Anda di halaman 1dari 1

Ruj Kami : SKUB/100/03/JLD2: ( )

Tarikh : 09 Julai 2014



Kepada :-

En Zulkifli Bin Kassim,
Imam 2,
Masjid Kariah Kg. Ulu Bendul,
71500 Tanjong Ipoh,
Negeri Sembilan Darul Khusus.


Tuan ,

JEMPUTAN KE IFTAR PERDANA DAN MAJLIS KHATAM AL QURAN 2014
(MEMIMPIN SOLAT ASAR & KHATAM AL- QURAN)

Adalah dengan hormat dan takzimnya perkara di atas dirujuk.

2. Dimaklumkan kepada tuan bahawa SK Ulu Bendul akan mengadakan Iftar Perdana
dan Majlis Khatam Al- Quran 2014 dengan kerjasama daripada guru pelatih IPG Kampus
Raja Melewar, Seremban pada ketetapan berikut :


Tarikh : 19 J ulai 2014 ( SABTU )
Masa : 4.00 petang 8.15 malam
Tempat : Surau j-Qaf SK Ulu Bendul

3. Justeru, pihak kami amat berbesar hati sekiranya tuan dapat mengimamkan solat
asar berjemaah dan memimpin bacaan khatam Al-Quran pada majlis tersebut. Semoga
dengan kehadiran tuan akan memeriahkan lagi majlis. Kehadiran tuan amat dialu-alukan
dan didahului dengan ucapan setinggi-tinggi penghargaan.


Sekian terima kasih.

Saya yang menurut perintah,




.
( SUHAIMI BIN NORAZI )
Guru Besar,
SK Ulu Bendul,
ATURCARA PROGRAM :
4.00 petang Berkumpul di surau bilik j-Qaf
4.30 petang Persiapan solat Asar berjemaah
5.00 petang Majlis khatam Al- Quran bermula
Ketibaan VIP
Bacaan Doa
Ucapan Guru Besar
Ucapan YB Dato Abd Samad
Penyampaian Hadiah
Persembahan Murid
7.00 petang Persiapan berbuka puasa & menjamu
selera
7.45 malam - Solat Maghrib berjemaah
8.15 malam - Bersurai