Anda di halaman 1dari 5

IPG KPM 2013 1

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Nama Guru : Nurdiana binti Alinifpiah
Sekolah : SK Datin Khadijah Kelas : KSSR 3
Tarikh : 4 Mac 2014 Hari : Selasa Masa: 11.00 12.00 (1 jam)
Mata Pelajaran : Bahasa Melayu

Kumpulan
Kumpulan A (Sederhana)
Kumpulan B (Lemah)
Nama Murid
(Kategori)
Afif Jamalulail bin Jamaluddin
Mohamad Badrul Amir bin Karimin


Irfan Zakuan bin Ahmad
Mohamad Safiq bin Idris
Siti Aishah binti Ramli
Nur Afrina binti Mohamad Hassan
Tajuk / Tema 1.0 Kemahiran Mendengar
Standard
Kandungan
1.3 Mendiskriminasikan bunyi
Standard
Pembelajaran
1.3.1 Membezakan bunyi suku kata
i. Suku kata awal KV
ii. Suku kata akhir KV
Hasil Pembelajaran:
Pada akhir
pengajaran dan
pembelajaran
murid dapat:
1. Murid dapat membunyikan sekurang-kurangnya 8 daripada
10 suku kata KV berdasarkan perkataan KV + KV dengan
betul.
2. Murid dapat menulis sekurang-kurangnya 8 daripada 10 suku
kata awal dan akhir KV berdasarkan gambar dengan betul.
1. Murid dapat membunyikan sekurang-kurangnya 8 daripada
10 suku kata KV berdasarkan perkataan KV + KV dengan
betul.
2. Murid dapat memilih dan menyalin semula sekurang-
kurangnya 3 daripada 5 suku kata KV berdasarkan gambar
dengan betul.
Pengetahuan Sedia
Ada:
Murid sudah mengenal huruf-huruf konsonan dan huruf vokal
Elemen Merentas
Kurikulum
Nilai dan Estetika, Kreativiti dan Inovatif, Nilai Murni, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Bahan Bantu Belajar
Bunyi bayi menangis, bayi ketawa, kaca pecah
Komputer riba
Pembesar suara
Kad gambar bayi, kaca, sudu, besi, duri
Kad perkataan KV + KV bayi, kaca, sudu, besi dan duri
IPG KPM 2013 2

Kad suku kata awal KV
Kad suku akhir KV
Papan roda
Lembaran kerja
Kotak beracun
Lagu Chipmunks
Ganjaran
Token
Nilai Murni Keyakinan, keberanian, kebebasan, kerjasama, keadilan, berdikari, kerajinan, kejujuran
Kemahiran Berfikir Membanding dan membezakan bunyi suku kata KV
Unsur Terapi Terapi pertuturan, terapi cara kerja, terapi motor halus, terapi permainan
LANGKAH PENGAJARAN
LANGKAH AKTIVITI PENGAJARAN CATATAN

Set induksi:
5 minit
1. Guru bertanyakan khabar murid pada hari ini.
2. Guru memainkan bunyi bayi menangis, bayi ketawa dan kaca pecah kepada murid.
3. Murid akan mendengar bunyi yang dimainkan dan cuba meneka bunyi tersebut.
4. Guru bersoal jawab dengan murid. Cadangan soalan:
o Cuba teka bunyi apakah ini?
o Siapa ada bayi di rumah?
5. Murid menjawab pertanyaan guru.
6. Guru mengaitkan aktiviti mendengar pelbagai bunyi dengan tajuk pengajaran hari.

BBB:
Bunyi bayi menangis, bayi
ketawa dan kaca pecah
Komputer riba
Pembesar suara
Nilai:
Keyakinan
Keberanian
Kebebasan
Kaedah PdP:
Soal jawab
Unsur terapi:
Terapi pertuturan



1. Pada hari ini, murid akan diperkenalkan dengan lima suku kata KV + KV yang baru iaitu bayi, kaca,
sudu, besi dan duri.
2. Dalam aktiviti ini, guru akan menjalankan aktiviti luar bilik darjah.
BBB:
Kad gambar bayi, kaca,
sudu, besi, duri
IPG KPM 2013 3

Langkah 1:
20 minit
3. Guru melekatkan kad gambar dan kad perkataan di sekitar blok pendidikan khas.
4. Murid akan berjalan mengelilingi blok pendidikan khas dan mencari kad gambar dan kad perkataan
yang dilekatkan di pintu-pintu bilik darjah.


5. Selepas selesai mencari kad gambar dan perkataan KV + KV, murid akan masuk semula ke dalam
kelas.
6. Guru memperkenalkan objek satu demi satu dengan menyebut dan menunjukkan kad gambar yang
disediakan.
7. Murid akan menyebut nama objek selepas guru.
8. Guru melekatkan kad gambar pada papan putih.
9. Murid akan diperkenalkan dengan sepuluh suku kata KV berdasarkan perkataan KV + KV iaitu bayi,
kaca, sudu, besi dan duri.
10. Selepas memperkenalkan objek guru menayangkan kad perkataan KV + KV dengan membatangkan
suku kata.

11. Murid diminta untuk membatangkan suku kata selepas guru.
12. Kad perkataan KV + KV dilekatkan pada papan putih.
13. Kemudian guru akan menunjukkan suku kata awal dan akhir KV, mengeja dan membunyikan suku
kata KV.
14. Murid akan mengeja dan membunyikan suku kata KV selepas guru.
Kad perkataan KV + KV
Kad suku kata awal KV
Kad suku kata akhir KV
Nilai:
Keyakinan
Keberanian
Kerjasama
Kaedah PdP:
Pandang dan sebut
Soal jawab
Unsur terapi:
Terapi pertuturan
Terapi cara kerja
Langkah 2:
init
1. Guru menjalankan permainan Roda Impian.
2. Guru akan meletakkan kad suku kat KV secara rawak dengan mengasingkan kad suku kata awal KV
dengan kad suku kata akhir KV.
3. Pada papan roda tersebut dilekatkan kad gambar dan ruang untuk melekatkan kad suku kata KV.
4. Dalam permainan ini, guru akan mengaitkan pembelajaran yang lepas iaitu kuda, batu, cili, dadu,
tebu.
BBB:
Papan roda
Kad gambar
Kad suku kata awal KV
Kad suku kata akhir KV

b a y i s u d u b e s i k a c a d u r i

IPG KPM 2013 4

5. Sebelum permainan dimulakan guru akan mengundi giliran murid dan menerangkan pelaksanaan
permainan ini.
6. Murid akan memutarkan roda impian.
7. Di mana tempat anak panah berhenti, murid akan menamakan kad gambar terlebih dahulu.



8. Murid akan mencari suku kata awal KV dan akhir KV berdasarkan gambar.
9. Murid akan melekatkannya pada ruang yang disediakan.
Nilai murni:
Keberanian
Berdikari
Keadilan
Kerjasama
Keyakinan
Kaedah PdP:
Permainan
Unsur terapi:
Terapi pertuturan
Terapi cara kerja
Terapi permainan

Langkah 3:
15 minit
Lembaran kerja:
1. Guru mengedarkan lembaran kerja dan
memberi arahan dengan jelas kepada murid.
2. Murid diminta melaksanakan latihan dalam
lembaran kerja secara individu tanpa
berbincang.
3. Murid akan menulis suku kata awal dan akhir KV
yang sesuai berdasarkan gambar.
4. Guru akan menyemak lembaran kerja dan
memperbetulkan kesalahan murid bersama-
sama.
Lembaran kerja:
1. Guru mengedarkan lembaran kerja dan
memberi arahan dengan jelas kepada murid.
2. Murid diminta melaksanakan latihan dalam
lembaran kerja secara individu tanpa
berbincang.
3. Murid akan memilih suku kata KV yang betul
dan menyalin semula suku kata KV dalam
ruang yang disediakan.
4. Guru akan menyemak lembaran kerja dan
memperbetulkan kesalahan murid bersama-
sama.
BBB:
Lembaran kerja
Nilai:
Kerajinan
Berdikari
Kejujuran
Kaedah PdP:
Pengukuhan
Unsur Terapi:
Terapi motor halus
y i d u s i c a r i
b a s u b e k a d u
IPG KPM 2013 5


Penutup:
5 minit
1. Guru menjalankan permainan Kotak Beracun.
2. Guru memasukkan enam kad gambar ke dalam kotak.
3. Muzik dimainkan, kotak tersebut diedarkan daripada murid ke murid yang lain.
4. Apabila muzik dihentikan, murid yang memegang kotak beracun tersebut akan mengambil satu kad
gambar daripada dalam kotak.
5. Murid tersebut hendaklah menamakan gambar dan mengeja perkataan KV + KV bagi gambar
tersebut.
6. Jawapan akan disemak bersama-sama.
7. Kad gambar yang dijawab perlu dikeluarkan daripada kotak tersebut.
8. Guru memberikan peneguhan positif kepada murid yang dapat mengeja perkataan KV + KV
berdasarkan gambar dengan betul.
9. Guru bersoal jawab dengan murid. Cadangan soalan:
o Apakah yang telah kita pelajari pada hari ini?
10. Guru merumuskan topik pengajaran pada hari ini.
BBB:
Kotak beracun
Kad gambar
Lagu Chipmunks
Ganjaran
Token
Nilai:
Keberanian
Keyakinan
Berdikari
Kaedah PdP:
Permainan
Soal jawab
Unsur terapi:
Terapi permainan
Terpi cara kerja
Terapi pertuturan

Anda mungkin juga menyukai