Anda di halaman 1dari 3

1

Peranan TMK dalam KSSR Tahap I - Okt .2010


SOALAN-SOALAN LAZIM MENGENAI PERANAN TMK DALAM KSSR TAHAP I


1. Apa yang dimaksudkan dengan TMK?
Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah teknologi yang digunakan
khasnya dalam penggunaan komputer, peralatan komunikasi dan perisian aplikasi
untuk memperoleh, memproses, menyimpan, menghantar, mendapatkan semula,
menukar dan melindungi maklumat di mana saja dan bila-bila masa.

2. Apakah matlamat Standard TMK dalam KSSR Tahap I
Matlamat Standard Kurikulum TMK adalah untuk menyediakan penanda aras
pencapaian murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Ini adalah bagi memastikan murid
menguasai pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang perlu dipelajari,
menggalakkan kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik dari
peringkat awal umur kanak-kanak yang akan kekal sepanjang hayat.

3. Apakah Objektif TMK dalam KSSR Tahap I
Pada akhir persekolahan di sekolah rendah, murid akan dapat :

i. Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika.
ii. Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian.
iii. Menggunakan TMK untuk mencari, mengumpul, memproses dan
menggunakan maklumat.
iv. Menggunakan TMK untuk mendapatkan dan berkongsi maklumat.
v. Menggunakan TMK untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
vi. Menggunakan TMK untuk meningkatkan produktiviti dan pembelajaran.
vii. Menggunakan TMK untuk melahirkan idea dan maklumat secara kreatif dan
inovatif.

4. Apakah peranan TMK dalam KSSR Tahap I
Terdapat dua peranan pelaksanaan TMK dalam KSSR iaitu pertama, adalah
sebagai pengupayaan dalam pengajaran dan pembelajaran merentas semua mata
pelajaran. Kedua, murid belajar mengenai TMK untuk membolehkan mereka
menguasai kemahiran asas TMK bagi mengendalikan perkakasan dan perisian
semasa pembelajaran.

5. Apakah pendekatan TMK dalam KSSR

Belajar MENGENAI TMK
Belajar mengenai TMK memerlukan murid menguasai ilmu pengetahuan dan
kemahiran yang diperlukan dalam mengendalikan perkakasan dan perisian TMK.
Murid akan belajar secara hands-on mengendalikan perkakasan seperti
mengoperasi sistem komputer, mesin cetak, pengimbas, kamera dan video
digital serta projektor LCD. Murid juga akan belajar secara hands-on dalam
penggunaan perisian aplikasi seperti perisian pemprosesan perkataan,
hamparan elektronik, persembahan, pangkalan data, grafik dan pengaturcaraan.
2
Peranan TMK dalam KSSR Tahap I - Okt .2010

Belajar DENGAN TMK
Belajar dengan TMK bermaksud murid menggunakan TMK sebagai alat untuk
belajar. Dengan menggunakan TMK, pengajaran dan pembelajaran akan lebih
berkesan, menarik dan seronok. Penggunaan TMK sebagai alat dalam
pembelajaran akan dapat menjadikan murid kreatif dan inovatif.

Belajar MELALUI TMK
Belajar melalui TMK adalah penggunaan TMK untuk mengakses maklumat dan
ilmu pengetahuan menggunakan media TMK seperti CD-ROM, DVD-ROM,
Internet dan perisian khusus. Sumber pengajaran dan pembelajaran dari dalam
dan luar negara boleh dimuat turun bagi tujuan mengajar dan belajar.


6. Apakah strategi TMK dalam KSSR

Terdapat dua (2) strategi TMK dalam KSSR iaitu:

Strategi 1

Strategi 1 ini dilaksanakan dalam semua tunjang dari Tahun 1 hingga Tahun 6.
Pengintegrasian TMK merentas kurikulum membolehkan pengajaran dan
pembelajaran dijalankan menggunakan perkakasan dan perisian TMK bersesuaian
dengan topik yang hendak diajar oleh guru. Murid boleh mengguna dan
memanipulasi sumber TMK untuk menyokong pengetahuan atau tugasan mereka.
Melalui penggunaan TMK, murid boleh mengukuhkan konsep dan kemahiran yang
telah mereka kuasai dalam suasana yang menyeronokkan.

Strategi 2

Strategi 2 ini dilaksanakan dalam Modul Teras Tema Dunia Sains dan Teknologi di
Tahap I dan sebagai mata pelajaran di Tahap II. Murid belajar mengenai TMK
sebagai satu mata pelajaran yang menjurus kepada menguasai pengetahuan dan
kemahiran TMK bagi mengendalikan perkakasan dan perisian TMK. Dalam strategi
ini, murid diberi pengalaman hands-on untuk mengendalikan perkakasan seperti
mengoperasi sistem komputer, pencetak, pengimbas, kamera dan kamera video
digital serta projektor LCD. Mereka juga belajar menggunakan perisian aplikasi
seperti perisian pemprosesan perkataan, hamparan elektronik, persembahan,
pangkalan data, grafik dan pengaturcaraan.

3
Peranan TMK dalam KSSR Tahap I - Okt .2010

7. Apa itu Dunia Sains dan Teknologi?

Dunia Sains dan Teknologi (DST) merupakan gabungan 3 elemen iaitu Sains, TMK
dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT). Guru yang mengajar tema Dunia Sains
dan Teknologi ini akan menggunakan Dokumen Standard Sains dan Dokumen
Standard TMK. Bagi RBT, tidak ada Dokumen Standard disediakan. Elemen RBT
telah dimasukkan dalam Standard Sains. Guru Sains akan mengajar DST. DST ini
diajar di Tahap I sahaja (Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3)

8. Berapakah jumlah waktu pengajaran Dunia Sains dan Teknologi?

Peruntukan waktu bagi melaksanakan tema Dunia Sains dan Teknologi adalah
sebanyak 60 waktu setahun. Bagi elemen TMK, dicadangkan sebanyak 12 waktu
setahun walaubagaimana pun sekiranya waktu tidak mencukupi, guru boleh
menerapkan kemahiran TMK ini dalam elemen Sains dan RBT.

9. Adakan buku teks disediakan bagi DST?
Ya, buku teks dan buku aktiviti disediakan oleh BBT.


10. Bagaimana hendak melaksanakan TMK dalam DST, adakah guru perlu
mengajar TMK 12 waktu dulu baru mengajar DST?

Untuk elemen TMK tidak ada turutan dalam Dunia Sains dan Teknologi (DST).
Guru perlu merancang waktu pengajaran dalam melaksanakan DST. Adalah
disarankan guru mengajar TMK sebelum penggunaan perisian yang perlu
digunakan oleh murid dalam pengajaran dan pembelajaran Sains. Sebagai contoh,
jika modul pembelajaran Sains memerlukan murid mencari gambar dalam Internet,
maka guru perlu mengajar cara menggunakan enjin carian (search engine) terlebih
dahulu.

Anda mungkin juga menyukai