Anda di halaman 1dari 3

3.06.

1 Sumber
1. Sumber adalah sebarang punca atau bahan yang boleh diubah suai untuk memenuhi keperluan.
2. Jenis sumber terdiri daripada sumber semula jadi, sumber manusia, dan sumber budaya.
3. Sumber semula jadi terdiri daripada sumber mineral, hutan, air, tanih, dan tenaga suria.
4. Sumber semula jadi terbahagi kepada sumber yang boleh dibaharui dan sumber yang tidak boleh dibaharui.
5. Sumber yang boleh dibaharui dapat digunakan secara berterusan seperti hutan, air, tenaga suria, dan tanih.
6. Sumber yang tidak boleh diperbaharui adalah sumber semula jadi yang semakin berkurang dan akan kehabisan
apabila digunakan secara berterusan iaitu mineral seperti petroleum, gas asli, bijih timah, bauksit,
dan emas.


Rajah 3.06.1 Sumber yang boleh dibaharui dan sumber yang tidak boleh dibaharui

7. Jenis sumber-sumber ini tidak boleh diganti dengan yang baru.


3.06.2 Jenis-jenis Sumber Utama
1. Sumber utama di Malaysia terbahagi kepada sumber mineral, sumber hutan, sumber air, sumber tanih, dan sumber
tenaga suria.
Sumber Mineral
1. Mineral adalah bahan galian yang dikeluarkan dari kerak bumi yang telah wujud di situ berjuta-juta tahun lalu.
2. Mineral adalah sumber yang tidak boleh dibaharui kerana setelah kehabisan, sumber ini tidak boleh diperoleh lagi.
3. Contohnya, jika simpanan gas atau petroleum habis, sumbersumber ini tidak boleh diganti dan terpaksa mencari
sumber tenaga alternatif.


Sumber Mineral Kegunaan
Petroleum dijadikan bahan bakar
Gas asli dijadikan bahan bakar
Kaolin digunakan sebagai bahan membuat pasu
Pasir dan silika digunakan sebagai bahan membuat kaca
Bauksit digunakan sebagai bahan asas untuk industri aluminium dan
tin minuman
Emas dijadikan barang perhiasan
Granit dan batu kapur digunakan sebagai bahan binaan
Bijih timah digunakan dalam industri saduran untuk membungkus dan
mengetin makanan; membuat barang piuter
Arang batu dijadikan bahan bakar
Kuprum digunakan sebagai bahan asas untuk membuat tembaga
Berlian, zamrud, dan
delima
dijadikan perhiasan berharga
J adual 3.06.1 Sumber-sumber yang berguna kepada manusia Sumber Hutan

Sumber Hutan
1. Hutan Malaysia kaya dengan tumbuhtumbuhan dan hidupan liar.
2. Hutan adalah sejenis sumber yang boleh dibaharui.
3. Sumber hutan boleh dibaharui supaya tidak pupus dengan:
a. menanam semula pokok;
b. membiakkan hidupan liar.
4. Hutan Malaysia terdiri daripada hutan hujan tropika, hutan paya, hutan pantai, dan hutan gunung.
5. Hutan hujan tropika atau hutan khatulistiwa merupakan hutan yang paling luas di Malaysia, iaitu berkeluasan kira-
kira 19 juta hektar.
6. Hasil hutan negara Malaysia mempunyai banyak kegunaan:
a. kayu keras digunakan untuk membuat bangunan dan barangan pengguna;
b. kayu bakau digunakan sebagai kayu api (arang kayu), bahan binaan, dan dalam industri menyamak kulit
binatang;
c. rotan digunakan untuk membuat perabot;
d. kayu pokok ramin digunakan untuk membuat bingkai gambar.
Sumber Air
1. Air adalah sumber yang boleh dibaharui dan terdapat banyak air di permukaan dan di dalam bumi.
2. Sumber air kekal adalah dari sungai, paya, dan tasik.
3. Paya merupakan sumber air tawar.
4. Air sungai penting untuk kegunaan harian dan mengairi tanaman.
5. Contohnya, Sungai Muda mengairi kawasan penanaman padi di Dataran Kedah-Perlis.
6. Empangan yang dibina untuk menjana tenaga hidroelektrik membentuk tasik.
7. Contohnya, Tasik Temengor di Sungai Perak dan Tasik Kenyir di Sungai Terengganu.
8. Empangan-empangan ini menyediakan bekalan air dan juga membantu mengawal banjir.
9. Kawasan perairan ini menjadi sumber protein seperti ikan air tawar.
Sumber Tanih
1. Tanih adalah lapisan atas permukaan bumi yang terbentuk daripada bahan organan dan bahan bukan organan.
2. Bahan organan terbentuk daripada tumbuhan yang reput dan sisa haiwan yang mati.
3. Bahan bukan organan terbentuk daripada batuan yang hancur dan terurai melalui proses luluhawa.
4. Bahan-bahan ini membentuk nutrien tanih dalam bentuk humus dan garam mineral dan menentukan kesuburan
tanih dan kesesuaiannya untuk tumbuhan dan tanaman.
5. Sumber ini boleh dibaharui dan wujud dalam kuantiti yang banyak.
6. Penggunaannya tidak akan menyebabkan sumber ini kehabisan kerana:
a. tanih yang tercemar dapat dirawat dan digunakan semula;
b. tanih yang hilang kesuburan dapat dipulih semula dengan menggunakan baja dan masa untuk rehat
(dirang).
7. Sumber tanih menjadi bahan mentah dan digunakan dalam kegiatan pertanian.
8. Kaolin menjadi bahan asas untuk membuat porselin (tembikar).
9. Tanih liat digunakan sebagai bahan asas untuk membuat batu-bata.
10. Tanih aluvium sesuai untuk penanaman padi sawah.
11. Tanih laterit sesuai untuk menanam getah dan kelapa sawit.
12. Kelapa sesuai tumbuh di tanih berpasir dan tanih gambut sesuai untuk penanaman nanas.
Sumber Tenaga Suria
1. Tenaga suria atau tenaga solar diperoleh daripada sinaran cahaya matahari.
2. Tenaga suria digunakan untuk menghasilkan tenaga haba dan dapat ditukar menjadi tenaga elektrik.
3. Tenaga suria adalah jenis tenaga yang boleh dibaharui dan boleh dijadikan sumber tenaga alternatif (gantian) di
Malaysia.
4. Jumlah tenaga suria yang sampai ke bumi sangat banyak dan dapat digunakan sepanjang masa secara percuma.
5. Tenaga suria membekalkan cahaya dan haba kepada semua hidupan dan alam sekitar di bumi.
6. Tenaga ini tidak akan kehabisan walau sebanyak mana pun manusia menggunakannya.
7. Malaysia berpotensi dalam penjanaan tenaga suria kerana:
a. terletak berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa;
b. menerima pancaran matahari kira-kira enam jam sehari.
8. Di Malaysia, tenaga suria masih terhad dan hanya digunakan untuk tujuan:
a. memanaskan air dengan alat pemanas air di rumah;
b. membekalkan tenaga kepada alat perhubungan telefon awam seperti di Pulau Aman di Pulau Pinang, dan
kawasan pedalaman di Sarawak;
c. membekalkan tenaga untuk meter meletak kenderaan;
d. membekalkan tenaga untuk mesin kira;
e. mengasapkan kepingan-kepingan getah seperti di Kuala Sungai Malau Dalam di Selama, Perak;
f. digunakan untuk alat kawalan lalu lintas dan kamera perangkap laju terutamanya di Lembah Klang.
9. Projek penjanaan tenaga suria terdapat di:
a. Teluk Apan di Pulau Langkawi;
b. Kampung Hulu Tembeling di Pahang;
c. Taman Negara Mulu, Sarawak;
d. Kampung Denai, Rompin, Pahang.

Anda mungkin juga menyukai