Anda di halaman 1dari 6

Panduan untuk Tugasan HBEF 2303

Fasa Panduan Nota



Fasa
Pertama


Untuk Soalan A, pilih Applikasi Android
atau iOS yang boleh dijadikan bahan
pengajaran/pembelajaran di kelas anda.


Cuba dapatkan idea dari
video/bahan yang telah saya
berikan. Kita boleh bincang
dalam forum

Supaya saya dapat
membantu dengan lebih
baik lagi, sila lengkapkan soal
selidik tentang profil digital
anda di:

http://tinyurl.com/lp44kwo

Diperlukan: 3-5 minit
masa untuk menjawab.

Fasa
Kedua


Untuk Soalan B, dapatkan guru lain
untuk menilai bahan tersebut dari segi
isi kandungan dan teknikal. Bilangan
guru, seberapa ramai yang boleh.
Minimum 5 responden/guru lain.
Maksimum: lebih ramai lebih bagus
supaya analisis data dan perbincangan
lebih menarik.


Borang penilaian boleh
direka berdasarkan borang
penilaian yang boleh
didapati dalam Internet atau
rujuk kpd Topik 8-9,
khususnya Topik 9 dalam
modul tentang item yang
harus ditanya

Fasa
Ketiga


Berdasarkan respon dari borang
penilaian yang telah dilengkapkan, buat
analsis dengan Microsoft Excel - graf,
carta pai dsbnya.

Pastikan anda mahir dalam
penggunaan Excel. Minta
tutor di PP/LC ajarkan.

Fasa
Keempat


Sediakan esei anda berpandukan rubrik
yang diberikan selepas soalan tugasan.

Pastikan anda memberi:

Rujuk kepada rubrik untuk
mengoptimumkan atau
memaksimumkan
pemberian markah.

1. Pengenalan
2. Kajian ilmiah/
Literature Review
3. Metodologi
4. Hasil Dapatan dan Perbincangan
5. Kesimpulan


Rujukan harus diberi
mengikut gaya APA yang
telah dipelajari dalam modul
OUMH Learning Skills
semester 1.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
http://www.youtube.com/watch?v=mzi2RIt8_nk

Contoh-contoh penggunaan iPad table di sekolah rendah:

iPads in the Classroom
http://www.youtube.com/watch?v=y1Wpxe3oo30

ipad in education - Roger Ascham Primary School
http://www.youtube.com/watch?v=pS3U97FALGI

Paul Elementary iSchool
http://www.youtube.com/watch?v=l9RN2VVtqJE
http://tinyurl.com/qdocnq6

http://www.educatorstechnology.com/2014/05/24-great-ipad-apps-for-your-
classroom.html











Berikut adalah CADANGAN REKA BENTUK dan MASA KAJIAN:

Jangka Masa Untuk Disiapkan Kerja: 10.5.2014 hingga 6.7.2014 ( 8 Minggu )

1. 10 /5 - 18/5 - Mengenalpasti dan Memahami Kehendak Soalan
- Membuat Tinjauan Literatur/ Perpusakaan dan Sekolah
- Cepat Kenal pasti Bahan PPBK sebenar.
-Membentuk Kumpulan Perbincangan/ Pendapat/Sumber
Maklumat

2. 19/5 - 27/5 - Mengenalpasti Guru Yang Dikaji /Kelas/ Murid/
-Penyediaan Kajian ke atas Kandungan PPBK / Cerap
Pengajaran Guru Kajian
-Membina Soalan/Soalselidik/Keberkesanan Kandungan
PPBK/Hubungan/Kesesuaian
Kandungan Dgn Pengajaran dan Silibus/ Teknikal Pengajaran
dan Pembelajaran
-Keberkesanan Aras /Hubungan kejayaan Kelas dgn PPBK/
Simulasi Pelajar dan lain-lain.
3. 28/5 - 15/6 - ( masa cuti sekolah) Penulisan Lengkap meliputi:
Jumlah perkataan mesti sekitar 2,500 hingga 3,000 patah
perkataan sahaja.
Jangan melebihi 4,000 patah perkataan.
-Penulisan ikut Format APA / Semua hasil dapatan mesti
dianalisis lengkap/
- Sekurang-kurang nya ada 1-2 jadual/ Carta/Graf/
Perhubungan antara Pengajaran dan PPBK adalah Positif/
- Sila guna Microsoft WORD dan EXCEL.

4. 16/6 - 23/6 - Untuk Pengkaji yang belum siap dibuat seperti di atas.
-Jika Pengkaji yang telah siap boleh dimasukkan semua
maklumat dalam bentuk gambar lengkap kandungan teks
bahan dan pembelajaran dalam kelas.
- Mesti dilampirkan semua kajian dan dianalisis.
- Mesti ada penutup yang tepat.
-Mesti ada Bibliografi ikut APA.
24/6 - 6/7 Masa menghantar tugasan secara online- berhati-hati.
TAHAP 1:
1. Memahami maksud teknologi telefon pintar dan perbezaan dengan telefon
biasa: digital, analog dan sebagainya.
2. Pastikan jenis Tablet terdapat di pasaran, umumnya jika jenama yang
berkaitan dengan pengeluar terkenal SAMSUNG....dikenali dengan sebutan
TAB singkatan dari Tablet. Cuba cikgu teliti syarikat pengeluar yang lain.
3.Terdapat perbezaan antara Android dan jenama Apple Apps (iOS) yang
terlalu diskriminasi dalam pasaran gunaan dunia multimedia, meskipun
demikian banyak bahan pendidikan yang menggunakan medium tersebut
telah dibangunkan. Cuba cikgu teliti dalam pasaran. iPhone satu aplikasi
penggunaannya dan agak terhad, selalunya aplikas keluaran ini tidak
membenarkan penggunaan media terbuka untukdisambungkan kegunaan
nya secara manual kerana berkaitan dengan hak cipta. Cuba cikgu teliti.
4. Kini terdapat pelbagai bahan untuk diguna pakai dalam pengajaran dan
pembelajaran cikgu yang menggunakan konsep berbantukan komputer
(PPBK).
5. Cuba cikgu buat tinjauan literatur cikgu dengan menyenaraikan bahan
yang di pakai di kelas cikgu atau kegunaan cikgu sendiri.
6. Sebaiknya pilih yang sesuai dan minat cikgu atau berkaitan dengan
pengajaran cikgu kerana cikgu perlu membuat kajian dan pengumpulan data
untuk dipersembahkan dalam slot seterusnya.
7. Sila kaji dan buat pemerhatian rapi penggunaan PPBK yang digunakan
oleh guru lain di sekolah anda. Buat satu kajian kes ringkas penggunaan yang
di pakai adakah diuruskan secara rasmi di peringkat bahagian atau panitia
atau di peringkat PIBG, atau di peringkat sekolah secara pukal.
8. Teliti juga kegunaan PPBK oleh guru-guru secara individu hanya
dijalankan dalam kelas pengajarannya sahaja.
9. Maklum balas dari guru berkaitan sangat penting untuk kajian dan rekod
pengkaji.
10. Cikgu (pengkaji) boleh menjadi sebahagian daripada kajian ini di kelas-
kelas yang terlibat untuk melihat keberkesanan PPBK (alternatif sahaja)
Sekian dari saya.......

Attachment : No file attach...






TAHAP 2:
Berikut adalah Langkah-Langkah dan Peringkat Awal Penyediaan Tugasan:
1. Kenal pasti PPBK yang dipakai di peringkat sekolah
2. Pastikan Jenis PPBK yang dipilih oleh sekolah jika berkenaan
3. Memilih PPBK yang sesuai dengan Cikgu atau pengajaran Cikgu.
4. Minat kajian ke atas PPBK yang dipilih dan guru yang berkaitan
5. Buat biodata ringkas guru berkenaan dan kelas yang dikaji.
6. Teliti dan senaraikan jenis PPBK
7. Buat semakan jenis PPBK ya mungkin tidak sesuai.

Anda mungkin juga menyukai