ONN
KERTAS KERJA
KARNIVAL PERTANDINGAN PERMAINAN
TRADISIONAL
TARIKH:
16/3/2013
TEMPAT:
GIMNASIUM IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN
ANJURAN:
PISMP MATEMATIK KUMPULAN 2
SEMESTER 5 AMBILAN JANUARI 2011
1.0 PENDAHULUAN
Penganjuran pertandingan Permainan Tradisional ini merupakan salah satu
aktiviti di bawah subjek PJM 3112 iaitu Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan
Jasmani dan Sukan. Penganjuran pertandingan ini bertujuan untuk memenuhi
kehendak kredit 4 jam bagi subjek ini.
Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara
permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa
dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-
kanak sehingga hari ini. Setiap kaum mempunyai pelbagai jenis permainan tradisional
masing- masing. Ianya tidak harus dilupakan seiring dengan dunia yang semakin maju
ini.
Permainan tradisional merupakan salah satu aktiviti untuk mengeratkan
silaturahim dan hubungan kekeluargaan antara guru- guru pelatih di IPG Kampus Tun
Hussein Onn. Ia juga merupakan salah satu wadah untuk meningkatkan sifat kerjasama
antara guru pelatih.
Kami berharap agar anjuran pertandingan Permainan Tradisional ini dapat
dijalankan untuk memberi pendedahan kepada kami sebagai bakal pendidik yang aktif
dan pada masa yang sama juga kami berharap pertandingan ini akan lebih meriah dan
berjalan lancar serta berjaya mencapai objektifnya.
2.0 RASIONAL PERTANDINGAN
Penganjuran karnival permainan tradisional merupakan aktiviti wajib yang
terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Kesihatan untuk guru-
guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Semester 5, Ambilan Januari
2011.
Penganjuran diharap dapat memberikan pendedahan, pengetahuan dan
pengalaman mengenai perancangan, persediaan dan pengelolaan sesuatu
pertandingan.
Selain itu, nilai kerjasama, tolong-menolong, toleransi, perpaduan dan kerjasama
juga dapat dipupuk dalam kalangan ahli jawatankuasa dalam usaha untuk menjayakan
karnival ini.
Kecerdasan dan kesihatan memainkan peranan yang penting dalam
meyediakan para guru yang benar-benar proaktif dalam bidang keguruan. Sebagai satu
alternatif ke arah melahirkan insan guru yang mantap dari segi rohani, jasmani, emosi
dan sosial, sukan mampu menjana jiwa guru yang matang dan sedia menghadapi
cabaran pada masa hadapan. Daya ketahanan fizikal dan mental teruji melalui aktiviti
sukan seperti pertandingan permainan tradisional ini yang memerlukan persediaan
fizikal dan mental.
Selain itu, karnival ini juga diharapkan dapat membantu usaha untuk menyemai
kembali rasa cinta terhadap permainan tradisional yang menjadi warisan budaya di
kalangan seluruh masyarakat malaysia sejak sekian lamanya.
Berdasarkan kepada keperluan inilah, Kami semester 5 berusaha menyediakan
satu karnival pertandingan permainan tradisional yang diharap dapat merealisasikan
kemantapan rohani dan jasmani seterusnya melahirkan para guru yang berketrampilan.
3.0 MATLAMAT
Penganjuran pertandingan ini bermatlamat untuk memberi pendedahan kepada
kami untuk mengelola sesuatu pertandingan dan mendapat pengalaman baru dalam
mengurus sesuatu pertandingan. Pengalaman ini akan dijadikan sebagai panduan
sebagai guru kelak. Selain daripada itu, permainan tradisional ini dapat dihidupkan
kembali di sekolah pada masa akan datang.
4.0 OBJEKTIF
4.0 Menghidupkan dan memartabatkan permainan tradisional yang merupakan
warisan budaya.
4.1 Memupuk semangat perpaduan, kerjasama, hormat- menghormati dalam
kalangan guru pelatih.
4.2 Mewujudkan persefahaman dan semangat kerja berpasukan dan
meningkatkan kualiti dan produktiviti kerja.
4.3 Merapatkan dan mengukuhkan hubungan baik antara guru pelatih dan
pensyarah IPG.
5.0 PERINCIAN PROGRAM
4.1 Tarikh : 16 Mac 2013
4.2 Masa : 8.30 pagi- 12.00 tengahari
4.3 Hari : Sabtu
4.4 Tempat : Gimnasium IPG Kampus Tun Hussein Onn
5.0 PENYERTAAN
Peserta terdiri daripada guru- guru pelatih daripada PISMP Ambilan Januari
2011.
6.0 JENIS PERTANDINGAN YANG DIPERTANDINGKAN
5.1 Tuju Guli
5.2 Congkak
7.0 PERANCANGAN
7.1 Melantik Jawatankuasa Pengelola.
Rujuk Lampiran 1
7.2 Menentukan bidang tugas.
Rujuk Lampiran 2
7.3 Perancangan kertas kerja.
7.4 Membuat anggaran perbelanjaan.
7.5 Mengenalpasti dan meyediakan keperluan pertandingan seperti peralatan
permainan, persiapan tempat, hadiah dan cenderamata, acara yang
dipertandingkan, bahan dokumentasi, keselamatan dan kebersihan.
7.6 Menentukan masa pertandingan
7.7 Post-mortem bersama AJK Pengelola Pertandingan
8.0 PERUNTUKAN KEWANGAN
8.1 ANGGARAN PERBELANJAAN
Rujuk Lampiran 3
9.0 TENTATIF PROGRAM
Masa Tempat Aktiviti
08.30 pagi Gimnasium IPTHO Pendaftaran peserta
08.45 pagi Gimnasium IPTHO Ketibaan tetamu jemputan
08.50 pagi Gimnasium IPTHO Upacara perasmian
09.00 pagi Gimnasium IPTHO Permainan bermula
10.30 pagi Gimnasium IPTHO Berehat
11.45 pagi Gimnasium IPTHO Penyampaian Hadiah
12.00 tengahari Gimnasium IPTHO Tamat
** tertakluk kepada perubahan
10.0 PENGISIAN PROGRAM
9.1 ACARA, PERATURAN DAN SYARAT- SYARAT PERMAINAN
TRADISIONAL
Rujuk Lampiran 4a, 4b, 4c
11.0 PENUTUP
Terlaksananya Pertandingan Permainan Tradisional ini dapat mengeratkan lagi
hubungan silaturahim dan kerjasama antara guru pelatih. Selain daripada itu,
penyertaan yang menyeluruh dalam program ini akan mengangkat martabat
khazanah warisan kesenian Negara disamping menerapkan nilai- nilai murni
kepada peserta. Semoga pe penganjuran program ini akan berjalan dengan
lancar dan berkesan. Kerjasama dari semua pihak amatlah diharapkan dan
didahului dengan ucapan terima kasih.
Disediakan oleh:
(FARHALIZA BT HASSIM)
Setiausaha
Pertandingan Permainan Tradisional
PISMP Ambilan Januari 2011
IPG Kampus Tun Hussein Onn
Disemak oleh:
(TN HJ ABD RAHMAN BIN SELAMAT)
Pensyarah Pendidikan Jasmani
IPG Kampus Tun Hussein Onn
Dilulus oleh:
(PN HJH ZALEHA BT ONN)
Pengarah
IPG Kampus Tun Hussein Onn
LAMPIRAN 1
JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN PERMAINAN
TRADISIONAL
MATEMATIK KUMPULAN 2
Pengerusi : Muhammad Syafaat Bin Mohamat Nasir
Naib Pengerusi : Dayang Nurfarahain Faezaa Bt Hassim
Setiausaha : Farhaliza Bt Hassim
Bendahari : Zunadia Bt Zulkifli
Ahli Jawatankuasa :
1. Urusetia/Pendaftaran
- Norfatihah Faezah Binti Halib
- Nur Syahirah Bt Nor Azlan
2. Peralatan
- Abdul Halim Bin Roseli
- Ahmad Azril Bin Salehon
3. Persiapan Tempat
- Ahmad Fahmi Bin Kharudin
- Azamudin Bin Yaacob
4. Keselamatan/Kebersihan
- Muhammad Zaim Bin Mohammad Shuhaimi
- Norhidayah Bt Mohmad
5. Pertandingan/Pengadil
- Mohamad Ayub Bin Mohd Noor
- Muhammad Aizzat Bin Mohammad Jaki
- Illy Naziha Binti Sukeri
6. Hadiah, Cenderamata Dan Sijil
- Noor Suhaida Bt C.Aman
- Tay Kui Fang
7. Publisiti Dan Dokumentasi
- Siti Nursaaidah Binti Subri
- Nurr Fatehana Binti Aduka
LAMPIRAN 2
BIDANG TUGAS JAWATANKUASA PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL
Jawatankuasa Pengelola
Pengerusi/ Naib Pengerusi 1) Mempengerusikan semua mesyuarat dan
bertanggungjawab atas kesempurnaan semua
mesyuarat.
2) Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan
segala keputusan yang diputuskan diambil tindakan
yang sewajarnya.
3) Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh
penasihat dari masa ke semasa.
Setiausaha 1) Menguruskan segala bentuk permohonan kepada
pihak-pihak tertentu.
2) Menyiapkan surat yang perlu dihantar segera
kepada individu tertentu atau badan-badan tertentu.
3) Membantu pengerusi merancang dan menyelaras
aktiviti.
Bendahari 1) Mengumpul segala dana dan kutipan yang
diserahkan.
2) Membuat laporan terkini tentang kedudukan
kewangan.
Ahli Jawatankuasa
Urusetia dan Pendaftaran 1) Menyediakan borang pendaftaran peserta.
2) Menerima pendaftaran peserta yang mengambil
bahagian.
3) Mencatat laporan setiap pertandingan pada
papan putih
Peralatan 1) Menyenaraikan segala peralatan yang perlu dibawa.
2) Menyediakan peralatan yang perlu dibawa.
3) Memastikan peralatan sentiasa cukup atau tidak
hilang.
4) Memastikan peralatan selamat untuk digunakan.
Persiapan Tempat 1) Menyediakan tempat sebelum dan selepas
pertandingan.
2) Menyediakan kemudahan asas tempat.
Keselamatan dan
Kebersihan
1) Mempastikan keselamatan ahli dan orang lain
menjalankan aktiviti.
2) Mempastikan setiap ahli memberi kerjasama.
3) Mempastikan barangan keselamatan projek lengkap.
4) Memastikan tempat pertandingan dalam keadaan
bersih sebelum, semasa dan selepas pertandingan
berlangsung.
Pertandingan dan Pengadil 1) Membantu pengerusi merancang dan menyelaras
aktiviti projek.
2) Bertanggungjawab mengadili pertandingan
3) Menyediakan sistem pemarkahan.
Hadiah, Cenderamata dan
Sijil
1) Menyediakan jenis hadiah yang diperlukan,
menyelaras dengan Jawatankuasa Pertandingan
2) Menyusun hadiah dan cenderamata.
3) Menyediakan senarai pemenang hadiah.
Publisiti dan Dokumentasi 1) Menyediakan banner pertandingan
2) Merakam gambar sebelum, semasa dan selepas
pertandingan.
3) Dokumentasikan perjalanan dari awal hingga tamat
pertandingan
LAMPIRAN 3
Anggaran Kos
1) Permainan Congkak
2) Permainan Tuju Guli
3) Hadiah
Jumlah
LAMPIRAN 4a
LAMPIRAN B