Anda di halaman 1dari 13

PANDUAN RANCANGAN PENDIDIKAN

INDIVIDU (RPI) MURID-MURID


BERKEPERLUAN KHAS


RANCANGAN PENGAJARAN INDIVIDU
1. Pengenalan
Melalui Seksyen 41 Akta Pendidikan 1996 Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 2007
mengariskan: Rancangan Pendidikan Individu ertinya satu dokumen yang menjelaskan matlamat
perancangan pendidikan yang dirancang untuk setiap murid pendidikan khas dan dijadikan panduan oleh
guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan boleh menyatakan tahap pencapaian murid.
Rancangan Pendidikan Individu (RPI) diguna pakai dalam pelaksanaan kurikulum Pendidikan Khas yang
digubal oleh Panel Khas RPI juga berperanan sebagai rekod pengajaran guru.
Pekeliling Ikhtisas Bil. 7/2004: Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran
Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah, para (5) menyebut, Bagi memastikan keberkesanan kurikulum
ini (kurikulum alternatif) Rancangan Pendidikan Individu (RPI) setiap murid hendaklah di sediakan.
2. Definisi RPI
RPI merupakan satu dokumentasi perancangan berstruktur dengan langkah yang berbeza dan keperluan
pengajaran yang sepatutnya untuk membantu murid berkeperluan khas mencapai objektif yang telah
dikenalpasti.
3. Rasional Penghasilan RPI
Mengikut Renault (1987), penghasilan RPI bukan sahaja untuk murid-murid bermasalah pembelajaran,
tetapi juga digalakkan bagi murid-murid yang mempunyai prestasi pencapaian yang amat rendah
berbanding dengan rakan se kelas atau sebaya dalam sebahagian besar kurikulum, serta memerlukan
langkah-langkah intervensi jangka panjang. Dalam konteks murid berkeperluan khas, pembentukan RPI
adalah untuk menghasilkan program pembelajaran yang berkesan serta sesuai dengan kebolehan dan
keperluan murid berkenaan. Ini bermakna RPI bukan sahaja sesuai bagi murid bermasalah
pembelajaran tetapi juga murid berkeperluan khas lain, seperti mereka yang mempunyai masalah
pendengaran, penglihatan, pemulihan khas, cacat anggota dan lain-lain kecacatan.
Adalah penting kemahiran dan tugasan pembelajaran (learning tasks) yang disasarkan untuk murid
berkeperluan khas adalah selaras dengan keperluan dan ke fungsian murid berkenaan. Usaha perlu
dilaksanakan untuk mengenal pasti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang diperlukan oleh murid
tersebut bagi meningkatkan lagi tahap pencapaian sedia ada dalam, (i) interaksi sosial/emosi (ii)
kemahiran (iii) pengurusan diri, (iv) intelek, supaya akhirnya mereka boleh berdikari selepas. tamat
sesuatu tahap persekolahan dan (v) komunikasi. Jika ini tidak dilakukan, pengalaman pembelajaran
yang diperoleh tidak menjurus kepada pencapaian yang sewajarnya dan lebih malang lagi jika impak
pembelajaran memperkukuhkan lagi ketidakupayaan murid.
Interaksi sosial diperlukan bagi membolehkan murid berkeperluan khas menyesuaikan diri dalam
komuniti setempat dan menjadi sebahagian daripada komuniti tersebut. Ia juga akan membantu murid
mengamalkan tabiat sosial yang boleh diterima semasa bekerja dan bergaul dengan masyarakat. Ada
kalanya cara bersosial perlu diajar secara khusus, terutamanya kepada murid bermasalah pembelajaran,
kerana pembelajaran kebetulan (incidental learning) dan proses peniruan (modelling) adalah kurang
berkesan. Di samping itu juga keupayaan untuk mengurus dan mengawal emosi adalah salah satu faktor
yang boleh mempengaruhi perkembangan sahsiah seseorang murid itu. RPI yang disediakan adalah
untuk meningkatkan kecerdasan emosi di kalangan murid-murid ini.
Kemahiran dalam konteks murid berkeperluan khas bermaksud kemahiran fizikal dan di peringkat lebih
tinggi, kemahiran vokasional. Penguasaan kemahiran terbatas kepada kecacatan yang dialami oleh
murid. Sebagai contoh, jika murid menghadapi masalah cacat anggota yang teruk, kebolehannya untuk
menguasai kemahiran motor halus dan kasar amat terhad. Perkara ini perlu diambil kira semasa
penjanaan RPI untuk murid tersebut. Penguasaan kemahiran motor kasar dan halus serta kemahiran
vokasional yang tertentu seharusnya tidak dijadikan sasaran utama murid cacat anggota teruk ini.
Kebolehan mengurus diri seperti membersihkan diri merupakan aspek terpenting bagi murid
berkeperluan khas bermasalah pembelajaran terutama di peringkat prasekolah dan sekolah rendah.
Pengurusan diri peringkat tinggi juga amat diperlukan bagi murid berkeperluan khas lain. Justeru
pengurusan diri kebiasaannya merupakan sasaran yang sering diutamakan dalam penghasilan RPI murid
berkeperluan khas.
Bagi murid yang mengikuti program inklusif akademik samada masalah penglihatan, masalah
pendengaran, masalah pembelajaran dan pelbagai kecacatan, RPI haruslah dibina berdasarkan aspek
sosial, emosi dan rohani. Bagi murid yang mempunyai keupayaan kognitif rendah, di mana sebahagian
besarnya terdiri daripada murid bermasalah pembelajaran, penekanan adalah kepada pengetahuan
gunaan (functional). Contohnya, walau pun murid ini tidak boleh membuat kiraan secara mental, mereka
boleh diajar matematik gunaan menggunakan kalkulator. Selain daripada itu, penekanan diberikan
kepada penguasaan membaca dan menulis tetapi tidak kepada penguasaan pengetahuan akademik.
Keupayaan murid untuk berkomunikasi juga adalah di antara sasaran matlamat dalam pembinaan RPI.
Kebolehan berkomunikasi dengan baik akan membantu murid berkeperluan khas untuk menyesuaikan
diri dalam masyarakat dan hidup bersama-sama dengan rakan-rakan dari aliran perdana.

4. Elemen Rancangan Pendidikan Individu
Fokus kepada 3 atau 4 sasaran utama dipilih daripada komponen yang berkaitan
dengan bidang utama komunikasi, literasi, matematik, tingkah laku, dan kemahiran
sosial yang sesuai dengan keperluan murid. Elemen utama yang perlu ada:
4.1 Sasaran jangka pendek yang ditentukan untuk atau oleh murid
4.2 Strategi pengajaran yang akan digunakan
4.3 Kemudahan atau perkhidmatan sokongan yang perlu ada
4.4 Penyemakan semula perancangan
4.5 Hasil pencapaian yang akan direkodkan semasa penyemakan semula rancangan pendidikan individu
(dokumentasi)
4.6 Kerjasama melalui perkongsian maklumat, keputusan bersama, kebolehpercayaan bagi objektif
pengajaran dan pembelajaran serta prosedur penilaian
4.7 Meletakkan terlalu banyak sasaran pada masa adalah amat tidak sesuai.
4.8 Fokus kepada 3 atau 4 sasaran utama dipilih daripada komponen yang berkaitan dengan bidang utama
komunikasi, literasi, matematik, tingkah laku dan kemahiran sosial yang sesuai dengan keperluan murid.

5. Ciri-ciri Rancangan Pendidikan Individu
5.1 Komprehensif dan merangkumi pelbagai bidang
5.2 Matlamat yang spesifik dan objektif yang boleh diukur
5.3 Berasaskan urutan perkembangan kemahiran
5.4 Bersesuaian dan realistik (boleh dicapai)
5.5 Penggunaan bahasa yang mudah difahami
5.6 Digubal dan dipersetujui bersama pasukan pelbagai disiplin
6. Konsep RPI
1. RPI menjadi perancangan berasaskan:
i) Apa yang diajar
ii) Bagaimana sepatutnya diajar
iii) Kekerapan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran sasaran sepatutnya diajar melalui penambahan
atau aktiviti yang berbeza dari bukan pendidikan khas melalui kurikulum alternatif

2. RPI merupakan satu dokumentasi perancangan berstruktur dengan langkah yang
berbeza dan keperluan pengajaran yang sepatutnya untuk membantu murid berkeperluan
khas mencapai objektif yang telah dikenalpasti.

3. RPI adalah satu dokumen kerja bagi semua warga sekolah.

4. RPI mestilah mudah diakses dan difahami oleh semua yang berkenaan.

5. Perlu diingat, RPI adalah relevan untuk semua kategori murid berkeperluan khas dan
bukan untuk murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran sahaja seperti yang diamalkan
sekarang. RPI sesuai dihasilkan bagi murid berkeperluan khas yang mengikuti kurikulum
kebangsaan, alternatif atau lain-lain yang diguna pakai oleh murid berkenaan. Adalah
diharapkan penjanaan RPI bagi murid berkeperluan khas akan membangunkan jati diri murid
berkenaan dan membolehkan mereka hidup berdikari selepas tamat persekolahan dan
seterusnya meningkatkan kualiti hidup mereka.

7. Kepentingan Rancangan Pendidikan Individu

Proses RPI memberi pelbagai kebaikan kepada:
7.1 Murid
7.1.1 Setiap RPI yang digubal untuk mengenalpasti keperluan murid-murid dan
cara bagaimana keperluan-keperluan tersebut dapat dipenuhi. Contoh-contoh adalah seperti berikut:
(a) Peralatan khas seperti alat bantu mendengar, kanta pembesar
dan mesin Braille
(b) Bidang khas seperti orientasi dan mobiliti, kemahiran hidup dan
bahasa isyarat
7.2 Guru-guru
7.2.1 Memberi peluang untuk mendapat maklumat tentang murid
7.2.2 Menyediakan forum untuk mendapatkan sokongan dan khidmat bantu daripada pihak yang berkenaan
7.2.3 Menyediakan dokumentasi bagi tujuan kesinambungan amalan dalam khidmat bantu sokongan
diperlukan.
7.2.4 Memastikan bidang tugas yang memerlukan nasihat golongan professional

7.3 Ibu Bapa
7.3.1 Memberi peluang untuk terlibat secara langsung dalam penyediaan matlamat dan objektif pembelajaran
anak mereka
7.3.2 Memberi peluang untuk mendapat penerangan dengan jelas tentang perkara yang perlu dilakukan bagi
membantu pembelajaran anak mereka di rumah.
7.3.3 Menyediakan forum untuk meminta pertolongan, resos, sokongan dan perkhidmatan daripada pihak
yang berkenaan.
7.3.4 Memberi peluang untuk berkongsi maklumat dengan golongan professional yang terlibat secara
langsung dengan anak mereka



7.4 Ahli Pasukan Pelbagai Disiplin yang berkaitan (Sila rujuk ke Lampiran )
7.4.1 Memperolehi maklumat yang sistematik melalui penilaian pelbagai disiplin untuk mengenal pasti
keperluan individu murid
7.4.2 Mengenal pasti program latihan dan penilaian semula yang bersesuaian dengan keperluan murid.

8. Peranan dan Sumbangan Ahli Jawatankuasa RPI

8.1 RPI dilaksanakan berasaskan secara kumpulan atau pasukan. Hala tuju adalah dibentuk dan dipersetujui
bersama melalui kolaborasi dan kerjasama ahli-ahli pasukan RPI.
8.2 Ahli-ahli pasukan RPI adalah berbeza bergantung kepada keperluan individu murid yang terlibat.
Contohnya, ahli-ahlinya boleh terdiri daripada murid itu sendiri, ibu bapa, guru, kaunselor kerjaya,
pentadbir sekolah, pegawai khidmat bantu , pembatu pengurusan murid dan pegawai komuniti yang
telah dikenalpasti.

8.3 Kelebihan bergerak secara pasukan bagi RPI adalah:
8.3.1 Membentuk pemahaman yang sama tentang keupayaan sebenar murid yang terlibat.
8.3.2 Dapat berbincang tentang kemudahan (contohnya penterjemah bahasa isyarat dan lain-lain) yang dapat
membantu murid belajar dengan lebih berkesan.
8.3.3 Membuat cadangan pembelian alatan khas contohnya alat bantu dengar.
8.3.4 Mengenalpasti bentuk khidmat bantu yang diperlukan.
8.3.5 Menyediakan rangka panduan pembelajaran yang selari dengan keperluan pentaksiran kurikulum
8.3.6 Setiap ahli dapat berkongsi maklumat tentang tingkah laku dan bentuk atau kaedah pengajaran dan
pembelajaran yang sesuai dengan keperluan individu murid.
8.4 Menentukan peranan dan tanggungjawab setiap ahli pasukan setiap ahli memainkan peranan penting dan
perlu bekerjasama di dalam proses membina RPI.
8.4.1 Pentadbir (Pengetua/Guru Besar)
(a) Melantik seorang penyelaras (bukannya membina) pelaksanaan RPI
(b) Menggerakkan program kolaborasi, penilaian dan pengemaskini
(c) Memastikan perlaksanaan RPI dengan menilai dan mengemaskini laporan sekurang-kurangnya sekali
setiap tempoh laporan yang dipersetujui dalam borang RPI
(d) Memastikan cadangan keperluan bahan sokongan dan khidmat bantu dalam penyediaan RPI diambil
perhatian dan dapat dipenuhi.
(e) Memastikan murid yang terlibat dimaklumkan tentang pembinaan RPI jika berkenaan (?)
(f) Memastikan perbincangan keperluan transisi dapat diusahakan bersama pihak ibu bapa, komuniti
tempatan dan juga institusi pendidikan tinggi.
(g) Memastikan salinan dokumen RPI disediakan untuk ibu bapa dan murid.
(h) Memastikan RPI disimpan dan difailkan dengan baik serta hasil laporan dimasukkan dalam rekod
kemajuan atau profil murid

8.4.2 Guru kelas/Guru matapelajaran/Guru resos
(a) Menyediakan penilaian diagnostik yang sesuai bagi memastikan kekuatan dan keperluan murid.
(b) Menyemak , mengemaskini matlamat dan objektif di awal tempoh persediaan RPI.
(c) Memberi nasihat bagi keperluan peralatan khas.
(d) Bertanggungjawab membina aktiviti pembelajaran yang dapat memenuhi keperluan murid,
(e) Mengajar dan menilai pencapaian setiap objektif RPI.
(f) Mengekalkan komunikasi dan hubungan baik dengan pihak ibu bapa, guru-guru lain, profesional dan
pegawai khidmat bantu yang terlibat.
(g) Bekerjasama , mengekalkan komunikasi dengan guru-guru lain dan juga kakitangan (warga) sekolah
yang lain.

8.4.3 Pembantu guru
(a) Membantu murid dengan aktiviti pembelajaran di kelas mengikut arahan guru kelas
(b) Membantu guru mendapatkan bantuan peralatan khas
(c) Merekod , memantau pencapaian objektif-objektif pengajaran dan pembelajaran yang telah dikenalpasti

8.4.4 Murid
(a) Membantu ahli pasukan mengenalpasti cara pembelajaran yang sesuai
(b) Membantu pasukan menentukan keperluan khidmat bantu dan peralatan khas
(c) Membantu menentukan matlamat pembelajaran
(d) Memahami proses pembentukan RPI

8.4.5 Ibu bapa
(a) Menyediakan maklumat terkini tentang murid
(b) Memaklumkan kemahiran, minat, kegemaran dan kecenderungan murid
(c) Memaklumkan maklumat latar belakang pendidikan awal, sebelum dan pencapaian murid
(d) Memberi peluang kepada murid untuk meneruskan aktiviti pembelajaran di rumah
(e) Sentiasa berkomunikasi dengan pihak sekolah

8.4.6 Ahli professional lain
(a) Menyediakan khidmat bantu (bentuk nasihat, terapi dan sebagainya)
(b) Menyediakan nasihat dari segi keperluan peralatan khas
(c) Menyediakan bantuan teknikal
(d) Menjadi sumber sokongan bagi keluarga
(e) Melaksanakan penilaian bila diperlukan
9.
Proses RPI


9. Garis Panduan Penghasilan RPI

Penghasilan RPI merupakan proses penting dalam usaha menyediakan program pendidikan yang
berkesan dan bertepatan dengan berkeperluan khas murid yang berkenaan. Murid berkeperluan khas
mempunyai keperluan yang berbeza untuk berdikiri atau/dan untuk mencapai kejayaan searas dengan
murid biasa. Matlamat utama pendidikan bagi murid berkeperluan khas adalah untuk menyediakan
mereka agar dapat hidup dalam komuniti setempat. Justeru, pihak sekolah perlu merancang aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kandungan kurikulum yang berkesan serta berkait
rapat dengan keperluan setempat. Untuk menghasilkan RPI yang berkesan perkara-perkara berikut
perlu diambil kira.
Jawatankuasa RPI hendaklah dianggotai oleh, (i) pengetua atau guru besar, (ii) guru penolong kanan
pendidikan khas atau penyelaras program pendidikan khas, (iii) semua guru pendidikan khas, (iv) semua
ibu bapa atau wakil (v) kumpulan multi-disciplinary mengikut keperluan dan (vi) murid.

9.1 Proses Penghasilan RPI
Pembinaan RPI bagi murid berkeperluan khas adalah penting bagi memaksimumkan keberkesanan dan
impak pelaksanaan aktiviti pembelajaran. Tahap keberkesanan aktiviti ini pula bergantung pada
ketelitian dan ketepatan RPI yang dihasilkan. Berasaskan kepada garis panduan yang disenaraikan
dalam para 3, berikut adalah langkah-langkah yang disarankan dalam proses pembinaan RPI.

Jadual 1: Langkah-la
ngkah pembinaan RPI
Langkah Tugasan Tindakan
Ujian
Diagnostik
Menyediakan ujian diagnostik
Menjalankan ujian diagnostik
Menganalisis dan merekod
keputusan ujian diagnostik
Menubuhkan Jawatankuasa
penyediaan ujian diagnostik
Guru pendidikan
menjalankan ujian diagnostik
secara pemerhatian,
temubual, ujian lisan, ujian
bertulis
Pembentukan
Ahli
Jawatankuasa.
Kenal pasti serta hubungi ahli
jawatankuasa.
Lantikan rasmi dibuat.


Mengeluarkan surat Menetapkan
tarikh, tempat, masa dan
kekerapan mesyuarat yang akan
diadakan.

Agenda mesyuarat (Melapor
baseline RPI yang telah
dikenalpasti, mengesahkan
cadangan).

Fokus adalah hanya satu RPI
bagi seorang murid dalam satu
masa.

Menyediakan laporan
baseline setiap murid.
Mendapatkan persetujuan
AJK bagi menentukan
baseline setiap murid.
Pembinaan
RPI
Cerakinkan matlamat jangka
panjang kepada sasaran jangka
pendek.

Kenal pasti sumber yang
diperlukan untuk mencapai
sasaran.

Membahagikan tanggung jawab
bagi mencapai sasaran kepada
setiap ahli.

Hasilkan dokumen RPI secara
bertulis.

Menyediakan senarai objektif
untuk satu RPI dalam tempoh
masa yang sesuai.
Rekod
ujianpsychometric yang
pernah dibuat ke atas murid.

Sebarang maklumat yang
boleh membantu ahli
membina RPI yang
bertepatan dengan keperluan
murid.

Peningkatan RPI sedia ada.
Semak prestasi pencapaian
murid. Dapatkan baselineterkini.
Senaraikan matlamat baru jangka
panjang.
Susun matlamat baru jangka
panjang mengikut keutamaan.
Cerakinkan matlamat baru jangka
panjang kepada sasaran jangka
pendek baru.
Kenal pasti sumber tambahan
yang diperlukan untuk mencapai
sasaran baru.
Membahagikan tanggung jawab
untuk mencapai sasaran baru
kepada setiap ahli.
Hasilkan dokumen RPI secara
bertulis.

Dapatkan:
RPI sedia ada.
Dapatkan sebarang laporan
terkini.

Penghasilan
program
pembelajaran
dan
pelaksanaan.
Terjemahan sasaran kepada
objektif tingkah laku pembelajaran
& pengajaran.
Pilih strategi pengajaran dan
kaedah penilaian untuk mengukur
pencapaian objektif.
Mendapatkan sumber pengajaran
dan pembelajaran yang dikenal
pasti.
Melaksana dan memantau
program yang dirancang di
peringkat sekolah dan rumah.
Tetapkan tarikh mengkaji semula
RPI.

Dapatkan:
Butiran Perancangan.



Langkah Tugasan Tindakan
Kaji semula
RPI
Kumpul dan bandingkan data.
Meneliti perkembangan dan
pencapaian murid.
Pinda matlamat jangka panjang
dan sasaran jangka pendek
mengikut keperluan.
Runding semula peranan ahli
jawatankuasa dalam usaha
mencapai sasaran.
Hasilkan dokumen baru RPI
yang telah dibuat perubahan
mengikut persetujuan secara
bertulis.
Tetapkan tarikh kaji semula
yang berikutnya,
Dapatkan:
RPI sedia ada
Laporan pencapaian terkini
di peringkat sekolah dan
rumah.

Penghasilan dokumen RPI perlu dibincangkan bersama oleh ahli jawatankuasa yang dilantik khas dan
mempunyai kepentingan terhadap perkembangan pendidikan murid berkeperluan khas. Penulisan
dokumen ini adalah tanggung jawab guru yang ditugaskan untuk mengatasi masalah pembelajaran yang
dihadapi oleh murid berkenaan. Walau bagaimana pun bantuan daripada ahli jawatankuasa lain untuk
menghasilkan dokumen bertulis terbut bolehlah dirundingkan. Yang pentingnya setiap murid
berkeperluan khas mempunyai dokumen RPI yang lengkap.
10. Keperluan Transisi
Proses transisi dari setiap peringkat persekolahan memerlukan satu proses adaptasi kepada
persekitaran, orang-orang yang berada disekiling dan aktiviti di dalam linkungan persekolahan.
Tujuannya adalah untuk memberi kesediaan murid bagi untuk melangkah dari satu proses yang tidak
formal kepada formal contohnya dari persekitaran di rumah ke alam persekolahan bagi murid prasekolah
dan dari ke satu tahap rendah ke tahap yang lebih tinggi contohnya dari sekolah rendah ke sekolah
menengah atau dari zaman kanak-kanak ke alam dewasa.
Adaptasi ini memerlukan satu tempoh masa dan ruang penyesuaian supaya berlakunya kesediaan untuk
maju ke tahap yang baru. Satu program yang singkat perlu diwujudkan untuk menyediakan ruang transisi
tersebut.
GARIS PANDUAN PENULISAN BORANG RPI
A. Isikan maklumat murid
1. Nama (HURUF BESAR)
2. Jantina
3. Keturunan
M Melayu
C Cina
I India
K Kadazan
B Iban
L - Lain-lain
4. Tarikh Lahir
5. Umur
6. No pendaftaran OKU (Rujuk Kad OKU)
7. Kelas
Kelas mengikut penempatan
8. Tarikh Mula (Tarikh Perlaksanaan)
9. Tempoh Perlaksanaan. Jangka masa RPI dilaksanakan. (Contoh:- Dicadangkan
1 Tahun: Januari 2010 hingga Disember 2010)
10. I) Kategori : Ikut kecacatan murid (Setiap pada boring BPKKK 1 (Pin. 2003)
Laporan perubatan
II) Nyatakan kategori yang spesifik
a) Masalah Pembelajaran : Specific Learning Disability
Speech or Language Impaired
Mentally Retarded
Emotionally Disturb
Slow Learner
Cerebral Palsy
ADHD
Down Snydrome
Dan lain-lain (Nyatakan)
b) Masalah Pendengaran :
Profound
Severe
Moderate
Mild
c) Masalah Penglihatan :
Low Vision
Total Blind

d) Pelbagai Kecacatan : (Nyatakan)

11. Penempatan Ikut Program

12. Nama Sekolah

B. Latar Belakang Pendidikan / Perubatan / Tingkah Laku / Sosial
Aspek yang berkaitan dengan keperluan

1. Sumber Maklumat ( Doktor, terapi, ibu bapa, guru mata pelajaran, dlln)
2. Tarikh (Perjumpaan dengan sumber member maklumat berdasarkan B-1)
3. Ringkasan Laporan (Keterangan daripada sumber maklumat ringkas dan tepat
serta berfokus kepada RPI)

C. Analisis Penguasaan dan Kelemahan Murid
1. Bidang Penguasaan (Pengetahuan/kelebihan sedia ada murid)
2. Bidang Keperluan (Aspek utama yang menghalang murid proses pengajaran
dan pembelajaran murid contohnya: urus diri, tingkah laku, masalah pertuturan)
3. Memerlukan khidmat bantu ( perubatan/peribadai) sekiranya ia Ya, nyatakan
bantuan yang diperlukan contohnya: bantuan pertuturan juru pulih anggota dan
lain-lain.
4. Keperluan Peralatan khas (contohnya kerusi roda , brailler, alat bantuan
pendengaran, dll)
D. Rancangan RPI (*Bulatkan RPI yang dibina mengikut semester)
1. Matlamat (DIcadangkan 1 tahun)
2. Tarikh Mula (Tarikh pembinaan RPI)
3. Objektif Jangka Pendek (Kemahiran yang ingin dicapai dalam jangka waktu
terdekat)
4. Strategi/pendekatan (contohnya tunjuk cara, sesi soal jawab, bimbingan fizikal,
bimbingan lisan dlln)
5. Penilaian semasa/tarikh (contohnya pemerhatian, skor ujian, lembaran kerja,
dlln)/ (Tarikh penilaian dijalankan atau dilaksanakan)
E. Semakan Pencapaian Murid
i) Untuk Semester 1 ii) Untuk Semester 2
1. Pencapaian (Boleh diukur contohnya 10 daripada 15 soalan betul, peratus
kemajuan yang telah dicapai, perubahan tingkah laku, dlln.
2. Pendekatan berkesan (Contohnya belajar menggunakan computer, muzik, teka-
teki, dllm
3. Rumusan/Cadangan
- Tindakan susulan guru dan ibu bapa di rumah
- Pelbagaikan aktiviti menggunakan computer, muzik, dll
4. Tarikh Semakan
- 2 kali setahun
- Dicadangkan Jun dan Oktober
F. Pengesahan Ahli Jawatankuasa Pembina RPI
1. Nama Ahli
Semua yang terlibat dengan murid berkenaan. (Contoh, pentadbir, guru kelas,
guru mata pelajaran, kaunselor, guru disiplin, doctor, pembantu pengurusan
murid dan lain-lain
Penglibatan semua ahli jawatankuasa amatlah digalakkan
RPI tetap dilaksanakan walaupun hanya 2 atau 3 ahli jawatankuasa sahaja
terlibat
2. Jawatan/Gelaran
Contoh, guru besar, doctor pakar, penolong kanan pendidikan khas, penyelaras,
guru kelas, pembantu pengurusan murid, dlln
3. Tarikh (Tarikh perjumpaan ahli jawatankuasa RPI)
4. Tandatangan (Untuk Pengesahan)
G. Perancangan Transisi
1. Prasekolah
Awal kemasukan, contohnya transisi dari rumah ke sekolah. Fokus kepada
kemahiran urus diri dan bersosial
2. Ke Sekolah rendah
Tumpuan kepada kemahiran hidup berdikari, pengusaan 3M dan aktiviti sukan
dan seni
3. Ke Sekolah Menengah
Tumpuan kepada kemahiran hidup berdikari, peneguhan penguasaan 3M,
aktiviti sukan dan seni ke tahap yang lebih tinggi
4. Ke Kerjaya / Dewasa
Penekanan kemahiran vokasional sebagai persediaan memasuki alam
pekerjaan dan hidup berdikari