Anda di halaman 1dari 3

10 Surah Amalan

SURAH AL-FATIHAH


Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah
AlIkhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. InsyaAllah akan aman tenteram dan terjauh
daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk
mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah
kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5
waktu.


SURAH YAASIN


Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati
AlQuran ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Quran. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin,
nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Quran seluruhnya.
(Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)


Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan
sebutan At-Muammah (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan
dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat.
Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan
kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan
keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, IbnuSunni
dan Ibnu Hibban).


Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.


SURAH AD-DHUKHAN


Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.


SURAH AL-WAQIAH


Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah
AlWaqiah pada tiap-tiap malam, insyaAllah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang
membacanya sebagai wirid, insyaAllah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka
yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insyaAllah akan dikurniakan
dengan rezeki yang banyak.


Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi
sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam ng tidak pernah disentuh),
yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.



SURAH AL-KAUTHAR


Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan
menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000
kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insyaAllah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w.
dalam tidurnya.


SURAH AL-KAAFIRUN


Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat
Al-Quran, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa
yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).


Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam
diri kita.


SURAH AL-MULK


Sebuah lagi Surah dari Al-Quran iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat
besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w.,
mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan
dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insyaAllah, akan terselamat dari
azab kubur.


SURAH AL-IKHLAS


Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara
mafhumnya :


Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Quran. Siti Aisyah lalu
berkata, Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Quran sebanyak 30 juzuk itu.
Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu
menjawab, Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam
AlQuran keseluruhannya.


Dari Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., Sesiapa hendak pergi musafir,
kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali,
maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali.


Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau
lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas,
maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut,
dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.




SURAH AL-FALAQ


Siti Aisyah menerangkan : Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur,
Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada
kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala.Barang siapa terkena
penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah
An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut.


Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau
takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.


SURAH AN-NAS


Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Quran. Nama An-Nas diambil
dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah
ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia
memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan
manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati. air dan minum. Dalam hati,
niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah
AlWaqiah Ayat 35-38 ialah : Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka
dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (ya

Anda mungkin juga menyukai