Anda di halaman 1dari 5

REFLEKSI PROGRAM BINA INSAN GURU FASA ENAM

LAWATAN BENCHMARKING KE S.K GIOK, TAMPARULI


PISMP IPGM P.S.V DAN B.A
Interaksi Profesional Dengan Guru Cemerlang
PENDAHULUAN
Satu program lawatan ke sebuah sekolah kawasan luar bandar yang
menerima banyak anugerah dan pengiktirafan. Sekolah ini merupakan sekolah
contoh yang mendapat pengiktirafan sebagai Sekolah Cemerlang. Oleh itu, SK Giok
Tamparuli dipilih untuk dilawati bagi memenuhi syarat Program BIG Fasa 6 ini.
Program lawatan ini pada hakikatnya adalah bagi memenuhi sukatan Program Bina
Insan Guru Fasa 6, bagi guru pelatih semester 6. Sehubungan dengan itu, guru
pelatih dapat mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat dengan
komuniti pendidik yang akan mereka tempuhi dalam realiti kehidupan apabila
bergelar guru kelak. Melalui program seperti ini, guru-guru pelatih dapat memahami
dan mengenalpasti bentuk-bentuk pengurusan yang cemerlang di sekolah S.K Giok
Tamparuli.
Di samping itu, guru pelatih dapat menghayati budaya dan memahami budaya
kerja cemerlang melalui perkongsian pengalaman bersama guru-guru dan juga staff-
staff sokongan di S.K Giok ini. Justeru, dengan adanya perkongsian ilmu dan
pengalaman ini, guru pelatih boleh membuat gambaran bagi mengaplikasikannya
didalam pengurusan pendidikan seharian mereka apabila ditempatkan di mana-
mana sekolah kelak. Lebih terperinci lagi, perkongsian yang diperolehi juga dapat
mengenalpasti akan cara pengurusan dan pentadbiran kokurikulum dan kurikulum di
sekolah. Malah, hal ini dapat mencabar kepimpinan yang ada pada diri pelatih dan
memantapkan kualiti diri sebagai bakal guru yang cemerlang suatu hari nanti.
Selain peka terhadap pengurusan, para pelatih juga didedahkan akan iklim
dan budaya sekolah semasa lawatan diadakan. Dalam hal ini, pelatih yang peka
dapat mengenalpasti akan punca kecemerlangan S.K Giok, datangnya dari
persekitaran sekolah tersebut. Justeru, melalui cara ini, secara tidak langsung, para
pelatih dapat membina pemikiran dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan
khususnya bersedia untuk ditempatkan di sekolah seperti mana SK Giok yang
berada diluar bandar.

PERLAKSANAAN AKTIVITI
Perlaksanaan aktiviti berjalan dengan lancar. Berikut adalah beberapa aktiviti yang
berlangsung pada hari lawatan tersebut.
Sebelum bertolak ke SK Giok, pengarah Program telah memastikan semua peserta
hadir dan mencukupi untuk mengikuti sesi Lawatan tersebut. Jangkaan bertolak
adalah pada pukul 6.30 pagi dan tiba dalam sekitar 8.00 pagi.
Setibanya di pekan Nabalu, kami disambut baik oleh beberapa orang guru SK Giok
yang membawa kenderaan sendiri untuk membawa kami masuk ke kawasan
sekolah. Keadaan jalan berbukit dan berliku-liku memberikan sedikit sebanyak akan
gambaran pengalaman apabila berada di sekolah seperti ini kelak.
Persembahan muzikal menggunakan alat muzik tradisional masyarakat Dusun
mengalu-alukan kedatangan rombongan kami ke sekolah tersebut. Biarpun sekolah
ini berada dalam keluasan yang kecil, namun, mereka masih mampu menerima
kedatangan kami dengan tulus ikhlas.
Majlis bermula dengan diacarakan oleh Puan Suzanne, salah seorang guru di
sekolah tersebut. Sekali lagi persembahan muzikal alat muzik tradisional etnik Dusun
dipersembahkan.
Ucapan alu-aluan dimulai oleh wakil dari pihak rombongan, iaitu Encik Muhd Fauzi
Bin Hassan selaku pensyarah pengiring rombongan lawatan tersebut.
Seterusnya, Encik Juanis Johnny, Guru Besar SK Giok, memberikan ucapan alu-
aluan seterusnya memberi penerangan tentang prasarana sekolah dan kualiti warga
pendidik di SK Giok ini.
Setelah selesai penerangan daripada En. Juanis, sesi soal jawab dikemukakan
kepada para pelatih yang hadir dalam rombongan tersebut. Pelbagai persoalan
dikemukakan dan mendapat penjelasan bukan sahaja dari Guru Besar malah dari
setiap guru yang berada didalam lingkungan majlis tersebut.
Jamuan disediakan oleh pihak sekolah, dan selesai jamuan, kami dibawa untuk
meninjau persekitaran sekolah SK Giok ini. Sambil meninjau, kami sempat berkongsi
tips-tips mengajar Bahasa khususnya bagi murid yang masih belum menguasai
kemahiran berbahasa. Terdapat dua tips penting dalam mengajar kemahiran bahasa
yang dikongsi bersama Cikgu Hawang yang juga merupakan penerima anugerah
guru cemerlang, guru inovatif.
Antara tips yang dikongsikan adalah tips 25 sen dan MOPEKA. Dua tip atau kaedah
pembelajaran bahasa yang sesuai diajarkan kepada murid-murid diluar Bandar dan
yang tidak mengikuti sesi persekolahan Prasekolah.
Selesai sahaja sesi tinjauan sambil berbual dan berkongsi idea dari guru-guru SK
Giok, sesi bergambar kenang-kenangan diadakan sebelum bertolak pulang ke pekan
Nabalu.
Pengalaman yang amat menarik sepanjang mengikuti program lawatan ke SK Giok
ini. Suasana menghijau menambat hati peserta rombongan yang pastinya merasai
nikmat kesegaran udara dan saujana bentuk muka bumi diatas bukit dibawah kaki
gunung Kinabalu.

KEKUATAN PROGRAM
1. Pengurusan masa.
Program lawatan ini melatih para pelatih untuk mengurus masa dengan
lebih efisien, bermula dari peringkat perancangan, persediaan dan juga
pelaksanaan program ini amat memberi kesan dalam menilai kualiti diri
setelah berada didalam semester keenam.
2. Disiplin dan sahsiah.
Sahsiah seseorang guru yang mencintai profesionnya jelas terpampang
berdasarkan personaliti dan pembawaan diri. Sebagai seorang bakal guru,
para pelatih sememangnya menjaga tertib dan disiplin diri sepanjang
berada di SK Giok.
3. Kerjasama.
Kerjasama bukan hanya wujud dikalangan para pelatih dan pensyarah,
malah melibatkan pihak sekolah. Dengan adanya kerjasama, perjalanan
program dapat dilaksanakan seperti mana yang dirancang.
4. Jati diri akauntabiliti.
Para pelatih akan tercetus idea untuk saling mempertingkatkan kualiti diri
dalam mencapai status guru cemerlang, guru inovatif dan guru berfikiran
jauh. Pengalaman dan pengetahuan yang dikongsikan bersama guru
inovatif menambahkan lagi keinginan guru pelatih untuk mendidik anak
bangsa dengan lebih efisien.
5. Jana pemikiran.
Para pelatih digalakkan untuk memberikan buah fikiran dan
mempersoalkan perkara yang berkaitan mengikut budi bicara masing-
masing. Melalui cara ini, para pelatih sedar akan keistimewaan yang
terdapat di sekolah ini dan berusaha untuk memperolehi tips-tips kearah
kecemerlangan tersebut. Tanpa pemikiran yang luas, segala penerangan
yang dihuraikan oleh pihak Sekolah pastinya tidak mendapat respon dari
para pelatih
6. Kesesuaian Program
Sesungguhnya, biarpun program ini lambat dilaksanakan daripada waktu
dan tempoh yang telah ditetapkan, namun, setelah dilihat hasil yang
berlaku adalah para pelatih mempunyai gambaran awal setelah mengikuti
sesi Praktikum Fasa 1 selama sebulan.
Para peserta kursus mengemukakan persoalan berdasarkan pengalaman
yang diperolehi selepas mengikuti Praktikum.
Kebanyakan isi persoalan adalah berkisarkan kepada pengalaman yang
diperolehi dan memperolehi jawapan setelah mengikuti program Ceramah
Bina Insan Guru ini.

KELEMAHAN PROGRAM
1. Pengurusan masa
Pengurusan Program. Program ini hanya terlaksana setelah hampir
sebulan lebih daripada yang sepatutnya.
Pelbagai kekangan yang berlaku menyebabkan program ini tertangguh
sehingga 28 MEI 2009.
2. Pakaian Para Pelatih.
Sebahagian daripada pelatih menggunakan pakaian seragam baju
korporat, manakala, sebahagian lagi menggunakan pakaian kemeja.
3. Peruntukan Masa.
Banyak lagi perkara yang perlu diambil tahu oleh para pelatih, terutamanya
maklum balas dari setiap staf akademik dan staf sokongan berkenaan
cabaran dan usaha yang telah mereka tempuhi untuk menjadi sebahagian
daripada kelompok komuniti Sekolah Kluster.

PENAMBAHBAIKAN
1. Bertindak mengikut kesesuaian dan keperluan.
Halangan dan kekangan bukan perkara baru dalam melaksanakan satu
program, lebih-lebih lagi bagi Pelatih di semua Institut Perguruan. Oleh itu,
kerjasama dari semua pihak perlu dipertingkatkan untuk memastikan
program terlaksana sepertimana yang telah dirancang.
2. Peruntukan masa.
Para peserta memerlukan maklumat yang lebih untuk menjadi panduan
asas. Oleh itu, program ini sebaik-baiknya menggunakan beberapa
tempoh yang lebih untuk memastikan keberkesanan program.
3. Pakaian yang seragam dan sesuai.
Pakaian yang digunakan perlulah memperlihatkan ciri personaliti sebagai
seorang guru. Lelaki lengkap berpakaian kemeja yang berkolar,
menggunakan tali leher, berseluar slack dan berkasut gelap. Manakala
wanita pula berbaju kurung, bertudung, dan rambut diikat di samping
menggunakan kasut yang sesuai.

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, aktiviti yang dijalankan sepanjang program Bina
Insan Guru di Sekolah Kebangsaan Sri Gaya amat sesuai berdasarkan keperluan
kesemua peserta program. Semua pihak perlu berpuas hati atas dasar kepentingan
bersama. Penambahbaikan yang relevan untuk dilakukan perlu dipertimbangkan
oleh pihak penganjur.

Sekian dan terima kasih.

ALVIN SAPUN
Guru Pelatih,
Program Lawatan Bina Insan Guru Fasa 5,
PISMP IPGM PENDIDIKAN SENI VISUAL,
Ambilan Januari 2007.

Anda mungkin juga menyukai