Anda di halaman 1dari 37

1

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS KOTA BHARU
16109, PENGKALAN CHEPA,
KELANTAN



NAMA PELAJAR / ANGKA GILIRAN / NOMBOR KAD PENGENALAN

KUMPULAN / UNIT
BAHASA MELAYU (SM)
PROGRAM KDPM-SABK AMBILAN JUN 2012


TAJUK KURSUS/KOD
PENGAJIAN MELAYU/PM 1241


NAMA PENSYARAH:

ABDULLAH BIN MOHD YASIN



TARIKH HANTAR

18 NOV 2013


2

PENGHARGAAN.
Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera.
Syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapat juga kerja kursus berasaskan ilmu
ini diselesaikan dengan sempurnanya. Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih
dan sekalung penghargaan kepada En Abdullah Bin Mohd Yassin selaku pensyarah yang mengajar subjek
bahasa Melayu bagi kelas saya.
Sebagai warga pendidik, saya hendaklah menghargai sepenuhnya harapan yang disandarkan
oleh pensyarah kepada saya dan berusaha sebaik mungkin untuk menunaikan tanggungjawab terhadap
tugasan yang diberi. Hal ini kerana, cabaran sebagai seorang pensyarah dan guru pelatih semakin
mencabar dan kompetitif menjelang Wawasan 2020. Sesungguhnya, tidak ada jalan pintas untuk berjaya
dan kejayaan tidak akan diraih tanpa pengorbanan masa dan tenaga.
Natijahnya, para guru pelatih harus sentiasa berusaha meningkatkan martabat diri melalui
kemantapan ilmu dan pelbagai kemahiran serta berusaha untuk tampil sebagai guru pelatih yang
cemerlang, gemilang dan terbilang. Namun begitu, dalam keghairahan kita memperlengkapan diri
dengan berbagai bidang kemahiran, pengisian kerohanian dan penjagaan diri jangan diabaikan. Ini
bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Negara kita yang bermatlamat melahirkan pelajar yang
seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Akhir kata, saya berharap agar para pensyarah, guru-guru pelatih dan ibu bapa saling berpadu
tenaga untuk merealisasikan misi dan visi Falsafah Pendidikan Negara seterusnya dapat mengharumkan
nama institut, agama, bangsa, dan negara.

Sekian, terima kasih.




3

ISI KANDUNGAN
PENGHARGAAN i
ISI KANDUNGAN ii
1.0 PENDAHULUAN 1
2.0 MORFOLOGI 3
3.0 BENTUK KATA 5
4.0 GOLONGAN KATA 8
5.0 CERPEN PUSARAN 27
5.1 ANALISIS BENTUK KATA 29
5.2 ANALISIS GOLONGAN KATA 31
5.3 ANALISIS FRASA 33
6.0 RUJUKAN 35













4

1.0 PENDAHULUAN
Semua bahasa di dunia ini mempunyai sistem yang tersendiri.Sebahagian
bahasa mempunyai sistem yang hampir sama, manakala sebahagian bahasa lagi
mempunyai sistem yang berbeza. Ada sistem yang umum bagi semua bahasa dan ada
pula sistem yang khusus bagi sesuatu bahasa. Sistem yang umum bagi semua bahasa
melibatkan binaan ayat.
Sistem bahasa Melayu dapat dihuraikan daripada unsur-unsur yang terdapat
dalam bahasa itu. Unsur yang terbesar dalam bahasa adalah ayat. Ayat pula terbina
daripada gabungan klausa dan frasa. Unsur frasa boleh dianalisis kepada morfem-
morfem. Kesemua unit tersebut dinamkan sebagai unit tatabahasa.











5

2.0 Morfologi
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolong
kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambang yang menjadi unit
tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk
tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk
dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.
Definisi Morfologi
Menurut Kamarudin Hj.Husin dan rakan rakannya dalam bukuPengajian Melayu 1,
Ilmu Bahasa dan Kecekapan Berbahasa,1997 : 83,morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang
mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau
ujaran sesuatu kata itu.
Manakala Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalambuku Linguistik
Am,2007 : 117 , morfologi ialah bidang linguistik yang mengkaji bagaimana perkataan
dibina.Kajian ini dilakukan terhadap unsur-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses
membentuk perkataan dan bentuk bentuk perkataan ialah morfem dan kata.
Nik Safiah Karim dan rakan rakannya dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Baharu ,
2004 :43 berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur , bentuk dan
penggolongan kata.Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau
lambang yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.
Sehubungan itu, Siti Hajar Hj.Husin Abdul Aziz, dalam bukunyaTatabahasa Bahasa
Melayu ( Perkataan ), 1996 : 17 telah menyatakan teori morfologi iaitu morfologi satu cabang
daripada ilmu linguistik yang mengkaji soal soal yang berkaitan dengan kemungkinan adanya
perubahan kata, golongan kata, dan makna kata akibat daripada perubahan bentuk
kata.Morfologi mengkaji selok belok bentuk kata dan fungsi gramatik atau semantik
6

perubahan kata itu.Beliau juga telah merumuskan bahawa morfologi adalah bidang mengkaji
bagaimana morfem morfem itu bergabung untuk membentuk ayat.

Menurut Raminah Hj.Sabran dan Rahim Syam dalam buku Kajian Bahasa Untuk
Pelatih Maktab Perguruan ,1985 :152, bidang morfologi merupakan bidang dalam kajian
bahasa yang mengkaji tentang perkataan dan cara cara pembentukkannya.O`Grady &
Guzman juga menyatakan pendapat pada tahun 2000 :121 dalam buku yang disediakan
oleh Radiah Yusoff dan rakan rakannya,2004:36 iaitu morfologi adalah merujuk kepada
kajian tentang pembentukan kata dan struktur kata.
Manakala ahli bahasa juga iaitu Leonard Bloomfield dalam bukunyaLanguage yang
telah diterjemahkan oleh Alias Mahpol, Kamaruzaman Mahayiddin dan Noor Ein
Mohd.Noor,menyatakan bahawa Morfologi adalah konstruksi yang mengandungi bentuk
bentuk terikat antara konsituen konsituennya.Morfologi meliputi konstruksi kata kata dan
bahagian kata.








7

3.0 BENTUK KATA
Bentuk Kata
1. Kata Tunggal
2. Kata Terbitan
3. Kata Majmuk
4. Kata Ganda

1. Kata Tunggal
Bentuk kata Contoh
Kata Tunggal :
Kata asal yang tiada imbuhan dan
penggandaan
satu,dua,tiga dan empat suku kata


roh, kaki, meja, baca, jalan, rumah, tinggal,
buaya, keluarga


2. Kata Terbitan
Bentuk kata Contoh
Kata Terbitan :
Ada imbuhan



berjalan, berlari, mencuci, dibuang,
terpijak





8

3. Kata Majmuk
Bentuk kata Contoh
Kata Majmuk :
Dua perkataan yang digabungkan
dan mempunyai makna tertentu


jalan raya, atur cara, urus niaga, putih
telur, rumah pangsa, alat tulis



4. Kata Ganda
Bentuk kata Contoh
Kata Ganda :
menggandakan kata dasar


jalan-jalan, buku-buku, mandi-manda


Jenis-jenis Kata Ganda
1. Penggandaan Penuh
2. Penggandaan Separa
3. Penggandaan Berentak
Contoh-contoh Penggandaan Penuh
meja-meja
budak-budak
ketua-ketua
pembeli-pembeli
jualan-jualan
amalan-amalan
kata berimbuhan akhiran
kata berimbuhan awalan
kata tunggal
9

permainan-permainan
pertandingan-pertandingan
Contoh-contoh Penggandaan Separa
tikus tetikus Kata Tunggal
lari berlari-lari Imbuhan Awalan
sayur sayur-sayuran Imbuhan Akhiran
salam bersalam-salaman Imbuhan Apitan
Contoh-contoh Penggandaan Berentak
Kuih-muih
Lauk-pauk
Gunung-ganang
Kucar-kacir
Saudara-mara
Lintang-pukang
Dolak-dalik








kata berimbuhan apitan
10

4.0 GOLONGAN KATA
Golongan kata dalam bahasa Melayu terbahagi kepada empat iaitu:
A) Kata nama
B) Kata kerja
C) Kata adjektif
D) Kata tugas

1. Golongan kata nama
Golongan kata ini merangkumi sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti pada
binaan frasa nama dan lazimnya menamakan orang, tempat atau benda. Golongan kata
nama dipecahkan kepada beberapa sub-golongan, seperti:
-kata nama khas (manusia dan bukan manusia)
-kata nama am (abstrak dan konkrit)
-kata ganti nama (tunjuk dan diri)
Dalam artikel yang saya kaji, banyak terdapat golongan kata nama yang diguna.
Antaranya:
Kata nama khas
- Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah
-Datok Bahaman
-Haji Mat Hassan
Kata nama am
- kesenangan
-keamanan
-kemerdekaan
-penjajahan
-keberanian
Kata ganti nama
-ini, itu (ganti nama tunjuk)
-mereka (ganti nama orang ketiga)
11

2. Golongan kata kerja
Golongan kata kerja merangkumi sejumlah kata dasar yang dapat menjadi denti inti
pada binaan frasa kerja dan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu:
-kata kerja tak transitif (tidak memerlukan penyambut)
-kata kerja transitif (menerima objek sesudahnya)
Antara kata kerja yang terdapat dalam artikel yang saya pilih ialah:
Kata kerja tak transitif:
-menyemai semangat patriotisme
-menyedarkan rakyat
-meningkatkan ilmu pengetahuan
-terkenal dengan
-mengaplikasikan teori
-menentang penjajah
-menaikkan idealisme
-menyatupadukan bangsa
-mengekalkan perpaduan

3. Golongan kata adjektif
Kata adjektif ialah sejumlah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa
adjektif. Golongan kata ini dibahagikan kepada lapan kumpulan berdasarkan maknanya,
iaitu:
-kata adjektif sifat/keadaan
-kata adjektif warna
-kata adjektif ukuran
-kata adjektif bentuk
-kata adjektif pancaindera
-kata adjektif waktu
-kata adjektif cara
-kata adjektif perasaan
12

Banyak kata adjektif telah digunakan dalam artikel hasil karya Shukri Bin Janudin.
Antaranya:
Kata adjektif sifat/keadaan
-setia
-cintakan
- lemah
Kata adjektif ukuran
- besar
Kata adjektif waktu
- silam

4. Golongan kata tugas
Merupakan golongan kata yang bersifat pelbagai jenis atau heterogen. Kehadirannya
penting dalam ayat kerana tugas-tugas sintaksis yang dipikulnya. Tiap-tiap jenis kata
tugas mempunyai peranan tertentu, yang jikalau tidak hadir dalam ayat, sama ada akan
merosakkan ayat itu atau mengurangkan maksud-maksud tertentu. Golongan kata ini
dapat dibahagikan kepada empat, iaitu:
- kata hubung (Sebagai perkataan yang menghubungkan ayat dengan ayat)
- kata praklausa (Sebagai perkataan yang hadir di hadapan ayat atau klausa)
- kata prafrasa (Sebagai perkataan yang hadir di hadapan frasa)
- kata pascakata (Sebagai bentuk perkataan yang hadir selepas perkataan- perkataan
tertentu)
Kata tugas banyak digunakan dalam artikel ini antaranya ialah:
Kata hubung
- dan (gabungan)
- manakala, namun begitu, maka (pancangan keterangan)
- yang (pancangan dentity)
- untuk (pancangan komplemen)
Kata praklausa
13

- apakah (kata tanya)
- maka (kata pangkal ayat)
- akan (kata bantu)
Kata prafrasa
- adalah (kata pemeri)
- akan (kata Bantu)
- amat , memang (kata penguat)
- di, dalam (kata sendi nama)
- tidak (kata naf)
Kata pascakata
- kesimpulannya (kata penekan)












14

JENIS-JENIS AYAT
Ayat-ayat dalam bahasa Melayu boleh dibahagikan kepada empat jenis, iaitu
(i) ayat penyata,
(ii) ayat Tanya
(iii) ayat perintah
(iv) ayat seruan.

(i) Ayat Penyata
1. Ayat penyata ialah ayat yang diucapkan dengan maksud untuk menyatakan atau
menerangkan sesuatu hal.
2. Ayat penyata juga dikenali sebagai ayat berita atau ayat keterangan.
3. Ayat contoh:
a) Pelajar-pelajar sedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan.
b) Normah tidak pergi ke sekolah pada hari ini.
c) Dia suka menonton rancangan televisyen.
d) Datuk sedang berehat di ruang tamu.
e) Kami sekeluarga akan melancong ke Taiwan.

(ii) Ayat Tanya
1. Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu hal.
2. Terdapat dua jenis ayat tanya, iaitu
a. ayat tanya tanpa kata tanya
b. ayat tanya dengan kata tanya.
3. Tanda soal (?) diletakkan pada akhir ayat dalam tulisan.





15

(a) Ayat Tanya Tanpa Kata Tanya
1. Ayat tanya tanpa kata tanya ialah ayat yang diucapkan dengan meninggikan nada suara pada
akhir ayat penyata.
2. Dalam tulisan, nada tanya ini ditandai dengan tanda soal (?).
3. Ayat contoh:
a) Adik masih belum makan?
b) Pemuda itu malas?
c) Pertandingan bercerita itu diadakan pada minggu hadapan?
d) Erra penyanyi yang popular?
e) Bas itu sudah bertolak?

(b) Ayat Tanya Dengan Kata Tanya
1. Ayat tanya dengan kata tanya ialah ayat yang menggunakan kata tanya seperti apa, siapa,
bila, mana, bagaimana dan sebagainya.
2. Ayat contoh:
a) Barang itu apa?
b) Pemain piano itu siapa?
c) Hari jadi kamu bila?
d) Pejabat pos di mana?
e) Keadaan nenek kamu bagaimana?
3. Dalam bentuk tulisan, ayat-ayat tanya ini perlu menerima partikel "-kah" dan diletakkan di
hadapan ayat.
4. Ayat contoh:
a) Apakah barang itu?
b) Siapakah pemain piano itu?
c) Bilakah hari jadi kamu?
d) Di manakah pejabat pos?
e) Bagaimanakah keadaan nenek kamu?
16

Ayat Perintah
1. Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan.
2. Ayat perintah terdiri daripada empat jenis, iaitu:
a) Ayat suruhan
b) Ayat larangan
c) Ayat silaan
d) Ayat permintaan
Panduan Umum Penggunaan Jenis-jenis Ayat Perintah
Penggunaan Ayat Contoh:
Ayat Suruhan Memberi arahan atau memerintah seseorang membuat sesuatu.
1. Minumlah teh ini dahulu.
2. siapkan kerja sekolah ini.
3. Fikirkanlah sebelum bertindak.

Ayat Larangan
Melarang seseorang daripada melakukan sesuatu.
Menggunakan kata larangan seperti jangan, usah atau tak usah.
1. Jangan petik bunga itu.
2. Usah bermain di tepi jalan.
3. Tak usah kau campur tangan dalam hal saya.

Ayat Silaan
Menjemput atau mempersilakan seseorang
Menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput.
1. Sila beratur sebelum masuk ke dalam kelas.
2. Silalah pakai topi keledar.
3. Jemput makan bersama-sama.
4. Jemputlah datang ke rumah saya.

17

Ayat Permintaan
Memohon permintaan dan pertolongan.
Menggunakan kata permintaan seperti minta atau tolong.
1. Minta tuan-tuan dan puan-puan mengambil tempat duduk masing-masing.
2. Minta anda semua bersabar.
3. Tolong ambilkan saya secawan air.
4. Tolong uruskan perkara ini dengan segara.

Ayat Seruan
1. Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah,
gembira, sakit, benci dan sebagainya.
2. Tanda seru (!) biasanya diletakkan pada akhir ayat seruan.
3. Ayat seruan didahului oleh kata seru seperti amboi, wah, eh, oh, aduh, cis dan sebagainya.
4. Ayat contoh:
a) Amboi, cantiknya gadis itu!
b) Wah, mahalnya baju ini!
c) Oh, aku lupa bawa wang hari ini!
d) Cis, berani kamu pukul saya!
e) Syabas, kamu telah menang!

SUSUNAN AYAT
1. Terdapat dua bentuk susunan ayat dalam bahasa Melayu, iaitu susunan biasa dan susunan
songsang.
2. Dalam susunan biasa, subjek terletak di hadapan ayat manakala predikat pula terletak di
belakang ayat.
3. Ayat songsang ialah ayat yang predikatnya di hadapan dan subjeknya di belakang.

Ayat Biasa = Subjek + Predikat
Ayat Songsang = Predikat + Subjek
18

Ayat contoh:
i. Encik Ahmad seorang doktor.(Ayat Biasa)
Seorang doktor Encik Ahmad. (Ayat Songsang)
ii. Itu rumah saya.(Ayat Biasa)
Rumah saya itulah.(Ayat Songsang)
iii. Perempuan itu siapa? (Ayat Biasa)
Siapa perempuan itu? (Ayat Songsang)
iv. Kasut adik belum bercuci. (Ayat Biasa)
Belum bercuci kasut adik. (Ayat Songsang)
v. Pokok itu sangat tinggi.(Ayat Biasa)
Sangat tinggi pokok itu.(Ayat Songsang)
* Partikel "-lah" (untuk ayat penyata) dan partikel "-kah" (untuk ayat tanya) digunakan untuk
memberi penekanan kepada predikat dalam ayat.

4. Ayat songsang boleh dibentuk melalui proses pendepanan, iaitu:
a) Pendepanan seluruh predikat
b) Pendepanan sebahagian daripada predikat

(a) Pendepanan Seluruh Predikat
Ayat Biasa Ayat Songsang
1. Masakan ibu lazat sekali.
1. Lazat sekali masakan ibu.

2. Baju itu dijahit oleh ibu.
2. Dijahit oleh ibu baju itu.

3. Abangnya seorang pensyarah.
3. Seorang pensyarah abangnya.

19

(b) Pendepanan Sebahagian Daripada Predikat
Ayat Biasa Ayat Songsang
1. Kanak-kanak bermain layang-layang di padang itu.(Ayat Biasa)
1. Bermain layang-layang kanak-kanak di padang itu. .(Ayat Songsang)

2. Saya akan balik ke kampung esok.(Ayat Biasa)
2. Akan balik saya ke kampung esok.(Ayat Songsang)

3. Hatinya tersinggung dengan kata-kata kawannya.(Ayat Biasa)
3. Tersinggung hatinya dengan kata-kata kawannya.(Ayat Songsang)


















20


AYAT TUNGGAL DAN AYAT MAJMUK
Ayat Tunggal
1. Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.
Ayat Tunggal = 1 Subjek + 1 Predikat
2. Ayat contoh:
a) Bee Hong seorang jururawat.
b) Kucing itu sedang mengejar seekor tikus.
c) Malaysia aman damai.
d) See Ling ke Pulau Langkawi pagi tadi.

Ayat Majmuk
1. Ayat majmuk ialah ayat yang mengandungi dua atau lebih ayat tunggal.
2. Terdapat tiga jenis ayat majmuk, iaitu:
a) Ayat majmuk gabungan
b) Ayat majmuk pancangan
c) Ayat majmuk campuran

(a) Ayat Majmuk Gabungan

1. Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terdiri daripada dua atau lebih ayat tunggal.
2. Ayat majmuk gabungan digabungkan dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti
dan, serta, atau, tetapi, sambil dan sebagainya.
Pembentukan Ayat Majmuk Gabungan
Ayat Tunggal Ayat Majmuk Gabungan
a) Melati belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama.
b) Adilah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama.
= Melati dan Adilah belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Utama.

21

a) Erina seorang pelajar yang cerdik.
b) Erina seorang pelajar yang malas.
= Erina seorang pelajar yang cerdik tetapi malas.

a) Kok Loong masuk ke dalam bilik.
b) Kok Loong tidur.
= Kok Loong masuk ke bilik lalu tidur.

a) Abang memandang saya.
b) Abang ketawa.
= Abang memandang saya sambil ketawa.

a) Awak nak minum kopi?
b) Awak nak minum teh?
= Awak nak minum kopi atau teh?

(b) Ayat Majmuk Pancangan

1. Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang mengandungi satu ayat induk dan satu atau
beberapa ayat kecil lain yang dipancangkan ke dalam ayat induk dengan menggunakan kata
hubung pancangan.

2. Terdapat tiga jenis ayat majmuk pancangan, iaitu:
i) Ayat majmuk pancangan relatif
ii) Ayat majmuk pancangan komplemen
iii) Ayat majmuk pancangan keterangan



22

(i) Ayat Majmuk Pancangan Relatif

1. Ayat majmuk pancangan relatif ialah ayat majmuk yang menggunakan kata hubung "yang".
Pembentukan Ayat Majmuk Pancangan Relatif
Cara Pembentukan Ayat Majmuk Relatif :-
1. Ayat induk : Saya membaca majalah itu.
Ayat kecil : Majalah itu dibeli di kedai.
= Saya membaca majalah yang dibeli di kedai itu.

2. Ayat induk : Budak lelaki itu duduk di atas bangku.
Ayat kecil : Budak lelaki itu adik saya.
= Budak lelaki yang duduk di atas bangku itu adik saya.

3. Ayat induk : Kakak mempunyai dua helai baju.
Ayat kecil : Dua helai baju itu berwarna biru.
= Kakak mempunyai dua helai baju yang berwarna biru.

4. Ayat induk : Emak membeli kain sutera.
Ayat kecil : Kain sutera itu berwarna merah.
= Emak membeli kain sutera yang berwarna merah.

5. Ayat induk : Bas itu bas sekolah.
Ayat kecil : Abang saya menaiki bas.
= Bas yang dinaiki abang saya itu bas sekolah.




23


(ii) Ayat Majmuk Pancangan Komplemen
1. Ayat majmuk pancangan komplemen ialah ayat yang menggunakan kata hubung "bahawa"
dan "untuk".
Cara Pembentukan Ayat Majmuk Komplemen:-
1. Ayat induk : Budak lelaki itu berjanji.
Ayat kecil : Dia tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.
Kata hubung : bahawa
= Budak lelaki itu berjanji bahawa dia tidak akan melakukan kesalahan itu lagi.

2. Ayat induk : Ibu pergi ke pasar.
Ayat kecil : Ibu membeli daging dan sayur-sayuran.
Kata hubung : untuk
= Ibu pergi ke pasar untuk membeli daging dan sayur-sayuran.

Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
1. Ayat majmuk pancangan keterangan ialah ayat majmuk yang terdiri daripada ayat induk dan
ayat lain berfungsi untuk memberi keterangan.
2. Terdapat beberapa jenis keterangan yang digunakan dalam ayat majmuk pancangan
keterangan, iaitu:
Keterangan sebab --> kerana, lantaran, oleh sebab
Keterangan syarat -->jika, jikalau, kalau, sekiranya, andai kata
Keterangan waktu -->sejak, semenjak, setelah, sewaktu, tatkala, ketika, apabila
Keterangan pertentangan -->walaupun, meskipun, biarpun, walau bagaimanapun, namun,
sedangkan
Keterangan harapan--> supaya, agar, semoga
Keterangan cara -->dengan
Keterangan perbandingan -->seperti, macam, seolah-olah, ibarat, bak
24


Pembentukan Ayat Majmuk Pancangan Keterangan
Cara Pembentukan Ayat Majmuk Keterangan:-
1. Ayat induk : Dia tidak pergi ke padang.
Ayat kecil : Hari hujan.
Kata hubung : kerana
= Dia tidak pergi ke padang kerana hari hujan.
2. Ayat induk : Yoong Leng sedang tidur nyenyak.
Ayat kecil : Saya tiba di rumahnya.
Kata hubung : apabila
= Yoong Leng sedang tidur nyenyak apabila saya tiba di rumahnya.
3. Ayat induk : Ibu menghiris bawang.
Ayat kecil : Dia menggunakan pisau.
Kata hubung : dengan
= Ibu menghiris bawang dengan menggunakan pisau.
4. Ayat induk : Mazli berdoa.
Ayat kecil : Ibunya cepat sembuh.
Kata hubung : agar
= Mazli berdoa agar ibunya cepat sembuh.
5. Ayat induk : Kakak masih belum balik lagi.
Ayat kecil : Hari sudah lewat malam.
Kata hubung : walaupun
= Kakak masih belum balik lagi walaupun hari sudah lewat malam.
6. Ayat induk : Adik rajin berusaha.
Ayat kecil : Dia akan berjaya dalam peperiksaan.
Kata hubung : jika
= Jika adik rajin berusaha, dia akan berjaya dalam peperiksaan.


25

(c) Ayat Majmuk Campuran

1. Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat, iaitu
terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau beberapa ayat majmuk.

Pembentukan Ayat Majmuk Campuran:-
Ayat tunggal : Ayah sedang membaca surat khabar.
Ayat komplemen : Ibu sedang memasak untuk tetamu yang akan datang ke rumah.
= Ayah sedang membaca surat khabar manakala ibu sedang memasak untuk tetamu yang
akan datang ke rumah.

Ayat pancangan relatif : Persekitaran yang bersih amat penting.
Ayat pancangan : Persekitaran yang bersih dapat
keterangan menjamin kesihatan seseorang supaya tidak dijangkiti penyakit.
= Persekitaran yang bersih amat penting bagi menjamin kesihatan seseorang supaya tidak
dijangkiti penyakit.

Ayat majmuk gabungan : Bee Choo dan kawan-kawannya masih berdegil.
Ayat pancangan relatif : Mereka ditegur oleh guru disiplin yang garang itu.
= Bee Choo dan kawan-kawannya masih berdegil meskipun ditegur oleh guru disiplin yang
garang itu.

Ayat majmuk gabungan : Adik bangun lalu turun ke serambi.
Ayat komplemen : Kawan-kawan adik sedang menunggunya untuk pergi pergi bermain bola.
= Adik bangun lalu turun ke serambi kerana kawan-kawannya sedang menunggunya untuk
pergi bermain bola.



26

Ayat tunggal : Murid-murid rajin mengulang kaji pelajaran.
Ayat komplemen : Guru Besar mengumumkan bahawa peperiksaan akan diadakan pada bulan
hadapan.
= Murid-murid rajin mengulang kaji pelajaran setelah Guru Besar mengumumkan bahawa
peperiksaan akan diadakan pada bulan hadapan.

AYAT AKTIF DAN AYAT PASIF
1. Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang memberi penekanan kepada subjek.
2. Ayat aktif terdiri daripada ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif.
3. Ayat pasif pula ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang memberi penekanan kepada
objek.
Ayat Aktif --Ayat Pasif
1. Vincent membaiki radio yang rosak itu. (AYAT AKTIF)
1. Radio yang rosak itu dibaiki oleh Vincent. (AYAT PASIF)

2. Kamu perlu membasuh pinggan mangkuk itu.(AYAT AKTIF)
2. Pinggan mangkuk itu perlu kamu basuh. (AYAT PASIF)

3. Dia menulis karangan itu.(AYAT AKTIF)
3. Karangan itu ditulis olehnya.(AYAT PASIF)

4. Ayah membaca surat khabar.(AYAT AKTIF)
4. Surat khabar dibaca oleh ayah.(AYAT PASIF)

5. Mereka sedang membersihkan kawasan rumah. (AYAT AKTIF)
5. Kawasan rumah sedang dibersihkan oleh mereka. (AYAT PASIF)

*Ayat-ayat di atas membawa maksud yang sama walaupun bentuknya berlainan.

27

AYAT AKTIF
Ayat aktif dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
(a) Ayat aktif transitif
(b) Ayat aktif tak transitif
(a) Ayat Aktif Transitif
(a) Ayat aktif transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif, iaitu yang diikuti oleh
frasa nama sebagai objek atau unsur penyambutnya.
1. Saya mengelap tingkap.
2. Ibu menggoreng ikan.
3. Kami menghormati guru.
4. Beliau merasmikan majlis itu.
5. Merokok membahayakan kesihatan.
6. Bersukan menyihatkan badan.
7. Adik bermain bola.
(b) Ayat Aktif Tak Transitif
Ayat aktif tak transitif ialah ayat yang mengandungi kata kerja tak transitif, iaitu yang tidak
diikuti oleh objek sebagai penyambutnya.
1. Adik menangis.
2. Kakak tidur.
3. Amran melukis.
4. Lydia bernyanyi.
5. Kami berehat.
6. Emak memasak.
7. Adik mandi.
*Hanya ayat aktif transitif dapat dipasifkan kerana mempunyai objek.



28

AYAT PASIF
Ayat pasif dapat dibahagikan kepada tiga jenis, iaitu:
a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua
c) Ayat pasif dengan kehadiran kata bantu pasif "kena"
(a) Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif
1. Kata kerjanya mengandungi imbuhan kata kerja pasif di- dan ter-.
2. Hanya digunakan untuk kata ganti nama diri ketiga.
3. Ayat contoh:
(i) Pokok bunga itu ditanam oleh Li Mia.
(ii) Baju sekolah itu digosok oleh Jun Meng.
(iii) Kucing itu terlanggar oleh Sumudi.
(iv) Batu itu tersepak oleh Helen.
(b) Ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua
1. Kedua-dua jenis kata ganti nama diri ini diletakkan di hadapan kata kerja dasar kerana tidak
boleh menerima imbuhan kata kerja pasif di-.
2. Ayat contoh:
(i) Masalah itu akan saya selesaikan.
(ii) Bilik itu patut kamu kemaskan.
(iii) Titah tuanku akan patik junjung.
(iv) Keamanan negara harus kita kekalkan.
(c) Ayat pasif dengan kehadiran kata bantu pasif "kena"
1. Mengandungi perkataan "kena" di hadapan kata kerja dasar yang tidak menerima awalan.
2. Ayat contoh:
(i) Anjing liar itu kena tembak oleh pemburu.
(ii) Dia kena culik oleh pengganas itu.
(iii) Kanak-kanak itu kena pukul oleh ibunya.
(iv) Mereka kena denda oleh guru tingkatan.

29

5.0 Bersadasarkan petikan cerpen Pusaran analisiskan bentuk kata dan golongan kata yang
digunakan.

Junid berlari terus. Di depannya dia melihat beberapa orang budak sedang menuju ke arah yang
sama.
Pusarannnnn!!!
Dua tiga orang kanak-kanak tadi berpaling. Junid berlari-lari anak ke arah mereka. Dan
kanak-kanak menyisih ke tepi.
Mereka tertawa. Dan Junid tidak peduli. Dia meraung sekarang. Dia hanya
mengingatkan Pusaran. Dan seperti suatu laungan yang nyaring dan menggigit perasaannya.
Junid dapat mendengar sayup-sayup suara takbir. Bukankah sekarang sekolah telah dibuka dan
Hari Raya sudah berakhir? Junid juga ingat kata gurunya : korban sampai tiga empat hari. Dia
berlari terus.
Junid dapat melihat sekumpulan manusia. Dia dapat melihat samar-samar oleh
lindungan rumpun pokok buluh. Tapi dia melihat beberapa orang terdiri-diri di situ. Ada juga
yang duduk-duduk dan berbual-bual. Junid berdebar-debar.
Pusarannn!! Pusarannnnn!!!
Junid berlari sekencang-kencangnya ke arah orang ramai itu. Dia tidak tahu mengapa dia
harus berlari ke arah itu. Tapi dia mendengar suara takbir yang bergema. Suara takbir yang
semakin kuat. Suara itu seolah-olah menghambatnya supaya lebih kuat berlari. Dia berlari
sekuat-kuatnya. Sekuat-kuatnya. Dan suara takbir itu kian hebat.
Junid tahu. Tahu sungguh-sungguh. Sudah dua hari Hari Raya Korban ini. Banyak sudah
binatang-binatang disembelih. Dan sekarang Pusaran pulakah? Samar-samar tergambar dalam
kepalanya. Nama Pusaran yang disebut olehkawan ayahnya pada suatu malam timbul semula
dalam kepalanya. Dia kian kuat berlari. Dan dia melihat beberapa orang dewasa bangun dari
30

duduk-duduknya di dekat rumpun buluh itu. Mereka melihat kepadanya. Melihat dengan hairan
dan takjub.
Ketika Junid tiba ke tempat rumpun buluh, matanya segera menangkap apa yang ada di
depannya. Dia masih mengenalnya dengan cerat. Pusaran sedang dibaringkan!
Pusaran!!!
















31

5.1 Bentuk kata
Junid berlari terus. Di depannya dia melihat beberapa orang budak sedang menuju ke arah
yang sama.
Pusarannnnn!!!
Dua tiga orang kanak-kanak tadi berpaling. Junid berlari-lari anak ke arah mereka. Dan
kanak-kanak menyisih ke tepi.
Mereka tertawa. Dan Junid tidak peduli. Dia meraung sekarang. Dia hanya
mengingatkan Pusaran. Dan seperti suatu laungan yang nyaring dan menggigit perasaannya.
Junid dapat mendengar sayup-sayup suara takbir. Bukankah sekarang sekolah telah dibuka
dan Hari Raya sudah berakhir? Junid juga ingat kata gurunya : korban sampai tiga empat hari.
Dia berlari terus.
Junid dapat melihat sekumpulan manusia. Dia dapat melihat samar-samar oleh
lindungan rumpun pokok buluh. Tapi dia melihat beberapa orang terdiri-diri di situ. Ada juga
yang duduk-duduk dan berbual-bual. Junid berdebar-debar.
Pusarannn!! Pusarannnnn!!!
Junid berlari sekencang-kencangnya ke arah orang ramai itu. Dia tidak tahu mengapa
dia harus berlari ke arah itu. Tapi dia mendengar suara takbir yang bergema. Suara takbir
yang semakin kuat. Suara itu seolah-olah menghambatnya supaya lebih kuat berlari. Dia
berlari sekuat-kuatnya. Sekuat-kuatnya. Dan suara takbir itu kian hebat.
Junid tahu. Tahu sungguh-sungguh. Sudah dua hari Hari Raya Korban ini. Banyak
sudah binatang-binatang disembelih. Dan sekarang Pusaran pulakah? Samar-samar
tergambar dalam kepalanya. Nama Pusaran yang disebut oleh kawan ayahnya pada suatu
malam timbul semula dalam kepalanya. Dia kian kuat berlari. Dan dia melihat beberapa
orang dewasa bangun dari duduk-duduknya di dekat rumpun buluh itu. Mereka melihat
kepadanya. Melihat dengan hairan dan takjub.
32

Ketika Junid tiba ke tempat rumpun buluh, matanya segera menangkap apa yang ada
di depannya. Dia masih mengenalnya dengan cerat. Pusaran sedang dibaringkan!
Pusaran!!!
PETUNJUK
1. KATA TUNGGAL
2. KATA TERBITAN
3. KATA MAJMUK
4. KATA GANDA


Analisis Bentuk Kata

Kata Tunggal Kata Terbitan Kata Majmuk Kata Ganda
167 Patah Perkataan 49 Patah Perkataan 9 Patah Perkataan 16 Patah Perkataan


























33

5.2 Golongan Kata

Junid berlari terus. Di depannya dia melihat beberapa orang budak sedang menuju ke arah
yang sama.
Pusarannnnn!!!
Dua tiga orang kanak-kanak tadi berpaling. Junid berlari-lari anak ke arah mereka. Dan
kanak-kanak menyisih ke tepi.
Mereka tertawa. Dan Junid tidak peduli. Dia meraung sekarang. Dia hanya
mengingatkan Pusaran. Dan seperti suatu laungan yang nyaring dan menggigit perasaannya.
Junid dapat mendengar sayup-sayup suara takbir. Bukankah sekarang sekolah telah dibuka
dan Hari Raya sudah berakhir? Junid juga ingat kata gurunya : korban sampai tiga empat hari.
Dia berlari terus.
Junid dapat melihat sekumpulan manusia. Dia dapat melihat samar-samar oleh
lindungan rumpun pokok buluh. Tapi dia melihat beberapa orang terdiri-diri di situ. Ada juga
yang duduk-duduk dan berbual-bual. Junid berdebar-debar.
Pusarannn!! Pusarannnnn!!!
Junid berlari sekencang-kencangnya ke arah orang ramai itu. Dia tidak tahu mengapa
dia harus berlari ke arah itu. Tapi dia mendengar suara takbir yang bergema. Suara takbir
yang semakin kuat. Suara itu seolah-olah menghambatnya supaya lebih kuat berlari. Dia
berlari sekuat-kuatnya. sekuat-kuatnya. Dan suara takbir itu kian hebat.
Junid tahu. Tahu sungguh-sungguh. Sudah dua hari Hari Raya Korban ini. Banyak
sudah binatang-binatang disembelih. Dan sekarang Pusaran pulakah? Samar-samar
tergambar dalam kepalanya. Nama Pusaran yang disebut oleh kawan ayahnya pada suatu
malam timbul semula dalam kepalanya. Dia kian kuat berlari. Dan dia melihat beberapa
orang dewasa bangun dari duduk-duduknya di dekat rumpun buluh itu. Mereka melihat
kepadanya. Melihat dengan hairan dan takjub.
34

Ketika Junid tiba ke tempat rumpun buluh, matanya segera menangkap apa yang ada
di depannya. Dia masih mengenalnya dengan cerat. Pusaran sedang dibaringkan!
Pusaran!!!

PETUNJUK

1. KATA NAMA
2. KATA KERJA
3. KATA ADJEKTIF
4. KATA TUGAS


Analisis Golongan Kata

Kata Nama Kata Kerja Kata Adjektif Kata Tugas
75 Patah Perkataan 47 Patah Perkataan 65 Patah Perkataan 46 Patah Perkataan

























35

5.3 Frasa

Petunjuk

Frasa Nama
Frasa Kerja
Frasa Adjektif
Frasa Sendi Nama



Junid berlari terus. Di depannya dia melihat beberapa orang budak sedang menuju ke arah
yang sama.
Pusarannnnn!!!
Dua tiga orang kanak-kanak tadi berpaling. Junid berlari-lari anak ke arah mereka. Dan
kanak-kanak menyisih ke tepi.
Mereka tertawa. Dan Junid tidak peduli. Dia meraung sekarang. Dia hanya
mengingatkan Pusaran. Dan seperti suatu laungan yang nyaring dan menggigit perasaannya.
Junid dapat mendengar sayup-sayup suara takbir. Bukankah sekarang sekolah telah dibuka
dan Hari Raya sudah berakhir? Junid juga ingat kata gurunya : korban sampai tiga empat hari.
Dia berlari terus.
Junid dapat melihat sekumpulan manusia. Dia dapat melihat samar-samar oleh
lindungan rumpun pokok buluh. Tapi dia melihat beberapa orang terdiri-diri di situ. Ada juga
yang duduk-duduk dan berbual-bual. Junid berdebar-debar.
Pusarannn!! Pusarannnnn!!!
Junid berlari sekencang-kencangnya ke arah orang ramai itu. Dia tidak tahu mengapa
dia harus berlari ke arah itu. Tapi dia mendengar suara takbir yang bergema. Suara takbir
yang semakin kuat. Suara itu seolah-olah menghambatnya supaya lebih kuat berlari. Dia
berlari sekuat-kuatnya. Sekuat-kuatnya. Dan suara takbir itu kian hebat.
36

Junid tahu. Tahu sungguh-sungguh. Sudah dua hari Hari Raya Korban ini. Banyak
sudah binatang-binatang disembelih. Dan sekarang Pusaran pulakah? Samar-samar
tergambar dalam kepalanya. Nama Pusaran yang disebut oleh kawan ayahnya pada suatu
malam timbul semula dalam kepalanya. Dia kian kuat berlari. Dan dia melihat beberapa
orang dewasa bangun dari duduk-duduknya di dekat rumpun buluh itu. Mereka melihat
kepadanya. Melihat dengan hairan dan takjub.
Ketika Junid tiba ke tempat rumpun buluh, matanya segera menangkap apa yang ada
di depannya. Dia masih mengenalnya dengan cerat. Pusaran sedang dibaringkan!
Pusaran!!!

Analisis Frasa

Frasa Nama Frasa kerja Frasa adjektif Frasa sendi nama
79 Patah Perkataan 51 Patah Perkataan 94 Patah Perkataan 9 Patah Perkataan













37

6.0 RUJUKAN
Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Haji Musa, Abdul Hamid Mahmood (2012).
Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Siti Hajar Abdul Aziz (2008). Bahasa Melayu 1.Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Siti Hajar Abdul Aziz (2011). Bahasa Melayu 1 Edisi Kedua ( Siri Pendidikan Guru).
Shah Alam, Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai