Anda di halaman 1dari 9

KATEGORI MURID PENDIDIKAN KHAS

CIRI-CIRI MURID PPKI MENGIKUT KATEGORI



SINDROM DOWN





Sindrom Down atau trisomy 21 merupakan kecacatan genetik disebabkan oleh kehadiran
sebahagian atau kesemua kromosom 21.

Ciri-ciri
1. bukaan mata bujur dengan lipatan kulit epikhantik pada sudut dalam mata
2. hipotonia otot (poor muscle tone)
3. batang hidung leper
4. satu garis di tapak tangan (juga dikenali sebagai garis simian)
5. lidah terjulur (disebabkan rongga mulut kecil, dan lidah membengkak berhampiran
tonsil)
6. leher pendek
7. tompok putih pada iris dikenali sebagai tompok Brushfield

8. lentur melampau pada sendi
9. kecacatan jantung kongenital
10. jarak melampau antara ibu jari kaki dengan jari berikutnya

AUTISME



Autisma bermaksud ketidakupayaan seseorang kanak-kanak memahami perkara-perkara
di sekelilingnya selain dirinya sendiri. Autisma juga menyebabkan perkembangan diri
kanak-kanak menjadi tidak menentu. Peringkat awal autisma boleh dikesan pada awal
usia kelahiran ataupun sekurang-kurangnya pada peringkat umur yang awal.Tiada ubat
dalam masalah autisma kerana ia bukan sejenis penyakit tetapi dengan program
pendidikan yang bersesuaian, masalah ini dapat dikurangkan.Autisma melibatkan orang
dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina, bangsa, atau taraf ekonomi.

Ciri-ciri

1. Pola perlakuan yang unik :
Penerimaan deria yang aneh.
Sering membuang masa kepada sesuatu objek yang tidak diketahui fungsinya dan
gemar memutar-mutar barang sambil berkhayal.
Terlalu menyayangi sesuatu objek sehingga sukar dipisahkan daripadanya.
Rutin harian yang dirancang secara detail.
2. Masalah perhubungan dengan orang di sekeliling :
Tempoh masa untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara amat
singkat dan tidak berminat dengan kemahiran yang diajar.
Suka melakukan sesuatu perkara secara berulang-ulang dan hanya akan berhenti
apabila ditegur.
Suka bersendirian dan menganggap manusia sebagai objek dan hanya berinteraksi
bila di dekati dengan cara-cara tertentu dan dengan individu yang disukai.
Tidak mahu bertentang mata sewaktu bercakap seolah-olah mereka melihat
menembusinya.
3. Gemar memeriksa anggota badan seperti kaki dan tangan seolah-olah benda itu baru dan
pelik

4. Mengalami masalah pertuturan :
Sering mengulangi soalan yang diajukan.
Suka meniru percakapan orang lain.
Kadangkala menggunakan suara yang luarbiasa untuk menuturkan sesuatu
perkataan.
5. Sikap atau perasaan yang ganjil dan tidak normal :
Meletuskan kemarahan yang amat sangat atau mengamuk dan disusuli dengan
perlakuan agresif.
Ianya berlaku tanpa sebab atau kerana kehilangan sesuatu objek yang disayangi
atau dilarang dari melakukan sesuatu perkara yang mereka mahu.
Mengilai, menangis dan ketawa secara tiba-tiba.
Tidak tahu erti bahaya dan gemar melakukan sesuatu yang merbahaya.
6. Intelek yang luar biasa walaupun autisma :
Mereka meminati matapelajaran Matematik.
Gemarkan permainan seperti Jigsaw Puzzles.
Suka menyanyi atau mengingati lirik lagu serta suka mendengar semua jenis
muzik.
Boleh menghafal senarai nombor telefon, tarikh, nama, sajak, dan sebagainya.
Mempunyai kemahiran mekenikal yang luar biasa.
7. Tidak suka kepada perubahan dan sangat susah untuk mengubah sesuatu rutin.

DISLEKSIA




Disleksia bermaksud kesukaran mengenal huruf, membaca, menulis, mendengar, dan
bercakap. Murid disleksia bukannya mengalami kecacatan pada mata atau fizikal tetapi
mereka mengecam sesuatu dalam keadaan terbalik.

Ciri-ciri
1. Keliru dengan arah kiri dan kanan.
2. Gemar berkhayal, menangis dan ketawa secara tiba-tiba.
3. Taksub kepada sesuatu objek dan gemar memutar-mutar barang sambil berkhayal.
4. Tempoh masa untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara amat
singkat.
5. Lambat bertutur dan sukar memahami arahan.
6. Sukar mengikut arahan lisan yang panjang.
7. Kesukaran menyalin semula nota yang diberi.
8. Keliru dengan nombor-nombor.
9. Kemahiran motor yang lemah. Cth :sukar memegang alat tulis dengan tangan
dominan, dan sering terlanggar barang di sekitar.
10. Sifat ingin tahu yang tinggi, berminat terhadap perkara baru dan suka
bertanya secara berulang-ulang.
11. Kurang keyakinan diri dan menghadapi tekanan jiwa.
12. Tidak mempunyai ramai kawan kerana kurang kemahiran bersosial dan
sukar bergaul.
13. Kelakuan dan sikap yang tidak konsisten.
14. Gemar menggigit jari dan merenung buku seolah-olah tidak faham.
ATTENTION DEFICIT HYPERACTIVITY DISORDER
(HIPERAKTIF)




Hiperaktif merujuk kepada tingkah laku kanak-kanak yang terlampau lasak, aktif, nakal,
agresif dan keadaannya tidak menentu jika dibandingkan dengan tahap pencapaian
kanak-kanak normal. Kecelaruan tingkah laku ini kerap berlaku kepada kanak-kanak
yang berumur 8 tahun dan akan berkurang secara beransur-ansur apabila mereka
meningkat dewasa. Hiperaktif dapat dikurangkan dengan bantuan ubat tetapi hanya untuk
tempoh masa yang sementara.

Ciri-ciri
1. Bersikap agresif serta tidak dapat duduk diam walaupun sekejap.
2. Gemar merayau-rayau dan menganggu rakan-rakan lain.
3. Sukar memberi tumpuan kerana sikapnya yang tidak boleh duduk diam.
4. Mudah tertarik untuk melakukan sesuatu perbuatan seperti berlari dan memanjat
serta gemar meniru perlakuan orang lain.
5. Dapat melakukan setuatu kerja dengan pantas tetapi terburu-buru.
6. Bertindak tanpa berfikir terlebih dahulu akibat dari tindakan mereka.
7. Bersikap keras kepala dan tidak mahu mendengar nasihat.
8. Bertindak mengikut perasaan sehingga boleh mencederakan diri dan orang lain.
9. Sukar memberi tumpuan dan gemar membuat bising.
10. Suka mendahului orang lain dalam apa jua situasi terutama sewaktu
bermain.
11. Sanggup bergaduh untuk mendapatkan apa yang mereka inginkan.
12. Bersikap negatif seperti suka mencuri, bercakap bohong dan suka
merosakkan barang orang lain.
LEMBAM/SLOW LEARNER



Lembam bermaksud lembap, tidak cergas, lemah (kemampuan murid menguasai sesuatu
kemahiran atau menerima pelajaran). Murid lembam mempunyai tahap keupayaan
intelek sederhana atau kurang sedikit berbanding intelek murid normal. Mereka
mempunyai kebolehan melihat tetapi kekurangan kemahiran menerima, mengurus,
menyusun, menyimpan, dan mengingat dengan berkesan.

Ciri-ciri
1. Bermasalah mengenal bentuk huruf.
2. Bermasalah menyebut bunyi huruf dengan tepat.
3. Menyebut atau membunyikan sesuatu bunyi huruf dengan perlahan.
4. Menutup muka dengan buku sewaktu belajar.
5. Membaca setiap perenggan terlalu lama.
6. Ejaan perkataan seringkali salah.
7. Menulis perkataan terlalu rapat, kecil, condong.
8. Jarak antara perkataan yang ditulis terlalu jauh.
9. Lambat sewaktu menulis.
10. Huruf dan perkataan ditulis tinggi atau rendah dan tidak seragam.
11. Mempunyai konsep kendiri rendah.
12. Masa menumpukan perhatian terhadap pelajaran sangat singkat dan
perhatian mudah dialihkan oleh rangsangan luar.
13. Hanya boleh mengikut pelajaran atau arahan yang ringkas dan jelas sahaja.





TATACARA KEMASUKAN MURID KE PPKI
A. MURID BARU.

1. Berumur 7 tahun (sekolah rendah) dan 14 tahun (sekolah menengah) pada tarikh
permohonan.

2. Borang yang tidak lengkap dianggap GAGAL.

3. Disahkan oleh doktor pakar kanak-kanak dngan menggunakan borang pemeriksaan doktor
yang disediakan. Setiap butiran tepat dan menerima pemeriksaan yang terperinci. (laporan
doktor diwajibkan. Borang pemeriksaan boleh didapati di Unit Khas JPN, Pejabat Pendidikan
Daerah U.P.: Pen. PPD Pra Sekolah).

4. Pemerosesan borang dilakukan oleh Unit Pend. Khas JPN dan calon yang layak akan
dihantar untuk ditemuduga oleh ahli panel yang akan menentukan sama ada calon layak atau
tidak layak untuk ditempatkan ke Program Pendidikan Khas Integrasi. (Prosedur ini terkecuali
untuk calon bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan).

5. Keputusan temuduga akan diserahkan ke JPN untuk urusan tawaran penempatan. Tawaran
penempatan hanya akan dibuat kepada calon yang layak sahaja. Ciri-ciri calon yang layak
diterima adalah;

i. boleh urus diri tanpa bantuan orang lain.
ii. Tiada kecacatan fizikal yang teruk.
iii. Tidak mengalami masalah sikap / tingkah laku luar biasa seperti hiperaktif (yang sukar
dikawal), ganas atau masaalah mental yang teruk.
iv. Tidak mengalami sebarang penyakit dalaman seperti sawan kronik, jantung dan lain-lain.

6. Calon yang layak akan ditempatkan ke program integrasi yang berhampiran dan sesuai
bergantung kepada kekosongan tempat pada ketika itu. Sekiranya tiada kekosongan tempat,
calon dianggap sebagai calon menunggu.

7. Setiap calon yang telah ditempatkan akan menjalani tempoh percubaan selama 3 bulan.
Pihak sekolah / penyelaras program akan membuat laporan mengenai perkembangan sikap
dan prestasi pembelajaran murid tersebut. Sekiranya layak, murid tersebut akan mengikuti
pembelajaran seterusnya. Bagi murid yang gagal selepas tempoh percubaan, pihak sekolah
akan membuat cadangan penangguhan kepada pihak JPN, dan pihak JPN akan
mengeluarkan surat penangguhan.

8. Bagi murid yang gagal di peringkat temuduga atau tempoh percubaan, boleh memohon
semula sekiranya murid tersebut telah melalui pemulihan seperti di Pusat Pemulihan Dalam
Komuniti (PDK) atau agensi swasta lain.

9. Had umur pembelajaran murid di program integrasi adalah;

i. Sekolah rendah 7 hingga 13 tahun.
ii. Sekolah menengah 14 hingga 19 tahun.

Walau bagaimanpun prestasi bulanan setiap murid akan menentukan tempoh
pembelajarannya. Sekiranya pada satu-satu tempoh itu, murid menunjukkan prestasi yang
menurun dan menimbulkan masalah kepada sekolah (guru dan rakan sebaya), maka murid
berkenaan boleh disarankan direhatkan / ditangguhkan bagi satu tempoh masa sehingga
murid berkenaan menunjukkan sikap, kelakuan dan minat yang positif.

B. PERTUKARAN MURID PENDIDIKAN KHAS

1. Pertukaran murid pendidikan khas hendaklah menggunakan borang pertukaran biasa (dalam
negeri / luar negeri). Borang tersebut hendaklah dihantar terus ke Unit Pendidikan Khas JPN
untuk diproses dan tindakan selanjutnya.

2. Pertukaran dan penempatan yang tidak melalui Unit Pendidikan Khas JPN akan
mengakibatkan murid tersebut ditempatkan di kelas biasa.

3. Borang pertukaran boleh didapati di semua sekolah dan hendaklah ditandatangani oleh Guru
Besar / Pengetua sekolah berkenaan.

4. Semua rekod peribadi dan fail-fail yang berkaitan dengan murid berkenaan hendaklah dibawa
ke sekolah baru yang dipohon setelah diluluskan.


C. PENEMPATAN MURID DARI KELAS NORMAL.

1. Murid kelas biasa yang dianggap lambat dan bermasalah yang ingin dimasukkan ke
program pendidikan khas, hendaklah melalui seperti syarat kemasukkan murid baru.

2. Murid ini tidak boleh diterima masuk tanpa borang pemeriksaan doktor yang lengkap dan
laporan temuduga.

3. Borang pertukaran biasa tidak boleh dijadikan pengesahan kelulusan / kelayakkan untuk
memasuki program pendidikan khas tanpa kelulusan Unit Pendidikan Khas JPN.

4. Murid bermasalah dari kelas biasa tidak boleh ditempatkan ke program pendidikan khas oleh
pihak sekolah tanpa melalui proses / syarat seperti murid baru.