Anda di halaman 1dari 1

Mei Syen: Shu Yee, bersetujukah anda jika saya katakan rata-rata remaja sekarang tak begitu bersemangat

patriotik?

Shu Yee : Saya amat setuju dengan pandangan kamu.Mereka patut tahu tokoh-tokoh yang pernah berjuang
demi kemerdekaan negara. Contohnya Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman.

Mei Syen : Dengan begitu, mereka akan tahu pahit getir perjuangan masa lampau.

Shu Yee: Sejarah buktikan zaman Jepun barisan pejuang negara terpaksa makan ubi kayu. Sebab susah itulah,
pejuang lampau tak kenal kecewa dan patah hati menentang komunis bagi tujuan kemerdekaan.

Mei Syen: Pada pendapat sayalah, hidup remaja sekarang terlalu mewah. Yang mereka kehendaki, semuanya
dapat. Contohnya pakaian dan telefon bimbit berjenama Semangat patriotik mereka jadi lemah.

Shu Yee : Hubungan kekeluargaan dah tak intim lagi. Jarang-jarang mereka makan bersama. Anak-anak lebih
suka nikmati makanan segera seperti mister potato. Ibu bapa amat mengejar kerjaya.

Mei Syen : Heh Shu Yee, jangan kata begitu. Saya pun gemar makanan segera. Tetapi yalah, ibu bapa langsung
tak kuasa nak tanamkan semangat cinta dan sayang akan negara dalam diri anak-anak.
Shu Yee : Masyarakat dulu hidup dalam kelompok mereka kerana tak ada usikan dan pengaruh luar. Tapi lama
kelamaan hidup tertutup ini berubah kepada masyarakat terbuka kerana pengaruh sosialisasi dengan kaum lain.

Mei Syen : Saya setuju. Anak terabai kurang dapat kasih sayang. Mereka lebih terdedah kepada pengaruh rakan
sebaya. Amat sedih kita lihat banyak remaja terbabit dalam gejala sosial termasuklah kumpulan Mat Rempit,
tunggang motosikal secara bahaya.

Shu Yee: Manalah nak ada semangat patriotik, nak harumkan nama dan imej negara melalui aktiviti berfaedah.
Maksud saya, mereka tidak ada semangat juang dan jati diri yang tinggi.

Mei Syen : Ya, di sinilah bermanfaatnya Program Latihan Khidmat Negara. Apabila dah terlatih ala tentera,
barulah tertanam semangat juang demi kedaulatan ibu pertiwi tercinta.

Shu Yee : Hubungan keluarga perlu dipertaut kembali. Kempen budi bahasa dan nilai murni satu langkat konkrit
bagi membina jati diri dan semangat patriotik.

Mei Syen : Guru di sekolah patut merungkai sejarah perjuangan kemerdekaan.

Shu Yee : Sama-sama bertanggungjawab sebenarnya. Jangan tuding jari kepada sesiapa. Sekarang masa kita
bertindak. Jangan biarkan remaja semakin hanyut dalam mimpi indah kemewahan hidup.

Anda mungkin juga menyukai