Anda di halaman 1dari 23

Tajuk 1 sejarah dan perkembangan pj

Pj zaman purba
- Zaman manusia purba dan kecergasan
= manusia hidup dalam keadaan nomad (pindah randah). Melakukan aktiviti memburu dan
mengumpul makanan untuk terus hidup. Apabila berjaya mendapat tangkapan mereka akan
berkumpul dan meraikan kejayaan tersebut dengan berpesta(menari, permainan kebudayaan dan
berkumpul). Aktiviti sebegini memerlukan tahap kecergasan yang tinggi dan konsisten.

- Zaman neolitik (revolusi pertanian)
= gaya hidup primitif (menetap disuatu kawasan dan menjalankan aktiviti pertanian akibat
pengenalan teknologi yang memudahkan mereka). Zaman pembangunan dalam bidang
pertanian.Aktiviti kecergasan mula berkurang.

- Tamdun kuno(China dan india)
= masyarakat di china ketika itu tidak melibatkan diri dalam sebarang aktiviti kecergasan
sehingga masalah sistem kardiak wujud.Falsafah confucious menggalakan penglibatan dalam
aktiviti kecergasan fizikal. Kemudian, kungfu telah diperkenalkan sebagai aktiviti yang
membantu tubuh manusia menjadi sihat dan berfungsi. Seterusnya aktiviti kecergasan lain seperti
menari,memanah,lawan pedang dan gusti diwujudkan.
= di india, masyarakat dihalang penglibatn mereka akibat kepercayaan agama. Fokus mereka
lebih kepada spiritual daripada mengamalkan pergerakan. Namun satu kaedah senaman yang
masih terikat dengan kepercayaan agama telah diperkenalkan oleh golongan mubaligh hindu
yang hidup secara sederhana dan berteraskan disiplin diri dan meditasi, iaitu yoga. Yoga ialah
penyatuan antara tubuh,akal dan roh. Yoga kini dijadikan teknik dalam beberapa program
kecergasan bagi membantu organ berfungsi dengan baik dan meningkatkan tahap kesihatan
badan.

- Timur tengah
= mementingkan tahap kecergasan yang tinggi dalam pasukan tentera dan masyarakat bagi
kepentingan politik dan ketenteraan. Contohnya, seperti tamadun parsi yang menuntut semua
rakyat mempunyai tahap kecergasan yang tinggi. Tahap kecergasan diperolehi daripada pelbagai
latihan keras seperti berkawad, memburu, berkuda, memanah dan melontar lembing yang perlu
dilalui oleh mereka ketika berusia enam tahun lagi. Latihan ini bertujuan bagi meningkatkan
kekuatan dan stamina dan bukannya untuk kebaikan kesihatan. Kaedah ini untuk melahirkan
ramai tentera untuk meluaskan empayar.

- Zaman greek (Athens)
= masyarakat yunani mengutamakan kesempurnaan fizikal. Sparta dan Athens terkenal dengan
bidang pj yang mempunyai objektif yang berbeza ketika itu. Pj bagi Sparta lebih kepada
pembentukan tentera yang kuat, manakala Athens tertumpu pada prinsip demokrasi. Aktiviti
fizikal masyarakat Athens bertujuan untuk membina tubuh badan yang sihat agar hidup lebih
aktif dan pentingkan nilai estetik.
= masyarakat percaya keseimbangan antara kecergasan badan dan otak berkait rapat. Dimana
kecergasan fizikal dan minda mempunyai kepentingan yang sama dengan kekuatan dan badan
dalam menjana kesihatan mental. Aktiviti gimnastik dengan berbantu muzik merupakan
pelajaran yang penting ketika itu.
Pj zaman renaissance
- lebih kurang sama dengan pj masa kini.
- dilakukan untuk kebaikan sendiri.
- menjurus lebih kepada aktiviti keagamaan dan seni.
- merupakan salah satu saluran untuk memberikan ketenangan jiwa dan melahirkan tubuh
badan yang sihat.
- 3 kumpulan utama zaman renaissance.
1. i. Humanis- menghargai pendidikn dalam sukan seperti memanah, renang dan
lari berpagar.
2. ii. Moralis aktiviti fizikal sebagai cara melaksanakan pekerjaan.
3. iii. Realism pendidikan fizikal sebagai sebahagian drpd akal yang sihat dalam
tubuh yang sihat (utamakan penjagaan tubuh).
Pj moden
- Wujud sukatan pelajaran pj untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan.
- Pj di sekolah mengutamakan aktiviti sukan dan permainan.
- Memberi fokus kepada kesan pergerakan dan kemahiran (tarian dan gimnastik).
- Sesetengah aktiviti sukan dimajukan dengan organisasi/tahap yang tinggi dan terdapat
undang2/peraturan yang ditetapkan. Contoh, bola sepak, golf dan sebagainya.
- Pj menjurus kepada membentuk insan yang menyeluruh, seimbang dan harmonis dari segi
JERIS.
Pj di Malaysia
- Era prakolonial (sebelum penjajahan inggeris)
= pj melalui aktiviti kebudayaan dan kesenian, permainan masa lapang (tradisional), pertukangan
dan kebun, serta seni mempertahankan diri. Terdapat perbezaan permainan antara golongan
istana dan golongan biasa.

- Era penjajahan inggeris
= pj formal belum diwujudkan dalam jadual persekolahan. pj diperkenalkan untuk mengekalkan
status quo penjajah iaitu latihan jasmani dicampur dengan berkebun supaya rakyat kekal menjadi
pesawah.
= permainan2 baharu seperti badminton, bola sepak dan ragbi diperkenalkan oleh penjajah dan
pedagang.
= 1890an murid perempuan mula diajar olahraga, manakala murid lelaki diberi latih tubi.
=1913 maktab perguruan di matang perak ditubuhkan untuk memberikan latihan kawad kepada
bakal guru dan galakkan mereka memasuki pasukan sukarelawan.
=1920an keutamaan diberikan kepada aktiviti senaman, latihan kawad dan permainan.
Penguhasa pj di negeri2 selat telah dilantik.
=1930an rancangan pj untuk sekolah telah dimulakan. Sukatan berasaskan latihan fizikal.
Melalui kursus perkhidmatan, rancangan latihan guru pj dilancarkan ke seluruh negara.
Masyarakat sedar akan kepentingan pj.
=1940an sukatan pelajaran pj telah dikaji semula untuk dikemas kini supaya selari dengan
perkembangan pendidikan.

- Era penjajahan jepun
=rancangan yang telah diusahakan dalam pendidikan tergendala. Latihan jasmani ketika itu
bertujuan membentuk individu yang patuh kepada arahan, taat kepada pemerintah dan
berdisiplin.
= latihan jasmani (tai sho) diperkenalkan kepada murid. Setiap pagi murid terpaksa membuat
senaman beramai-ramai selama 30 minit. Arahan dalam bahasa jepun dan pengajaran jasmani
lebih bercorak ketenteraan.

- Era penjajahan british (sebelum merdeka)
= tujuan pj sama dengan tujuan semasa penjajahan inggeris. Sekolah dibuka semula dan latihan
jasmani sebagai mata pelajaran kekal disekolah. senaman diadakan 30 minit sebelum masuk
belajar.
=1940an sukatan pelajaran latihan jasmani diterbitkan oleh MPSI untuk adakan sukatan yang
formal untuk sekolah.
=1950an kepentingan pj meningkat kerana diwajibkan disemua sekolah. Guru tempatan
dihantar ke luar Negara bagi meluaskan pengetahuan tentang PJ.

- Era selepas merdeka
= 1960an sukatan pelajaran pj dikaji semula. Wujud sukatan untuk murid lelaki dan perempuan.
Bertujuan untuk membolehkan semua sekolah menggunakan satu sukatan pelajaran yang baru
dan sesuai bagi masyarakat dinegara kita.
= usaha meningkatkan mutu pj disekolah diteruskan dengan penubuhan MPIK. Kursus satu
tahun diadakan di MPIK dan kurikulum adalah sama dengan KDP pj di Britain.
= pj disekolah lebih menjurus kepada aktiviti sukan dan permainan. Pertandingan permainan dan
olahraga sebagai aktiviti lanjutan di sekolah.
=1958 KPM tubuhkan MSSM. Pj menjadi mata pelajaran wajib di sekolah rendah dan
menengah.
=1970an sukatan pj disemak semula dan dikeluarkan dalam bm dan bi (menjurus kepada
pergerakan dan kemahiran termasuk tarian dan gimnastik). Pj dimasukan dalam kurikulum
kursus diploma pendidikan di UM bagi melengkapkan bakal guru siswazah dengan kemahiran
dan pengetahuan dalam pengajaran pj.


Tajuk 2 konsep,teori dan falsafah pembentukan kurikulum
Konsep dan definisi Pendidikan Jasmani
-Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang bertujuan meningkatkan prestasi manusia
melalui aktiviti fizikal yang berkait rapat dengan pemilikan dan penghalusan kemahiran-
kemahiran motor; pembangunan dan pemeliharaan kecergasan untuk kesihatan optimum dan
keadaan baik; memperoleh pengetahuan, dan pembangunan sikap-sikap positif terhadap aktiviti
fizikal Jenny (1961) dan Williams (1964) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani memberi
pendidikan melalui aktiviti fizikal dan matlamatnya mempengaruhi semua perkembangan fizikal
termasuk perkembangan mental dan sosial.
i. Barrow (1971, 1983) menyatakan Pendidikan Jasmani dalam konteks pengalaman
pendidikan menyeluruh dan berkait dengan hal seumur hidup setiap individu.
ii. Baley & Field (1976), satu proses pengubahsuaian dan pembelajaran berkenaan organik,
neuromaskular, intelektual, sosial, budaya, emosional dan estetik, hasil melalui aktiviti-aktiviti
fizikal yang terpilih dan agak rancak,
iii. Freeman (1977, 1992) menegaskan bahasa Pendidikan Jasmani meliputi pembangunan
fizikal dan mental dan menumpu pada tiga domain pendidikan, iaitu psikomotor, kognitif dan
afektif. iv. Lumpkin (1990) berpendapat Pendidikan Jasmani merupakan suatu proses yang
membolehkan individu mempelajari kemahiran-kemahiran fizikal, mental dan sosial serta tahap
kecergasan yang tinggi.
v. Dauer (1995) berpendapat Pendidikan Jasmani ialah sebahagian daripada program
pendidikan yang menyeluruh, yang memberi sumbangan pada asasnya melalui pengalaman-
pengalaman pergerakan kepada perkembangan dan pembangunan keseluruhan kanak-kanak.

Falsafah pendidikan kebangsaan dan hubungannya dengan pendidikan jasmani
- Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dulunya disebut Falsafah Pendidikan Negara
(FPN) merupakan dasar kepada pendidikan di Malaysia. Hal ini bermakna, semua aktiviti
pendidikan dan persekolahan di Malaysia mestilah selaras dengan FPK ini. Justeru setiap bakal
guru di Malaysia diwajibkan membaca, memahami dan mengingati falsafah ini agar setiap
tindakan mereka melalui proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa berada dilandasan yang
betul. Intipati utama dalam FTK ini ialah melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelektualSosial yang sering disebut oleh guru-guru sebagai JERIS. Perlu diingat
bahawa tidak ada yang lebih utama antara keempat-empat unsur tersebut, yakni tidak boleh
dikatakan jasmani lebih penting daripada intelek atau sebaliknya.
- Pendidikan Jasmani bertujuan membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran
aktiviti fizikal dan amalan kecergasan.
- Mata pelajaran Pendidikan Jasmani menekankan gaya hidup yang sihat dan aktif.
Pendekatan ang dicadangkan bagi mata pelajaran ini ialah pembelajaran melalui kegiatan
Pendidikan Jsamani yang merangkumi tiga aspek penting iait penglibatan murid secara aktif dan
selamat, interaksi yang kreatif dengan rakan, bahan, dan alat. Serta penyimpanan rekod kegiatan
murid sebagai bukti pembelajaran.
Pendidikan Jasmani Untuk Semua
- Pendidikan Jasmani adalah asas bagi semua pendidikan di mana otak dan badan berfungsi
serentak. Pendidikan psikomotor, akhlak dan intelektual dianggap sebagai pendidikan yang
dicapai melalui pendidikan jasmani Clark W. Hetherington.
- Pendidikan Jasmani adalah jumlah semua aktiviti yang dipilih mengikut jenis dan
dijalankan untuk mencapai hasil yang bermakna. Aktiviti yang dipilih haruslah mempunyai dan
menyediakan peluang bagi individu untuk menjadi sabar, baik hati, berdikari, peramah, murah
hati dan peribadi yang dinamis J.F Williams.
- Menginterperitasikan pendidikan melalui jasmani sebagai pendidikan melalui
pengalamanpergerakanDelbertOberteutter.
- Pendidikan Untuk Jasmani ialah satu program aktiviti otot yang giat direka untuk
merangsang organisma jasmani supaya faedah yang boleh diperolehi daripada aktiviti-aktiviti
dicapai. Pendidikan melalui jasmani ialah satu program aktiviti jasmani di mana pergerakan
jasmani direka untuk menghasilkan pelbagai jenis pengalaman dan pembelajaran sosial,
intelektual, estetika dan kesihatan


Tajuk 3 Kepentingan pj
-Pj amat penting untuk dilaksanakan dalam kurikulum sekolah rendah.
-melalui pji, pelbagai aspek dapat dikembangkan ke tahap yang lebih tinggi.
-aspek JERIS seseorang individu mungkin akan terjejas sekiranya mereka mengabaikan aspek
pembangunan fizikal dan jasmani diri masing-masing.
-pj membantu membangunkan dan meningkatkan keupayaan fizikal dan kecergasan seseorang
individu.
-melalui aktiviti p&p pj dapat membantu seseorang individu membangunkan kemahiran
pergerakan asas.
-pj di sekolah rendah juga dapat membantu murid-murid meningkatkan kefahaman mengenai
keselamatan diri, alatan dan tempat beraktiviti.
-Dalam aspek pembangunan emosi dan sahsiah, pj membantu murid meneroka kelemahan dan
kelebihan diri mereka seterusnya memberi peluang dan ruang kepada mereka untuk mengenali
dirinya. -pj yang diajar di sekolah berdasarkan kepada kurikulum yang telah digubal mampu
menyemai budaya bergiat cergas sepanjang hayat dalam diri setiap murid. Perkara yang
sedemikian mampu mempengaruhi gaya hidup yang lebih baik dan sihat.

Kepentingan dari segi pertumbuhan dan perkembangan fizikal
Dalam masa pertengahan dan akhir peringkat kanak-kanak, kemahiran motor kanak-kanak
menjadi semakin halus dan lebih halus, berbanding peringkat awal kanak-kanak.Contohnya
hanya seorang daripada 100 orang kanak-kanak berusia 5 tahun dapat memukul bola tangkis
melepasi jaring manakala bagi kebanyakan kanak-kanak berusia 10 tahun hingga 11 tahun dapat
memukul bola tangkis dengan lebih baik. Selain aktiviti lanjutan dari zaman prasekolah seperti
menunggang basikal, memanjat dan berlari, menari, berenang, berkasut roda, bermain bola
sepak, mereka sekarang lebih cenderung dengan aktiviti sukan berpasukan yang lebih mencabar
seperti permainan bola sepak, bola tangkis dan sebagainya.
Dengan perkembangan yang begitu terurus, kanak-kanak berasa gembira dengan pencapaian
mereka sendiri. Bagi kanak-kanak kemahiran fizikal menjadi sesuatu keseronokan dan
merupakan pencapaian yang berguna. Sebaik sahaja kanak-kanak berpindah ke sekolah rendah,
bahagian hipotalmus mereka semakin matang, menyebabkan daya kawalan tubuh badan dan
kebolehan duduk setempat untuk tempoh masa yang lama bertambah. Walaubagaimanapun,
kanak-kanak sekolah rendah masih belum menguasai kematangan fizikal sepenuhnya. Hal ini
menyebabkan mereka sentiasa perlu bergerak aktif. Mereka menjadi lebih penat jika duduk
terlalu lama berbanding dengan semasa mereka berlari, melompat atau berbasikal.
Penting bagi kanak-kanak melakukan pergerakan fizikal bagi menghalusi kemahiran
perkembangan mereka seperti melompat tali, melempar bola, bergayut di palang-palang, dan
sebagainya.Oleh yang demikian kanak-kanak perlulah melibatkan diri secara aktif dalam
kegiatan sukan di peringkat sekolah rendah.Kanak-kanak lelaki pada peringkat pertengahan dan
akhir mempunyai motor kasar yang lebih cekap manakala kanak-kanak perempuan mempunyai
motor halus yang lebih cekap.
Kepentingan dari segi perkembangan mental
Murid yang mempelajari pendidikan jasmani pada peringkat sekolah rendah akan menempuh
operasi konkrit dari umur 7-11 tahun manakala pada umur 12 tahun kanak-kanak sudah dapat
menempuhi operasi formal. Pendidikan jasmani dapat diaplikasikan dengan menggunakan
kebolehan para murid untuk berfikir secara logik atau tentang sesuatu objek atau situasi. Dengan
memberikan pengajaran yang membolehkan para murid berfikir ianya secara tidak langsung
dapat menggalakan lagi perkembangan mental mereka. Memberikan cabaran serta teka teki
untuk menyelesaikan masalah yang ada. Ketika umur 6 tahun, para murid telah dapat memahami
mengenai konsep nombor, dan ianya boleh diaplikasikan dengan mengira berapa kali sesuatu
pergerakan telah dilakukan. .
Kepentingan dari segi emosi
Terdapat 4 tahap yang menggambarkan tahap perkembangan sosial kanak-kanak. Bagi kanak-
kanak pertengahan dan akhir, mereka tergolong dalam tahap yang ke 4. Ini kerana usia antara 6
sehingga 12 tahun adalah permulaan bagi kanak-kanak ini memasuki alam persekolahan iaitu
dari peringkat pra sekolah ke peringkat sekolah rendah. Seterusnya, dalam proses pembelajaran
yang mereka lalui, mereka mula didedahkan dengan pelbagai konsep serta konsep 3M iaitu
membaca. mengira dan menulis.
Dalam masa yang sama, kanak-kanak peringkat pertengahan dan akhir memiliki minat untuk
mencuba sesuatu yang baru, lebih-lebih lagi perkara yang diminati oleh mereka. Ini kerana,
mereka mempercayai bahawa mereka memiliki kemahiran serta bakat yang terpendam di dalam
diri masing-masing. Pada tahap ini, mereka begitu aktif dan cenderung melakukan apa sahaja
perkara yang terlintas di dalam fikiran mereka dan langsung tidak boleh menerima sebarang
teguran daripada orang sekeliling.
Kepentingan dari segi sosial
Perkembangan sosial merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan kanak-kanak
berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarakat serta
budaya. Hal ini kerana perkembangan sosial melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan
kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial mereka.
Mereka juga mempelajari peraturan-peraturan sosial yang diamalkan oles sesuatu kumpulan
sosial. Ontohnya, mereka mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai, dan cara mentafsir
tingkah laku dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat. Proses sosialisasi ini pula ditentukan
oleh konteks budaya. Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu budaya mungkin dianggap
tidak sesuai bagi budaya yang lain. Namun demikian, terdapat banyak tingkah laku sosial yang
bersifat universal dan merentasi pelbagai kumpulan etnik dan budaya.





Tajuk 4 huraian dan tafsiran sukatan pelajaran pj kbsr
Konsep kesepaduan, penggabungjalinan dan integrasi dalam pendidikan jasmani
=Bersepadu dan kesepaduan bermaksud bersatu, bercantum, dan bersama ; bukannya terpisah,
terasing, tercerai atau terpencil.
=Kesepaduan-keadaan bersepadu, perihal bersepadu menjadi kesatuan yang utuh (Kamus Dewan
Edisi 4, Halaman 1112,Baris 16).
=Konsep dalam P&P- Kesepaduan merupakan perjalinan dan pengadunan unsur-unsur ilmu
pengetahuan kemahiran , bahasa serta nilai-nilai dalam semua matapelajaran secara integrasi dan
menyeluruh.
=Kesepaduan merupakan penjalinan dan pengaduan unsur2 ilmu pengetahuan kemahiran bahasa
serta nilai2.
Guru mestilah menekan aspek kesepaduan dalam merancang strategi pembelajaran.
Contohnya:
Pengajaran Geografi atau Sains pendekatan pengajaran semata mata tertumpu kepada
kemahiran. Unsur kekerapan nilai nilai murni atau bahasa Melayu merentas kurikulum tidak
dimasukkan.
Ini tidak ada kesepaduan.
Antara teknik yang terkini digunakan bagi membolehkan kesepaduan berlaku ialah
-Penggabungjalinan
Rasionalnya beberapa kemahiran dapat diperoleh secara serentak dan terpadu.
Contohnya : Guru mengajar pergerakan kreatif dan pada masa yang guru menggabungkan
muzik. Oleh itu murid dapat mempelajari rentak atau irama muzik yang sesuai untuk dipadankan
dengan pergerakan kreatif.
-Penyerapan
Proses menyatukan isi atau kandungan daripada mata pelajaran lain.
Contoh : Topik pengiraan BMI dalam Pendidikan Jasmani. Maka penyerapan Matematik dalam
Pendidikan Jasmani.
Cara Pelaksanaan
-Kesepaduan dari segi bahan pengajaran dan pembelajaran.
Contoh :
Bahan pengajaran dan pembelajaran digunakan untuk sama untuk beberapa permainan tertentu.
Aktiviti yang guru jalankan menggunakan bentuk aktiviti yang menarik dan diolah mengikut
kemampuan dan tahap murid itu sendiri.
-Kesepaduan yang berbentuk intra (berlaku dalam satu mata pelajaran)
Contoh :
ilmu pengetahuan bercantum dengan kemahiran dalam satu mata pelajaran.
Dalam PJ, mengajar kemahiran bola sepak dan menyelit nilai murni dan moral.
Bagi menjamin perkembangan JERIS murid.
-Kesepaduan yang berbentuk inter(yang berlaku dengan menggabungkan pengetahuan atau
pengetahuan denga mata pelajaran lain)
Contoh
Dalam PJ sekolah rendah ada tajuk mengenali bahagian tubuh kita. Di sini pergabungan dengan
subjek sains.
-Kesepaduan antara aspek teori dengan amali.
Contoh :
PJ yang teori yang terkandung buku juga bersepadu dengan amali yang sediakan unruk murid
murid.
-Kesepaduan di antara aktiviti kokurikulum dengan aktiviti kurikulum.
Contoh :
PJ yang ada mengajar tajuk kemahiran asas olahraga seperti lari lompat berpagar. Ini bercantum
dengan aktiviti kokurikulum di sekolah seperti persatuan olaharaga.
-Kesepaduan di antara aktiviti di dalam bilik darjah dengan luar bilik darjah.
Contoh :
Aktiviti berdasarkan teori dan pengenalan dilakukan di dalam kelas dan kesinambungannya di
luar bilik darjah.
Pengenalan aktiviti pengajaran di dalam kelas adalah asas dan sejajar dengan aktiviti di luar bilik
darjah.
Aktiviti yang dilakukan di luar bilik darjah lebih secara praktikal dan amali, oleh itu murid dapat
ekplorasi aktiviti dengan lebih baik.
-Kesepaduan dalam strategi pengajaran dan pembelajaran.
Contoh :
Strategi diatur terlebih dahulu sebelum pengajaran dan pembelajaran dilakukan dalam rancangan
pengajaran harian.
Teknik dan strategi sesuai dengan jenis aktiviti, bahan bantu pengajaran dan tajuk pengajaran.
Tunjang pembelajaran pendidikan jasmani
Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani disusun mengikut tiga tunjang utama iaitu :
1. Kecergasan
Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan aktiviti fizikal secara
berterusan tanpa merasa lesu. Tumpuan diberi kepada komponen kecergasan fizikal
berasaskan kesihatan dan perlakuan motor.
2. Kemahiran
Konsep tunjang ini menitikberatkan keupayaan murid melakukan kemahiran daripada aspek
pergerakan otot besar dan otot halus.Tumpuan diberi kepada kemahiran asas dalam
permainan, olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan rekreasi.
3. Kesukanan
Konsep tunjang ini menitikberatkan kefahaman dan pengetahuan bagi mengukuhkan
amalan pendidikan jasmani dan sukan. Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan, pengurusan,
kerjaya, etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan sukan.



Tajuk 5 kriteria pemilihan aktiviti pj
Infrastruktur dan tenaga pengajar
-Kemudahan =setiap aktiviti pj yang dilaksanakan dipengaruhi dengan faktor kemudahan yang
terdapat di sesebuah sekolah.
1. Kedudukan sekolah sama ada di kawasan Bandar atau di luar Bandar juga
mempengaruhi penggunaan kepakaran untuk melaksanakan sesuatu aktiviti pj.
2. Kemampuan kewangan sekolah=peruntukan kewangan sekolah bagi aktiviti pj merujuk
kepada kapasaiti murid. Sekolah yang dibina di kawasan elit mungkin tidak menghadapi
masalah kewangan kerana mudah mendapat sumbanga daripada orang ramai berbanding
sekolah di luar bandar.
3. Kemudahan2=sekiranya kemudahan di sekolah tidak mencukupi ketika melaksanakan
aktiviti pj, pihak sekolah perlu menggunakan kemudahan yang berhampiran dengan
sekolah bagi mengelakkan pembaziran masa dan kos.
4. Tenaga pengajar=setiap pemilihan aktiviti perlu berdasarkan kepakaran guru. Maka
keperluan tenaga pengajar yang mahir perlu diambil kira supaya tidak menjejaskan
perancangan/aktiviti yang bakal dilaksanakan.
-Peralatan=pemilihan peralatan perlu berdasarkan spesifikasi umur dan pertandingan. Kualiti
alat perlu dipertimbangkan dalam pemilihan alatan dan keselamatan pengguna perlu dititik
beratkan.
-Kepakaran=guru pj mempunyai tanggungjawab yang tersendiri dalam melaksanakan tuga
mereka semasa mengajar. Liability (tanggungjawab dan risiko yang bakal dihadapi) diberikan
oleh pihak sekolah kepada guru pj semasa melaksanakan aktiviti pj. Antara garis panduan yang
perlu dipatuhi:
1. Pastikan murid menjalankan aktiviti cergas.
2. Aktiviti yang dipilih berdasarkan kesesuaian umur dan kebolehan murid.
3. Aktiviti yang dipilih perlu disahkan oleh badan professional/sekolah.
4. Guru mempunyai kepakaran semasa mengendalikan aktiviti fizikal/kokurikulum.
5. Arahan diberikan jelas,betul dan pelakuan memanaskan badan bersesuaian dengan
aktiviti yang bakal dijalankan terutama aktiviti yang berisiko.
6. Kemudahan dan peralatan yang digunakan bersesuaian dengan aktiviti.

Perkembangan murid
=pj mementingkan aspek perkembangan individu serta penekanan kepada perkembangan
beberapa domain iaitu:
1. Kognitif-melibatkan perkembangan pemikiran murid merujuk kepada taksonomi bloom.
>pengetahuan (mengingat fakta/peristiwa yang berlaku)
>kefahaman (menjelaskan pengetahuan secara bermakna)
>aplikasi (keupayaan menggunakan konsep dalam situasi khusus/am)
>analisis (pecahkan sesuatu perkara kepada unsur2 kecil dan lihat pertalian antara unsur2
tersebut) >sintesis (gabungkan unsur2 dan bahagian2 supaya satu dokumen menjadi lebih
tersusun) >penilaian (keupayaan menilai sesuatu perkara berasaskan kriteria yang perlu diketahui
murid).

1. Afektif- mempunyai hubungan dengan perasaan, emosi, minat, sikap, penghargaan dan
nilai.
>penerimaan (kesediaan individu menerima sesuatu yang ingin disampaikan)
>gerakbalas (bertindak balas terhadap ransangan yang diterima/ mempunyai motif tersendiri)
>penilaian (memahami nilai sesuatu perbuatan yang dilakukan kepada masyarakat)
>organisasi (boleh menyusun nilai yang diterimanya kepada satu sistem yang lebih praktikal =
konsepsualisasi nilai dan bentuk pertalian diantaranya;susun nilai jadi satu sistem
nilai/kepercayaan)
>perwatakan (murid mematuhi sesuatu sistem nilai dan sanggup mengamalkannya sebagai suatu
cara hidup)

1. Psikomotor-pergerakan anggota fizikal seseorang (tumpuan kepada pengawalan
pergerakan anggota tubuh dalam pengajaran dan latihan). Disamping dilatih menguasai
kemahiran khusus yang jarang dilakuka dalam kehidupan seharian.
>persepsi >persediaan >pergerakan terkawal >pergerakan mekanistik >pergerakan kompleks
>pergerakan suaian
>pergerakan cipta

1. Sosial (hubungan/tingkah laku sosial)
>berhubung >berkomunikasi >melibatkan diri >berunding >bekerjasama >menghakim
>memulakan >menukar
Persekitaran budaya dan tempat
1. i. Persekitaran- kawasan di sekeliling sesuatu tempat
2. ii. Budaya- cara hidup (yg merangkumi cara bertindak, berkelakuan, dan berfikir)
serta segala hasil kegiatan. Diwarisi oleh sesuatu masyarakat atau bangsa
3. iii. Tempat -ruang, kawasan
-budaya setempat = guru yang mahir berupaya memanipulasi aktiviti mengikut keperluan
masyarakat setempat. Penumpuan kepada kemahiran motor yang digunakan dalam aktiviti
masyarakat setempat dapat membina semangat, tingkatkan prestasi juga minat dan galakan murid
bergiat lebih aktif dalam aktiviti pj.
-pengaruh politik = aktiviti yang harus dirancang untuk memperkukuhkan interaksi antara
murid dan sekaligus memupuk integrasi antara kaum dalam masyarakat majmuk Malaysia.
-penyelaras program sukan = masyarakat mempunyai tanggungjawab dalam mendidik murid
bagi membentuk masyarakat yang progresif.
1. Program gerak kerja kokurikulum dalam lingkungan sekolah (intramurals-libatkan semua
murid).
2. Program gerak kerja kokurikulum dalam dan luar (extramurals-libatkan murid yang
mahir).
3. Program antara sekolah (meliputi pertandingan peringkat daerah, negeri dan kebangsaan).


Tajuk 6 persediaan P&P pj
Rancangan Kerja Tahunan
-Dalam melaksanakan program pendidikan jasmani di sekolah,satu perancangan yang rapi perlu
diadakan.
-Perancangan yang rapi membolehkan guru menggunakan sumber dan kemudahan yang baik.
-Ia juga memberi tuju hala kepada guru supaya menjalankan tugas dengan baik disamping
memastikan sukatan pelajaran yang disediakan mendapat perhatian yang serius.
-Rancangan Kerja Tahunan diadakan untuk memberi satu gambaran keseluruhan terhadap
kurikulum dan sukatan yang telah disediakan.
-Ia adalah penting bukan sahaja sebagai panduan tugas, bahkan sebagai perancangan penggunaan
peralatan dan kemudahan yang wujud di sekolah .
-Dengan perancangan yang rapi, maka masalah kekurangan alat dan kemudahan boleh
diselesaikan dengan mencari jalan alternatif.
-Rancangan tahunan juga menolong memastikan pendidikan jasmani diajar sebagai satu proses
yang berterusan.

-Tajuk-tajuk yang mempunyai unsur yg sama boleh disusun supaya megikut prinsip ansur maju.
-Disahkan oleh Pentadbir Sekolah, berdasarkan Sukatan Pelajaran dan Huraian
SukatanPelajaran.
-Penyelarasan dirancang secara menyeluruh dan bersinambungan supaya topik pembelajaran
dapat dibahagi dengan sempurna .
-Menyediakan pilihan kegiatan yang lengkap misalnya kegiatan yang menunjukkan ansur maju
dan kesinambungan.

Perkara asas dalam penyediaan rancangan kerja tahunan
-Objektif mestilah difahami terlebih dahulu.
-Bagi memastikan rancangan tahunan dapat dirangka dengan baik dan bermatlamat. Graham
(1992) menyenaraikan faktor-faktor utama yang diperlukan untuk membuat suatu perancangan
yang rapi seperti berikut :
i.Jumlah masa pengajaran
-Sejak bukan Disember 1993, Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat keputusan
menambahkan satu masa kepada waktu pendidikan jasmani dan kesihatan untuk Tahap satu
menjadi Tiga Waktu manakala mengekalkan dua waktu untuk Tahap ll,masa yang
diperuntukkan itu masih lagi tidak mencukupi. Memandangkan masa yang terhad itu,kita perlu
mengkaji semula atau membuat perancangan tentang bilangan objektif yang boleh kita capai
dalam satu-satu tahun itu.

ii.Persekitaran pengajaran
-Selain daripada objektif, faktor-faktor klain yang mempengaruhi perancangan ialah saiz
kelas,peralatan dan kemudahan. Semua faktor tersebut perlu diberi perhatian untuk memastikan
kejayaan kelas pendidikan jasmani. Jika saiz kelas itu besar,maka masalah kekurangan peralatan
dan kemudahan mungkin timbul.

iii.Latar belakang guru
-Kejayaan program pendidikan jasmani bergantung kepada tenaga pengajarnya. Keupayaan guru
mengajar itu penting untuk menjayakan pengajaran. Dengan latihan yang diberikan oleh maktab-
maktab perguruan di Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawa mereka memang mampu untuk
mengajarkan pendidikan jasmani di sekolah. Dalam persoalan ini, minat dan sikap guru itu
sendiri adalah penting.

iv.Latar belakang pelajar
-Tidak semua pelajar adalah sama. Perbezaan dlm kalangan pelajar itulah yang memerlukan
perancangan. Pelajaran yang dirancang tidak seharusnya terlampau susah untuk golongan yang
kurang mahir sehingga mereka hilang minat untuk melakukan aktiviti yang dirancang.
Sebaliknya pelajaran yang tidak mencabar bagi golongan yang mahir juga menyebabkan pelajar
kurang minat terhadap pendidikan jasmani.

Rancangan Kerja Mingguan
i.Penyusunan Rancangan Pengajaran selama tempoh seminggu berpandukan Sukatan Pelajaran
yang telah ditentukan.
-Susunan tajuk tidak semestinya mengikut susunan di dalam sukatan pelajaran tetapi terserah
kepada kebijaksanaan di dalam mengaturkannya.

ii.Rancangan Kerja Pengajaran disediakan sebelum bermulanya pengajaran bagi setiap
Rancangan Latihan Mengajar.
-Rancangan Kerja ini berdasarkan kepada Rancangan Kerja Pengajaran
semester/penggal/tahunan yang disediakan oleh panitia mata pelajaran berkenaan di sekolah.
-Dibina daripada rancangan kerja tahunan dan ia mengandungi objektif, senarai kemahiran yang
perlu dikuasai untuk satu semester.

Penyediaan Rancangan Kerja
-Perancangan pengajaran yang baik amat penting untuk menjayakan satu proses p&p.
-Guru perlu merancang isi pelajaran, teknik mengajar, bahan bantu mengajar agar p&p dapat
berjalan dengan lancar dan berkesan.
-Rancangan kerja semester merupakan satu program yang terdiri daripada topik-topik dalam
sukatan pelajaran yang disusun sepanjang semester.
-Disediakan pada awal tahun sebelum tahun akademik bermula.

Persediaan
-butir-butir am
-pengetahuan lepas
-kemahiran
-objektif pelajaran
-penggabungjalinan
-sumber pengajaran pembelajaran
-penerapan nilsi

Kepentingan
-Membolehkan guru merancang dan bersedia untuk mengajar pelajarnya dengan terancang dan
teratur
-Tidak melangkau Sukatan Pelajaran
-Menjadikan hasil kerja lebih tersusun dan mempunyai matlamat





Tajuk 7 strategi, kaedah dan teknik P&P pj
Pendekatan
-merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran dijalankan berdasarkan kepada
objektifnya (dalam jangka masa panjang). Edward m.anthony,1963
-satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses p&p serta mempunyai unsur2 aksiomatik
(diterima tanpa keraguan).
-Jenis-jenis pendekatan:
1. Tradisional=guru beri arahan (guru sebagai pengajar) dan murid ikut arahan.
Pembelajaran sehala. Tentukan ujian piawai dan mengukur P&P mengikut gred.
2. Humanistik=kecenderungan untuk berkembang dan mecapai hasrat sendiri. Guru sebagi
fasilitator yang memberikan motivasi, kesedaran kepentingan belajar dan meransang
pembelajaran murid. Ujian piawai tidak penting dan gred bukan pengukur pengajaran.
3. gabungan= gabunagan tradisional dan humanistik. Guru membuat analisis keadaan
fizikal, ciri murid dan jenis risiko yang ditanggung sebelum memilih gaya,kaedah dan
teknik p&p. ujian dilakukan berasaskan ciri2 murid. Guru sebagai fasilitator atau
pengajar mengikut keperluan objektif. Murid dan sekolah mempunyai peluang untuk
menilai sendiri.
Strategi
-penentuan dan perancangan kaedah dan teknik untuk mencapai objektif jangka panjang.
- konsepnya adalah berteraskan kepada:
1. Kebijaksanaan memilih pendekatan.
2. Kecekapan merancang kaedah dan teknik.
3. Berdasarkan objektifnya.
Kaedah
- Satu siri tindakan guru yang sistematik.
- Pembelajaran khusus dalam jangka masa pendek.
- 1 cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah2 penyampaian yang tersusun
merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan yang dikehendaki.
- Jenis-jenis kaedah:
1. Kaedah kuliah=pembelajaran dalam kelas yang melibatkan teori dan praktikal.
2. Kaedah demonstras
=pembelajaran melalui lisan dan penglihatan tentang sesuatu tugas dilaksanakan.
1. Kaedah pembelajaran masteri
=pastikan murid kuasai sesuatu hasil pembelajaran yang ditentukan sebelum berpindah ke
pembelajaran seterusnya. (taksonomi bloom)
1. Kaedah pembelajaran koperatif
=tekankan interaksi sosial dan bina kemahiran tertentu.
=dilaksanakan dalam BD yang mempunyai murid dari kumpulan yang mempunyai keupayaan
yang berlainan. Murid bekerja dalam kumpulan kecil ke arah mencapai objektif pembelajaran
yang sama.
1. Kaedah perbincangan
=interaksi dua hala iaitu murid dengan murid dan murid dengan guru. Meransang perhubungan
antara ahli dalam BD dan libatkan murid bergiat secara aktif dalam pembelajaran. Murid
berkongsi maklumat, tingkatkan kefahaman dan kemahiran interpersonal.
1. Kaedah projek
=tugasan dilaksanakan diluar BD secara individu/kumpulan. Berkonsepkan belajar sambil
mempraktikan yg boleh mempercepatkan pembentukan kefahaman dalam proses pembelajaran.
1. Kaedah pembelajaran kolaboratif
=pembelajaran melalui murid belajar menerusi interaksi dengan orang lain untuk menambah
pengetahuan. Guru bertindak sebagai model/penunjuk arah untuk bantu murid selesaikan
masalah dan bina pengetahuan.
1. Kaedah penemuan (inkuiri)
=dilaksanakan melalui lima peringkat iaitu kenal pasti masalah,rancang penyelesaian,kumpul
maklumat,tafsiran dan kesimpulan.
Teknik
-kemahiran guru dalam pengelolaan dan pelaksanaan kaedah mengajar.
-menentukan keberkesanan pengajaran ditahap optimum berteraskan kriteria umur, kebolehan,
kecerdasan dan minat.
a. Teknik Demonstrasi
-berusatkan guru dan aktiviti dimana seseorang menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan
sesuatu di hadapan murid semasa sesi pengajaran.
-Murid memerhati dan mengenalpasti prosedur atau cara untuk melakukan sesuatu aktiviti
tersebut.
Dengan itu, murid dapat melakukan aktiviti ini dengan sendiri secara sistematik, teratur dan
betul.
b. Teknik Alat Pandang Dengar
-Alat-alat pandang-dengar yang boleh digunakan termasuk wayang gambar, filem, carta, poster
dan sebagainya yang menunjukkan bagaimana sesuatu kemahiran dilakukan dengan teknik yang
betul.
-Memberikan penerangan dalam membetulkan kesalahan.
c. Teknik Kinestesis
-Kinestesis Manual
-Guru memimpin setiap pergerakan dan kemahiran melalui perlakuan yang sebenar, sehingga
murid dapat merasai pergerakan tersebut.
-Setelah melakukannya berulang kali, murid akan mula memahami idea pergerakan yang betul.
-Murid akan berusaha untuk memperbaikinya berpandukan kepada deria kinestesis pergerakan
yang sebenar.
Gaya P&P
- Gaya langsung
=pembelajaran berpusatkan guru. Berpandukan teori pembelajaran tingkah laku. Berfokuskan
kepada yang ingin dipelajari tetapi tidak mengambil kira perbezaan individu (anggap murid capai
tahap pembelajaran dan kemajuan yang sama). Persekitaran pembelajaran yang berstruktur.
Contoh gaya arahan dan gaya tugasan.
- Gaya tidak langsung
=berpusatkan pelajar. Berpandukan teori pembelajaran kognitif. Mengambil kira perbezaan
murid dan memberi peluang kepada murid untuk merasai kejayaan pada tahap kebolehan sendiri.
Namun, gaya ini memakan masa yang panjang dan memerlukan guru untuk berlatih serta
bersabar. Contoh gaya tidak langsung ialah gaya penyelesaian masalah dan gaya tindak balas.
- Gaya gabungan
=berpusatkan guru dan murid. Sesuatu pembelajaran akan berlaku dengan berkesan sekiranya
guru dapat memilih gaya pembelajaran yang sesuai dengan kurikulum dan ciri murid. Murid
akan menyelesaikan masalah dan guru bertindak sebagai pembimbing serta motivator.
Cenderung kepada gaya penemuan terbimbing.

Tajuk 8 pentaksiran dalam pj
Ujian, Pengukuran dan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani
-Ia boleh mengambil beberapa bentuk seperti soalan bercetak atau lisan, bateri prestasi tahap
fizikal, pemerhatian tingkah laku melalui senarai semak atau rekod anekdotal.
-Menurut Borhan Yusof (2008), ujian ialah satu instrumen atau alat yang digunakan untuk
mendapatkan maklumat murid sebelum, semasa, dan selepas pengajaran. Pengukuran ialah suatu
proses mengutip maklumat berangka tentang ciri-ciri tertentu yang dipunyai oleh seseorang.
-pengukuran juga boleh ditakrifkan sebagai membina, mentadbir dan memberi nilai kepada
ujian.
-Manakala penilaian merupakan suatu proses untuk mengumpul, menganalisis dan mentafsir data
yang dikutip. Ia juga meliputi ujian dan pengukuran.

Tujuan Penilaian dalam Pendidikan Jasmani
1.Memfokuskan kepada setiap individu
-Setiap murid adalah unik. Hasil penilaian dapat memberi maklumat tentang kelebihan dan
kelemahan seseorang murid. Dengan itu, guru dapat mengaplikasikan prinsip pendidikan jasmani
membangun untuk meningkatkan lagi prestasi murid.
2.Menentukan status semasa
-Mengikut Kirkendal, Gruber dan Johnson (1987) penentuan status meliputi :
a) Pemberian gred
b) Mengecualikan pelajar dari suatu aktiviti
c) Memberi maklum balas untuk meningkatkan prestasi
d) Menetapkan seseorang individu dalam kumpulan tertentu dan
e) Menentu aktiviti tertentu.
3.Memilih wakil
-Hasil penilaian juga boleh diguna untuk memberi maklumat bagi tujuan memilih wakil sekolah.
Penilaian menggunakan kriteria-kriteria tertentu membolehkan proses pemilihan dilaksanakan
dengan lebih saksama.
4.Memotivasikan individu
-memberi maklum balas prestasi kepada seseorang murid. Ia dapat memberi kesan positif kepada
murid berkenaan. Sebaliknya jika keputusan penilaian disalahgunakan makan kesan negatif akan
timbul dan ini akan menyebabkan seseorang itu menjadi hampa dan putus asa.
5.Menilai pengajaran dan program pendidikan jasmani
-Digunakan untuk menentukan pencapaian objektif program pendidikan jasmani dan kesihatan.
-memberi maklum balas sama ada program tertentu berkesan. Ini memberi peluang kepada guru
dan pihak pentadbir untuk mengubah strategi pengajaran bagi memastikan objektif yang
diharapkan tercapai.
5.Membekalkan maklumat untuk kajian lain
-Penilaian membolehkan maklumat digunakan untuk kajian lain.

Ujian Kecerdasan
- Ujian kecerdasan digunakan untuk mengukur kecerdasan mental seseorang individu atau
perbezaan antara individu.
-Ujian ini banyak berubah mengikut perkembangan ilmu psikologi dalam bidang ini. Bidang 48
OUM. pengujian kecerdasan bermula pada tahun 1796.
-Ujian ini terus berkembang apabila Galton, pada tahun 1969, cuba mengukur ketajaman deria,
gambaran mental dan pencapaian intelektual antara pelajar-pelajar genius.
-Tokoh-tokoh lain yang turut terlibat dalam pengukuran kecerdasan mental termasuklah Wundt,
Cattell dan Binet (Abu Bakar,1986).
-Ujian kecerdasan kanak-kanak terawal ialah ujian Binet-Simon. Ujian kecerdasan mental bagi
kanak-kanak tidak menekankan aspek kebahasaan, tetapi menggunakan gambar rajah, oleh sebab
aspek ini belum mereka kuasai.
-Ujian kecerdasan memberikan bukti, secara tidak langsung, tentang potensi yang ditunjukkan
oleh murid-murid berdasarkan prestasi mereka dalam ujian tersebut. Ujian ini kerap digunakan
untuk membuat telahan pencapaian di sekolah atau institusi pendidikan tinggi. Contoh ujian
kecerdasan lain ialah Ujian Skala Stanford-Binet, Ujian Weschler dan Ujian Lorge-Thorndike.

Ujian kecergasan fizikal boleh dibahagikan kepada:

i. berlandaskan kesihatan
- Komposisi Badan
- Fleksibiliti
- Daya Tahan Kardiovaskular
- Kekuatan Otot
- Daya Tahan Otot

ii. berlandaskan kemahiran motor
- Kelajuan
- Koordinasi
- Ketangkasan
- Kuasa
- Imbangan
- Masa Reaksi

rujukan : proforma PJM3110,buku OUM pengenalan pendidikan jasmani, handout
pembentangan kumpulan.

Anda mungkin juga menyukai