Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal

Minggu Internship
Tarikh Peristiwa
Tajuk Jurnal
:
:
:
:

Ke-2
Kedua
13 Julai- 17 Julai 2014
Melaksanakan projek pertama

Tugas pertama yang saya laksanakan adalah menjadi guru rumah sukan rumah
merah bersama beberapa orang rakan guru yang lain. Ini merupakan pengalaman baru
yang amat bermakna kepada saya.
Pada minggu ini, saya telah menyiapkan kertas kerja untuk projek. Selain itu,
pengalaman sebagai guru rumah sukan amat memberi makna kepada saya dalam
menajamkan lagi kemahiran-kemahiran dalam menjadi seorang guru yang cemerlang.
Selain itu, tahap keyakinan saya dalam berucap di kalayak ramai dapat ditingkatkan
dengan latihan seperti ini.
Kali pertama bertugas saya sebagai seorang guru rumah sukan. Saya telah
melatih murid-murid bagi acara olahraga dan jaring gol. Saya telah memberi semangat
yang tinggi kepada murid-murid rumah merah. Saya ditugaskan sebagai hakim untuk
acara saringan iaitu acara jaring gol. Saya perlu bertanya dan berhubung dengan guru-
guru bertugas yang lain kerana tidak mengetahui prosedur dan proses memberi mata
dan menentukan kedudukan rumah tanpa berat sebelah. Dengan bantuan guru-guru
bertugas yang lain masalah ini dapat di atasi dengan baik.
Disamping itu, pada hari Rabu kami juga terlibat dengan pertandingan kuiz
matematik iaitu salah satu projek kami di sekolah. Pengalaman yang menarik seperti ini
menjadikan sesi internship kali ini lebih menyeronokkan.

Disemak oleh Guru Pembimbing


Tandatangan :
Nama :
Tarikh :

Disemak oleh Pensyarah Pembimbing


Tandatangan :
Nama :
Tarikh :

Anda mungkin juga menyukai