Anda di halaman 1dari 3

3.09.

1 Pengenalan
1. Penerokaan sumber telah membawa kesan terhadap alam sekitar seperti perubahan pandang
darat, kepupusan,peningkatan suhu, kesan hakisan, kesan banjir, dan kesan pencemaran.


3.09.2 Perubahan Pandang Darat
1. Penerokaan sumber telah membawa perubahan pandang darat.
2. Contohnya, kegiatan perlombongan bijih timah, bijih besi, kuprum, dan bauksit menyebabkan perubahan landskap
sesuatu kawasan daripada bentuk asal kepada bentuk baru.
3. Di kawasan bekas lombong bijih timah, kelihatan banyak kolam dan tasik besar bekas lombong dan ditumbuhi semak
samun.
4. Landskap baru ini terdapat di sekitar Lembah Klang dan Kuala Langat di Selangor serta Lembah Kinta di Perak.
5. Penerokaan petroleum di luar pantai pekan Kertih telah mengubah petempatan nelayan ini menjadi sebuah
bandar.
6. Penubuhan industri memproses petroleum dan gas asli di Kertih telah membuka banyak peluang pekerjaan dan telah
menggalakkan migrasi pekerja mahir dan tidak mahir ke situ.
7. Bagi memenuhi keperluan penduduk yang semakin bertambah di Kertih, pelbagai kemudahan infrastruktur
disediakan seperti petempatan, perniagaan, lebuh raya, dan lapangan terbang.
8. Kini, landskap Kertih telah berubah menjadi sebuah bandar baru.
9. Penebangan hutan untuk tujuan pembukaan tanah pertanian untuk rancangan FELDA juga telah mengubah landskap
sesuatu kawasan.
10. Pembinaan empangan menyebabkan kawasan hutan yang luas ditenggelami air.
11. Contohnya, Tasik Kenyir di Terengganu, Tasik Chenderoh dan Empangan Temengor di Perak.


3.09.3 Kepupusan
1. Hutan ditebang untuk tujuan pembalakan, pertanian, pembukaan petempatan serta bandar
baru dan perindustrian.
2. Penebangan hutan yang berlebihan dan tidak terkawal menyebabkan:
a. kemusnahan ekosistem;
b. pokok-pokok hutan yang berharga diancam kepupusan seperti cengal, resak, berlian, dan damar minyak,
pelbagai orkid hutan, dan periuk kera;
c. hidupan liar menghadapi ancaman kepupusan seperti seladang, rusa, dan kijang.


3.09.4 Peningkatan Suhu
1. Penebangan hutan secara berleluasa (besar-besaran) dan tanpa kawalan akan meningkatkan suhu udara.
2. Suhu di kawasan tersebut akan meningkat kerana tidak ada liputan tumbuh-tumbuhan.
3. Permukaan bumi yang terus menerima pancaran matahari akan menjadi panas.
4. Udara berhampiran permukaan bumi akan dipanaskan dan suhu akan meningkat dan mengurangkan kelembapan
udara kawasan tersebut.
5. Kurang tumbuh-tumbuhan hijau menjalankan proses transpirasi akan menyebabkan udara persekitaran menjadi
kering.
6. Contohnya, penebangan hutan di Tanah Tinggi Cameron telah menyebabkan suhu sekitarnya meningkat sebanyak
1.5C dari tahun 1974 hingga tahun 2004.
7. Suhu di pekan-pekan utamanya seperti Tanah Rata, Brinchang, Ringlet, dan Kampung Raja telah mengalami
peningkatan sebanyak 4C.


3.09.5 Kesan Hakisan
1. Apabila hutan ditebang, kawasan bercerun, khususnya akan terdedah kepada proses hakisan.
2. Apabila hutan ditebang, permukaan bumi menjadi gondol kerana tidak diliputi tumbuhan.
3. Tidak terdapat akar pokok untuk mencengkam tanih dan menyebabkan tanih menjadi longgar.
4. Apabila hujan lebat, air larian permukaan akan menghakis permukaan bumi yang longgar khususnya di cerun bukit.
5. Air larian dengan arus yang kuat akan menurun cerun tanpa halangan dan menyebabkan kemusnahan kawasan
persekitarannya.
6. Contohnya, kegiatan penebangan hutan yang tidak diuruskan dengan baik telah menyebabkan kejadian banjir
lumpur seperti di Pos Dipang, Ipoh.


3.09.6 Kesan Banjir
1. Pembalakan yang tidak terkawal menyebabkan permukaan bumi menjadi gondol.
2. Titisan air hujan akan menghentam dan memecahkan lapisan atas tanih tanpa halangan.
3. Hakisan tanih akan berlaku dan bahan terhakis ini akan diangkut oleh air larian permukaan ke sungai yang
berhampiran.
4. Pemendapan bahan terhakis akan mencetekkan dasar sungai.
5. Sekiranya, sungai tidak dapat menampung air yang banyak semasa hujan lebat, air akan melimpahi tebing dan
menyebabkan banjir di kawasan rendah.
6. Contohnya di Sungai Pahang dan Sungai Kelantan.
7. Kejadian banjir dapat menyebabkan kehilangan harta benda dan nyawa.


3.09.7 Kesan Pencemaran
1. Hujan lebat akan menghakis tanih yang terdedah selepas penebangan hutan dan mengalirkannya ke sungai
berhampiran.
2. Tanih yang terhakis ini menyebabkan pencemaran sungai dan air sungai menjadi kotor, berkeladak, dan keruh.
3. Hal ini menyebabkan air sungai kurang sesuai untuk kegunaan harian seperti minuman dan membasuh.
4. Kegiatan perlombongan bijih timah, emas, dan bauksit menggunakan banyak air.
5. Air buangan dari lombong yang mengandungi sisa lombong dialirkan ke sungai dan mencemarkan sungai.
6. Pencemaran udara juga berlaku akibat perlombongan:
a. kuprum di Mamut, Sabah;
b. batu seperti memecah batu granit untuk membuat jalan dan memecah batu kapur untuk membuat simen
seperti di pinggir Ipoh.
7. Pembakaran sisa gas di loji pemprosesan juga menyebabkan pencemaran udara.
8. Pencemaran air berlaku akibat perlombongan petroleum dan gas asli di luar pantai negara kita.
9. Kejadian tumpahan minyak dari kapal tangki juga mencemarkan air laut.
10. Contohnya, kejadian tumpahan minyak kapal Showa Maru di Kepulauan Riau pada tahun 1975.
11. Kejadian ini mengancamkan dan memusnahkan ekosistem laut.

Anda mungkin juga menyukai