Anda di halaman 1dari 5

Sekolah Kebangsaan Jalan Datuk Palembang

Bukit Baru, Melaka.




LAPORAN

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB
SOALAN SAINS UPSR 2014


TARIKH : 15 MAC 2014 (SABTU)
MASA : 8.00 2.00 PM
TEMPAT : DEWAN SK (P) METHODIST 1

PERASMI : -


ANJURAN:
SK (P) METHODIST 2





PELAPORAN PROGRAM
NAMA PROGRAM BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SOALAN SAINS UPSR
TARIKH 15 MAC 2014
TEMPAT DEWAN SK (P) METHODIST 1
PESERTA SEMUA GURU SAINS TAHAP 2 SKJDP & 10 MURID TAHUN 6
ANJURAN SK (P) METHODIST 2
FASILITATOR PN ROSNANI BT GHAZALI (SK CONVENT TANAH RATA)

PELAKSANAAN PROGRAM
SECARA RINGKAS

Bengkel ini bermatlamat membantu murid menguasai teknik
menjawab soalan UPSR Sains dengan betul dan tepat seterusnya
meningkatkan prestasi subjek sains sekolah. Melalui bengkel ini
murid dapat mengenali format dan bentuk-bentuk soalan yang iras
UPSR. Ini akan memberi keyakinan kepada murid-murid tahun 6
untuk menghadapi peperiksaan UPSR.

Semua guru sains tahap 2 SKJDP dan 10 orang murid tahun 6
dijemput untuk menghadiri bengkel ini. Beberapa sekolah lain juga
turut dijemput seperti SK(P) Methodist 1 dan SK Tengkera.
Fasilitator bengkel ini merupakan Guru Cemerlang Sains dan
berpengalaman luas dalam penandaan kertas UPSR. Ceramahnya
yang bersahaja tetapi padat dengan ilmu dapat menarik perhatian
murid sehingga ke akhir program.

Program dimulakan dengan teknik menjawab soalan bahagian B
selama 2 jam. Selepas rehat, bengkel diteruskan dengan teknik
menjawab soalan bahagian A selama 1 jam. Sesudah itu, semua
murid bersurai manakala guru dijemput untuk slot Perbengkelan
bersama Guru. Dalam slot ini, guru berpeluang berbincang bersama
fasilitator dan juga guru sains sekolah lain tentang teknik mengajar
sains berkesan.

Diharap program sebegini dianjurkan lagi pada tahun-tahun
mendatang memandangkan ia banyak membantu murid menguasai
teknik menjawab dan juga membantu guru memperkasakan teknik
mengajar subjek ini.


ISU / MASALAH

Murid SKJDP lambat memberi reaksi terhadap soalan yang ditanya
penceramah kerana mereka terbiasa menjawab soalan dalam
bahasa Inggeris. Ceramah pula hanya diberi dalam bahasa Melayu.


CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN

Fasilitator bengkel teknik menjawab perlu menggunakan dwibahasa
memandangkan soalan UPSR juga boleh dijawab dalam dwibahasa.
Murid yang terbiasa menggunakan bahasa Inggeris akan lebih
berkeyakinan untuk mengambil bahagian dalam perbengkelan.




Disediakan :


( ZAWIAH BT ABDULLAH )
Setiausaha,
Panitia Sains SKJDP.
Disahkan oleh :


( DATIN HAJAH NORISHAH BINTI HARUN )
Guru Besar,
SK Jalan Datuk Palembang.
Bukit Baru Melaka.

Tarikh :

Cop Rasmi





















LAMPIRAN BERGAMBAR










Murid murid SKJDP yang terlibat.










Guru-guru Sains tahap 2 SKJDP yang terlibat.



















Bengkel menjawab soalan sains UPSR










Slot Perbengkelan Bersama Guru

Anda mungkin juga menyukai