Anda di halaman 1dari 2

Bengkel Riong: Cara mengekalkan kilauan kereta

MEMANG ada orang malas membasuh kereta dengan


alasan tiada masa. Kebanyakannya menghantar ke tempat
cucian kereta dan membayar antara R5 dan RM10 sekali cucian.
Ada juga yang tidak berminat menjaga kebersihan
bahagian dalam kereta hingga ada kanak-kanak menyindir
sarang tikus dengan surat khabar, selipar, plastik dan
bungkus gula-gula berselerak di sana-sini.
Namun, ramai juga yang rajin mencuci kereta sekurang-kurangnya
seminggu sekali sambil melihat minyak hitam, air bateri,
tekanan tayar dan tar pada badan kereta. Bagi mereka,
membasuh sendiri menimbulkan kepuasan selain kerja itu adalah satu senaman.
Sebenarnya, kesan pancaran matahari, hujan, lecah, embun
dan pencemaran alam sekitar adalah faktor semula jadi yang
menyebabkan kereta anda kotor dan tidak berseri.
Elak guna sabun basuh
Sebenarnya, tiada rahsia atau alat tertentu yang boleh
menghindari cat kereta daripada cepat pudar dan luntur.
Ia berkaitan dengan kepekaan anda, sama seperti
anda menjaga kesihatan tubuh badan. Yang penting ialah mencuci
kereta dengan kerap kerana ia boleh menghindarkan
kesan pencemaran, sekali gus mengelakkan badan
kereta daripada terlekat habuk, terutama yang boleh menyebabkan karat.
Pada dasarnya, kereta hendaklah dicuci bahagian luar
dan dalam sekali dalam masa satu atau dua minggu.
Apabila mencuci kereta, bahan cucian yang digunakan
juga perlu dipilih dengan berhati-hati.
Pemilihan bahan pencuci yang tidak tepat boleh menyebabkan risiko karat kepada k
ereta.
Anda dinasihatkan supaya jangan sekali-kali menggunakan
sabun atau serbuk pencuci pakaian untuk mencuci kereta
kerana bahan pencuci itu mengandungi garam yang boleh menyebabkan karat.
Untuk memudahkan cucian, gunakanlah
kain lembut atau span. Anda perlu menyiram kenderaan
dengan air yang banyak bagi menghilangkan buih sebelum
dikeringkan dengan kain bersih.
Pilih bahan pengilat bermutu
Selain menggunakan sabun, ada pemilik kereta yang
menggunakan bahan pengilat selepas mencuci untuk
menjadikan cat kereta lebih berkilat. Bahan pengilat mampu
menghapuskan kekotoran yang melekat pada badan kereta.
Bagaimanapun, anda perlu memilih bahan pengilat yang sesuai
dengan kereta anda, sama ada menggunakan cat biasa atau metalik.
Teknik mengilat kereta juga harus dipelajari bagi
memastikan penggunaan bahan itu selaras dengan harganya.
Pastikan bahan pengilat diletakkan pada kain bersih.
Selepas itu gosokkan secara sama rata pada permukaan kereta.
Sebaik-baiknya anda melakukan gosokan dengan gerakan bulatan.
Anda perlu menunggu beberapa minit sehingga bahan
pengilat yang melekat pada bahagian yang disapukan itu bertukar
warna keputihan sebelum ia digosok untuk kali kedua.
Panduan paling penting ialah jangan sekali-kali
menggunakan bahan pengilat di bawah pancaran matahari
terik kerana ia menimbulkan hasil yang kurang memuaskan.
Hati-hati mencuci enjin
Selalunya, pemilik kereta hanya menumpukan perhatian
terhadap penjagaan bahagian luaran kereta.
Mereka sering kali meninggalkan bahagian dalam
kereta yang turut mencerminkan kebersihan sesebuah kereta.
Beberapa bahagian dalam terutama besi atau bingkai tingkap,
tepi lantai dan rangka pintu, turut mempunyai bahagian yang bercat.
Bahagian ini juga perlu dibersihkan kerana sesiku pada tetingkat
dan tepi pintu selalunya menjadi perangkap air dan habuk.
Jika anda membiarkannya, lama kelamaan ia boleh meninggalkan
kesan karat yang teruk. Pembersihan optimum pastinya merangkumi
seluruh komponen dalaman dan luaran kereta, termasuk enjin.
Bagaimanapun, anda dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati
jika mahu membersihkan bahagian enjin kerana cukup sensitif dengan air.

Anda mungkin juga menyukai