Anda di halaman 1dari 3

Peristiwa Besar Yang Berlaku Semasa Kelahiran Nabi Muhammad s.a.

w

"Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-
Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta. Kelahiran baginda
menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam
menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.

Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks
sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan.
Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas. Irhas bermaksud satu perkara luar
biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi. Irhas
dikategorikan kepada tiga:

1. Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.
2. Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang
alim melalui ilham dan sebagainya.
3. Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui
peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahsia yang
belum tersingkap. Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran
Nabi Muhammad s.a.w.

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah,
beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.
Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika
beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan
seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia. Selain itu kehamilannya
ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah
Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan
malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua
penghuni langit dan bumi. Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang
kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga
haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil,
datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan
menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi. Apabila mereka hampir sampai
ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah. Namun
demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan
mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat
menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah
tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan
kapas putih yang terapung di angkasa. Kemudian malaikat tersebut berdiri di
hadapannya. Ia berkata `Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada
seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia.
Namakan dia Ahmad.''

Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam.
Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi
darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa. Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat
dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman. Semasa baginda
dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan
baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat
seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota
tersebut dapat dilihat. Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan
menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling
awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila
baginda dilahirkan. Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan
dua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.
Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau
mendengar sebuah seruan ``Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat,
supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat
menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil
meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada
semua makhluk.

Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ
mengalami kerosakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-
tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar
suara dari dinding Kaabah berkata, telah lahir nabi pilihan yang akan
membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan
memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan
menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh.
Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun
telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang
Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.

Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap
suci tenggelam ke dalam tanah. Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi
kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib
sudah tamat. Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu
susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah
mengalami kemarau. Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan
susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor
lalat termasuk juga pakaian baginda. Halimah dan suaminya juga beberapa kali
melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas
matahari.

Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara
susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan
Mikail.Lalu membelah dada baginda dan mengeluar kan segumpal darah dan
mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa
gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu
diletakkan semula di tempatnya. hal ini jelas diterangkan dalam
Surah Insyirah ayat 1, Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai
Muhammad)?

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun
nubuwwah, penutup segala nabi. Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan
kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.
Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu
seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir"

Anda mungkin juga menyukai