Anda di halaman 1dari 7

1

SEKOLAH KEBANGSAAN DANAU PERDANA


JALAN DESA BAKTI 2, TAMAN DESA, 58100 KUALA LUMPUR
MINIT MESYUARAT GURU KALI KETIGA 2014


TARIKH : 30 JUN 2014 (ISNIN)

MASA : 1.40 PETANG 3.30 PETANG

TEMPAT : BILIK MESYUARAT UTAMA


HADIR:
1. SITI ZOLEHAH BINTI YUSOFF (GURU BESAR)
2. NORHAYATI BINTI ISMAIL (GPK TADBIR & KURIKULUM)
3. AMRAN BIN MAMAT (GPK HAL EHWAL MURID)
4. ISHAK BIN BIDIN (GPK KOKURIKULUM)
5. AHMAD NOOREZAQ BIN ISMAIL
6. AHMAD SHUKRI BIN MOHD NOORDIN
7. MOHAMAD FAIZ BIN AZIZAN
8. MOHD NORLIZAM BIN GAMPANG
9. MUHAMAD KHUSAIRI BIN KAMAL SUBKI
10. MUHAMMAD BIN HASSAN
11. SABARIMAN BIN OMAR
12. THANABALAN KANDASAMY
13. ZUL IZUDDIN BIN A RAHMAN
14. ZURAIDI BIN MOHAMAD
15. MARINE ANGILIN JOHN
16. ROHANI BINTI MUHAMAD
17. SIA YIK LING
18. SITI NORHAIDAH BINTI AB AZIZ
19. SUHAILA BINTI DAUD
20. SYAHIDAH BINTI AHMAD JAMALLUDDIN
21. ZAWANI BINTI ZAHARI
22. MOHD AFIQ SYIMIR BIN SAMSUDIN (SETIAUSAHA)
23. NAZURAH BINTI MOHD DARUS (NAIB SETIAUSAHA)

TIDAK HADIR SEBAB-SEBAB
1. ABDULLAH MUNSIF BIN WAN MUHAMMAD (TIDAK DINYATAKAN SEBAB)
2. ASNIZA BINTI MOHD SANI (CUTI BERSALIN)
3. SITI NORAZUANNA BINTI ABD GANI (CUTI SAKIT)



2

1. UCAPAN PENGERUSI
1.1 Guru Besar mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang hadir pada
mesyuarat guru kali ketiga ini.
1.2 Guru Besar mengambil kesempatan mengucapkan selamat menjalani ibadah
puasa kepada semua guru beragama Islam.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU
2.1 Dicadang untuk pengesahan oleh En Mohamad Faiz Bin Azizan. Tiada bantahan.
Minit diterima sebulat suara.

3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1 Guru waktu pertama hendaklah bersama murid masuk ke kelas. Bawa murid ke
kelas dari tapak perhimpunan.
Tindakan: Guru waktu pertama

3.2 Program Guru Penyayang perlu diteruskan. Guru-guru bertugas diminta mematuhi
jadual tugas yang disediakan.
Tindakan: Semua guru

3.3 Ketua dan ahli panitia perlu memastikan perancangan budaya membaca di
kalangan murid ditingkatkan. Bantu guru PSS untuk melicinkan pelaksanaannya
Tindakan: Semua guru / guru PSS

3.4 Guru kelas dikehendaki menyediakan sudut bacaan di dalam kelas masing-masing.
Tindakan: Guru kelas

3.5 Guru Besar mengingatkan guru penggubal agar menggubal soalan mengikut
Jadual Spesifikasi Ujian Taksonomi Bloom seperti berikut;
25 soalan aras rendah
50 soalan aras sederhana
25 soalan aras tinggi
Tindakan: Guru penggubal






3

3.6 Guru kelas perlu melengkapkan buku jadual kedatangan murid seperti maklumat
murid dan penjaga. Buku tersebut juga perlu dihantar ke pejabat setiap hari
sebelum pukul 9.00 pagi setelah kedatangan murid diambil. Buku kedatangan
murid tidak boleh disimpan di tempat lain kecuali di pejabat.
Kehilangan buku jadual kedatangan murid adalah tanggungjawab guru kelas.
Laporan polis mesti dibuat. Buku jadual kedatangan murid diaudit setiap tahun.
Tindakan: Guru kelas

4. FOKUS MESYUARAT / LAPORAN
Guru Besar
4.1 Penulisan Rancangan Pengajaran Harian hendaklah seragam bagi setiap panitia.
Tindakan: Semua guru

4.2 Setiap panitia perlu memastikan program panitia sentiasa berjalan. Pastikan Pelan
Operasi dan Taktikal yang dirancang dilaksanakan dan dokumentasi juga mesti
dibuat.
Tindakan: Semua guru

4.3 Guru perlu menjaga ketepatan masuk ke kelas dan memaksimakan PdP kerana ini
merupakan salah satu amalan MMI.
Tindakan: Semua guru

4.4 Guru perlu menjaga rekod kehadiran ke sekolah. Elakkan daripada mendapat kad
perakam masa berwarna hijau dan merah kerana ini menjejaskan rekod prestasi
guru dan Guru Besar mesti buat laporan ke Unit Tatatertib.
Tindakan: Semua guru

4.5 Guru Besar memaklumkan waktu pulang bagi guru-guru pada bulan Ramadan
adalah pada pukul 1.30 petang jika tiada sebarang mesyuarat atau program
selepas jam tersebut.
Tindakan: Makluman

4.6 Guru Besar juga mengingatkan guru agar sentiasa mencatat buku pergerakan guru
yang disediakan di dalam setiap bilik darjah apabila keluar berkursus, menghadiri
seminar atau bengkel. Jika meninggalkan sekolah pada waktu pejabat, guru
hendaklah mengisi borang yang terdapat di pejabat sekolah.
Tindakan: Semua guru



4

4.7 Guru-guru sekali lagi diingatkan bahawa kedatangan guru ke program yang
dianjurkan oleh pihak sekolah pada hari Sabtu adalah wajib. Sekiranya tidak hadir,
guru hendaklah mengemukakan sijil cuti sakit atau CRK.
Tindakan: Makluman

4.8 Guru Besar memaklumkan bahawa beliau akan membuat semakan Fail Induk
Kurikulum, Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum dalam bulan Ramadan ini. Guru-guru
harus memastikan fail-fail yang terlibat dikemaskini.
Tindakan: Makluman

4.9 Fail SPSK juga perlu dilengkapkan, dikemaskini dan akan dipantau dari semasa ke
semasa oleh pentadbir. Pemantauan SPSK oleh PPWBP akan dijalankan selepas
Hari Raya Aidilfitri. Tarikh khusus belum diketahui lagi.
Tindakan: Penyelaras SPSK

4.10 Latihan Dalam Perkhidmatan berkaitan Frog VLE akan diadakan dalam minggu
peperiksaan (14 Julai 18 Julai 2014). Frog VLE menjadi KPI setiap guru iaitu guru
mesti menjalankan Frog VLE dalam PdP.
Guru Besar meminta setiap panitia berkumpul seboleh-bolehnya setiap minggu
untuk membina laman pembelajaran matapelajaran masing-masing.
Tindakan: Setiausaha LDP

4.11 Guru yang belum menghantar SKT perlu segera berbuat demikian. Bagi guru-guru
yang telah hantar, sila berjumpa dengan Guru Besar untuk penilaian setengah
tahun dan pastikan aktiviti dan program yang perlu ditambah atau digugurkan.
Tindakan: Semua guru

4.12 Pencerapan guru dan semakan buku latihan murid akan bermula pada Julai hingga
Oktober. Jadual pencerapan akan dikeluarkan.
Tindakan: Makluman

4.13 Nazir akan memantau amalan MMI di kalangan guru sepanjang tahun. Di samping
itu, Guru Besar dan pentadbir juga sentiasa akan memantau MMI di sekolah.
Tindakan: Makluman

4.14 Guru-guru diingatkan sekali lagi agar jangan mengajar sambil duduk. Guru perlu
memantau murid membuat kerja dan latihan. Tiga per empat daripada waktu PdP
hendaklah mengajar dan satu per empat kerja bertulis.
Tindakan: Semua guru


5

4.15 Guru masa akhir perlu memastikan kelas berada dalam keadaan bersih dan
perabot seperti kerusi dan meja tersusun rapi.
Tindakan: Semua guru

4.16 Guru baharu perlu menghantar buku rekod pengajaran dua kali seminggu. Mereka
yang terlibat ialah En Mohamad Faiz, En Ahmad Noorezaq dan Cik Nazurah.
Tindakan: Guru baharu

GPK Tadbir & Kurikulum
4.17 Guru kelas dikehendaki menghantar senarai nama hari pelaporan kepada PK1
secepat mungkin.
Tindakan: Guru kelas

4.18 Mesyuarat panitia kali ketiga perlu dijalankan selepas mesyuarat JKS.
Tindakan: Ketua Panitia

4.19 Guru-guru perlu serius dalam mengisi markah murid ke dalam portal SAPS. PK1
memaklumkan ada segelintir guru yang begitu liat untuk berbuat demikian.
Tindakan: Semua guru

4.20 Guru-guru yang tidak hadir ke sekolah ditegah keras daripada membeli sijil cuti
sakit. Pihak JPW telah mempunyai senarai klinik-klinik yang menjual MC. Tindakan
tatatertib akan dikenakan kepada guru yang terlibat.
Tindakan: Makluman

4.21 Guru-guru diingatkan agar mengemaskini profil e-operasi masing-masing jika ada
sebarang perubahan data.
Tindakan: Semua guru

4.22 Guru yang mendapat kad perakam waktu merah melebihi sebulan perlu diambil
tindakan oleh Guru Besar.
Tindakan: Makluman






6

GPK Kokurikulum
4.23 PK Ko menyerahkan buku sumbangan dana Cergasthon kepada guru-guru.
Tindakan: Makluman

4.24 Setiap guru dikehendaki mencari dana dan sumbangan kewangan untuk program
Cergasthon. Sebanyak 24 buah buku dibekalkan untuk sekolah dan 9 buah untuk
PIBG. Kutipan minimum dana bagi setiap guru ditetapkan sebnayak RM20.00.
Tindakan: Semua guru

5. HAL-HAL LAIN
5.1 Guru Besar memaklumkan PBS hendaklah dijalankan seperti biasa cuma bezanya
guru tidak perlu lagi mengisi band murid secara atas talian. Sekarang PBS
menggunakan tahap penguasaan murid.
Tindakan: Makluman

5.2 Program PROTIM akan diperincikan di dalam mesyuarat JKS kelak.
Tindakan: Makluman

5.3 Blog sekolah perlu sentiasa dikemaskini agar setiap maklumat sampai kepada ibu
bapa dan penjaga.
Tindakan: Guru ICT

5.4 Guru yang ingin menjalankan tugas luar perlu mendapat kebenaran daripada JPN
terlebih dahulu.
Tindakan: Makluman

5.5 Semua guru tidak dibenarkan terlibat atau kelihatan dalam sebarang perhimpunan
haram. Tindakan tatatertib akan dikenakan.
Tindakan: Makluman

5.6 Semua guru diingatkan agar mengamalkan penjimatan utiliti seperti air dan elektrik.
Pastikan lampu dan kipas di semua bilik darjah dan bilik khas ditutup jika tidak
digunakan termasuklah pada waktu rehat pejabat.
Tindakan: Semua guru





7

PENUTUP
a. Ucapan penangguhan oleh Guru Besar.
b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.30 petang.



Disediakan oleh Disemak oleh






( Mohd Afiq Syimir Bin Samsudin )
Setiausaha Mesyuarat Guru 2014
SK Danau Perdana
Kuala Lumpur

Anda mungkin juga menyukai