Anda di halaman 1dari 8

Bongkar Rahsia Hati Wanita

1 Hak Cipta Terpelihara SnBRed.com. Dilarang mencetak, menjual dan mengedarkannya tanpa
izin penerbit yang sah.

Bongkar Rahsia
Hati Wanita!
~Tips Membaca Hati Wanira
Khas Buat Si Adam~


Bongkar Rahsia Hati Wanita

2 Hak Cipta Terpelihara SnBRed.com. Dilarang mencetak, menjual dan mengedarkannya tanpa
izin penerbit yang sah.

Apa yang Menyebabkan Perempuan
Tertarik pada Seorang Lelaki?

Kadangkala, lelaki selalu menyumpah keadaan di sebabkan mereka tidak memiliki
teman wanita. Ini berlaku di sebabkan lelaki itu terlalu tidak yakin dengan diri
mereka sendiri. Ada juga situasi di mana si lelaki ini sangat kacak tetapi tidak ada
seorang wanita pun yang terpikat padanya. Ada juga situasi di mana lelaki ini
telah berusaha bermacam-macam cara untuk mencari jodoh, namun usaha dia
tidak berhasil.

Namun, semua masalah yang anda hadapi untuk mencari teman hidup boleh di
selesaikan jika anda mula mengubah diri anda sendiri. Untuk mengelakkan diri
anda dari pening lagi dengan nasib hidup anda, artikel ini akan senaraikan lima
sifat yang perlu ada pada seorang lelaki untuk menarik perhatian wanita.

Pandai berhumor atau berlawak

Wanita sangat suka lelaki yang boleh membuatkan mereka ketawa pada setiap
masa. Pandai berhumor tidak bermakna anda boleh buat lawak dengan
mengutuk orang lain atau lawak bodoh. Sifat humor ini boleh datang dari hati
anda sendiri. Untuk menjadikan diri anda seorang yang pandai berhumor, anda
perlu pandai menggembirakan hati anda sendiri dahulu. Jika anda gembira, sifat
humor akan datang sendiri dalam jiwa anda.
Bongkar Rahsia Hati Wanita

3 Hak Cipta Terpelihara SnBRed.com. Dilarang mencetak, menjual dan mengedarkannya tanpa
izin penerbit yang sah.

Seorang yang memahami

Wanita sangat suka pada lelaki yang pandai memahami jiwa mereka. Anda perlu
faham apa yang seorang wanita mahukan. Jika mereka sedih, anda perlu pandai
memujuk mereka. Jika mereka gembira, anda perlu pandai untuk mengekalkan
kegembiraan mereka. Sifat memahami memerlukan anda sentiasa menjadi
pendengar yang setia. Jangan berpura-pura dengan wanita kerana mereka tahu
jika anda berpura-pura.



Kejujuran

Lelaki yang tidak jujur akan di tolak dari hati setiap wanita. Wanita adalah
golongan yang lemah. Jika mereka di tipu, mereka tidak mungkin akan menerima
anda lagi. Wanita mahukan lelaki yang jujur. Jadilah seorang yang jujur dengan
diri sendiri. Namun, anda janganlah terlalu jujur sehinggakan pekung anda
sendiri terbuka. Anda perlu bijak.
Bongkar Rahsia Hati Wanita

4 Hak Cipta Terpelihara SnBRed.com. Dilarang mencetak, menjual dan mengedarkannya tanpa
izin penerbit yang sah.


Bermaruah

Seorang lelaki yang mempunyai maruah akan di sukai oleh ramai wanita. Maruah
ini bermakna tidak mudah untuk mengaku kalah dan tidak mudah tunduk pada
keadaaan. Wanita merasakan cinta mereka berbaloi untuk di serahkan pada
seorang lelaki yang mempunyai maruah yang tinggi seperti mempertahankan
prinsip hidup mereka. Perempuan tidak suka akan lelaki yang pengecut seperti
penerima rasuah dan seumpama dengannya.


Mempunyai sikap hormat menghormati

Seorang wanita akan mula suka pada anda jika anda hormat dia sebagai wanita.
Wanita rasa sangat di sayangi jika anda pandai menghormati kehendak mereka.
Mereka juga akan percaya pada anda.


Mengamalkan kelima lima sikap ini tidak semestinya membolehkan anda untuk
memikat wanita dalam satu hari. Kelima-lima sikap ini boleh menambahkan lagi
peluang anda untuk mempunyai pasangan hidup.



Bongkar Rahsia Hati Wanita

5 Hak Cipta Terpelihara SnBRed.com. Dilarang mencetak, menjual dan mengedarkannya tanpa
izin penerbit yang sah.


Apa yang perempuan Mahukan
dari seorang lelaki?

Jika anda mahu memikat seorang wanita, anda perlu tahu apa yang dia mahu
dari anda sebagai seorang lelaki. Wanita adalah makhluk yang penuh dengan
misteri. Kita tidak dapat jangkakan apa yang mereka mampu lakukan. Begitu juga
dengan perasaan seorang wanita, kita tidak tahu sama ada dia suka pada kita
atau tidak, semuanya kekal misteri.

Di sebabkan sikap wanita yang misteri, si lelaki selalu tidak tahu bagaimana
hendak melayan kehendak wanita. Untuk itu, artikel ini menggariskan beberapa
perkara yang semua wanita mahu dari seorang lelaki. Anda boleh gunakan ia
untuk memikat wanita.

Satu : Sentiasa menjadi pendengar yang setia

Wanita suka bercakap dan mengekspresikan apa yang dia rasa melalui
perkataan. Mereka juga adalah golongan yang penuh dengan sikap lemah lembut
manakala lelaki agak kasar dari segi fizikal. Mereka suka jika anda sebagai lelaki
sanggup menjadi pendengar setia pada setiap perkara yang dia cerita.
Bongkar Rahsia Hati Wanita

6 Hak Cipta Terpelihara SnBRed.com. Dilarang mencetak, menjual dan mengedarkannya tanpa
izin penerbit yang sah.

Bagaimana hendak menjadi pendengar yang setia ?

Jangan sesekali menyampuk apa yang hendak di ceritakan oleh dia. Anda dengar
sahaja dengan berlapang dada. Jika cerita tersebut sedih, tunjukkan sifat simpati.
Jika cerita tersebut cerita gembira, berilah sokongan padanya.

Dua : Mahukan seorang lelaki yang boleh memimpin

Wanita mahukan lelaki yang boleh memimpin mereka untuk berjaya dalam hidup.
Jika anda bersikap seperti seorang lelaki, sudah pasti anda akan berjaya menarik
ramai peminat wanita. Mereka tidak mahu membuat hubungan dengan seorang
lelaki yang tidak mempunyai sifat- sifat seorang lelaki. Seperi lelaki, mereka
mahukan wanita yang lemah lembut, begiu juga seorang perempuan yang
mahukan seorang lelaki yang lelaki.



Bongkar Rahsia Hati Wanita

7 Hak Cipta Terpelihara SnBRed.com. Dilarang mencetak, menjual dan mengedarkannya tanpa
izin penerbit yang sah.

Ketiga : Memiliki daya tahan yang tinggi

Seorang wanita suka menguji kekentalan seorang lelaki dari segi daya tahan.
Mereka akan membiarkan anda tertanya-tanya mengenai perasaan mereka. Jadi,
anda perlu mempunyai daya tahan yang tinggi untuk terus memikat si dia.
Wanita mahukan lelaki berusaha untuk mendapatkannya dengan sesungguh hati.

Tunjukkan pada dia bahawa anda benar-benar mahukan dia, insyaAllah dia akan
mula menerima anda di hatinya. Bagi mereka jika anda berusaha, anda akan
menjaga mereka dengan baik pada kemudian hari.


Bongkar Rahsia Hati Wanita

8 Hak Cipta Terpelihara SnBRed.com. Dilarang mencetak, menjual dan mengedarkannya tanpa
izin penerbit yang sah.


Hakcipta Terpelihara SnBRed.com:
Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian rencana, illustrasi dan isi
kandungan ini dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara pun sama ada
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin
daripada penerbit (SnBRed.com).

Pengarang serta penerbitnya dengan ini secara khususnya tidak
bertanggungjawab atas apa-apa risiko kehilangan, liabiliti, sama ada secara
peribadi atau tidak, yang berlaku akibat penggunaan dan aplikasi kandungan
naskhah ini, secara langsung atau tidak langsung. Teknik yang disebut di dalam
naskhah ini mungkin tidak sesuai untuk setiap individu dan tidak dijamin dapat
menghasilkan kesan tertentu kepada semua pihak. Tidak ada jaminan yang
dibuat. Pembaca bertanggungjawab diatas segala penggunaan maklumat yang
disenaraikan didalam ebook ini. Penulis berhak untuk membuat sebarang
perubahan tanpa notis.

Segala screenshot atau gambar-gambar diambil daripada laman web yang
tertentu. Penulis adalah bukan pemilik laman web tersebut. Ia adalah merupakan
hak cipta pemilik gambar tersebut.

Hanya pengedar yang sah boleh menyebarkan ebook ini.

Anda mungkin juga menyukai