Anda di halaman 1dari 2

[ Daro D Lensa ] Page 1

PERTANDINGAN FOTOGRAFI SEMPENA


HARI DAERAH DARO 2012

Syarat Pertandingan:

1. Terbuka kepada semua penduduk Matu Daro

2. Yuran penyertaan sekeping gambar adalah RM2.00 sahaja.

3. Peserta hanya dibenarkan maksimum tiga ( 3 ) penyertaan, dan setiap gambar mestilah
dihantar dalam bentuk Soft copy dalam cakera padat / pendrive / memori kad dengan format
JPEG dan hendaklah diserahkan di kaunter urusetia.

4. Foto yang dihantar hendaklah dirakam dengan menggunakan kamera kompak (Compact)
ataupun kamera DSLR. Foto yang dirakam dari kamera telefon bimbit ( handphone ) adalah
tidak diterima.

5. Foto mestilah dirakam di sekitar majlis Hari Daerah Daro 2012 berlangsung sepanjang 3 hari
iaitu 6 April hingga 8 April 2012.

6. Foto boleh dihantar dalam dua jenis iaitu Black & White atau Full Color Hydemic
Range

7. Peserta boleh menggunakan kreativiti sendiri untuk menterjemahkan maksud tema
pertandingan yang dinyatakan dan mestilah memberikan mesej yang jelas melalui gambar.

8. Foto harus bebas dari unsurunsur hasutan, fitnah, politik, keagamaan dan semua perkara yang
mendatangkan unsurunsur negatif atau menyinggung manamana pihak.

9. Untuk mengekalkan keaslian gambar, sebarang pengeditasian tidak boleh dilakukan
menggunakan perisian seperti Adobe Photoshop, Adobe Illustrator dan sebagainya.

10. Karya yang mestilah yang asli dan tidak pernah disiar di manamana mediamassa dan
pertandingan lain.

11. Setiap peserta hanya layak memenangi satu hadiah bagi setiap kategori (jika ada kategori).

12. Semua foto hendaklah dihantar bersama borang penyertaan di kaunter urusetia.

13. Semua karya foto yang diserahkan akan menjadi hak milik penganjur dan penganjur berhak
menggunakan foto tersebut untuk apaapa tujuan di masa hadapan

14. Pihak penganjur, kakitangan awam, dan semua orang awam dibenarkan menyertai
pertandingan ini.

15. Penyertaan yang tidak menepati syarat dan kriteria tidak akan dipertimbangkan.
[ Daro D Lensa ] Page 2


16. Keputusan pengadil adalah muktamad.

17. Pemenang akan dimaklumkan terus pada hari terakhir sebelum tamat majlis Hari Daerah
Daro 2012.

18. Sebarang penyertaan boleh berhubung dengan pihak penganjur di talian yang disediakan

19. Penyertaan dibuka pada 6 April 2012 jam 2 petang.

20. Tarikh tutup penyertaan adalah selewatlewatnya pada jam 8.00 pagi, 08 April 2012 dan
dihantarkan di khemah Penerangan / Daro DLensa kepada:

- En . Matsukarmi : 019-4826707
- En . Saiful : 014-5810008
Sebarang pertanyaan boleh menghubungi individu di atas dengan talian yang disediakan.

Anda mungkin juga menyukai