Anda di halaman 1dari 6

SK SG BARU

Page 1

KISAH NABI ILYAS A.S

Assalamualaikum w.b.t.
Terima kasih tuan pengerusi majlis, panel hakim yang arif lagi bijaksana, guru-guru serta
rakan-rakan, seterusnya hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah sekalian.
Salam sejahtera pembuka bicara
Buat sahabat dan teman semua
Kisah Nabi Ilyas inilah cerita
Buat renungan pedoman bersama

Nama sebenar baginda ialah Ilyas Al-Nasabi putera kepada Yasin bin Fanshash bin Al-Izar.
Baginda merupakan keturunan keempat Nabi Harun yang mulia. Nabi Ilyas a.s diutuskan
oleh Allah S.W.T kepada kaum Bani Israil.

Firman Allah dalam surah As-Soffat ayat 123 :
Ep)4 "E4O^) =}g
--)UEcO^- ^g@
Maksudnya :
Dan Sesungguhnya Nabi Ilyas adalah dari Rasul-rasul (Kami) Yang diutus.
Kawan-Kawan, Islam amat menitik beratkan soal keturunan. Akibat tidak berpegang teguh
dengan ajaran Islam, maka berlakulah pelbagai gejala sosial dan masalah pembuangan
bayi seperti kejadian yang telah berlaku di Masjid Alwi, Kangar baru-baru ini.
Hadirin sekalian
Kaum Nabi Ilyas a.s beribadat dengan menyembah berhala yang bernama Baal, iaitu patung
yang diperbuat daripada emas. Baginda menyeru kaumnya supaya meninggalkan berhala
tersebut. Nabi Ilyas a.s tetap berdakwah tanpa kenal erti penat dan jemu. Baginda
merupakan seorang yang sangat tabah serta tidak pernah berputus asa. Namun kaum Nabi
Ilyas a.s telah tertutup hati mereka terhadap seruan dakwah baginda.
SK SG BARU
Page 2

Firman Allah dalm surah As-Soffat ayat 126 :
-.- 7+4O O4O4
N7j*.4-47 --gE-
^gg
Maksudya :
" Iaitu Allah Tuhan kamu, dan Tuhan datuk nenek kamu Yang telah lalu! "
Nasihat Nabi tidak diendahkan
Perbuatan salah tetap diteruskan
Patung berhala menjadi sembahan
Riak dan sombong bukan kepalang

Teman sekalian
Dalam kita menjalankan tugas yang telah diamanahkan, kita hendaklah melaksanakannya
dengan penuh komited dan dedikasai. NKRA yang telah dicetuskan oleh Perdana Menteri
kita juga turut mempunyai KPI sebagai kayu pengukur.
Dakwah Nabi Ilyas a.s sentiasa mendapat rintangan . Kaumnya merancang untuk membunuh
baginda. Keadaan yang semakin gawat itu memaksa Nabi Ilyas a.s menyembunyikan diri
daripada agenda jahat kaumnya. Akibat keingkaran mereka itu, Allah telah menurunkan bala
dan juga musibah iaitu musim kemarau yang panjang dan berlarutan selama tiga tahun.
Banyak tanaman yang rosak, begitu juga dengan ternakan mereka yang mati
bergelempangan berikutan kemarau yang berpanjangan.



Allah berfirman dalam surah As-Soffat ayat 127 :
SK SG BARU
Page 3

+O+OO gE+)
4p+O= ^g_
Maksudnya :
Maka mereka mendustakannya; akibatnya mereka tetap akan dibawa hadir (untuk diseksa),
Sahabat yang dikasihi...
Susungguhnya Allah itu Maha Berkuasa. Hujung tahun lepas, banjir besar telah melanda
negeri-negeri di Pantai Timur khususnya negeri Pahang yang telah mencatat sejarah banjir
terburuk. Semua yang berlaku ini adalah atas kehendak Allah semata-mata.
Hadirin sekalian...
Kaum Nabi Ilyas a.s menghadapi kesukaran untuk mendapatkan makanan dan minuman
menyebabkan mereka tidak mampu untuk menanggung kesengsaraan yang dialami. Situasai
tersebut telah menimbulkan keinsafan dalam diri. Mereka mengambil keputusan untuk
menemui Nabi Ilyas a.s memohon supaya mereka terhindar daripada azab tersebut,
seterusnya berjanji untuk menyembah Allah yang Esa.










SK SG BARU
Page 4

Ternyata doa Baginda dimakbulkan Allah. Turunlah hujan membasahi bumi, tumbuh-
tumbuhan kembali menghijau, maka subur semula bumi yang gersang beserta hasil ternakan
yang semakin bertambah.
Firman Allah dalm surah Al-Baqarah ayat 152 :
EO)+NO7^O 7O7^O
W-NO:;--4 Oj 4
pNO'> ^)g
Maknanya :
Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya
Aku membalas kamu Dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah
kamu kufur (akan nikmatKu).
Wahai teman ingatlah... Doa merupakan senjata bagi orang mukmin. Dalam kita
menghadapi musibah yang menimpa, seperti peristiwa yang berlaku di Lahad Datu. Maka
usaha dan doa haruslah seiringan.
Hadirin sekalian...
Nabi Ilyas a.s merupakan nabi yang istimewa. Allah mengurniakan keberkatan dan
menganugerahkan rezeki yang melimpah kepada Nabi Ilyas a.s dengan makanan yang terus
terhidang walau dimana sahaja baginda singgah untuk bersembunyi. Besar sungguh kuasa
Allah, tidak terlintas diminda dan jua fikiran kita, setiap rumah yang dimasuki baginda akan
terhidang makanan di dalamnya.
Sahabat yang dikasihi...
Suatu hari datanglah malaikat maut untuk menjemput ruhnya. Nabi Ilyas a.s menjadi sedih
dan menangis.
Mengapa menangis? Engkau sedih meninggalkan dunia dan takut kepada kematian? .
Tanya malaikat kepada Nabi Ilyas a.s.

SK SG BARU
Page 5


Baginda berkata :
Tidakku takut andai ajal menjemputku, Tetapi aku bersedih kerana tidak lagi dapat
berzikir. Aku Ingin terus berzikir dan memuji Allah. Aku ingin berzikir seumur hidupku .
Saat itu, Allah memerintahkan agar ditunda kewafatan Nabi Ilyas a.s untuk memberi peluang
sesuai dengan permintaan baginda. Nabi Ilyas ingin terus hidup semata-mata untuk berzikir
kepada Allah. Maka berzikirlah Nabi Ilyas a.s sepanjang hidup baginda.
Firman Allah dalam surah Ar-Rad ayat 28 :
@O-O) *.- O'E;C>
COU^- ^gg
Maknanya :
" ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.
Subhanallah.... Oleh itu banyakkanlah berzikir wahai hadirin sekalian.
Qada dan Qadar Allah merupakan ketentuan Ilahi. Bagi keluarga mangsa bas yang
terjunam ke gaung di Genting Highland, serta tragedi kapal terbang Malaysia Pesawat
MH370 yang berlaku baru-baru ini diharapkan mereka redha dan bersabar dengan
ketentuan Ilahi kerana Allah sentiasa bersama-sama hambaNya yang sabar.
Berakhirlah kisah seorang nabi
Sejarah baginda tersemat dihati
Banyak pengajaran untuk dihayati
Moga menjadi mukmin sejati
Sekian... Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum w.b.t.



SK SG BARU
Page 6

Anda mungkin juga menyukai