Anda di halaman 1dari 1

Jawapan Contoh

1. Getah digunakan untuk membuat tayar basikal, motosikal,kereta dan sebagainya.


2. Sarung tangan yang dibuat daripada getah digunakan oleh buruh dan kakitangan hospital.
3. Tapak kasut yang kita gunakan lembut dan selesa dipakai kerana dibuat daripada getah.
4. Kayu pokok getah boleh dijadikan perabot yang cantik dan tahan lama.
5. Terdapat juga permainan kanak kanak yang dibuat daripada getah lebih lembut dan tidak
berbahaya.

Jawapan Contoh
1. Bapa minum secawan kopi sambil membaca surat khabar.
2. Kakak makan sebiji epal manakala adik pula sedang bermain bola.
3. Abang mencuci basikal baharunya menggunakan berus dan sabun.
4. Ibu menyiram pokok bunga yang ditanamnya agar hidup subur.
5. Nenek membantu ibu membubuh baja pada pokok bunga.

Jawapan Contoh
1. Doktor Tan merawat kaki Kim Seng yang cedera akibat kemalangan jalan raya.
2. Jururawat membawa ubat untuk diberikan kepada Kim Seng agar dia cepat sembuh.
3. Kim Seng berbual bual dengan Raju dan Ah Lee yang datang melawatnya di hospital.
4. Ah Lee membawa buah tangan dank ad ucapan untuk Kim Seng.
5. Cikgu Lim menasihati Kim Seng agar rajin makan ubat dan berharap dia cepat sembuh.

Jawapan Contoh
1. Sediakan pasu bunga, tanah,anak pokok penyiram dan sudip tangan.
2. Masukkan tanah sehingga setengah bahagian pasu sahaja.
3. Kemudian, tanam anak pokok ke dalam pasu dan penuhkan pasu tersebut dengan tanah.
4. Siram anak pokok yang telah ditanam setiap pagi dan petang agar hidur subur.
5. Pokok bunga akan mengeluarkan bunga jika dijaga dengan baik.

Anda mungkin juga menyukai