Anda di halaman 1dari 8

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 1

PANDUAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MURID


PENDIDIKAN ISLAM
TAHUN 2

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 2
MATLAMAT KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM
Matlamat Pendidikan Islam sekolah rendah adalah untuk melahirkan Muslim yang berilmu, beriman, berketrampilan
beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang
bertakwa serta menyumbang ke arah mempertingkatkan tamadun bangsa dan negara serta berjaya di dunia dan di
akhirat.
OBJEKTIF KURIKULUM PENDIDIKAN ISLAM
Murid yang mengikuti proses pembelajaran dan pengajaran melalui kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)
Pendidikan Islam berkebolehan:
i. Membaca surah-surah terpilih daripada al-Quran dengan betul, dan bertajwid serta mengamalkan pembacaannya
dalam kehidupan seharian;
ii. Menghafaz surah-surah terpilih daripada al-Quran untuk bacaan dalam solat dan ibadat harian;
iii. Memahami maksud beberapa surah terpilih untuk diamalkan dan dihayati pengajarannya;
iv. Membaca dan memahami hadis-hadis terpilih untuk diamalkan dan dihayati pengajarannya;
v. Memahami dan meyakini asas-asas akidah sebagai pegangan dan benteng dalam kehidupan beragama;
vi. Memahami dan mengamalkan asas-asas ibadat sebagai memenuhi tuntutan fardu ain dan fardu kifayah;
vii. Memahami dan mengambil iktibar daripada sirah Rasulullah SAW bagi menanam rasa kecintaan kepada baginda.
viii. Memahami, mengamalkan dan menghayati nilai-nilai akhlak dalam kehidupan seharian; dan
ix. Membaca dan menulis jawi serta mencintainya sebagai warisan budaya bangsa.




PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 3


BAND PERNYATAAN STANDARD
1
Mengetahui asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah
tertentu, hadis pilihan, mengetahui asas akidah, ibadah, adab, sirah Rasululllah SAW dan asas jawi.
2
Memahami asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah
tertentu, hadis pilihan, asas akidah, ibadah, adab, sirah Rasululllah SAW, dan asas jawi.

3
Mempamerkan kebolehan asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami
surah-surah tertentu, hadis pilihan, asas akidah, melakukan asas ibadah dan adab, memahami sirah
Rasululllah SAW serta boleh membaca dan menulis asas jawi.

4
Mempamerkan kemahiran asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami
surah-surah tertentu, hadis pilihan, menghayati asas akidah, melaksanakan ibadah, adab tertentu,
menghayati sirah Rasululllah SAW serta mampu membaca dan menulis jawi.

5
Mengaplikasikan kemahiran asas membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami
surah-surah tertentu dengan betul, menghayati hadis pilihan dan asas akidah, mengaplikasikan
ibadah dan adab tertentu dalam kehidupan, menghayati sirah Rasululllah SAW serta mampu
membaca dan menulis jawi dengan baik.

6
Mahir membaca al-Quran secara bertajwid, menghafaz dan memahami surah-surah tertentu dengan
sempurna, menghayati hadis pilihan dan akidah, mengamalkan ibadah dan adab dalam kehidupan
harian, menghayati sirah Rasululllah SAW serta mahir membaca dan menulis jawi.



PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 4

BIDANG / TAJUK


BAND

DESKRIPTOR

MODUL AL- QURAN

Membaca dan menghafaz
surah al-Kafirun, surah al-
Kauthar, surah al-Maun an
dan surah Quraisy.
1
Menyebut kalimah dan membaca potongan ayat satu daripada surah-surah tertentu
dengan bimbingan.
2 Membaca ayat-ayat satu daripada surah-surah tertentu dengan bantuan.
3 Menghafaz dengan betul satu daripada surah-surah tertentu.
4 Menghafaz dengan bertajwid satu daripada surah-surah tertentu.
AKIDAH
Menghayati Konsep
Beriman: Kepada :
Malaikat
Rasul dan Nabi
Memahami :
Sifat-sifat Allah
Wujud
Qidam
Nama-nama Allah
Al-Rahman
Al-Rahim
Al-Afu
Al-Ghafur
Al-Karim

1
Mengetahui pengertian dan hukum beriman kepada Malaikat dengan bimbingan.
Mengetahui pengertian dan hukum beriman kepada Rasul dan Nabi dengan bimbingan.
Mengetahui pengertian sifat-sifat Allah SWT dan hukum beriman kepada-Nya dengan
bimbingan.
Mengetahui nama-nama Allah SWT serta pengertiannya dengan bimbingan.

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 5


BIDANG / TAJUK


BAND

DESKRIPTOR

2
Menyenaraikan 10 nama malaikat dengan betul.
Menyenaraikan tugas-tugas Rasul dengan betul.
Menyatakan bukti-bukti kewujudan Allah SWT dengan betul.
Menyatakan kesan beriman kepada sifat Qidam Allah SWT dengan betul.
Menyatakan tanda-tanda sifat al-Rahman dan al-Rahim Allah SWT terhadap hamba-Nya
dengan betul.
3

Menyatakan perbezaan antara sifat Malaikat dan sifat Manusia dengan betul.


Menyatakan sifat-sifat wajib, mustahil dan harus bagi Rasul dengan betul.


Menyatakan dengan betul bagaimana :
al-Rahman -boleh membentuk diri menjadi seorang yang pemurah
al-Rahim- boleh membentuk diri menjadi seorang yang penyayang

Menyatakan cara-cara memuliakan Allah SWT menerusi nama Allah SWT al-Karim
dengan betul.


PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 6


BIDANG / TAJUK


BAND

DESKRIPTOR

IBADAH
Menghayati Konsep :
Fardu Ain
Fardu Kifayah
Mengamalkan
Solat Fardu
Perlakuan Dalam
Solat
1
Mengetahui pengertian fardu Ain dan fardu Kifayah dengan bimbingan.
Mengetahui pengertian, perlakuan dan bacaan dalam solat fardu dengan bimbingan.
2
Mengetahui perbezaan antara fardu Ain dan fardu Kifayah dan menyatakan contoh-
contohnya dengan betul.
Mengetahui pengertian, perlakuan, hukum, nama, waktu dan bilangan rakaat solat-solat
fardu dengan betul.
3
Menyatakan faedah melakukan perkara fardu Ain dan fardu Kifayah dengan betul.
Melakukan perlakuan dalam solat dengan betul.
Menghafaz bacaan-bacaan dalam solat dengan betul.
4
Melakukan perlakuan dalam solat dengan tertib.
Menghafaz bacaan tahiyyat awal dengan betul.
5
Melakukan perlakuan dalam solat dengan tertib dan istiqamah.
Menghafaz bacaan-bacaan dalam solat dengan betul dan beradab.
6 Melakukan perlakuan solat serta bacaannya dengan betul, sempurna dan boleh dicontohi.

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 7


BIDANG / TAJUK


BAND

DESKRIPTOR

SIRAH

Memahami dan mengambil
iktibar daripada :
Pekerjaan Nabi
Muhammad SAW
Peristiwa Berkaitan
Hajar Al-Aswad
Perkahwinan
Rasulullah SAW

1
Mengetahui dengan bimbingan :
pekerjaan nabi Muhammad SAW semasa kecil mengikut peringkat umur.
akhlak nabi Muhammad SAW dalam melaksanakan pekerjaan.
pengenalan Hajar al-Aswad.
2
Menyenaraikan dengan betul :
faktor-faktor yang mendorong Nabi Muhammad SAW menjalankan pekerjaan.
nama anak-anak Nabi Muhammad SAW.
peristiwa perletakan Hajar al-Aswad.
3
Menjelaskan dengan betul :
akhlak Nabi Muhammad SAW dalam melaksanakan pekerjaan
perkahwinan Nabi Muhammad SAW.
sifat-sifat Rasulullah SAW dalam menangani peristiwa perletakan Hajar al-Aswad

ADAB

Mengamalkan :
Adab Tidur
Adab Masuk dan
Keluar Rumah
Adab di Sekolah


1 Mengetahui satu daripada adab-adab tertentu dengan bimbingan.
2 Menyatakan satu daripada adab-adab tertentu dengan betul.
3 Melakukan satu daripada adab-adab tertentu dengan betul.
4 Melakukan satu daripada adab-adab tertentu dengan betul dan beradab.
5 Melakukan satu daripada adab-adab tertentu dengan istiqamah.
6 Melakukan adab-adab di sekolah dan boleh dicontohi.

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2 8

BIDANG / TAJUK


BAND

DESKRIPTOR

JAWI

Membaca dan menulis :
Suku Kata Terbuka
dan Tertutup
Serapan Bahasa
Arab
Serapan Bahasa
Inggeris
1

Membaca perkataan yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup dengan
bimbingan.

2

Menulis perkataan yang terdiri daripada suku kata terbuka dan tertutup dengan bimbingan.

3

Menulis ayat-ayat daripada perkataan yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup
dengan betul.

4

Membaca perkataan serapan bahasa Arab dan bahasa Inggeris dengan betul.

5

Menulis ayat yang terdiri daripada perkataan serapan bahasa Arab dan serapan bahasa
Inggeris dengan tepat.

6

Mampu membaca dan menulis ayat yang mengandungi :
suku kata terbuka dan tertutup
serapan bahasa Arab
serapan bahasa Inggeris

Anda mungkin juga menyukai