Anda di halaman 1dari 3

MELAHIRKAN RAKYAT YANG MENGHAYATI NILAI

Mengukuhkan Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral dengan lebih tumpuan kepada perpaduan dan memupuk persefahaman yang erat antara murid
Membangunkan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1Sukan, 1Kelab, dan1Badan Beruniform
Mengukuhkan dan memperluaskan RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara interaksi antara jenis sekolah















Anjakan 3:
Melahirkan rakyat yang menghayati nilai Mengapakah perlu?:

Murid hari ini akan mewarisi dunia yang penuh dengan cabaran hebat, daripada kemusnahan alam sekitar inggalah kepada konflik
bersenjata. Untuk berjaya mengharungi segala cabaran ini murid bukan sahaja perlu memiliki kemahiran memimpin, tetapi juga nilai murni
sejagat seperti integriti, belas kasihan, adil, dan altruisme yang dapat membimbing mereka dalam membuat keputusan beretika. Pada
masa yang sama, pembangunan warganegara yang global perlu diimbangi dengan pembangunan identiti nasional yang kukuh. Apakah
bentuk kejayaan?: Setiap murid meninggalkan alam persekolahan sebagai seorang warga global yang telah dipupuk dengan nilai teras
sejagat dan memiliki identiti nasional yang utuh. Nilai yang telah dipelajari akan diamalkan dalam kehidupan harian, yang seterusnya
menghasilkan tingkah laku sivik, seperti peningkatan dalam aktiviti sukarela; penerimaan individu berlainan bangsa, agama dan etnik;
menghindari perbuatan rasuah dan jenayah serta
menunjukkan tingkah laku amanah dan berintegriti Selain itu, setiap murid yang tamat persekolahan bersedia menjadi pemimpin bagi diri
dan keluarga mereka, atau sebagai sebahagian daripada komuniti yang lebih besar, serta negara.

Mengukuhkan Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral dengan lebih tumpuan kepada perpaduan dan memupuk persefahaman
yang erat antara murid.

Pelaksanaan KSSR yang disemak semula dan KSSM memerlukan setiap murid sekolah rendah dan menengah melibatkan diri dalam
khidmat komuniti. Bagi murid sekolah menengah, elemen khidmat komuniti akan dijadikan prasyarat untuk kelulusan sekolah menengah.
Kurikulum Pendidikan Agama Islam bagi murid Islam dan kurikulum Pendidikan Moral bagi murid bukan Islam akan diperkukuhkan supaya
akan merangkumi tumpuan yang lebih kepada pemahaman tentang nilai-nilai perpaduan dan hubungan baik sesama insan.


















Membangunkan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1Sukan, 1Kelab, dan 1Badan
Beruniform.

Pelibatan dalam aktiviti kokurikulum memberikan murid peluang untuk membangunkan bakat dan minat mereka di luar persekitaran
bilik darjah yang formal. Aktiviti seperti ini juga menyediakan peluang yang baik untuk membangunkan kemahiran kepimpinan murid.
Oleh itu, setiap murid dijangkakan akan mengambil bahagian dalam sekurangkurangnya 1Sukan, 1Kelab, dan 1Badan Beruniform.
Kementerian juga akan mengkaji kemungkinan mewajibkan pelibatan ini sebagai syarat tamat pengajian dan pemberian biasiswa di
peringkat pengajian tinggi. Bagi meningkatkan kualiti aktiviti yang ditawarkan di setiap sekolah, Kementerian akan memberi latihan
bersasaran kepada guru penasihat aktiviti. Kerjasama dengan lebih banyak organisasi komuniti dan sektor swasta akan dijalin bagi
melaksanakan program ini.

Mengukuhkan dan memperluaskan RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara interaksi antara jenis sekolah.

Pada masa ini, Kementerian menjalankan program aktiviti antara sekolah, iaitu RIMUP bagi memupuk interaksi yang lebih kukuh antara
murid daripada jenis sekolah berlainan. Pada masa hadapan, kekerapan dan intensiti program akan ditingkatkan dan disasarkan kepada
sekolah yang mempunyai populasi murid yang homogen. Kementerian juga akan memperluas program ini dengan melibatkan sekolah
swasta.