Boneka air Vietnam. Boneka ialah benda bukan hidup atau figura berupa manusia, haiwan atau apa-apa jenis benda lain yang dianimasikan atau dimanipulasi oleh sekurang-kurang seorang dalang untuk dipersembahkan dalam teater, filem atau televisyen. Terdapat berbagai-bagai jenis boneka yang diperbuat daripada bermacam-macam bahan yang sesuai dengan bentuk atau kegunaannya. Penghasilan boneka tidak kenal tahap kerumitannya. Seperti yang diulas oleh Oscar Wilde, "Boneka ada banyak kelebihannya, termasuklah tidak mampu berhujah, tidak mengulas seni dengan lantang, dan tiada kehidupan peribadi."
Kaedah belajar melalui bermain telah diaplikasikan menggunakan boneka. Dalam kajian ini, kanak-kanak bermain menggunakan boneka. Feldman (1991), menyatakan kanak-kanak belajar secara semula jadi. Mereka ingin tahu, berminat, bersemangat dan memberi perhatian bagi mempelajari perkara-perkara baharu. Cara yang terbaik mengajar kanak-kanak adalah melalui bermain dan gaya pembelajaran mereka yang semula jadi. Friederich Wilhelm Frobel (1782-1852) yakin permainan yang sesuai dapat membantu kanak-kanak berfikir berkenaan interaksi antara kehidupan dan aktiviti sendiri, pemikiran dan tindakan, perwakilan dan kognisi serta kebolehan dan pemahaman. (Brewer,1992)
Robert M. Gagne (1970), menyatakan pembelajaran bergerak dari yang paling mudah menuju kepada yang rumit. Pembelajaran pada aras yang tinggi bergantung kepada pembelajaran pada aras yang rendah. Pada mulanya kanak-kanak bermain boneka secara bersendirian. Ketika ini kanak-kanak hanya akan berkomunikasi dengan dirinya sahaja. Bahan perbualan juga berkaitan dengan dirinya sahaja. Kemudian kanak-kanak akan bermain bersama rakan- rakan yang berada dipersekitarannya. Komunikasi yang lebih baik berlaku apabila kanak-kanak bermain boneka bersama. Kanak-kanak akan berkongsi pengalaman masing-masing. Perkataan yang lebih kompleks digunakan dalam perbualan mereka. Seterusnya, kanak-kanak dapat menambahkan bilangan perbendaharaan kata mereka.
APA ITU BONEKA? (angguk kalau tahu, geleng-geleng kalau tak tahu.. hehe) Apa itu boneka? Puppet atau dalam bahasa Malaysia Boneka. Boneka ialah benda bukan hidup atau figura berupa manusia, haiwan atau apa-apa jenis benda lain untuk dianimasikan dan dimanipulasikan oleh pemain untuk persembahan. Boneka merupakan salah satu permainan tertua kerana permainan ini wujud pada zaman Yunani, Rowani ataupun Mesir. Terdapat berbagai-bagai jenis boneka yang diperbuat daripada bermacam-macam bahan yang sesuai dengan bentuk atau kegunaannya. Penghasilan boneka tidak kenal tahap kerumitannya, yang penting kreatif. Bahan Bantu Mengajar (BBM) bagi di tadika, taska, prasekolah amat memerlukan boneka bagi menarik minat pelajar untuk belajar. Guru memainkan peranan untuk menjadi lebih kreatif bagi menarik perhatian pelajar. Belajar dengan berpandukan buku sahaja tanpa ada bahan yang menarik perhatian amatlah membosankan. JENIS- JENIS BONEKA
Boneka Kayu Cara guna boneka kayu ni, pegang kayu dan gerak-gerakan mengikut gerakan yang sesuai dengan cerita. Seorang boleh pegang dua boneka jika mampu melakonkan dengan watak yang berlainan.
Boneka Tali Boneka tali ni mungkin agak mencabar bagi pelajar untuk persembahkan kerana banyak tali yang perlu di pegang dan sukar untuk mengawal pergerakan boneka tersebut. Seorang dinasihatkan memegang satu boneka sahaja supaya persembahan tidak terganggu.
Boneka Jari Boneka jari agak senang bagi seorang budak-budak dan menarik. Gunakan kelima-lima jari untuk buat persembahan. pastikan suara kelima-lima boneka itu tidak sama. Guru boleh mengajar mengenal bunyi haiwan dengan menggunakan boneka diatas. Sangat menyeronokkan!
Boneka Tangan Boneka tangan selalunya guru akan persembahkan kepada murid sebuah cerita yang disertakan nyanyian. Boneka diatas menunjukkan guru menceritakan sebuah keluarga bahagia.
Boneka Tangan Boneka tangan haiwan ni mempersembahkan sebuah cerita di dalam hutan yang terdapat pelbagai jenis haiwan. Guru memainkan peranan penting bagi menghidupkan sebuah cerita. Pelajar pasti tidak bosan!
APABILA KANAK-KANAK YANG MENGGUNAKAN BONEKA : -Bergerak dan dikuasai oleh kanak-kanak itu -Cabaran kerana keperluan untuk menyelaraskan pertuturan dan pergerakan -Bercakap sebagai seorang sahabat yang menerima -Digunakan secara individu dan dalam kumpulan bermain -Digunakan untuk meneroka personaliti orang lain -Digunakan sebagai satu cara untuk melepaskan emosi terpendam -Digunakan untuk mengenang kembali dan meniru pengalaman -Dilihat sebagai aktiviti seperti dewasa -Digunakan untuk menghiburkan kawan -Dibina oleh kanak-kanak
APABILA GURU MENGGUNAKAN BONEKA : -motivasi -Mendapat dan memegang perhatian -Menyediakan pelbagai dalam pembentangan idea dan kata-kata -Menyediakan model untuk meniru -bercerita -Menggalakkan kreativiti kanak-kanak -Menyediakan peluang bermain yang menggalakkan pertuturan dan motor-skill coordination -Memperkenalkan maklumat baru -Menggalakkan sikap positif terhadap speaking and dramatic activities.
KELEBIHAN MENGGUNAKAN BONEKA DALAM PEMBELAJARAN
Rumusan tujuan pembelajaran dengan jelas. Dengan demikian akan dapat diketahui, apakah tepat digunakan permainan sandiwara boneka atau sandiwara yang lain. Buatlah naskah sandiwara yang akan dimainkan secara terperinci. Dari segi dialognya, perjalanan ceritanya dan adegannya harus disusun secara cermat, sekalipun pemainnyanya dimungkinkan untuk berimprovisasi ketika memainkan boneka tersebut. Permainan boneka mementingkan gerak dari pada kata.Oleh itu, dialognya jangan terlalu panjang, dapat menjemukan penonton. Untuk anak-anak usia prasekolah, sebaiknya permainan boneka dirancang untuk banyak melibatkan dialog dengan anak pada saat permainan. Permainan sandiwara boneka jangan terlalu lama, kira- kira 10 sampai 15 minit. Agar pesan khusus yang disampaikan kepada anak dalam permainan sandiwara boneka tersebut dapat difahami oleh anak- anak/penonton. Hendaknya diselingi dengan nyanyian, kalau perlu penonton diajak nyanyi bersama. Bila perlu pengukuhan dengan dialog atau diskusi dengan anak-anak/penonton untuk memantapkan pesan nilai yang diajarkan. Isi cerita hendaknya sesuai dengan umur dan kemampuan serta daya imaginasi anak-anak yang menonton. Selesai permainan sandiwara boneka, hendaknya diadakan pengukuhan seperti soal-jawab, perbincangan atau menceritakan kembali tentang isi cerita yang disajikan. Jika memungkinkan, berilah kesempatan kepada anak- anak untuk memainkannya. boneka PENGENALAN
BONEKA adalah merupakan sebagai sebarang benda objek yang digerak lakonkan oleh pemain sama ada secara sentuhan atau arahan yang bertujuan menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja benda atau objek ini dapat dijadikan boneka itu pemain akan mencuba untuk menghidupkan watak sama-ada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau aksi boneka tanpa sebarang sebarang dialog.
Boneka ini digunakan sebagai alat bantu pengajaran dan pembelajaran untuk menyampaikan cerita dengan lebih berkesan lagi. Pendengar akan dapat menghayatinya dengan khusyuk sesebuah cerita dengan memberi tumpuan sepenuhnya di samping melihatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka. Kesannya dari permainan boneka cukup baik ke arah pendedahan kanak-kanak untuk berkomunikasi , melahirkan idea kreatif dalam penciptaan cerita, dan merangsang imaginasi. Selain daripada itu, penggunaan boneka juga dapat memberi pengalaman belajar bekerjasama secara berkumpulan. Pencerita membawa pengalaman luar untuk direalisasikan menerusi daya imaginasi pencerita dan kanak-kanak menjadi andaiannya.
Sejarah ringkas
Perkataan puppet atau boneka berasal daripada perkataan Latin iaitu pupa. Ahli sejarah berpendapat bahawa boneka telah mula dijumpai kira-kira 3000 tahun sebelum Masihi oleh orang-orang Mesir dan Cina. Bahan yang digunakan adalah kayu, tanah liat atau tulang binatang. Boneka yang lebih indah dibuat daripada lilin dan gading gajah. Boneka yang dibuat pada masa itu bukan dibuat sebagai mainan kanak-kanak tetapi banyak digunakan untuk keperluan keagamaan atau upacara adat yang rasmi. Tidak ada seorang kanak-kanak pun pada ketika itu yang membayangkan akan bermain dengan boneka- boneka ini. Bentuknya sangat berbeza dengan pasaran yang terdapat pada masa kini. Dulu, bentuknya tidak menarik, dan dikatakan sangat menyeramkan dan menakutkan sehinggakan kanak-kanak enggan memilikinya. Boneka tersebut sangat kaku dan tidak boleh digerak-gerakkan. Boneka dengan lengan dan kaki yang dapat digerakkan buat pertama kalinya pada 600 tahu sebelum Masihi. Pada abad ke 5 hingga 15, boneka masih tetap digunakan untuk upacara ritual dan keagamaan.
Boneka Barat
Bermula pada abad ke 15 di kota Nurembergm Ausburg dan Sonnerberg Jerman, boneka telah dibuat sebagai alat mainan kanak-kanak. Boneka tersebut telah diperbuat dari tanah liat, kayu, dan lilin serta diberi pakaian yang menggambarkan wanita Jerman pada masa itu. Pada masa yang sama, fabrik pembuat boneka di Inggeris, Perancis, Itali, dan Belanda membuat boneka yang sama dengan pakaian khas daerah setempat. Boneka dari masing-masing negara ini banyak dijual untuk dijadikan cenderamata. Pada abad ke 16, Belanda telah mencipta mata boneka dari gelas dan dapat digerakkan sehingga boneka dilihat menjadi lebih hidup. Tahun 1675 boneka telah diperkemaskan lagi dengan rambut sehingga bentuknya sama dengan boneka yang banyak dijumpai pada masa kini. Pada tahn 1710, sebuah kilang pembuat boneka telah berjaya membuat boneka yang dapat menangis disusuli dengan boneka yang dapat berjalan pada tahun 1735.
Di akhir Perang Dunia I, Amerika telah mencatat satu sejarah sebagai negara penghasil boneka terbesar di dunia. Di antara tahun 1925 dan Pernag Dunia II, kilang membuat boneka berjaya membuat boneka menjadi yang lebih menarik, lebih menyerupai bentuk yang ditirunya. Boneka ini telah dilengkapi dengan mata yang dapat mengedip lengkap dengan bulu matanya, dan dapat membuka mulut sehingga terlihat deretan giginya yang rapi atau boneka yang dapat makan dan minum sendiri. Boneka-boneka ini telah dijual dengan harga yang mahal.
Perancangan Boneka Untuk Kanak-kanak
Boneka merupaka sebarang objek yang digeraklakonkan sama ada secara sentuhan atau arahan oleh pemain dengan tujuan menyampaikan mesej. Apa-apa sahaja objek dapat dijadikan boneka sekiranya objek digerakkan oleh pemain. Sewaktu menggerakkan boneka pemain menghidupkan eatak menerusi dialog atau aksi boneka tanpa sebarang dialog.
Boneka juga digunakan sebagai alat bantu untuk menyampaikan cerita dengan berkesan. Pendengar dapat menghayati sesebuah cerita denganpenuh tumpuan disamping melihatkan diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka. Kesannya cukup baik ke arah pendedahan berkomunikasi, melahirkan idea yang kreatif dalam penciptaan cerita, dan merangsang daya imaginasi. Selain itu, penggunaan boneka dapat memberi pengalaman belajar bekerjasama secara berkumpulan. Pencerita membawa pengalaman luar untuk direalisasikan menerusi daya imaginasi pencerita dan kanak-kanak menjadi andaiannya.
Jenis-jenis boneka
Boneka Sarung Tangan Sarung tangan boleh digubah menjadi badan dan anggota boneka. Semasa menggunakan boneka jenis ini jari dimasukkan ke dalam sarung tangan itu dan gerakkan untuk menghidupkan anggota boneka.
Boneka lidi
Boneka ini diperbuat daripada bahan yang keras atau tebal. Kemudian lidi panjang diletakkan pada badan boneka termasuk pada anggota-anggota tertentu yang bakal digerakkan semasa menggunakannya, boneka dijulang pada lidi utama dan lidi-lidi yang lainnya digoyangkan untuk menggerakkan anggota badan boneka tersebut.
Wayang Kulit
Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan bentuknya di potong keluar. Lidi-lidi halus diletakkan pada tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu. Semasa memainkan boneka ini, ia ditempatkan di bahagian belakang satu skrin putih. Lampu dinyalakan dan bayang-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin. Lidi digoyang-goyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Satu lagi cara persembahan wayang kulit ialah dengan menggunakan OHP sebagai sumber cahaya dan imej boneka akan terpapar di atas skrin.
Boneka Bertali
Boneka bertali atau marionette diperbuat daripada bahan-bahan keras seperti papier mache, plaster-of- Paris atau kayu. Tali-tali halus disambungkan kepada bahagian-bahagian boneka yang boleh bergerak. Semasa digunakan, tali-tali itu ditarik-tarik untuk membuat anggota-anggota boneka tersebut bergerak.
Topeng Topeng boleh diperbuat daripada kertas atau dengan menggunakan papier mach. Topeng amat sesuai untuk situasi main peranan atau lakonan dalam mata pelajaran Bahasa atau Pendidikan Moral.
Jenis cerita Terdapat pelbagai jenis cerita yang dijadikan bahan untuk kanak-kanak antaranya mengenai cerita haiwan, kehidupan seharian, keadaan semasa dan lain-lain lagi.
Teknik bercerita dengan menggunakan boneka ini sesuai digunakan bagi pengajaran bertema yang dihubungkaitkan dengan tajuk pengajaran lain seperti mewarna, pengetahuan sains, dan pengajaran bahasa. Terdapat pelbagai jenis boneka yang boleh disesuaikan untuk aktiviti bercerita.
Pencerita mempunyai dua pilihan untuk menggunakan teknik ini. Pertama, memilih cerita terlebih dahulu untuk mencipta skrip, kemudian membina boneka berdasarkan watak-watak dalam cerita tersebut. Kedua, pencerita menggunakan sebarang boneka yang akan menjadi watak dalam cerita. Cara kedua ini lebih memberi kebebasan kepada pencerita di samping menggalakkan daya kreativiti pendengar.
Bagi bahan cerita yang pendek dan terlalu panjang, pencerita perlu menulis dalam bentuk skrip berdasarkan cerita itu, sama ada memanjangkan atau memendekkan skripnya. Dialog skrip tidak perlu menggunakan ayat yang panjang dan haruslah disesuaikan dengan pemahaman kanak-kanak. Skrip cerita hanyalah dijadikan sebagai garis panduan pencerita dan boleh diubah suai sewaktu pencerita menyampaikan cerita.
Pencerita perlu berlatih menggunakan teknik menggerakkan lakonan boneka supaya dialog yang dituturkan selaras dengan gerak laku boneka. Variasi suara perlu difikirkan kesesuiannya dengan boneka yang akan digunakan. Penggunaan pentas akan membantu keberkesanan penyampaian sesebuah cerita. Walaubagaimanapun pencerita boleh menggunakan boneka tanpa pentas. Kedudukan pentas boneka boleh disesuaikan di mana-mana sudut.
Membuat boneka
Boneka-boneka ini boleh diperbuat daripada pelbagai jenis bahan, di antaranya sarung tangan, sarung kaki, kertas, bag mabuk udara dan banyak lagi.
Contoh Cara Membuat Boneka Sarung Tangan
Boneka jenis ini adalah antara boneka yang mudah dibuat, ia mempunyai bahagian kepala, pakaian, sepasang tangan dan kadangkala dilengkapkan dengan sepasang kaki. Lakonan boneka sarung tangan memerlukan satu pentas khas dimana pemain boneka dapat melindungi diri di bahagian bawah manakala boneka tangan hanya dapat ditonton dengan bahagian badan dan kepala sahaja.
Alat/ bahan:
Kain belacu/ sarung tangan Pensel Gunting Jarum Benang jahit dan benang bulu Berus cat
Cara membuatnya:
1. Lipat belacu sekali. Letakkan tangan di atas kain itu dengan semua jari terlunjur dan tekapkan bentuknya. Lukiskan garisan terputus di luar garisan pertama tadi ini garisan jahitan. Kemudian lukiskan garisan ketiga di luar garisan terputus-putus itu, ini garisan pengguntingan, 2. Gunting garisan pengguntingan. 3. Jahit di atas garisan putus-putus tadi dengan jahitan halus. 4. terbalikkan sarung tangan yang telah dijahit tadi agar nampak kemas. 5. catkan boneka dengan menggunakan cat atau cat air mengikut watak yang dikehendaki. 6. Jahitkan benang bulu atau benang sulaman sebagai rambutnya. 7. boneka yang telah siap untuk dilakonkan.
Persekitaran
Persekitaran tempat pertunjukan boneka perlu lapang. Kalu boleh dihamparkan sebidang permaidani untuk membolehkan kanak-kanak duduk dengan selesa sambil menghadap kepada pentas boneka.
Susun atur
Boneka hendaklah disusun di sudut perkenbangan bahasa atau di sudut komponen kreativiti dan estetika. Tempat persembahan boneka perlulah lapang tanpa ada sebarang gangguan yang boleh menghalang perjalanan persembahan itu. Susun atur boneka hendaklah mengikut cerita yang hendak disampaikan.
Manakala pentas boneka dicadangkan menggunakan pentas kerusi, pentas tingkap, pentas meja, pentas pintu, pentas papan lipat, OHP dan tanpa menggunakan pentas.
Teknik penyampaian
Terdapat beberapa teknik penyampaian dengan menggunakan boneka. Satu daripada teknik yang boleh digunakan ialah pencerita menggerak lakonkan boneka dengan berdialog secara selari duduk di depan pendengar tanpa menggunakan pentas. Pencerita boleh juga mendapatkan khidmat pembantu dalam menggeraklakonkan boneka. Cara kedua ini disesuaikan dengan pentas boneka. Semasa bercerita, gerak lakon boneka disesuaikan dengan dialog seolah-olah boneka berkomunikasi dengan pendengar. Kedudukan boneka di pentas perlu diambil kira iaitu keluar masuk pentas , jarak serta pertukaran masa dan waktu. Kesan muzik latar boleh digunakan untuk menjadikan cerita lebih menarik.
Aktiviti susulan
Aktiviti-aktiviti nyang berikut adalah antara yang boleh digunakan sebagai aktiviti susulan:
a) Menggerak lakonkan semula cerita b) Membina boneka c) Menyanyi menggunakan boneka d) Mempelbagaikan suara menggunakan boneka
Contoh cerita
Judul: Mengapa Gagak Hitam Nilai: Gelojoh membawa padah. Objektif: kanak-kanak dapat mengenal burung gagak dan merak, membezakan pelbagai warna.
Babak I Merak : Mari kita warnakan badan kita supaya lebih cantik. Gagak : Macam mana caranya? Merak : aku ada kawan. Seorang pemuda yang menjadi pelukis. Gagak : Oh begitu, cepatlah. Aku sudah tidak sabar lagi. Merak : Sabarlah, aku akan pergi berjumpa dengan pemuda itu esok. Gagak : elok benar cadangan awak. Nanti kita jumpa esok di tebing sungai ini ya!
Selain memberikan keseronokan kepada pelajar, bercerita dengan menggunakan boneka dapat juga merangsang minda pelajar untuk memahami sesuatu pelajar itu dengan lebih berkesan terutama dalam kemahiran lisan, kefahaman dan membina sebuah karangan. Guru perlu lebih kreatif terutama dalam penyediaan bahan.
Hubungan dengan Kurikulum dan bidang
Dengan menggunakan boneka untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak akan dapat meningkatkan: - Daya kreativiti - Perkembangan komunikasi dan bahasa. - Sosio emosi - Menambah ilmu pengetahuan - Pengalaman
Kepentingan boneka dan hubungannya dengan kurikulum dan bidang pengalaman adalah sebagai kaedah mempengaruhi kanak-kanak: - Untuk menghubungkaitkan dengan keseronokan. - Meningkatkan perhatian kanak-kanak dan meredakan tekanan. - Meluaskan perbendaharaan kata kanak-kanak. - Memperkenalkan kanak-kanak kepada penggunaan kata simbolik.
Rumusan
Membentuk dan membuat boneka merupakan satu bidang yang mengutamakan penguasaan kemahiran serta penyesuaian watak-wataknya. Perancangan rapi dan mendalam perlu dilakukan untuk mendapatkan satu penampilan yang benar-benar relevan dengan apa yang dihasratkan. Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi ciri-ciri reka bentuk di sampin kesesuaian terhadap mesej dan watak yang akan dipersembahkan. Persembahan boneka akan menjadi lebih menarik apabila pereka dapat menampilkan watak-watak yang bersesuaian dengan jalan cerita.