Anda di halaman 1dari 7

SKOP

4
AMALAN KESIHATAN PERGIGIAN
Unit 1 : Senyuman Manis Sepanjang Hayat
Unit 2 : Penggunaan Pelindung Mulut
UNIT 1 : SENYUMAN MANIS SEPANJANG HAYAT
PENGENALAN
Unit ini mendedahkan Doktor Muda kepada kesedaran kesihatan pergigian dan
langkah-langkah bagi mengekalkan kesihatan pergigian sepanjang hayat.
OBJEKTIF
Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :
1. Menerangkan tentang kepentingan penjagaan kesihatan pergigian.
2. Menyenaraikan masalah-masalah pergigian.
3. Menyatakan amalan yang baik dan tidak baik untuk kesihatan pergigian.
ISI PENTING
1. Kepentingan penjagaan kesihatan pergigian.
2. Tanda-tanda gigi dan gusi yang bermasalah.
3. Masalah-masalah pergigian.
4. Amalan yang baik dan tidak baik untuk kesihatan pergigian.
5. Cara memberus gigi dengan berkesan.
6. Pemeliharaan kesihatan gigi.
KANDUNGAN
1. Kepentingan Penjagaan Kesihatan Pergigian
Gigi dan gusi perlu dikekalkan dalam keadaan sihat sepanjang hayat untuk
pengunyahan makanan, pertuturan yang jelas, selain daripada dapat
menambah keyakinan dan kecantikan diri.
Manusia mempunyai dua peringkat perkembangan gigi iaitu gigi susu dan gigi
kekal. Gigi susu berjumlah 20 batang. Gigi susu akan digantikan secara
berperingkat dengan gigi kekal yang berjumlah 32 batang.
2. Tanda-tanda Gigi Dan Gusi Yang Bermasalah
Terdapat plak berkumpul di permukaan gigi.
Gusi yang merah, mudah berdarah dan bengkak.
Mulut berbau.
37
S
K
O
P


4
3. Masalah masalah pergigian
Masalah pergigian yang sering berlaku ialah :
a. Karies gigi
Satu keadaan gigi yang berlubang atau rosak.
b. Penyakit gusi / periodontal
Satu keadaan gusi yang mudah berdarah, merah dan bengkak.
Plak adalah selaput bakteria yang melekat pada permukaan gigi. Ia
mengandungi berbagai jenis bakteria. Bakteria dalam plak boleh
menyebabkan karies gigi dan penyakit gusi.
c. Gigi tidak teratur (maloklusi)
Keadaan gigi yang tidak tersusun.
Disebabkan oleh beberapa faktor seperti :
- Kehilangan gigi susu terlalu awal.
- Keturunan.
- Tabiat buruk seperti menghisap jari dan menggigit pensel.
Keadaan ini akan mengakibatkan :
- Gigi sukar digosok dengan berkesan.
- Masalah mengunyah dengan sempurna.
- Penampilan diri terjejas.
4. Amalan Yang Baik Dan Tidak Baik Untuk Kesihatan Pergigian
a. Amalan yang baik untuk kesihatan pergigian
Memberus gigi dengan sempurna setiap hari dengan ubat gigi
beruorida dan berus gigi yang sesuai.
Mengamalkan pemakanan yang sihat.
Mengurangkan kekerapan pengambilan makanan atau minuman
manis / bergula.
Mendapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali
setahun.
b. Amalan yang tidak baik untuk kesihatan oral
Mengambil makanan snek atau minuman manis di antara masa
makan utama dengan kerap.
Tidak memberus gigi di waktu malam sebelum tidur.
Tabiat menghisap jari.
Tabiat merokok.
5. Cara Memberus Gigi Dengan Berkesan
Berikut adalah cara memberus gigi dengan berkesan untuk mengeluarkan plak
dari semua permukaan gigi.
i Berus setiap permukaan gigi di rahang atas dan bawah.
ii. Berus permukaan luar dan dalam di bahagian belakang.
iii. Berus bahagian luar dan dalam di bahagian hadapan.
iv. Berus permukaan mengunyah.
v. Berus gigi setiap hari selepas makan dan sebelum tidur malam.
vi. Guna berus gigi yang lembut.
vii. Pilih saiz berus gigi yang sesuai dengan mulut.
viii. Ganti berus gigi yang haus.
ix. Guna ubat gigi beruorida.
x. Elakkan berkongsi berus gigi.
38
6. Pemeliharaan Kesihatan Gigi
Amalkan memberus gigi dengan cara yang berkesan dengan
menggunakan ubat gigi beruorida.
Memberus gigi atau sekurang-kurangnya berkumur selepas makan.
Gunakan os gigi untuk membersihkan celah-celah gigi.
Bersihkan permukaan atas lidah dengan berus gigi.
Kurangkan pengambilan makanan atau minuman yang mengandungi gula.
Dapatkan pemeriksaan pergigian sekurang-kurangnya sekali setahun.
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI 1 : PERBINCANGAN KUMPULAN
A. Cara Pelaksanaan
1. Guru memberi penerangan berkaitan dengan masalah pergigian
kepada Doktor Muda menggunakan slaid Skop 4, Unit 1.
2. Guru mengemukakan soalan berikut :
Apakah masalah pergigian yang dilihat dalam gambar, poster
atau slaid tersebut?
Apakah punca yang menyebabkan masalah tersebut?
3. Guru terangkan masalah-masalah pergigian seperti berikut :
Karies gigi
Penyakit gusi / periodontal
Gigi yang tidak teratur (maloklusi)
4. Guru meminta murid menyenaraikan amalan yang baik dan tidak baik
untuk kesihatan pergigian.
5. Pelajar membaca pandangan mereka tentang amalan berkenaan.
6. Guru menerangkan amalan yang baik dan tidak baik untuk kesihatan gigi
dan gusi.
Memberus gigi dengan cara yang berkesan dengan menggunakan
ubat gigi beruorida dan berus gigi yang sesuai.
Mengamalkan pemakanan yang sihat.
Mengurangkan kekerapan pengambilan makanan atau
minuman yang manis / bergula.
Mendapatkan pemeriksaan gigi sekurang-kurangnya satu kali
setahun.
B. Sumber
Slaid Skop 4, Unit 1
C. Masa
1 jam
D. Penilaian
Soal Jawab
39
S
K
O
P


4
AKTIVITI 2 : DEMONSTRASI MEMBERUS GIGI
A. Cara Pelaksanaan
1. Pengajar menunjukkan cara memberus gigi dengan betul.
2. Doktor Muda menunjukkan semula cara memberus gigi dengan betul.
B. Sumber
Berus Gigi
Ubat Gigi
Air
C. Masa
30 minit
D. Penilaian
Demonstrasi semula oleh Doktor Muda
Soal Jawab
AKTIVITI 3 : LATIHAN MENGGUNAKAN FLOS GIGI
A. Cara Pelaksanaan
1. Pengajar menunjukkan cara menggunakan os gigi dengan betul.
2. Doktor Muda menunjukkan semula cara menggunakan os gigi dengan betul.
B. Sumber
Flos Gigi
Air
C. Masa
30 minit
D. Penilaian
Demonstrasi semula oleh Doktor Muda
Soal Jawab
AKTIVITI 4 : LAWATAN SAMBIL BELAJAR
A. Cara Pelaksanaan
1. Guru mengatur lawatan ke Klinik Pergigian berdekatan.
B. Sumber
Bas sekolah
C. Masa
1 jam
D. Penilaian
Soal Jawab
40
UNIT 2 : MENGGUNAKAN PELINDUNG MULUT
PENGENALAN
Unit ini mendedahkan Doktor Muda kepada kegunaan pelindung mulut sebagai salah
satu cara mencegah kecederaan mulut semasa pelajar bersukan.
OBJEKTIF
Pada akhir sesi ini, Doktor Muda akan dapat :
1. Menyatakan kepentingan memakai pelindung mulut.
2. Menyenaraikan jenis-jenis sukan yang menyebabkan kecederaan mulut.
3. Menyatakan cara-cara memakai dan menjaga alat pelindung mulut.
ISI PENTING
1. Denisi pelindung mulut.
2. Jenis pelindung mulut.
3. Kepentingan memakai pelindung mulut.
4. Jenis-jenis sukan yang berisiko tinggi.
5. Kesan kecederaan mulut.
6. Cara-cara memakai dan menjaga pelindung mulut.
KANDUNGAN
1. Denisi Pelindung Mulut
Pelindung mulut adalah salah satu alat yang digunakan untuk melindungi gigi
dan bahagian mulut daripada kecederaan semasa bersukan.
2. Jenis Pelindung Mulut
Ada 3 jenis pelindung mulut:
Pelindung mulut yang siap dibuat (Ready-made mouthguard).
Pelindung mulut yang boleh diubahsuai (Mouth-formed or boil-and-bite
protector).
Pelindung mulut yang ditempah (Custom-made protector).
Ketiga-tiga jenis ini memberi perlindungan kepada gigi tetapi mempunyai
perbezaan dari segi keselesaan, kesesuaian pemakai dan kos. Apa yang penting
adalah kesemua gigi atas perlu ditutup dengan pelindung mulut untuk
keselamatan daripada kecederaan.
Untuk mendapat keberkesanan maksima, pelindung mulut sepatutnya nipis
untuk senang bernafas dan bertutur, senang dicuci, tahan lama dan selesa.
Pelindung mulut boleh di beli di farmasi atau ditempah dari klinik pergigian.
41
S
K
O
P


4
3. Kepentingan Memakai Pelindung Mulut
Semasa bersukan, kecederaan boleh berlaku pada mulut dan muka.
Kecederaan yang boleh berlaku adalah seperti luka bibir, lidah, gusi, kehilangan
atau patah gigi dan patah rahang. Pelindung mulut yang digunakan boleh
mencegah kecederaan tersebut daripada berlaku.
4. Jenis-jenis Sukan Yang Berisiko Tinggi
Jenis-jenis sukan yang boleh mengakibatkan kecederaan mulut
Bola keranjang
Lumba basikal
Tinju
Lontar cakera
Hoki
Bola sepak
Gimnastik
Ragbi
Luncur ais / kasut roda
Bola tampar
Polo air
Lontar peluru
Lompat tinggi
Seni mempertahankan diri (martial art)
Taekwando
5. Kesan Kecederaan Mulut
Kehilangan gigi biasanya gigi hadapan
Hilang keyakinan diri
Kecacatan muka
Sakit
Rawatan mahal
6. Cara-cara Memakai Dan Menjaga Pelindung Mulut
Pakai pelindung mulut apabila bersukan.
Selepas bersukan, tanggal pelindung mulut.
Cuci pelindung mulut dengan air sejuk.
Simpan dalam bekas plastik.
Pelindung mulut ditukar dalam tempoh 2 hingga 3 tahun.
Gigi palsu atau applians orthodontik mesti ditanggal semasa bersukan
untuk mereka yang terlibat.
42
AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI 1 : PERBINCANGAN KUMPULAN
A. Cara Pelaksanaan
1. Guru memberikan penerangan berkaitan pelindung mulut menggunakan
slaid Skop 4, Unit 2.
2. Doktor Muda diminta menyenaraikan jenis sukan yang boleh
menyebabkan kecederaan mulut.
3. Guru menerangkan jenis-jenis sukan yang boleh menyebabkan
kecederaan mulut.
4. Pengajar menunjukkan jenis pelindung mulut kepada Doktor Muda dan
cara memakai dan menjaga pelindung mulut tersebut.
B. Sumber
Slaid Skop 4, Unit 2
C. Masa
1 jam
D. Penilaian
Soal Jawab
AKTIVITI 2 : DEMONSTRASI PENGGUNAAN PELINDUNG MULUT
A. Cara Pelaksanaan
1. Pengajar menunjukkan cara menggunakan pelindung mulut dengan betul.
2. Doktor Muda menunjukkan cara menggunakan pelindung mulut dengan
betul.
B. Sumber
Pelindung mulut
C. Masa
30 minit
D. Penilaian
Demonstrasi semula oleh Doktor Muda
Soal Jawab
43

Anda mungkin juga menyukai