Anda di halaman 1dari 7

5

2.0 TAKSONOMI BLOOM DAN DOMAIN KRATHWOHL






2.1 TAKSONOMI BLOOM
Tujuan pendidikan dibahagikan kepada tiga domain, iaitu:
1. Cognitive Domain (Domain Kognitif), melibatkan perilaku-perilaku yang
menekankan aspek intelektual, seperti pengetahuan, pengertian, dan keterampilan
berfikir.
2. Affective Domain (Domain Afektif) melibatkan perilaku-perilaku yang menekankan
aspek perasaan dan emosi, seperti minat, sikap, apresiasi, dan cara penyesuaian diri.
3. Psychomotor Domain (Domain Psikomotor) mengenai perilaku-perilaku yang
menekankan aspek keterampilan motor seperti tulisan tangan, berenang, dan
mengoperasi mesin.



TAKSONOMI DAN
DOMAIN
TAKSONOMI BLOOM DOMAIN KRATHWOHL
6

Domain Kognitif
Bloom membahagikan domain kognitif kepada enam tahap. Domain ini terdiri dari dua
tahap iaitu:
i. Pengetahuan
ii. Kemampuan dan Keterampilan Intelektual

Pengetahuan (Knowledge)
Berasaskan kemampuan untuk mengenali dan mengingat peristilahan, definisi, fakta-
fakta, gagasan, pola, urutan, metodologi, prinsip dasar, dan sebagainya.

Pemahaman (Comprehension)
Dikenali dari kemampuan untuk membaca dan memahami gambaran, laporan, jadual ,
diagram, arahan, peraturan, dan sebagainya.

Aplikasi (Application)
Pada tahap ini, seseorang pelajar memiliki kemampuan untuk menerapkan gagasan,
prosedur, metodologi , rumus, teori dan sebagainya di dalam persekitaran sebenar.

Analisis (Analysis)
Pada tahap analisis, seseorang akan mampu menganalisa maklumat yang diperoleh
dan mencerakinkannya atau menstrukturkan maklumat itu ke dalam bahagian yang
lebih kecil untuk mengenali pola atau hubungannya dan mampu mengenali serta
membezakan faktor penyebab dan akibat dari sebuah senario yang rumit.
7


Sintesis (Synthesis)
Seseorang pelajar pada tahap sintesis akan mampu menjelaskan struktur atau
pola dari sebuah senario yang sebelumnya tidak terlihat dan mampu mengenali
data atau maklumat yang harus didapati untuk menghasilkan bentuk
penyelesaian yang diharapkan.

Penilaian (Evaluation)
Dikenali dari kemampuan untuk memberikan penilaian terhadap penyelesaian,
gagasan, metodologi dan sebagainya dengan menggunakan kriteria yang
sesuai atau standard yang ada untuk memastikan nilai efektif atau manfaatnya.

Domain Psikomotor
1. Persepsi
2. Persediaan (Set)
3. Respons Terpimpin
4. Mekanisme (Mechanism)
5. Respon Tampak yang Kompleks (Complex Overt Response)
6. Penyesuaian (Adaptation)
7. Penciptaan (Origination)

8

2.2 DOMAIN DAVID KRATHWOHL
Diasaskan oleh, David R. Krathwohl. Merupakan bidang berhubung dengan perasaan,
emosi dan sikap. Guru harus berkebolehan menggunakan unsur afektif untuk
mewujudkan satu suasana pembelajaran yang baik. Pembelajaran dapat dijalankan
dengan berkesan dengan adanya murid yang dapat membentuk sikap positif.

Terdapat 5 peringkat bagi domain ini :
1. Penerimaan
2. Bertindak balas
3. Menilai
4. Organisasi
5. Perwatakan

1. Penerimaan
-Keinginan dan kesanggupan menerima (kesanggupan memberi perhatian, mendengar
ucapan, pendapat orang lain, menghormati kebudayaan yang berlainan)

-Kesedaran (faktor estitik, ekabentuk, kecantikan sesuatu benda, pelbagai pendapat
dalam sesuatu perkara)

-Perhatian terkawal (kebolehan memberi perhatian kepada sesuatu ransangan cth :
mendengar dan menghayati sajak)

9

-Objektif am :
Mendengar dengan berhati-hati.
Menunjukkan kesedaran dalam kepentingan pembelajaran.
Menunjukkan sensitiviti dalam masalah sosial.
Menerima perbezaan keturunan dan kebudayaan.
Mengambil bahagian dalam aktiviti.

-Hasil pelajaran spesifik :
Menyoal
Memilih
Menghuraikan
Mengikut
Menamakan
Menggunakan

2. Bertindak balas
-Kesanggupan bertindak balas terhadap ransangan.

-Mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti.

-Murid mengambil perhatian dan bertindak balas.
10

-Terdapat 3 kategori :
1. Persetujuaan membalas (Bersetuju dengan peraturan / arahan yang diberi.)
2. Kesediaan membalas (Bertindak balas dengan persetujuan yang dibuat.)
3. Kepuasan (Mencapai objektif )

-Objektif
1. Am
-Melengkapkan kerja
-Mengambil bahagian dalam perbincangan kecil
-Seronok membantu rakan
-Melakukan tugas secara sukarela.

2. Spesifik
-Dapat menulis isi pelajaran
-Menjawab soalan
-Dapat melafazkan sesuatu (main peranan)

3. Menilai
-Pada peringkat ini perlakuan adalah didasarkan atas konsep dan prinsip yang telah
dinuranikan sehingga menjadi kepercayaan.
-Perlakuan cenderung menjadi konsisten walaupun dalam keadaan yang berbeza jika
kepercayaan itu boleh dipratikkan.
11

-Kebolehan membuat penilaian dan memberi penghargaan terhadap sesuatu benda
atau tingkah laku.
-Penilaian berdasarkan penghayatan nilai spesifik (melalui pemerhatian)
-Kategori :
1.Penerimaan - Menerima dan melakukan arahan aktiviti.
2.Pilihan - Usaha untuk memperoleh sesuatu nilai yang dipilih.
3.Penglibatan - Aktif dalam aktiviti dan mematuhi peraturan.

4. Organisasi
-Membawa maksud membentuk sesuatu sistem nilai.
-Apabila lebih daripada satu nilai dinuranikan maka membolehkan beberapa nilai
digunakan.
-Pelajar terpaksa membina beberapa hubungan dan keutamaan di antara nilai-nilainya.
-Kategori :
1.Penenggapan - Mampu mencipta konsep anstrak.
2.Organisasi - Menyatukan / aplikasi nilai-nilai berkaitan dan membentuk satu sistem.

5. Perwatakan
-Perubahan tingkah laku positif.
-Kategori
1.Set up mengekalkan nilai-nilai
2.Perwatakan disiplin diri.

Anda mungkin juga menyukai