Anda di halaman 1dari 3

REFLEKSI

Disediakan oleh : Rahayu Binti Rasli


No kad pengenalan : 911122 03 6464

Pada 4 Oktober 2013 yang lalu, saya bersama sama rakan rakan
guru pelatih semester 6 telah menghadiri satu seminar Bina Insan Guru (BIG)
bertempat di Dewan Tun Fatimah IPG Kampus Perempuan Malayu Melaka.
Seminar yang bertajuk Guru Inovatif itu telah disampaikan dengan jayanya
oleh En Abdullah Khalid Bin Othman. Seminar pada kali ini telah
bermatlamatkan untuk mendedahkan kepada guru pelatih tentang cabaran
dan matlmat menjadi guru inovatif yang menjadi egen perubahan dan
kemajuan yang progresif dan dinamik ke arah membina generasi yang
berilmu selaras dengan wawsan 2020. Selain itu juga, seminar ini bertujuan
untuk menyuburkan benih benih profesion perguruan dalam diri guru pelatih
seperti kami supaya ia kekal subur mewarnai jiwa kami.
Saya secara jujurnya telah mendapat banyak input input yang
berguna tentang cabaran dan matlamat yang perlu saya tetapkan bagi
menjadi seorang gurun yang cemerlang. Apa yang dapat saya simpukan
ialah, guru yang inovatif amatlah perlu bagi melahirkan modal insan yang
membangun seiring dengan perkembangan teknologi dan arus pemodenan
pada masa kini.

Sehubungan dengan itu, guru adalah pemangkin pembangunan negara,
pembentuk generasi dan menjadi asas kemajuan pendidikan negara di
samping memacu kejayaan rakyat. Guru yang melengkapi diri dengan kualiti
dan Standard Guru Malaysia diakui mampu menjamin keberhasilan negara,
antaranya guru yang inovatif dan kreatif teras kejayaan wawasan, guru
berkesan pendidikan cemerlang, guru berkualiti pemangkin kegemilangan
dan guru cemerlang negara terbilang.Saya menyedari bahawa seorang guru
perlu mempersiap diri membudayakan inovasi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dan aktiviti koakademik serta kokurikulum di dalam dan di luar
bilik darjah.
Apa yang dapat saya simpulkan adalah, seorang guru perlu peka dan
bersedia memperlengkapi diri menjadi guru yang inovatif seperti guru yang
inovatif berupaya menjana idea, konsep atau strategi baru yang boleh
mempertingkat amalan berkesan dalam menyampaikan ilmu kepada generasi
anak didik. Tambahan lagi, seorang guru yang inovatif juga berkemampuan
mencipta kelainan atau modifikasi menggunakan unsur dan sumber sedia ada
serta menjelmakannya sebagai elemen sintesis yang memudah dan
melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran. Sebagai seorang guru
yang inovatif juga mempunyai tahap ketekunan yana tinggi, belajar daripada
kesilapan, menyusun dan mengurus idea secara perekodan sistematik serta
sentiasa cenderung mendapatkan pengetahuan baharu.

Natijah yang akan dihasilkan ialah modal insan yang berpengetahuan
dan bermaklumat serta berinovatif dalam mempermajukan teknologi,
berkebolehan mencerna dan mengadaptasikan teknologi dan seterusnya
berupaya mengembangkan idea-idea.Sistem pendidikan negara dimanifestasi
melalui transformasi yang berbentuk dinamik dan progresif yang akan
direalisasikan oleh para guru yang inovatif, proaktif, berdedikasi, dan berdaya
saing. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia telah melaksanakan
program bina upaya untuk meningkatkan amalan profesionalisme keguruan
bagi menyokong usaha melaksana transformasi pendidikan secara
keseluruhan.
Objektif Pelan Pembangunan Profesionalisme Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan secara khususnya bermatlamat melahirkan para pendidik yang
berwatak profesional, berkompeten dan berkesanggupan memikul amanah
yang lebih besar. Pelbagai ganjaran disediakan dan inisiatif direncana oleh
pihak kerajaan bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan guru terjamin.
Keprihatinan kerajaan ini disalurkan menerusi pelbagai usaha, misalnya
melalui pemberian dan penganugerahan kepada warga guru seperti dalam
aspek perjawatan dan perkhidmatan. Anugerah dan beberapa
penambahbaikan dalam skim perkhidmatan guru menggambarkan
keprihatinan kerajaan kita. Sesungguhnya perkara ini diharapkan menjadi
sebagai satu inspirasi dan dorongan kepada guru untuk terus memberikan
perkhidmatan yang effisyen dan cemerlang dalam dunia pendidikan yang
berkembang pesat di samping melengkapkan diri bagi menghadapi cabaran
global. Keprihatinan berterusan oleh kerajaan ini merupakan suntikan
semangat agar warga pendidik terus gigih, inovatif, berdedikasi dan
berintegriti dalam menggalas tanggungjawab melahirkan generasi masa
depan yang berjati diri, berdaya saing, bertanggungjawab, berpegang teguh
kepada ajaran agama serta mengamalkan nilai sejagat.
Saya berharap agar saya akan terus melaksanakan amanah yang
diberi penuh dedikasi, bertunjangkan integriti dan berlandaskan etika
perkhidmatan. Selaku pencetus, penggerak dan pemegang amanah kepada
proses transformasi sistem pendidikan negara, warga pendidik mempunyai
kedudukan tersendiri, disegani dan dipandang tinggi oleh masyarakat. Saya
perlu teruskan amalan budaya kerja cemerlang, sikap
kebertanggungjawaban, istiqamah dan semangat mujahadah setiap daripada
kita untuk melakukan yang terbaik demi nusa dan bangsa.
Akhir kata, guru yang baik boleh membina pemikiran yang positif dan
rasional serta dapat memotivasikan diri mereka dalam profesion guru itu
sendiri. Guru hendaklah sentiasa mengetahui tugas mereka dan mengambil
berat atas semua perkara yang mereka lakukan. Guru juga mesti menghayati
konsep kerjaya mereka ini adalah salah satu kerja ibadat dan sungguh
berjasa.

Anda mungkin juga menyukai