Anda di halaman 1dari 9

SAYANG IBU BAPA

(Lompat Si Katak Lompat)


Aku punya ibu
Aku punya bapa
Ibu aku baik
Bapaku rajin sekali

Aku sayang ibu
Aku sayang bapa
Aku sayang aku sayang
Aku sayang mereka.

Ciptaan : M.Nizam,Loloq Ki,.Said
MARI BELAJAR
( katak si katak lompat )
Marilah kawan-kawan,
Mari kita belajar,
Kenallah A, B, C,
Bilang 1, 2,dan 3,

Bila guru mengajar,
Jangan main-main,
Guru tunjuk ajar,
Jangan kita ingat lain.

Sebutlah A.,
Sebutlah B..,
Sebutlah A,.. B.. Dan C..,
Janganlah leka lagi ( 2 x )
Nanti kita rugi.

( Ulang 2 kali )
Lirik : ksu, k. ani, romi, yati,k .roh kursus muzik 12/04/06 )
MARI BACA BUKU
( melodi : Tanya Sama Pokok )
Petik buah rambai
Panjat pokok duku
Mari ramai-ramai
Bacalah buku

Rajin baca buku
Jadi orang pandai
Kalau ada ilmu
Dipandang mulia

Ciptaan : ( Masri, Wan,
Nor, Tai, Sara, Ma,
Zun )
Jadikanlah buku
Teman hidup kita
Bacalah selalu
Dimana-mana

Biar orang kata
Kita ulat buku
Jangan jadi sampai
Macam ulat bulu

BUNGA
(Clementine)
Bunga Raya 2x
Bunga Raya namanya
Merah kuning putih oren
Kelopak ada lima

Bunga Raya 2x
Ada di mana mana
Tak berbau cantik rupa
Lambang negara kita

Ciptaan : ( Masri, Wan, Nor, Tai,
Sara, Ma, Zun )

Tajuk : Bentuk
( Melodi : Are You Sleeping )
Mana bulat ( 2x)
Sini saya ( 2x)
Apa khabar kamu
Khabar baik saja
Sembunyi ( 2x)

Mana segitiga ( 2x)
Sini saya ( 2x)
Apa khabar kamu
Khabar baik saja
Sembunyi (2x)


Mana segiempat ( 2x)
Sini saya ( 2x)
Apa khabar kamu
Khabar baik saja
Sembunyi ( 2x)

Nukilan : Nor, Dah, Ika, Ani,
Na & Sara PSPN PK 06

HAIWAN
( MELODI : ANAK TUPAI )
Ada seekor anak lembu
Ditengah padang
Kaki empat ekor panjang
Jalan pagi petang ( 2x )

Kejadian Tuhan
Dinamakan ayam
Kakinya ada dua
Untuk cari makan

Ayam makan padi
Tiap-tiap hari
Kalau hendak pandai
Belajar hari-hari ( 2x )

Ciptaan : Masri, Wan, Nor, Tai, Sara, Ma,
Zun )
TAJUK : KELUARGA SAYA
( MELODI YOU ARE MY SUNSHINE)
Saya ada ibu dan ayah
Abang dan kakak juga adik
Saya sayangi keluarga saya
Sayang-sayang semuanya

Ayah saya baik hatinya
Ibuku sangatlah penyayang
Kami amatlah rasa bersyukur
Hidup aman bahagia

Nukilan : (Nor, Dah, Ika, Ani, Na
& Sara PSPN PK 06)
BURUNG RAJA UDANG
(Buai Laju-Laju)
Burung Raja Udang
Singgah atas pokok
Keluar cari makan
Pagi sampai petang

Hari sudah senja
Rasa ingin pulang
Perut sudah kenyang
Hati jadi riang
MAKANAN LAUT
(Tanya Sama Pokok)
Mari kawan-kawan
Kita kenal haiwan
Udang, ketam, ikan
Perlu dimakan

Banyak khasiatnya
Badan jadi sihat
Adik jadi kuat
Boleh angkat berat