pelatih dari IPG Kampus Perempuan Melayu unit PISMP
Pendidikan Khas Ambilan Januari 2011 ingin mengadakan Program Pendedahan Terapi Hidro.
Lawatan ini bertujuan untuk menambahkan pengetahuan dan mempelajari teknik-teknik yang
berkesan dalam memberi input serta membina keyakinan diri murid yang mengalami masalah
pembelajaran. Lawatan ini juga adalah untuk memenuhi salah satu aktiviti yang terkandung dalam
proforma subjek PKU 3109 ( Terapi Dalam Pendidikan Khas ) yang dipelajari pada semester ini.


3. Sehubungan dengan itu, disertakan butiran lawatan seperti di bawah :

Nama Program : Program Pengalaman Terapi Hidro
Tarikh : 25 Januari 2013
Masa : 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari
Tempat : Hotel Hang Tuah City Melaka

Penyertaan :

Pensyarah : i) Encik Azman Bin Nordin
ii) Encik Mohamed Mustafa Bin Abdul Aziz
Pelajar : PISMP Pendidikan Khas Ambilan Januari 2011
( 17 orang, Rujuk Lampiran )
Anjuran : Jabatan Pendidikan Khas, IPG Kampus Perempuan
Melayu, 75400 Durian Daun, Melaka.


4. Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan kami dahulukan dengan ucapan terima
kasih.

Sekian.









BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
CINTAILAH BAHASA KITA

Yang benar,

.................................................
(TUMERAH BINTI ROSMIN)
Pengarah,
IPG Kampus Perempuan Melayu,
Jalan Maktab,
75400 Durian Daun,
Melaka.

s.k. 1. Fail JPK
2. KJPK
3. Fail Kursus PKU 3109