Anda di halaman 1dari 8

1

1.0 PENGENALAN
Alat Muzik Utama Vokal IV merupakan salah satu subjek pilihan yang diambil oleh pelajar vokal
kursus PISMP Muzik Semester 5. Baru-baru ini kami telah diberikan tugasan yang meminta
kami untuk mengaplikasi teknik nyanyian yang betul yang telah dipelajari dengan memberikan
ulasan kritis terhadap teknik vokal yang digunakan oleh dua orang rakan kami dan
mengemukakan kelemahan dan kekuatan dari segi teknik vokal yang digunakan oleh mereka.
Ini adalah kerana nyanyian menggunakan teknik yang betul merupakan satu kelebihan kepada
guru muzik semasa mengendalikan kelas muzik di dalam bilik darjah serta dapat membantu
guru melaksanakan pelbagai aktiviti yang menarik. Tugasan ini juga merupakan salah satu
tugasan yang dilaksanakan oleh kami bagi menambahkan ilmu berkenaan kemahiran vokal
yang dipelajari dalam persembahan nyanyian. Jadi sebagai seorang bakal guru, pengetahuan
dalam bidang ini amatlah penting agar dapat membentuk pelajar yang bukan sahaja cemerlang
dalam akademik malah cemerlang dalam segenap aspek termasuk jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial.
Hal ini bertepatan juga dengan silibus yang telah digariskan buat pelajar di Institut
Perguruan untuk mendalami subjek ini kerana disamping dapat memberi manfaat kepada
pelajar ,subjek ini juga dapat memberi satu pendedahan dan latihan kepada para guru pelatih
agar dapat mengaplikasikan ilmu tersebut dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Disamping itu, ia juga menyediakan kita dengan ilmu yang ampuh agar keberkesanan tentang
Pengajaran Pendidikan Muzik di sekolah rendah dapat dijalankan dengan lebih efektif . Oleh itu,
sebelum membentuk pelajar, guru tersebut haruslah mempelajari terlebih dahulu kurikulum
yang telah digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Berdasarkan kepada tugasan yang
telah diberikan, berikut adalah antara item yang telah kami fokuskan :
a) Ulasan kritis tentang nyanyian vokal serta justifikasi
b) Pendapat tentang nyanyian dengan mengemukakan kekuatan dan kelemahan
c) Memberi penekanan kepada teknik vokal seperti sebutan diftong, triftong, enunsiasi dan
artikulasi.



2

2.0 ULASAN KRITIS TENTANG TEKNIK VOKAL
PENYANYI 1 PENYANYI 2


Nama : Umamageswari A/P Raju Nama : Sharmila Dharshenee
Bangsa : India Bangsa : India
Lagu : Tanjung Puteri Lagu : Tanjung Puteri
Kelemahan : Sebutan huruf w yang
disebut v. Bunyi vokal a yang sering
disengaukan atau didengungkan. Sebutan
kurang jelas untuk sesetengah perkataan.
Tapi tidak begitu ketara. Menyanyi dengan
menunduk ke bawah. Tidak yakin.
Kekuatan :Sebutan diftong jelas. Enunsiasi
yang baik. Tempo yang tepat. Pernafasan
di setiap frasa diambil dengan baik.
Kelemahan: Sebutan huruf r dan d yang
kedengaran terlalu dalam. Kesalahan
pemenggalan perkataan mengail
Kekuatan :Sebutan diftong jelas. Ton suara
yang baik. Pernafasan di setiap frasa
diambil dengan baik
RAJAH 1
Teknik vokal merangkumi pengetahuan tentang pedagogi vokal yang berkait dengan anatomi
tubuh semasa penghasilan suara. Ianya menjelaskan tindakbalas tubuh di bahagian vokal yang
menyebabkan terhasilnya suara dan kawalan-kawalan bahagian tubuh tertentu yang diperlukan
seseorang dalam meningkatkan mutu nyanyian. Antara teknik vokal yang perlu dititikberatkan
adalah dari segi sebutan, postur, kawalan pernafasan, lontaran suara, penghasilan ton dan
sebagainya. Dalam mendapatkan hasil terbaik dalam nyanyian, seorang penyanyi perlulah
3

sedar bahawa sebutan memainkan peranan yang penting dalam penghasilan nyanyian yang
baik. Organ-organ yang terlibat di dalam menghasilkan sebutan ialah mulut, bibir, lidah dan
rahang. Kejelasan sesuatu sebutan itu bergantung kepada koordinasi di antara organ-organ
tersebut. Di dalam nyanyian, pernafasan dan bentuk mulut yang betul akan menghasilkan
bunyi vokal, kualiti ton dan intonasi yang baik. Bunyi konsonan pada permulaan dan akhir
sesuatu perkataan perlu jelas. Mulut dan kerongkong juga perlu dibuka luas semasa menyanyi
supaya memberi laluan udara yang banyak dan mewujudkan ruang yang cukup luas untuk
menghasilkan ton yang lebih resonan. Sebutan yang baik dapat dihasilkan melalui latihan yang
konsisten dan berterusan. Dalam menyanyi, sebutan bunyi vokal dan konsonan juga haruslah
jelas. Bagi menghasilkan sebutan yang jelas, ciri-ciri ton nyanyian haruslah diberi perhatian
yang mana meliputi tenaga, pembentukan alat vokal ( bibir dan lidah ), kekuatan bunyi dan
harkat (panjang dan pendek). Teknik sebutan juga merangkumi empat jenis iaitu terdiri daripada
sebutan driftong, triftong, enunsiasi dan artikulasi. Teknik sebutan ini haruslah dikuasai terlebih
dahulu agar seseorang penyanyi itu dapat menyanyikan sesebuah lagu dengan jelas dan dapat
difahami liriknya.
Seperti yang kita sedia maklum, di dalam Bahasa Melayu terdapat 3 jenis diftong iaitu
/ai /, /au /, dan / oi /. Semua diftong ini dilafazkan sebagai satu kesatuan bunyi. Dalam
perkataan asli bahasa Melayu, diftong terdapat pada suku kata kedua atau suku kata akhir bagi
suka kata terbuka. Kedudukan diftong [ ai ], [ au ] boleh berlaku di awal, tengah dan akhir
perkataan manakala diftong [ oi] hanya terhad pada suku kata terbuka akhir perkataan. Melihat
kepada kedua-dua penyanyi, saya dapati sebutan diftong yang digunakan oleh mereka adalah
betul. Antara contoh diftong dalam lagu Tanjung Puteri adalah seperti perkataan pan-tai. Maka,
untuk membunyikan diftong [ai], lidah penyanyi perlulah berada pada kedudukan yang
membunyikan vokal hadapan luas [a], dan secara cepatnya menggeluncurkan lidah ke arah
cara membunyikan vokal hadapan sempit [i]. Hujung lidah perlu dinaikkan tetapi tidak setinggi
sebagaimana membunyikan vokal [i]. Hujung lidah terkena pada gigi bawah dan pita suara
digetarkan. Sebutan diftong yang jelas juga penting dalam nyanyian untuk menunjukkan
tekanan vokal pertama atau vokal kedua diftong. Arah geluncuran pergerakan lidah dari satu
vokal ke vokal yang lain hendak dilakukan dengan cepat supaya dapat didengar dengan jelas
sebutannya. Sesetengah penyanyi menghadapi masalah dalam menyebut diftong secara
bergeluncuran dan cepat dan menyebabkan sebutan perkataan kabur dan tidak jelas. Jadi,
sebelum menjalankan latihan diftong, penyanyi seharusnya banyak berlatih dengan alat
4

artikulasi agar alat tersebut tidak asing untuk bergerak ke posisi yang berlainan dalam rongga
mulut dan menghasilkan bunyi dalam masa yang singkat.
Triftong pula berbeza dengan diftong yang mana triftong merupakan suku kata yang
terdiri daripada tiga huruf vokal yang disebut secara berterusan dalam satu hembusan nafas.
Triftong juga terbentuk daripada bunyi vokal yang menggeluncur. Sebagai contoh, oui dan iau
adalah suku kata yang terdiri daripada tiga huruf vokal. Tiga huruf vokal itu melahirkan satu
bunyi dan ini adalah trfitong. Penghasilan urutan vokal ini merupakan satu hembusan nafas
sahaja dan mempunyai satu puncak kelantangan. Triftong disebutkan secara cepat oleh alat
artikulasi dari satu vokal ke vokal lain. Contohnya, [ ai + a ] disebutkan dengan cepat dalam
perkataan niagara. Melihat kepada cara sebutan triftong kedua-dua penyanyi, saya lihat tiada
masalah yang dapat dikesan kerana kedua-dua penyanyi tidak menggunakan sebutan triftong
dalam nyanyian lagu Tanjung Puteri. Sebutan triftong ini biasanya wujud dalam lirik lagu
Bahasa Inggeris atau bahasa asing. Antara contoh perkataan triftong dalam Bahasa Inggeris
adalah seperti hour, [ar] dan power [par]. Bunyi triftong tidak terdapat dalam bahasa
Melayu.
Enunsiasi adalah kejelasan pengucapan kata, dan ketepatan pemenggalan kalimat
(jeda). Seorang penyanyi perlulah menyanyi dengan pemenggalan suku kata yang tepat. Jika
penyanyi menyanyi terlalu cepat, lirik lagu yang diucapkan sukar untuk difahami maksudnya.
Bukan itu sahaja, pemenggalan kata juga penting kerana ia boleh membawa makna yang
berbeza sekiranya penyanyi menyanyi dengan pemenggalan yang salah. Jika ditengah-tengah
perkataaan terdapat huruf vokal (a,i,e,o,u) , pemenggalan perkataan haruslah dilakukan
diantara kedua huruf vokal. Sebagai contoh, dalam lagu Tanjung Puteri perkataan laut disebut
la-ut. Bagi huruf diftong seperti ( ai, au, dan oi, ), pemenggalan kata pada huruf vokal tidak
boleh dipisahkan misalnya perkatan tebrau dan pantai. Jika ditengah-tengah perkataan
terdapat huruf konsonan pula maka cara pemenggalannya adalah dibelakang huruf konsonan
tersebut. Sebagai contoh perkataan bukit disebutl bu-kit dan bukannya buk-it.
Walaubagaimanapun, saya lihat penyanyi kedua menghadapi masalah dari segi pemenggalan
kata semasa menyanyikan lagu Tanjung Puteri dimana beliau tidak dapat menyebut
perkataan mengail dengan betul. Jika dilihat dari segi pemenggalan kata dalam skor,
penyanyi kedua seharusnya menyanyikan dan memenggal perkataan mengail kepada me-
nga-il tiga suku kata dan bukannya hanya dua suku kata iaitu me-ngail. Melihat kepada
penyanyi pertama, saya kira beliau tidak mempunyai masalah dari segi pemenggalan kata.
5

Penyanyi pertama telah menyanyikan lagu Tanjung Puteri dengan baik dan lirik lagu yang
dinyanyikan kedengaran jelas dan boleh difahami secara keseluruhannya.
Sebutan juga berkait dengan Artikulasi. Artikulasi adalah cara pengucapan kata demi
kata yang baik dan jelas. Pengucapan kata demi kata yang baik dan jelas pula perlulah
menekankan aspek fonetik. Fonasi atau phonetik bermaksud pertuturan atau sebutan yang
terhasil daripada bunyi. Pertuturan dihasilkan dengan berbagai cara, bukan sahaja
melibatkan sebutan dari segi vowel dan konsonan, malah melibatkan segala aktiviti yang
berkaitan dengan bunyi yang dihasilkan melalui sebutan contohnya seperti bercakap,
menjerit, ketawa, menyanyi dan sebagainya. Peranan fonasi dalam nyanyian ataupun
percakapan adalah bertujuan untuk menghasilkan sebutan yang tepat. Melihat kepada
penyanyi pertama, iaitu Umamageswari A/P Raju, beliau mengalami masalah dalam
membunyikan huruf /a/ dimana apabila beliau menyanyikan lagu, penyanyi pertama cenderung
mendengungkan bunyi huruf vokal /a/ . Sebagai contoh, dalam lagu Tanjung Puter pada lirik
di kuala Danga. Penyanyi pertama juga tidak dapat membezakan bunyi huruf konsonan W dan
V. Ini adalah kerana orang India kebiasaannya selalu keliru dengan huruf W dan V.
Contohnya sebutan [menawan] akan disebut [menavan]. Mereka juga kebiasaannya akan
menambah konsonan H di hujung perkataan yang mempunyai huruf vowel, contohnya
sebutan [nya] akan disebut sebagai [nyah]. Ini pastinya memberi pengertian yang berlainan
kepada perkataan tersebut.
Melihat kepada penyanyi kedua pula, saya kira beliau menghadapi masalah sedikit
dalam menyebut konsonan d dan konsonan r. Semasa menyanyikan lagu Tanjung Puteri,
penyanyi kedua iaitu Sharmila Dharshenee tidak dapat membunyikan lirik lagu dari tebrau
dengan betul. Apa yang saya maksudkan adalah dari segi penyebutan suka kata da dan huruf
r yang mana penyanyi kedua telah menekankan huruf tersebut dengan terlampau dan
kedengaran seperti terlalu dalam bunyinya. Seharusnya penyanyi kedua menyanyikan lirik lagu
tersebut secara lembut dan biasa sahaja supaya kelantangan bunyi huruf d dan r tidak terlalu
kedengaran dalam sesebuah lagu. Untuk penambahbaikan, saya cadangkan penyanyi pertama
dan penyanyi kedua membuat latihan pembentukan mulut termasuk dari segi perletakan
lidah,gigi,bibir dan lelangit untuk menghasilkan artikulasi lirik lagu yang baik.

6

Bila bercakap tentang artikulasi sekaligus ia berkait rapat pula dengan pernafasan yang
mana melalui pernafasan kita akan dapat mengucapkan sesuatu perkataan dengan lebih jelas.
Melihat dari segi kawalan pernafasan, penyanyi pertama dan kedua kelihatan dapat mengawal
pernafasan dengan baik. Phrasing yang diambil di setiap frasa lagu juga adalah tepat. Bagi
mengawal pengeluaran udara yang betul ialah bermula dengan pengetahuan penyanyi
terhadap tindakbalas tubuh badan yang berlaku semasa menyanyi. Pernafasan dalam nyanyian
melibatkan pengeluaran dan pengambila udara melalui paru-paru, diafragma dan abdomen
bahagian bawah. Nyanyian yang betul adalah dengan berjaya menghabiskan satu frasa dengan
satu nafas sahaja. Ini berlaku hanya dengan kawalan yang betul semasa menyanyi. Apabila
wujud kefahaman berkaitan proses penafasan dalam nyanyian maka penyanyi akan bertindak
menyedut udara dan melepaskanya perlahan-lahan mengikut suku kata dalam nyanyian tanpa
membazirkan tenaga mengawalnya.
Dalam mendapatkan hasil terbaik dalam nyanyian, kedudukan badan atau postur dalam
nyayian juga perlu dititikberatkan. Ini adalah kerana dengan postur yang baik, ia akan mampu
membantu penyanyi untuk mengeluarkan kualiti ton suara yang indah. Sebutan juga akan
menjadi lebih jelas kedengaran apabila penyanyi berada dalam postur yang betul semasa
menyanyi. Postur yang baik bermaksud menggunakan badan dalam keadaan seimbang supaya
otot-otot pernafasan dapat bekerja dengan mudah serta membantu penyanyi mengeluarkan
suara yang diingini tanpa ada sebarang halangan fizikal. Melihat kepada penyanyi yang
pertama, iaitu Umamageswari A/P Raju, saya dapati kedudukan postur penyanyi tidak betul.
Seperti yang kita lihat, beliau menyanyi dengan menundukkan muka dan adakalanya terlalu
menaikkan wajah (mendongak) menyebabkan aliran pernafasan tidak berjalan dengan
sempurna. Akibatnya beliau tercungap-cungap kerana tidak cukup nafas malah suara beliau
juga tidak kedengaran. Kesimpulannya asas postur yang betul membuatkan nyanyian menjadi
lebih mudah dilakukan. Ia akan menyediakan mekanisme fizikal bertindak balas dengan konsep
mental tanpa sebarang gangguan. Ia juga membuatkan semua proses berjalan secara
bersambung-sambung tanpa halangan. Postur yang betul membolehkan seseorang
menyampaikan suara dengan baik sekaligus menyanyi dengan lebih baik. Postur yang baik
perlu seimbang, bergaya dan ringkas. kefahaman terhadap pengawalan postur ini amat penting
dalam membantu penyanyi mengeluarkan suara dengan lebih bebas tanpa sekatan.
Secara keseluruhannya, melihat kepada penyanyi yang pertama, iaitu Umamageswari
A/P Raju, saya dapati beliau menghadapi masalah dari segi sebutan huruf w yang disebut v,
dan bunyi vokal a yang sering disengaukan atau didengungkan mengakibatkan sebutan
7

menjadi kurang jelas untuk sesetengah perkataan. Namun ianya tidaklah begitu ketara.
Penyanyi pertama juga menyanyi dengan menunduk ke bawah mengakibatkan suara yang
dikeluarkan perlahan. Beliau juga kelihatan tidak yakin dan gugup semasa membuat
persembahan. Kekuatan yang saya lihat bagi penyanyi pertama adalah dari segi tempo. Tidak
dinafikan dari segi pic, penyanyi pertama memang melakukan banyak kesalahan namun
pernafasan yang diambil di setiap frasa adalah betul. Sebutan diftong dan pemenggalan kata
(enunsiasi) juga dilakukan dengan tepat sekali.
Bagi penyanyi kedua pula, iaitu Sharmila Dharshenee, saya dapati beliau menghadapi
masalah yang ketara apabila menyebut huruf r dan d dimana nyanyian beliau kedengaran
terlalu dalam dan tekanan yang dilakukan pada huruf tersebut terlalu kuat mengakibatkan
nyanyian menjadi terganggu. Kesalahan pemenggalan perkataan mengail juga dapat dilihat
semasa beliau menyanyikan lagu Tanjung Puteri. Walaubagaimanapun, saya lihat penyanyi
kedua tidak mempunyai masalah dari segi sebutan diftong malah pernafasan yang diambil di
setiap frasa juga baik. Ton suara penyanyi juga sedap didengar dan jelas. Semasa menyanyi,
saya lihat mulut beliau dibuka luas untuk memberi laluan udara yang banyak bagi menghasilkan
ton yang lebih resonan. Pernafasan dan bentuk mulut yang betul seperti yang dilakukan oleh
penyanyi yang kedua menghasilkan sebutan yang baik, kualiti ton dan intonasi yang baik. Jika
diperhatikan juga, dalam video ini kita dapat lihat gaya pernafasan oleh kedua-dua video hampir
sama dimana kelihatan di bahagian kawasan perut, bahu dan dada terdapat pergerakan turun
dan naik, dari sini kita dapat lihat kedua-dua penyanyi berjaya menguasai cara atau teknik
pernafasan yang betul.







8

3.0 PENUTUP
Pendidikan Muzik merupakan mata pelajaran di bawah bidang perkembangan diri individu. Di
samping memperkembang unsur kesenian pada diri murid, sebagai satu mata pelajaran,
Pendidikan Muzik memberi ilmu pengetahuan dan membina kemahiran yang berkaitan dengan
estetik bunyi. Melalui tugasan yang diberikan ini, seharusnya guru pelatih akan mempunyai
pengetahuan dan kefahaman tentang konsep-konsep dan terminologi yang berkaitan dengan
muzik. Di samping itu, guru pelatih juga sekaligus berpeluang membina kemahiran menyanyi
supaya unsur seni dalam jiwa dapat berkembang . Dengan ini pemerolehan pengetahuan dan
penguasaan kemahiran nyanyian dapat dikuasai secara tidak langsung. Tugasan pada kali ini
juga telah dilaksanakan agar para guru pelatih dapat menyedari betapa pentingnya teknik vokal
iaitu sebutan yang terdiri daripada diftong, triftong, enunsiasi dan artikulasi dalam sesebuah
nyanyian atau persembahan.
Disamping itu, berselaras dengan kurikulum Pendidikan Muzik sekolah rendah yang
disemak semula, diharap para guru pelatih dapat mengaplikasikan pembelejaran tentang
teknik-teknik vokal khususnya dalam menguasai teknik sebutan agar proses pengajaran dan
pembelajaran muzik kelak dapat dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Pendekatan yang
sistematik perlulah diambil dalam usaha untuk mengoptimumkan keperluan perlaksanaan
Pendidikan Muzik di bilik darjah. Adalah diharapkan, kaedah pengajaran dan pembelajaran
tentang teknik-teknik dan asas nyanyian dapat diaplikasikan dalam pengajaran nyanyian dalam
bilik darjah dapat dikuasai oleh semua pendidik muzik. Adalah diharapkanjuga tugasan dan
fakta tentang elemen muzik, teknik vokal dan asas nyanyian ini dapat membantu guru
melaksanakan tugas dengan lebih berkesan serta menjadi titik permulaan untuk guru meneroka
dan meningkatkan lagi pengetahuan dan ketrampilan mereka dalam pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Muzik di sekolah.

Anda mungkin juga menyukai