Anda di halaman 1dari 2

NAMA : AZLIMATON ABAS

UNIT : SAINS 1 AMBILAN JUN 2011



SOALAN

1. Apakah masalah yang paling ingin anda selesaikan dalam PdP Sains?
Murid Tahun 5 tidak mengusai kemahiran proses sains iaitu kemahiran
mengawal pembolehubah yang menyebabkan banyak soalan Bahagian B tidak
dapat dijawab. Murid tidak dapat membezakan diantara pembolehubah
bergerakblas, dimanipulasikan dan malar.Jawapan yang diberi lebih kepada
meneka serta menggunakan laras bahasa yang tidak bersesuaian bagi
memperolehi markah yang sepatutnya. Ada juga dikalangan murid saya yang
menjawab seperti menjawab soalan Bahasa Melayu serta ada yang tidak mahu
mencuba untuk menjawab soalan. Ada kalanya mereka hanya menunggu rakan-
rakan yang lain memberikan jawapan atau guru. Ianya amat merisaukan saya,
memandangkan pada tahun hadapan mereka akan menghadapi UPSR.

2. Mengapa ianya merupakan masalah dan apakah puncanya?
Oleh kerana mereka tidak menguasai kemahiran proses sains dengan baik
proses PdP tidak dapat dijalankan dengan jayanya. Disamping itu juga kedaaan
ini memberi impak yang besar dalam keputusan ujian bulanan dan peperiksaan
pertengahan tahun pelajar.Ini ekoran dari murid yang tidak dapat menjawab
soalan yang dikemukakan, jawapan tidak lengkap, tertinggal kata kunci, tidak
menggunakan parameter yang sesuai dan tidak memahami kehendak soalan.

3. Bagaimana anda boleh berubah mengatasinya?
Menjalankan penyiasatan yang melibatkan kemahiran proses sains
seterusnya memberi dan mengemukakan soalan-soalan yang berkaitan.
Murid murid menjalankan penyiasatan secara hands-on dan heart-on
berkaitan dengan soalan ujian dan peperiksaan
Memberi dan memperkenalkan satu kaedah yang dapat membantu
mereka menjawab soalan bahagian B secara masteri
Mengubah pendekatan dan kaedah pengajaran saya
Memberi bimbingan secara individu dan bimbingan rakan sebaya

4. Apakah tindakan anda?
Sebenarnya soalan-soalan bahagian B merupakan soalan yang mudah. Murid
mudah untuk mendapat markah jika tahu teknik dan memahami kehendak
soalan. Oleh itu saya perlu memberi pendedahan kepada para pelajar teknik
menjawab soalan yang betul dengan menjalankan bengkel Teknik Menjawab
Soalan UPSR menggunakan perisian Microsoft PowerPoint. Murid juga boleh
dibimbing dengan cara berfokus dengan menumpukan kepada pendekatan
masteri. Di samping itu juga para pelajar diberi bimbingan secara individu dan
rakan sebaya. Murid-murid juga boleh diberikan modul latihan menjawab soalan
KPS dan latih tubi. Seterusnya murid juga boleh diminta agar membina peta
minda bagi memudahkan mereka untuk mengingat maklumat yang diberikan.

Anda mungkin juga menyukai