Anda di halaman 1dari 7

Pendidikan dan pembangunan manusia

Pendidikan di Negara kita semakin dinamik , progresif dan membangunkan


sumber manusia untuk kemajuan pada hari ini.Pendidikan ialah proses yang
membolehkan seseorang individu memperoleh dan menggunakan ilmu
pengetahuan ,nilai-nilai murni , kemahiran dan kebolehan dalam menguruskan
sesuatu perkara.
Pendidikan amat penting pada zaman kanak-kanak kerana zaman ini mudah
membentuk , di bimbing, dan diasuh oleh ibu bapa dan penjaga.Selain itu ,
pendidikan awal amat penting kerana ia membentuk sahsiah dan yang akan
berkembang hingga ke akhir hayat nanti.Selain itu , pendidikan awal ini amat penting
kerana peringkat ini memudahkan kanak-kanak memperoleh ilmu pengetahuan dan
pengalaman tertentu.Proses ini hendaklah dilakukan sepanjang hayat ,terutamanya
dalam zaman persekolahan.
Kanak-kanak yang meninggalkan alam persekolahan akan terus berusaha
untuk menghadiri forum ,bengkel ,ceramah dan lain-lain.Dengan kata lain,
pendidikan merupakan seumur hidup dan dititikberatkan sebagaimana yang
dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara.Di samping itu , persekolahan
Melayu merupakan sebahagian daripada daripada system pendidikan kolonial yang
lebih besar termasuk dalamnya , serta Pendidikan Inggeris yang penting dan rapat
pula hubungannya dengan kegiatan penyebaran agama Kristian.
Dalam sistem pendidikan Negara , terdapat perkembangan dalam sistem
pendidikan Negara .Perkembangan sistem pendidikan Negara dapat dilihat semasa
wawasan 2020 telah menjadi hala tuju untuk sistem pendidikan Negara.Keadaan ini
dapat dilihat semasa pihak tertentu telah mewujudkan sebuah Negara yang bersatu
padu ,berdemokratik serta mengukuhkan dengan nilai-nilai
rohani,keagamaan ,liberal serta bersaintifik dan progresif ,inovatif serta
berpandangan jauh ke depan.
Tuntasnya, sistem pendidikan ini dapat dilihat melalui beberapa aspek ,iaitu,
dari segi :
(a) Individu - melahirkan warganegara yang mempunyai sikap yang
baik ,seimbang dan sepadu dari segi intelek ,rohani ,emosi dan jasmani.
(b) Sosial Melahirkan individu yang yang lebih memahami warisan ekologi dan
budaya ,nilai-nilai serta amalan sosial dan pelbagai desakan serta cabaran
masyarakat.
(c) Ekonomi- Sistem pendidikan di Negara ini bertujuan untuk menghasilkan
individu yang mahir serta cekap untuk membolehkannya menjadi seorang
pekerja yang produktif.
(d) Politik Sistem pendidikan juga membina dan mendidik murid tentang
kesetiaan dan kecintaan kepada Raja dan Negara .Selain itu, kesetiaan dan
kecintaan kepada Negara dapat dilihat melalui pilihan raya dan lain-lain.
(e) Perpaduan rakyat-Sistem pendidikan juga mewujudkan perpaduan dalam
lapisan masyarakat yang berbilang kaum.
(f) Pengurangan perbezaan- Kemudahan-kemudahan tersebut termasuklah
pemberian buku pinjaman makanan panas,wang untuk membeli pakaian
seragam dan kasut,biasiswa kecil dan biasiswa untuk pengajian di dalam dan
di luar negeri.
(g) Penekanan pendidikan Sains dan Matematik Sekolah-sekolah sains yang
berasrama penuh juga dibina untuk mempercepat proses meningkatkan
bilangan manusia yang akan mengikuti pengajian dalam jurusan sains dan
matematik.
(h) Pemeliharaan cara hidup demokrasi- Keadaan ini dapat dilihat semasa
perkara ini dapat melahirkan individu yang akan menjadi ahli masyarakat
yang bertanggungjawab ,yang akan berusaha bersama ke arah mewujudkan
masyarakat yang progresif dan saksama.



























Pembangunan Manusia
Pembangunan manusia dalam pendidikan Negara dapat dilihat semasa
manusia dalam konsep aliran intelektualistik , menyakini manusia untuk memiliki dua
unsur , iaitu , jasad dan ruh. Tetapi ruh dalam konsep ini ,diberikan pengertian
sebagai daya berfikir.Manakala , daya rasa yang berpusat di dada mempunyai
kaitan yang erat dengan hati nurani yang tidak ditonjolkan .Daya fikir dalam konsep
ini banyak bergantung kepada pancaidera yang sangat erat hubungannya dengan
hal-hal yang bersifat fizikal dan rohani dalam seseorang manusia,terutamanya
dalam pembangunan manusia.
Di samping itu , pembangunan manusia juga dapat dilihat semasa
perancangan pembangunan pendidikan pada masa kini bukan sahaja dibina sebagai
mewujudkan kesinambungan perancangan masa lalu ,tetapi juga menjadi asas
penyediaan masyarakat Malaysia bagi menjadikan Negara ini maju dan membangun
Keadaan ini dapat dilihat semasa guru-guru dan ibu bapa boleh menggunakan
teknik pelaziman yang mudah di dalam kesempatan-kesempatan yang mudah
ditemui supaya dapat mempengaruhi kanak-kanak muda untuk mencungkil bakat
mereka.
Selain itu , pembangunan manusia dalam pendidikan juga amat penting
untuk membina insan seseorang individu dan menanam ilmu pengetahuan
seseorang individu.Walaubagaimanapun , guru juga memainkan peranan yang
penting ,iaitu memberikan pendidikan secara formal dan bersistematik kepada
generasi-generasi muda di dalam masyarakat.
Oleh itu , peranan guru amat penting dalam pembangunan Negara dan
masyarakat.Keadaan ini dapat dilihat semasa pendidikan secara tidak formal itu
pentingnya kerana pendidikan formal yang disampaikan di sekolah merupakan
pendidikan yang bersistem ,maka masyarakat lebih menumpukan harapan kepada
pendidikan yang diberi oleh guru-guru di sekolah.
Seperkara lagi ,peranan guru amat penting kerana dapat menjadi penggerak
generasi yang akan datang kepada kemajuan dan disanjung tinggi oleh lapisan
masyarakat.Oleh hal yang demikian , peranan guru sepatutnya terhad kepada
usaha-usaha mempertinggikan taraf profesion perguruan dengan memberikan
perhatian kepada penyelesaian masalah-masalah tertentu
Tuntasnya , pendidikan dalam pembangunan manusia amat penting kerana
dapat membentuk individu menjadi ahli masyarakat yang baik dan berguna terutama
sekali lagi Negara sedang membangun dimana keperluan manusia sangat
diperlukan untuk pembangunan Negara dan pengkaji-pengkaji ini mendapati
pengukuhan pengukuhan sosial dan hadiah-hadiah tersebut mempertingkatkan
kualiti karangan secara keseluruhan yang ditulis oleh kanak-kanak tersebut.



Peta Minda Pendidikan dan Pembangunan Negara

PENDIDIKAN DAN
PEMBANGUNAN
MANUSIA
Mewujudkan nilai-nilai murni dalam kalangan
para pelajar
Menanam ilmu pengetahuan
Mencungkil daya pemikiran
manusia
Membina bangsa atau
insan Negara.
Pendidikan Melahirkan Generasi Baru
Refleksi
CLEMENT WONG KIING YIING
Saya berasa besar hati dan senang hati kerana dapat menyiapkan tugasan
pengantar pendidikan yang bertajuk Pendidikan dan pembangunan manusia serta
Globalisasi dan cabaran pendidikan pada tempoh yang ditetapkan.Selain itu, saya
juga berasa sedikit letih kerana terpaksa mengorbankan masa saya untuk
menyiapkan tugasan ini bersama-sama dengan kawan-kawan saya pada tempoh
yang telah ditetapkan oleh pensyarah saya .
Tambahan pula, saya dan kawan-kawan saya telah menyiapkan tugasan ini
dengan mencari maklumat dari internet , buku rujukan dan bahan-bahan lain yang
berkaitan dengan topik yang hendak saya laksanakan.
Di samping itu, saya juga sanggup meluangkan masa lapang saya untuk
mencari buku yang berkaitan dengan tugasan saya.Selain itu, kawan-kawan saya
juga sanggup membantu mencari maklumat dan menolong saya apabila
menghadapi sebarang dugaan seperti , meminjam Komputer dan buku rujukan
apabila saya menghadapi sebarang rintangan.
Oleh hal yang demikian, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
mereka kerana sudi menolong saya apabila menghadapi sebarang
kesusahan.Selain itu, tugasan ini juga membentuk dan membina sikap atau sahsiah
saya untuk menjadi guru yang berwawasan ,berkaliber dan berdedikasi serta
pentingnya pendidikan dalam kehidupan kita.
Oleh itu , saya juga mempelajari tentang pendidikan dan pembangunan
manusia dalam kehidupan saya ,seperti pendidikan dapat membekalkan ilmu
pengetahuan kepada kita dan membina insan seseorang.
Seperkara lagi,saya juga berasa susah hati dan gelisah kerana saya tidak
dapat melayari internet semasa melaksanakan tugasan ini.Oleh hal yang demikian,
saya terpaksa mencari tempat yang sesuai untuk melayari internet seperti
perpustakaan .Di samping itu , saya juga mencari buku rujukan sebagai panduan
untuk melaksanakan tugasan ini dengan sepenuhnya.
Tuntasnya, saya berasa gembira dan sekali lagi berterima kasih kepada
kawan saya kerana dapat melaksanakan tugasan pada masa yang ditetapkan dan
sempurna tanpa sebarang tanggungan untuk menyiapkan tugasan ini. Melalui
tugasan ini , saya juga berjaya mempelajari tentang kompetensi sosial dalam
kalangan masyarakat .Oleh hal yang demikian, saya juga berasa yakin dan
beriktibar kepada saya supaya sentiasa melaksanakan tugasan pada masa yang
ditetapkan dan yakin atau percaya kepada diri sendiri.


Rujukan
1.Dr.Gamal Abdul Nasir Zakaria (2003) .Prisip-prinsip pendidikan Islam .Percetakan
Gergas (M) Sdn.Bhd.
2. Atan Long (1984) .Pendidik dan pendidikan .Siri Pendidikan Fajar Bakti.
3.Awang Had Salleh (1980).Pendidikan ke arah Perpaduan Sebuah Perspektif
sejarah ..Fajar Bakti Sdn.Bhd.
4. Eh Ah Meng (1999).Pendidikan di Malaysia ,Falsafah Pendidikan Guru dan
Sekolah Edisi Kedua ,Shah Alam .Fajar Bakti Sdn.Bhd.
5.Mok Soon Sang (2004) ,Pengantar Pendidikan Teras .Kumpulan Budiman
Sdn.Bhd.
6.http://www.scribd.com/doc/2525380/pembangunan-manusia
7.http://id.wikipedia.org/wiki/Indeks_Pembangunan_Manusia

Anda mungkin juga menyukai