Anda di halaman 1dari 1

MAJLIS PEWAKILAN PELAJAR

INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN KEPALA BATAS


JABATAN TENAGA MANUSIA
KEMENTERIAN SUMBER MANUSIA

RUJUKAN :ILPKBPP/MPP(KBJ)/100/005 TARIKH : 23 APRIL 2008

PERKARA KETIADAAN TINDAKBALAS ADUAN YANG DIBUAT TERHADAP


DEWAN MAKAN ILPKBPP

DARIPADA AL AMIR BIN MOHAMED SULTAN SALINAN :


(BIRO KEBAJIKAN) PPL

KEPADA PENYELIA ASRAMA

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Saya seperti nama di atas merujuk pada pihak tuan/puan untuk membuat aduan berkenaan aduan
yang telah di buat terhadap dewan makan ILPKBPP sebelum ini tidak mendapat sebarang tindakan
dari pihak atasan (Pentadbiran).

Aduan yang telah dibuat sebelum ini ialah berkenaan penukaran menu daging kepada pelajar yang
mempunyai alahan dengan menu daging termasuk pelajar bukan Islam yang tidak makan daging
kepada gantiannya. Menu tersebut telah diubah tetapi hanya diberikan telur yang di goreng sahaja
tanpa kuah atau tambahan yang lain.

Sehingga kini belum ada sebarang tindakan terhadap aduan yang telah di buat terhadap dewan
makan ILPKBPP berkenaan aduan sebelum ini. Bersama-sama aduan ini dilampirkan dengan
nama pelajar-pelajar yang tidak makan daging. Mohon agar pihak tuan/puan dapat mengambil
serius terhadap masalah ini. Segala jasa baik dari pihak tuan/puan amat saya sanjungi.

Sekian, terima kasih.


“BERKHIDMAT UNTUK PELAJAR DAN INSTITUT”
“PELAJAR PRODUKTIF INSTITUT PROAKTIF”

Di sediakan oleh,

(AL AMIR BIN MOHAMED SULTAN)


BIRO KEBAJIKAN, MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
ILPKBPP, JTM

Anda mungkin juga menyukai