Anda di halaman 1dari 2

Langkah-langkah yang dapat dilaksanakan untuk memupuk semangat

patriotisme dalam kalangan generasi muda.



Semangat patriotisme ialah semangat cinta akan negara. Perdana Menteri, Yang Amat
Berhormat Dato Seri Najib Tun Abdul Razak menyatakan bahawa semangat patriotisme perlu
dipupuk dalam diri generasi muda di negara ini supaya rakyat di negara lain dapat menghormati
dan memandang mulia kepada kita. Tambah beliau lagi, semangat patriotisme hendaklah
diterapkan dalam diri generasi muda kita kerana budaya ini sudah menjadi sebahagian
negara.Terutamanya ,ibu bapa perlu menerapkan semangat patriotisme dalam diri anak-anak
untuk menjadikan mereka sebagai generasi muda yang cemerlang dan dibanggakan oleh negara
kerana keperibadian generasi kini akan mencerminkan keperibadian negara ini. Banyak
langkah yang boleh dilakukan oleh pelbagai pihak untuk memupuk semangat patriotisme
dalam diri generasi masa kini.

Antara langkah yang boleh dilakukan untuk memupuk semangat patriotisme dalam diri
generasi muda ialah bermula dari ibu bapa. Misalnya, ibu bapa perlu sering bercerita tentang
tokoh-tokoh pejuang tanah air kepada anak-anak. Secara tidak langsung semangat patriotik
dapat diterapkan semasa anak-anak masih kecil lagi. Ibu bapa haruslah bercerita atau
membacakan cerita tentang perjuangan tokoh-tokoh terkenal seperti Mat Kilau, Tok Janggut,
Tok Kenali,Datuk Bahaman dan banyak lagi pejuang tanah air. Ibu bapa perlu mendedahkan
jasa-jasa pejuang tanah air dengan memberitahu mereka betapa sukarnya berjuang untuk
membebaskan diri daripada belenggu penjajahan. Selain itu, menceritakan peristiwa orang-
orang terdahulu hidup semasa zaman penjajahan. Apabila bercerita ibu bapa perlu
menekankan betapa pentingnya semangat patriotisme dalam diri kita. Hal ini dapat dilihat
apabila orang terdahulu mengharungi pahit maung dan bertapa sukarnya untuk mendapatkan
makanan, hidup dalam kesusahan dan kesengsaraan serta sentiasa dizalimi oleh penjajah.
Mereka akan dapat membandingkan keadaan hidup dalam pascamerdeka.

Selain itu, pihak sekolah perlu mengadakan lawatan ke tempat bersejarah untuk pelajar-
pelajar sekolah supaya menjadi generasi yang mempunyai semangat patriotisme. Terdapat
banyak tempat bersejarah di negara kita untuk dikunjungi. Tempat-tempat tersebut merupakan
monument yang perlu dipelihara supaya generasi kini akan dapat melihat sendiri dan merasai
kesan yang amat mendalam. Sebagai contoh tempat bersejarah yang boleh dilawati ialah Kota
A Famosa di Melaka. Sambil melawat ke tempat bersejarah, guru yang mengetuai lawatan
tersebut perlu menceritakan tentang kejatuhan Melaka lalu Portugis membina Kota A Famosa.
Pelajar-pelajar akan dapat melihat kesan peristiwa tanah air dan dapat menerapkan semangat
cinta akan negara.pemerhatian mereka terhadap kesan-kesan peninggalan sejarah akan
melahirkan semangat juang untuk menpertahankan negara daripada ancaman musuh.
Contohnya, kunjungan ke tempat bersejarah yang lain seperti Bandar Hilir Melaka yang akan
mengingatkan mereka kepada sejarah hitam negara ketika dijajah oleh Portugis, Belanda dan
Inggeris.

Tambahan lagi, generasi kini perlu menyertai program yang dilakukan oleh pihak
kerajaan. Contohnya remaja kini perlu menyertai Program Latihan Khidmat Negara. Program ini
dipernuhi dengan aktiviti yang memupuk semangat patriotik seperti kawad kaki dan latihan
berkumpulan. Program ini juga merupakan gabungan latihan ketenteraan dan memupuk
semangat patriotik kepada mereka ke arah cinta akan negara. Pelatih-pelatih akan dapat
mempelajari nilai-nilai murni seperti tanggungjawab, kerjasama dan hormat-menghormati.
Pelatih akan bercampur gaul dengan pelatih lain yang berbilang kaum, budaya dan agama yang
berbeza. Hal ini akan dapat memupuk semangat perpaduan yang merupakan elemen yang
penting dalam semangat patriotik seperti pepatah bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Di
samping itu, program ini akan dapat melahirkan generasi yang mengetahui hal kenegaraan yang
berkaitan dengan kerajaan dan kedaulatan negara.

Seterusnya, ibu bapa perlu sering membawa anak-anak menyambut hari kemerdekaan.
Ibu bapa dan anak-anak perlu melihat atau menyertai sambutan di kawasan setempat atau ibu
bapa mengajak anak-anak menyaksikan kemeriahan kemerdekaan di televisyen. Hai ini
demikian akan dapat menjadi medium yang sangat berkesan untuk menyermai rasa cinta akan
negara dalam sanubari meraka. Di samping menyaksikan kemeriahan kemerdekaan akan dapat
mengimbas kembali nostalgia dan memori sewaktu negara dijajah melalu nukilan puisi-puisi,
sketsa, novel-novel kemerdekaan terbit di hati meraka semangat biar patah tulang, jangan
putih mata. Ibu bapa juga perlu menerangkan kepada anak-anak nikmat menjadi anak
pascamerdeka dan bersyukur kerana diberikan keamanan dan kedamaian.

Konklusinya, memupuk semangat patriotisme perlu dijalankan sepanjang masa tanpa
henti. Hal ini demikian dapat melahirkan generasi yang mempunyai rasa cinta akan negara dan
menjadi individu yang berguna kepada bangsa dan juga negara. Peranan semua pihak sangat
penting untuk menerapkan semangat patriotik dalam diri generasi muda. Contoh yang baik
akan diikuti oleh orang ramai. Bak kata pepatah bagaimana acuannya, begitulah kuihnya.