Anda di halaman 1dari 5

PERANAN REMAJA DAN CABARANNYA ..

"Remaja tunggak negara", "Remaja hari ini adalah pemimpin hari esok"
dan "Pemuda harapan bangsa" adalah sebahagian ungkapan yang sering
kita dengar tentang remaja.Ia merupakan satu kenyataan yang tidak
boleh dinafikan oleh golongan remaja, baik lelaki mahupun
perempuan.Merekalah yang bakal mengambil alih pucuk kepimpinan
negara, negeri, daerah, kampung, kawasan, tempat kerja atau pun
setidak-tidaknya sebagai ketua keluarga apabila sudah berumah
tangga.

Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: Setiap daripada kamu
adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap mereka yang di
bawah jagaannya. Pemimpin negara bertanggungjawab ke atas
rakyat di bawah pemerintahannya; seorang lelaki adalah pemimpin
dan bertanggungjawab terhadap keluarganya; seorang wanita adalah
penjaga rumah suami serta anak-anaknya; seorang hamba
bertanggungjawab terhadap harta tuannya; kamu semua adalah
pemimpin dan bertanggungjawab ke atas mereka yang dalam jagaan
kamu. (riwayat Bukhari)

Oleh itu, setiap daripada kita mempunyai tanggungjawab termasuklah
para remaja. Secara umum, remaja biasanya dianggap sebagai
kelompok usia peralihan antara anak-anak dan dewasa, iaitu antara
usia 12 hingga 20 tahun atau mungkin lebih.

Sebagaimana yang kita ketahui, remaja sekarang banyak yang
terpengaruh dengan rakan-rakan, saudara mara, jiran tetangga dan
masyarakat sekeliling yang menyebabkan berlakunya perubahan
terhadap diri mereka terutamanya sikap.

Perubahan yang positif amat disyukuri tetapi bagi yang tidak
mencukupi didikan agama, mereka mudah dipengaruhi oleh gejala-
gejala negatif yang bukan sahaja boleh merosakkan diri sendiri bahkan
masyarakat sekeliling juga akan turut sama musnah sedikit demi
sedikit.Nasihat demi nasihat diberikan. Fakta demi fakta dibuktikan.
Semuanya untuk merubah golongan yang bergelar remaja supaya
bersiap sedia dengan apa sahaja keadaan dan dapat membezakan
antara yang baik dan yang buruk.

Apakah generasi kita benar-benar faham akan tanggungjawab mereka
untuk mendambakan masa depan dengan desakan perubahan yang
mungkin akan lebih drastik dan hebat?

Bersediakah mereka dengan apa jua keadaan yang akan
berlaku?Budaya Barat yang bersalut dengan kekufuran dan
kemaksiatan sentiasa mengalir melalui media elektronik, termasuk
juga video lucah yang menjadikan remaja sebagai sasarannya.Apakah
remaja hari ini menyedari bahawa mereka sedang melalui satu jalur
perubahan yang semakin menjadikan mereka lupa kepada siapa
mereka menyandarkan kerisauan dan keresahan mereka?Sedarkah kita
bahawa generasi muda yang kita anggap sebagai penyambung warisan
kita turut terkeliru dalam pengertian sebenar kehidupannya?

Remaja amat memerlukan bimbingan dan panduan yang betul untuk
menjadi individu cemerlang dan bukan sahaja berguna kepada diri
sendiri, malah juga kepada agama, bangsa dan juga negara.Oleh hal
yang demikian, remaja seharusnya bersedia menyertai apa-apa
program yang berbentuk kepemimpinan sama ada di peringkat sekolah
ataupun oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Seperti yang kita sedia maklum, remaja sering berhadapan dengan
pelbagai cabaran dalam bermacam-macam situasi. Remaja harus
membuktikan bahawa mereka mampu mengiringi arus globalisasi yang
kian rancak mendominasikan nilai kemanusiaan.

Kita tidak mahu adanya keciciran di kalangan remaja yang boleh
merencatkan pembangunan bangsa. Dengan itu, didikan perlu diberi
sebelum mereka mencapai tahap umur yang dipanggil remaja.

Tidak ada sesiapa pun didalam dunia ini yang boleh lari daripada
tanggungjawab masing-masing walau dalam apa jua keadaan. Sebagai
pelajar, maka menjadi tanggungjawab mereka untuk belajar.

Sebagai anak, mereka juga ada tanggungjawab terhadap kedua ibu
bapa. Sebagai abang, kakak, adik, kawan, jiran dan berbagai-bagai lagi
tanggungjawab yang boleh dipikul oleh seorang remaja.

Oleh itu, sedarilah bahawa setiap orang mempunyai tanggungjawab
yang berbeza-beza yang harus dipikul dengan sebaik-baiknya.Remaja
memainkan peranan penting dalam menentukan maju atau mundurnya
suatu bangsa.Malah remaja menjadi tunggak harapan negara. Remaja
juga disebut sebagai generasi penerus yang berperanan penting dalam
perjuangan bangsa dan negara. Zaman remaja adalah masa muda
dalam kehidupan yang penuh dengan tenaga, harapan dan semangat.


Pemuda adalah barisan pemimpin pelapis negara yang akan
mencorakkan landskap negara masa depan. Jikalau rosak akhlak
remaja hari ini, bermakna pemimpin negara yang akan datang juga
terdiri dari mereka yang tidak berkualiti dan tidak
bermoral.Disebabkan inilah remaja hari ini mesti diberi bimbingan dan
didikan serta pengetahuan yang cukup sebagai persediaan membina
barisan pelapis pemimpin negara yang berwibawa.Persediaan awal ke
atas remaja mestilah memfokuskan kepada tiga peranan yang utama
iaitu remaja sebagai individu, remaja sebagai anak dan remaja sebagai
ahli masyarakat.


Gejala sosial di kalangan remaja masa kini
Gejala sosial yang melibatkan golongan remaja bukan sahaja menimpa remaja kelas bawahan,
malahan membabitkan kelompok remaja kelas menengah dan atasan. Pada umumnya, gejala ini
timbul kerana golongan remaja tidak mempunyai tempat mengadu dan tidak diurus dengan saksama
lagi bijaksana
Sesetengah ibu bapa harus mengakui bahawa mereka tidak mempunyai kemahiran dalam mendidik
anak-anak. Kemahiran mengasuh meliputi kefahaman terhadap jiwa remaja, menangani kesihatan
mental dan emosi anak-anak muda serta penguasaan terhadap perkembangan terkini. Mereka perlu
dididik bahawa jiwa remaja kini tidak sama dengan jiwa mereka sewaktu remaja. Interaksi dengan
anak-anak tidak lagi bersifat sehala. Pandangan bahawa `ibu dan bapa kemudian anak-anak tidak
lagi terpakai. Sebaliknya ibu bapa perlu memahirkan diri menjadi `rakan anak-anak. Kemahiran
mendengar dan berbincang dengan anak-anak perlu dipupuk. Konsep membuat keputusan untuk
anak remaja juga tidak lagi boleh diamalkan. Sebaliknya gaya berbincang nyata lebih berkesan
Ibu bapa harus peka dan membantu remaja dalam memahami perubahan fizikal dan seksual mereka.
Mereka perlu dibantu apabila terdapat ledakan kebolehan intelektual. Perubahan tersebut mendorong
remaja membebaskan diri daripada kongkongan ibu bapa dan sebaliknya mereka mahu membina jati
din sendiri. Pendidikan daripada alam kanak-kanak kepada remaja menjadikan emosi dan psikologi
mereka mulai bebas. Jika ibu bapa masih mengamalkan konsep melindungi dan bukannya tempat
meluahkan masalah, remaja akan kelihatan bermusuh dengan ibu bapa kerana jiwa mereka tidak
difahami. Peristiwa yang menimpa remaja Sufiah Farouq (remaja pintar di Oxford) merupakan suatu
contoh bahawa remaja tidak boleh dikongkong oleh ibu bapa.
Guru di sekolah pula bukanlah sekadar pembimbing akademik, tetapi harus menjadi rakan kepada
remaja. Guru yang diingati oleh remaja ialah guru yang boleh dibawa berbincang dan sama-sama
menyelesaikan masalahnya. Guru yang hanya memerintah akan diingati sebagai `pemerintah dan
tidak didekati. Hasilnya, arahan akademik bukan sahaja tidak dipatuhi bahkan mewujudkan
pemberontakan antara pelajar dengan gurunya. Ini pula akan menyebabkan pelajar tidak mempunyai
minat terhadap proses pembelajaran.
Pihak berkuasa pula tidak boleh mengharapkan remaja menjauhi kehidupan bebas dan liar, tetapi
pada masa yang sama turut menyediakan ruang untuk perkara seperti minuman arak, seks bebas
dan penagihan pil ecstacy berlaku dengan mudah. Persekitaran tidak sihat hares dibanteras, seiring
dengan usaha pembentukan remaja itu sendiri. Gejala remaja gemar menonton video lucah misalnya,
tidak boleh dituding semata-mata kepada ibu bapa dan guru. Dalam hal ini, adakah ibu bapa dan
guru hares disalahkan, sedangkan bahan untuk tontotan lucah berlambak bebas di pasaran tanpa
kawalan?
Media pula mesti mengawal penyiaran secara eksklusif dan besar-besaran tentang keruntuhan
akhlak remaja tanpa membantu untuk mengawalnya. Sebaliknya remaja yang berjaya mesti sering
ditonjolkan di media massa sebagai motivasi untuk diteladani. Hal-hal mengenai kreativiti remaja
mesti seringdiperbanyak berbanding liputan mengenai aksi dan perangai negatif mereka.
Sesungguhnya, pelbagai gejala negatif berleluasa di kalangan remaja hari ini. Oleh itu, semua pihak
perlu bekerjasama membanteras fenomena ni agar tidak timbul masalah sosioekonomi yang lebih
serius
Budaya Barat

Fesyen seperti punk dan rap menjadi ikutan remaja kita.
Gangsterism
Masalah gangsterism di kalangan pelajar sekolah juga
amat membimbangkan.
MAT REMPIT
Mat rempit ialah gelaran yang diberikan kepada penunggang motosikal yang bersikap buruk dan
menunggang secara membabi-buta di jalan raya terutamanya pada waktu malam. Mereka
menunggang tanpa memikirkan keselamatan diri sendiri, apatah lagi pengguna jalan raya yang lain.
Gaya Mat Rempit

Merbahayakan diri dan nyawa
Padahnya merempit....

Inilah akibatnya apabila terlebih rempit.
( sambungan gambar )
Kegembiraan diakhiri dengan kematian yang
mengerikan.
Minum Arak

Kini seolah-olah menjadi minuman biasa tanpa memikirkan halal haramnya.
Bohsia

Melepak dan berfoya-foya di antara lelaki dan perempuan tanpa mengira masa dan tempat.

Anda mungkin juga menyukai