Anda di halaman 1dari 4

1

1.0 KONSEP PENTAKSIRAN, PENGUJIAN, DAN PENILAIAN



1.1 Pentaksiran

Pentaksiran ialah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat
penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat meliputi hal-hal
berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti
pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan, manakala produk pula melibatkan
pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula melibatkan operasi, dapatan
dan hasil. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran ialah:-

i. Instrumen
ii. Kumpulan yang ditaksir
iii. Respon
iv. Kumpulan yang menaksir
v. Skor


PENGERTIAN
DAN
KONSEP
Pentaksiran Pengujian Penilaian
Perkaitan antara
pentaksiran,
pengujian dan
penilaian
2

1.2 PENGUJIAN

1. Merupakan satu kaedah dalam pengukuran dan dijalankan dengan cara yang
sistematik.
2. Ia juga satu cara bagi mengukur tingkah laku seseorang individu.
3. Ia dilaksanakan dalam tiga peringkat iaitu, sebelum, semasa dan selepas
sesuatu pengajaran
4. Ujian boleh diberikan sebelum sesuatu pengajaran berlaku dengan tujuan untuk
mengumpul maklumat. Ujian itu dikenali sebagai ujian pra atau pretest.
5. Semasa pengajaran dan pembelajaran berlaku ujian diberikan sama ada secara
lisan atau bertulis. Ujian ini bagi mengetahui kemajuan yang dicapai oleh pelajar-
pelajar dan pemahaman mereka terhadap P&P guru.


Ujian ialah satu alat. Dalam P & P bahasa, ujian ialah bahan yang bertulis atau
tercetak atau terakam yang telah dibentuk oleh guru untuk menguji sesuatu kemahiran
bahasa. Misalnya, guru membina ujian kloz bagi menguji kefahaman membaca atau
ujian imlak bagi menguji kefahaman mendengar. Namun, perlu diingat bahawa ujian
mungkin menjadi kurang baik jika pentadbir ujian menggunakannya dan
menginterpretasinya secara tidak jujur. Oleh itu, ujian perlulah digunakan sesuai
dengan perkara yang hendak diuji itu. Contohnya, jika guru menguji tahap kefahaman
murid Tahun 4 dengan menggunakan bahan bacaan yang layak untuk Tingkatan 1,
sudah semestinya keputusan pelajar ini tidak menggalakkan.


1.3 PENILAIAN

Penilaian telah didefinisikan dengan banyak cara. Stufflebeam et. al. (1971: xxv)
menyatakan penilaian sebagai the process of delineating, obtaining, and providing
useful information for judging decision alternatives. Terry D. TenBrink (1974:8) pula
menyatakan bahawa penilaian adalah suatu proses mendapatkan maklumat yang akan
3

digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat
keputusan. Penilaian merupakan satu proses untuk memperolehi maklumat kuantitatif.
Ia adalah satu proses bagi guru untuk menentukan perubahan tingkah laku dan
membuat pertimbangan menilai. Proses menilai dapat memberi maklumat tentang
pencapaian objektif pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan
sesebuah kurikulum. Pentafsiran penilaian berdasarkan data kuantitatif dan
penghuraian kualitatif. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi
pengajaran guru. Ia boleh dijalankan berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau
kepada keseluruhan kurkulum.


Kepentingan Penilaian Ujian Di Bilik Darjah

Penilaian dan ujian mempunyai beberapa tujuan. Antaranya ialah untuk:
1. mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas yang sedia ada pada
pelajar-pelajar dalam perkara yang hendak diajar.
2. menolong guru-guru mengetahui sejauh manakah pelajar-pelajar mereka telah
dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah disampaikan.
3. membandingkan pencapaian seseorang pelajar dengan temanteman sekelasnya
atau dengan peringkat kelas yang sama di sekolah.
4. menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan juga yang amat lemah dalam
pencapaian mereka.
5. membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah
pengajaran mereka. Melalui ujian dan penilaian mereka sentiasa dapat
meningkatkan pengajaran mereka; dan
6. membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan mereka dalam sesuatu
kemahiran atau bidang itu dan segera pula memperbaikinya.




4

1.4 PERKAITAN ANTARA PENTAKSIRAN, PENGUJIAN DAN PENILAIAN



Berdasarkan rajah di atas, kita dapati ketiga-tiga konsep berkenaan mempunyai
perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap keberkesanan sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran. Tujuan atau objektif sesuatu penghakiman produk P&P
membabitkan ketiga-tiga aspek bekenaan.
PENILAIAN
PENGUJIAN
PENTAKSIRAN

Anda mungkin juga menyukai