Anda di halaman 1dari 21

3/17/2014 sue PJJ UPSI

http://sue280980.blogspot.com/2012/04/v-behaviorurldefaultvmlo.html 1/21
sue
PJJ
UPSI
Sunday, 29 April 2012
PEMARKAHAN
2. ESEI:
(a)
(b)
3. FORUM
JUMLAH
KBK 3073: MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS
TAJUK TUGASAN 1
DISLEKSIA
TAJUK TUGASAN 2
SINDROM DOWN & AUTISME
KUMPULAN
UPSI B06 (A112PJJ)
DISEDIAKAN OLEH
NAMA NO. ID NO. TELEFON
SURIATI BINTI SAMSUDIN D20102041381 013-3452265
NAMA TUTOR E-LEARNING: DR. ABDUL RAHIM BIN RAZALI
TARIKH SERAH: 29 APRIL 2012
1.0 Pendahuluan
Relaxation MP3 Player
Join this site
with Google Friend Connect
Members (1)
Already a member? Sign in
Followers
2012 (1)
April (1)
<!--[if !mso]> v\:*
{behavior:url(#default#VML);}o...
2011 (1)
Blog Archive
Share
0

More

Next Blog Create Blog

Sign In
3/17/2014 sue PJJ UPSI
http://sue280980.blogspot.com/2012/04/v-behaviorurldefaultvmlo.html 2/21
Kanak-kanak berkeperluan khas ialah kanak-kanak yang berada dalam program
Pendidikan Khas yang terdiri daripada tiga kategori iaitu pertama, Kanak-kanak
Bermasalah Pembelajaran (KKBP) yang meliputi pelbagai kategori seperti Sindrom
Down, Perkembangan Lewat, Autisme, Hiperaktif, Cerebral Palsy, Epiletik, Masalah
Emosi dan Masalah Pertuturan, kategori kedua, Kanak-kanak Bermasalah
Penglihatan dan yang ketiga, Kanak-kanak Bermasalah Pendengaran. Bagi
memenuhi keperluan murid-murid khas berkenaan, program pengajaran dan
pembelajaran yang telah dibentuk adalah lebih fleksibel selaras dengan peraturan-
peraturan pendidikan iaitu Pendidikan Khas (1997), yang memperuntukkan kuasa
kepada guru-guru dalam mengubah suai kaedah atau teknik pengajaran dan
pembelajaran, masa untuk aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi
mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.
Mengikut Slavin (1997), mendefinisikan Pendidikan Khas sebagai sebarang
program yang diperuntukkan atau ditujukan kepada pelajar-pelajar yang
bermasalah seperti kecacatan mental, emosi, dan ketidakupayaan fizikal ataupun
penambahan kepada pembelajaran biasa dalam kelas. Manakala bagi Hallahan dan
Kauffman (2006), Pendidikan Khas merupakan program pendidikan yang disediakan
untuk memenuhi keperluan kanak-kanak berkeperluan khas iaitu program
pengajaran khusus yang direka bentuk untuk memenuhi keperluan pelajar luar
biasa. Pengajaran yang direka bentuk khusus bagi memenuhi keperluan kanak-
kanak yang kurang upaya. Pengajaran ini mungkin dijalankan di bili darjah, rumah,
hospital atau institusi lain (Friend 2005). Menurut Mansor (2005) Pendidikan Khas
merujuk kepada sesuatu usaha yang berterusan untuk menggalakkan
perkembangan optima seseorang sebagai yang berkemahiran, berhaluan, berupaya,
beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta
menyedari potensi diri sendiri sebagai individu dan ahliu masyarakat yang seimbang
dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Kesimpulannya Pendidikan Khas boleh didefinisikan sebagai kaedah-kaedah
yang dibentuk khusus untuk memenuhi keperluan kanak-kanak yang mengalami
pelbagai kecacatan atau kurang upaya. Pendidikan Khas juga merangkumi aspek-
aspek pengajaran dan pembelajaran, latihan jasmani, dan juga pendidikan yang
berteraskan rumah, hospital, dan institusi. Kurikulum untuk Pendidikan Khas ini
juga merupakan pengubahsuaian daripada kurikulum biasa bagi tujuan memenuhi
keperluan-keperluan khas bagi murid-murid yang mengalami pelbagai jenis
kecacatan atau kurang upaya itu. Kanak-kanak yang menghadapi masalah
pembelajaran berhak untuk menerima pendidikan yang sesuai dengan kemampuan
dan perkembangan mereka secara
menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani,
emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi ahli
masyarakat yang berguna dan mampu berdikari.
2.0 Disleksia
2.1 Etiologi
Etiologi adalah merupakan punca-punca yang menyebabkan berlakunya
kecacatan.. Banyak faktor yang menyebabkan terjadinya kecacatan terhadap
kanak-kanak berkeperluan khas. Pada hakikatnya punca kecacatan kepada kanak-
kanak istimewa ini bergantung kepada kategori-kategori yang tertentu. Secara
umumnya terdapat tiga punca kecacatan iaitu faktor biologi, psikologi dan
persekitaran adalah dominan kepada semua kategori yang dinyatakan itu.
Salah satu punca berlakunya kecacatan adalah faktor neoroligik yang
merangkumi proses kelahiran, distress fetal, bersalin dengan cara ekstraksi forcep,
toksimia gravidarum atau eklamsia dibandingkan kehamilan dan bersalin normal.
Di samping itu juga, faktor-faktor seperti bayi yang lahir yang mempunyai berat
badan yang rendah, ibu yang terlalu muda, ibu yang sudah berumur, ibu yang
merokok dan mengambil alkohol juga mempunyai potensi untuk mendapatkan
anak yang bermasalah.
Mengikut pendapat kebanyakkan penyelidik menyatakan bahawa, disleksia sebagai
seseorang yang mengalami masalah membaca yang agak serius. Masalah tersebut
berkait rapat dengan gangguan urat saraf. Kanak-kanak disleksia pada umumnya
adalah kanak-kanak normal tetapi mempunyai masalah yang berpunca daripada
kecelaruan pada bahagian otaknya. Pendidikan yang khusus untuk kanak-kanak ini
akan dapat membantu mereka untuk berjaya seperti kanak-kanak normal yang
sue
View my complete profile
About Me
3/17/2014 sue PJJ UPSI
http://sue280980.blogspot.com/2012/04/v-behaviorurldefaultvmlo.html 3/21
lain. Di Malaysia pendidikan untuk kanak-kanak disleksia merupakan Pendidikan
Khas yang baru jika dibandingkan dengan negara-negara barat.
3.0 Definisi
Disleksia berasal dari perkataan Yunani iaitu DYN bermaksud susah, dan LEX.A
bermaksud tulisan. Disleksia bukannya satu penyakit, tetapi merupakan salah satu
gangguan dalam pembelajaran yang biasa dialami oleh kanak-kanak. Biasanya,
masalah pembelajaran yang
dihadapi oleh kanak-kanak disleksia adalah seperti kemahiran membaca, menulis,
mengeja, dan mengira. Oleh itu disleksia adalah merujuk kepada mereka yang
menghadapi masalah untuk membaca, menulis dan
mengira walaupun mempunyai daya pemikiran yang normal.
Menurut Sanders dan Myers (1996), kanak-kanak yang mengalami ciri-ciri
disleksia mempunyai kesukaran-kesukaran khusus dalam bacaan, menulis dan
mengeja. Kesukaran-kesukaran ini termasuklah masalah yang serupa dalam kerja
nombor dan mengenali simbol-simbol, seperti not muzik atau simbol matematik.
Manakala menurut Drake (1989) dalam Madhya Zhagan (1999) masalah
pembelajaran disleksia merujuk kepada beberapa ciri, iaitu kesukaran belajar bahasa,
ketidak seimbangan dengan kebolehan intelektual, tidak lancar ketika membaca
sesuata bahan bercetak, tidak dapat menulis dengan lancar dan tepat, mata menjadi
penat setelah beberapa minit menumpu pada tulisan, dan daya tumpu yang terhad
(pendengaran dan pengamatan tetapi tidak pekak atau buta).
Payne dan Turner (1999) dan Hammond dan Hughes (1996), merupakan
pakar pendidikan yang cenderung menggunakan istilah Specific Learning
Difficulties (Masalah Belajar Spesifik) bagi murid yang menghadapi masalah
disleksia. Berdasarkan kepada Special Needs Code of Practice takrifan bermasalah
pembelajaran spesifik di Britain (Payne & Turner 1999) yang menerangkan bahawa
kanak-kanak yang menghadapi kesukaran dalam membaca, menulis, mengeja atau
mengendalikan nombor yang tidak selaras dengan tahap pencapaiannya secara
umum. Mereka mungkin telah menguasai sesuatu kemahiran dalam subjek-subjek
tertentu dengan cepat dan menunjukkan aras kecekapan yang tinggi secara lisan,
tetapi masih lagi menghadapi kesukaran untuk menguasai kemahiran literasi dan
numerasi. Kanak-kanak ini mungkin boleh menjadi seorang yang teramat kecewa
dan mungkin menghadapi masalah emosi dan tingkah laku.
The Orton Dyslexia Societys (1994) telah mendefinisikan disleksia sebagai
ketidak upayaan memperolehi pengetahuan daripada proses pembelajaran. Masalah
ini disebabkan oleh kesukaran untuk menggambarkan atau mentafsirkan satu kod
ayat yang selalunya menunjukkan ketidak upayaan pemprosesan tentang bunyi
bahasa. Kesukaran-kesukaran dalam mentafsir satu kod ayat adalah selalunya tidak
dijangkakan bersangkutan dengan umur dan kebolehan akademik. Terdapat pelbagai
kesukaran yang ditunjukkan oleh mereka yang mengalami disleksia. Antaranya
adalah seperti bentuk bahasa, masalah membaca, mengeja, menulis dan mengira.
Terdapat juga beberapa usaha untuk mendefinisikan murid bermasalah
disleksia berasaskan kepada penemuan Teori Perbezaan (discrepancy) dan Teori
Pengasingan (exclusion). Berdasarkan Teori Perbezaan (discrepancy), menyatakan
bahawa terdapat murid-murid yang mempunyai kepintaran yang normal tetapi
gagal mencapai prestasi yang memuaskan dalam
pembelajaran mereka. Teori Pengasingan (exclusion) pula menyatakan murid tidak
boleh dikategorikan sebagai masalah belajar yang spesifik jika punca masalah
belajar murid terlalu berat (Hammond & Huhges 1996).
Difinisi terkini disleksia adalah sebagai suatu masalah kognitif (Thomson
1984 dalam Sheila & Samsilah 2006), Mohd Sharani (2004) menjelaskan maksud
dyslexia adalah kanak-kanak yang tidak dapat membaca kerana tidak dapat
menterjemahkan dengan betul lambang-lambang bertulis sama ada dalam huruf
itu sendiri, dalam suku kata ataupun dalam perkataan-perkataan. Secara literalnya,
disleksia bermaksud, kesukaran dalam berbahasa (Ott 1997 dalam Sheila &
Samsilah 2006). Definisi operasional disleksia yang pertama dikeluarkan oleh World
Federation of Neurology (1968) dalam Sheila & Samsilah (2006) adalah seperti
berikut:
Suatu kecelaruan pada kanak-kanak di mana, meskipun mereka melalui
pengalaman bilik darjah konvensional, gagal menguasai kemahiran bahasa seperti
3/17/2014 sue PJJ UPSI
http://sue280980.blogspot.com/2012/04/v-behaviorurldefaultvmlo.html 4/21
membaca, menulis dan mengeja yang selaras dengan kemampuan intelektual
mereka.
Kanak-kanak disleksia tidak dapat mengimbangi daya mengingati huruf
dengan perkataan dan menghadapi masalah dalam mengingati bentuk huruf,
bunyi huruf dan gabungan perkataan. Antara huruf-huruf yang sering
mendatangkan masalah kepada mereka ialah huruf b dan d, dan perkataan
yang hampir serupa ejaannya. Kanak-kanak disleksia adalah lebih lambat
perkembangannya berbanding rakan yang sebaya daripada segi umur kronologikal
seperti seorang kanak-kanak disleksia berumur tujuh tahun sering berkelakuan
seperti kanak-kanak berusia dua ataupun tiga tahun yang mementingkan diri
(Cronin 1997:ms 111 dalam Shiela & Samsilah 2006).
3.0 Punca-Punca Kecacatan
Punca sebenar yang menyebabkan kanak-kanak mengalami sindrom disleksia tidak
diketahui (Bradford, 2001). Namun mengikut kajian-kajian yang telah dijalankan,
secara teorinya disleksia adalah disebabkan oleh keturunan (genetik), biologi, dan
kematangan (Mercer, 1997; Hammond & Hughes, 1999).
3.1 Keturunan atau Genetik
Mengikut pendapat dan kajian Bradford (2001), kebanyakkan kes murid disleksia,
terdapat beberapa orang ahli keluarga sama ada ibu bapa, adik-beradik atau
saudara terdekat, yang turut
mengalami masalah yang sama. Ini menunjukkan terdapat tanda-tanda
berkemungkinan disleksia berpunca daripada pengaruh genetic, iaitu disleksia boleh
diwarisi. Walau bagaimanapun, darjah keterukkan disleksia yang dialami oleh setiap
individu mungikn berbeza. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, terbukti
bahawa disleksia disebabkan oleh kromosom 15,1,dan16 yang diwarisi secara turun-
temurun (British Psychological Society, 1991).
3.2 Biologi
Secara umumnya kanak-kanak disleksia disebabkan oleh sejarah atau pengalaman
kesukaran semasa dilahirkan. Contohnya seperti lahir tidak cukup bulan,
kekurangan oksigen semasa lahir atau kelahiran yang amat menyukarkan. Semua
faktor tersebut adalah berkemungkinan menjadi punca kelambatan atau ketidak
sempurnaan perkembangan sebahagian daripada kerosakan otak yang
menyebabkan kanak-kanak tersebut menghadapi masalah dieleksia (Hammond &
Hughes, 1996) dan kerosakan ini adalah minimum. Mercer (1997), yang
menjalankan kajian secara perubatan, mendapati pembentukkan otak mereka yang
mengalami disleksia adalah tidak sama seperti mereka yang normal.
3.3 Kematangan
Pada kebiasaannya terdapat perbezaan dalam perkembangan sistem saraf manusia
mengikut jantina. Kanak-kanak lelaki kebiasaanya lambat matang jika
dibandingkan dengan kanak-kanak perempuan yang sebaya dengannya (Hammond
& Hughes 1996). Masalah disleksia sering berlaku di kalangan lelaki dan kerap
berlaku juga kepada pasangan kembar.
Kesimpulannya di sini dapat dinyatakan bahawa punca disleksia adalah
akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada yang normal. Ujian imbasan
yang dijalankan ke atas penghidap disleksia, mendapati cara otak mereka
memproses maklumat agak berbeza daripada biasa. Perbezaan ini mungkin
disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan atau
daripada kemalangan. Selain daripada itu juga tidak dapat dinafikan bahawa faktor
keturunan juga sebagai salah satu daripada punca terjadinya disleksia.
4.0 Ciri-ciri perkembangan kanak-kanak disleksia dari segi fizikal, kognitif dan
sosial.
4.2 Ciri-Ciri Perkembangan Fizikal
3/17/2014 sue PJJ UPSI
http://sue280980.blogspot.com/2012/04/v-behaviorurldefaultvmlo.html 5/21
Dari segi fizikal, kanak-kanak yang mengalami masalah disleksia tidak mempunyai
sebarang kecacatan anggota dan tahap kecerdasan mereka juga normal. Mereka
boleh berbual dan bergaul seperti murid lain. Ini menyebabkan tiada sebarang
tindakan diambil bagi membantu kanak-kanak tersebut dalam pelajaran. Akibatnya,
murid-murid in berkemungkinan besar disalah labelkan sebagai sama ada murid
pemulihan atau bermasalah pembelajaran yang umum sahaja (Sofiah Ali, 2000:
Zabidi Husin, 2000).
Kanak-kanak disleksia tidak berminat dalam pelajaran dan selalu dilabelkan
sebagai pemalas dan bodoh. Pakaian yang dipakai sentiasa bersih tetapi tidak kemas
dan butang baju sentiasa salah butang. Mereka juga mempunyai daya pengamatan,
pendengaran dan penglihatan yang lemah. Kekeliruan juga timbul di mana mereka
sukar untuk membezakan kiri dan kanan. Mereka juga mempunyai masalah dalam
pengamatan dan tingkah laku iaitu keliru dengan konsep arah, konsep masa, kerap
terasa tertekan, keliru memakai kasut pada kaki yang betul, dan mempunyai konsep
kendiri yang rendah. Kanak-kanak ini juga adalah kidal iaitu menggunakan tangan
sebelah kiri untuk menulis atau melukis.
Kanak-kanak disleksia juga mempunya masalah dalam perkembangan
kemahiran motor yang terbahagi kepada dua kategori, iaitu kemahiran motor halus
dan kemahiran motor kasar. Kemahiran motor halus adalah kemahiran
menggunakan jari-jari tangan. Kanak-kanak ini mempunyai masalah dalam
menggunakan sudu dan garpu sewaktu makan, sukar menggunakan gunting
terutamanya jika kidal, sukar untuk menekap, memegang pensel secara ganjil,
sukar untuk mengikat tali kasut dan sangat sukar untuk memakai tali leher (Ott
1997).
4.2 Ciri-Ciri Perkembangan Kognitif
Kanak-kanak disleksia mempunyai tahap perkembangan fikiran yang lemah dan
lambat. Sebagai contoh mereka lemah dalam bacaan dan menyelesaikan masalah
matematik. Mereka lebih cenderung menggunakan bahan lisan daripada penulisan.
Tulisan mereka juga buruk, menekan semasa menulis dan tidak menggunakan
huruf besar pada permulaan ayat. Kanak-kanak disleksia tidak dapat mengimbangi
daya mengingati huruf dengan perkataan dan menghadapi masalah dalam
mengingati bentuk huruf, bunyi huruf dan gabungan perkataan. Antara huruf-
huruf yang sering mendatangkan masalah kepada mereka ialah huruf b, d d, p
dan q, dan perkataan yang hampir serupa ejaannya.
Daya tumpuan mereka amat lemah dan mudah lupa dan sukar memahami
arahan terutama dalam urutan. Mereka lebih kerap melakukan kesalahan
berbanding dengan kanak-kanak biasa. Masalah urutan yang dihadapi oleh kanak-
kanak in boleh dibahagi kepada dua iaitu
kesukaran visual dan kesukaran urutan ingatan auditori. Kesukaran visual boleh
dikesan apabila murid-murid lemah dalam lukisan, sukar dalam maze, sukar
mengasingkan manic mengikut bentuk, sukar untuk memakai pakaian, masalah
dalam membuka dan menutup paip kerana tidak ingat arah, sukar untuk memasang
butang baju, dan sukar untuk membuka pintu yang menggunakan tombol, serta
kesukaran dalam menyiapkan model dan jigsaw puzzles (Ott 1997).
Kanak-kanak disleksia adalah lebih lambat perkembangannya berbanding
rakan rakan yang sebaya daripada segi umur kronologikal, seperti seorang kanak-
kanak disleksia berusia tujuh tahun sering berkelakuan seperti kanak-kanak yang
berusia dua ataupun tiga tahun yang mementingkan diri (Cronin 1997:ms 111 dalam
Sheila & Samsilah 2006).
Gambar di bawah adalah contoh hasil tulisan murid disleksia yang menulis
huruf dan nombor secara terbalik.
4.3 Ciri-Ciri Perkembangan Sosial
3/17/2014 sue PJJ UPSI
http://sue280980.blogspot.com/2012/04/v-behaviorurldefaultvmlo.html 6/21
Kanak-kanak disleksia yang menghadapi kesukaran dalam membaca, menulis,
mengeja atau mengendalikan nombor yang tidak selaras dengan tahap
pencapaiannya secara umum. Mereka mungkin telah menguasai sesuatu kemahiran
dalam subjek-subjek tertentu dengan cepat dan menunjukkan aras kecekapan yang
tinggi secara lisan, tetapi masih lagi menghadapi kesukaran untuk menguasai
kemahiran literasi dan numerasi. Kanak-kanak ini akan menjadi seseorang yang
teramat kecewa, rasa rendah diri dan mengalami masalah emosi dan tingkah laku.
Kesan dari ketidakupayaannya dalam menguasai sesuatu kemahiran akan
mengakibatkan kemurungan yang melampau. Mereka tidak suka berkawan dengan
rakan sebaya dan akan memilih untuk menyendiri. Mereka juga bersifat pemalu dan
introvert, pendiam dan tidak berani untuk bertanya kerana memahami situasi diri
mereka yang sering dipandang rendah oleh orang disekelilingnya.
Akibat daripada menghadapi masalah kurang tumpuan, sukar memproses
maklumat, sukar menyiapkan tugasan dan sebaganya, menyebabkan kanak-kanak
tersebut mempunyai masalah sosial-emosi. Tingkah laku kanak-kanak ini lebih
cenderung menjadi seorang yang sering bertindak mengikut perasaan sendiri tanpa
memikirkan orang lain. Mereka juga kurang berminat untuk belajar dan selalu
ponteng sekolah serta kebanyakkannya mempunyai latar belakang masalah
kemiskinan.
Mereka yang terdiri daripada keluarga yang miskin akan lebih memburukkan
lagi keadaan, kerana ibu bapa akan memberi lebih tumpuan dalam mencari sumber
pendapatan daripada memberi perhatian terhadap masalah anak-anak mereka.
Tugas dan tanggungjawab ini terletak dibahu guru-guru bagi membantu kanak-
kanak yang menghadapi masalah tersebut.
5.0 Langkah-Langkah Pencegahan Disleksia
Terdapat beberapa langkah pencegahan atau lebih tepat langkah-langkah
untuk membantu mereka supaya boleh dan mampu belajar seperti kanak-kanak
yang lain. Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah memberi
bantuan kepada kanak-kanak dan keluarga mereka dalam mengendalikan
permasalahan dan membina keyakinan diri kanak-kanak tersebut, mendapatkan
rawatan untuk penyakit lain yang mungkin berkaitan seperti gejala hiperaktif dan
kurang daya tumpuan, serta pertingkatkan potensi pembelajaran mereka
menggunakan kemahiran individu yang lebih pakar dalam disleksia.
Disleksia hanya akan dapat dikesan apabila beberapa ujian dilakukan ke atas
pesakit di bawah pengendalian ahli psikologi atau guru khas disleksia. Penyakit ini
boleh dirawat tetapi tidak boleh diubati. Pengidap disleksia lazimnya akan diberi
rawatan secara terapi untuk meningkatkan kemahiran linguistic, berfikir, dan sosial.
Kanak-kanak disleksia memerlukan bantuan dan perhatian dari orang di sekeliling
mereka terutama ibu bapa dan guru-guru. Ibu bapa mempunyai banyak pilihan
untuk memberi pendidikan berterusan kepada anak-anak yang mengalami disleksia.
Dengan menghantar anak-anak mereka ke sekolah biasa yang mempunyai kelas
khas disleksia seliaan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau mendapatkan nasihat
daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menghantar anak-anak ke
Pusat Pendidikan Khas. Kanak-kanak ini akan diberikan bimbingan dengan betul
untuk berdikari tanpa memerlukan bantuan ibu bapa apabila dewasa. Di Malaysia,
kanak-kanak yang telah disahkan disleksia boleh mendaftar sebagai orang kurang
upaya (OKU). Mereka mempunyai kad OKU daripada Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memperolehi bantuan RM 150 sebulan daripada
Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) kerana mengikuti kelas pemulihan di bawah
seliaannya.
Terdapat kajian menunjukkan pendekatan Multi-Sensory merupakan
pendekatan yang sesuai bagi mengajar kanak-kanak disleksia. Pendekatan ini
menggabungkan beberapa deria, iaitu auditori, visual, oral dan kinestetik. Bagi
menjalankan kaedah ini, gabungan kesemua deria dijalankan serentak. Penggunaan
huruf-huruf yang dibuat daripada kayu di mana murid boleh mendengar guru
menyebut bunyi daripada huruf, melihat, menyebut kembali, dan menekap huruf-
huruf tersebut menggunakan jari. Selain daripada itu juga murid-murid boleh
menggunakan pasir ataupun garam dengan menggunakan dulang sebagai
wadahnya. Melalui cara tersebut murid akan dapat mendengar huruf yang disebut
guru, melihat huruf yang ditulis di papan tulis, mengulang kembali bunyi huruf
3/17/2014 sue PJJ UPSI
http://sue280980.blogspot.com/2012/04/v-behaviorurldefaultvmlo.html 7/21
yang disebut dan menulis semula huruf di atas pasir.
Gambar cara menulis bentuk huruf di atas pasir.
Gambar meniru bentuk huruf menggunakan jari mengikut arah pergerakan
yang betul.
Mengajar murid-murid yang bermasalah disleksia memerlukan kepakaran
khas. Perkhidmatan terapi ini boleh disamakan dengan terapi yang diberikan oleh
seorang pakar patalogi pertuturan. Terdapat pelbagai program pengajaran telah
berjaya dilaksanakan berdasarkan penyelidikan bagi murid-murid yang menghadapi
disleksia. Disleksia dianggap sebagai satu masalah pembelajaran yang melibatkan
kelemahan-kelemahan dalam pemprosesan bahasa serta kognitif yang
menghindarkan kebolehan membaca. Ia juga adalah satu masalah neurological
(saraf) yang dipindahkan secara genatik (Snowling, 1996).
Rawatan dari segi psikologi juga patut diberikan kepada kanak-kanak yang
mempunyai disleksia. Ini boleh menentukan bahawa mereka mengalami masalah
social atau tidak. Sifat bimbang atau tekanan yang dihadapi akibat kesukaran
penerimaan pembelajaran boleh merencatkan kebolehan mereka. Komplikasi yang di
hadapi oleh mereka akan mampu menjejaskan mata pelajaran lain seperti
matematik. Selain daripada itu, disebabkan membaca adalah perkara asas dalam
keseluruhan pembelajaran, kanak-kanak ini akan menghadapi masalah untuk
meneruskannya ke peringkat paling tinggi.
Kanak-kanak disleksia juga perlu menjalani ujian pengesanan masalah
penglihatan. Bagi kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran,
terutamanya disleksia yang berkaitan dengan penglihatan yang akan disarankan
menjalani ujian-ujian seperti standard and specialist eye tests, irlen syndrome
tests, intuitive colorimester, cerium overlays, dan chroma/gen lemses. Terdapat
juga kajian menunjukkan ramai kanak-kanak bermasalah pembelajaran juga
menghadapi masalah pendengaran. Masalah pendengaran ada juga bersifat
sementara dan kekal. Antara teknik yang boleh diguna pakai adalah seperti Fast For
Word dan Aural-Read-
Respond-Oral-Write (ARROW). Perkembangan reflex kurang matang atau tidak
matang sepenuhnya selalu berlaku pada kanak-kanak bermasalah pembelajaran.
Masalah reflek yang berlaku pada awal kanak-kanak, terutamanya pada kanak-
kanak bermasalah pembelajaran akan menyebabkan masalah koordinasi dan
kawalan motor. Beberapa terapi boleh dijalankan bagi menangani masalah tersebut
seperti Brain Gym, Brain Injury Rehabilitation and Development, dan Neuro-
Developmen. Melalui pengambilan makanan tambahan, terutamanya bagi kanak-
kanak disleksia, boleh meningkatkan masa tumpuan dan tingkah laku, iaitu
berupaya menumpukan masa yang lebih lama, memberikan tumpuan yang lebih
dan berusaha membaiki bacaan dan tulisan. Jenis-jenis supplement yang
disarankan ialah Iron, Zink dan Fatty Acids and Efalex.
Sebagai kesimpulannya kanak-kanak yang mengalami disleksia perlu dikenal
pasti seawal mungkin. Ini kerana semakin awal usia mereka yang dikenal pasti
3/17/2014 sue PJJ UPSI
http://sue280980.blogspot.com/2012/04/v-behaviorurldefaultvmlo.html 8/21
mengalami disleksia akan diberi intervensi lebih awal dan lebih mudah untuk
dibantu dalam menguasai sesuatu pembelajaran. Kanak-kanak yang mengalami
disleksia bukanlah seorang yang bodoh kerana masih terdapat keistimewaan dan
kebolehan yang tertentu, mereka juga boleh dibantu dan mampu berjaya seperti
orang yang normal. Sebagai contoh, antara orang-orang ternama yang juga
mengalami disleksia termasuklah ahli politik ( Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi
Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein). Ramai lagi tokoh-
tokoh yang terkenal mempunyai daya imaginasi yang tinggi, amat kreatif dan
mampu berfikir dari pelbagai sudut atau demensi. Terdapat juga diantara mereka
yang bijak menggunakan kemahiran tangan atau sukan.
Gambar tokoh-tokoh terkenal yang mengalami disleksia.
Rujukan
Abdul Rahim Talib. (2010). Pengenalan Kepada Kanak-Kanak Bermasalah
Pembelajaran: Selangor: Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Baharudin Omar. (2002). Asas Penjagaan Kesihatan Kanak-Kanak, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Chua Tee Tee dan Ko Boh Boon. (1992). Pendidikan Khas dan Pemulihan: Bacaac
Asas. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Modul UPSI. (2011). KBK 3073 Konsep Pendidikan Khas: Tanjong Malim,
Perak. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.
(2005). Maklumat Pendidikan Khas. Puterajaya
Jamila K.A, Mohamed. (2005). Pendidikan Khas Unuk Kanak-Kanak Istimewa.
Bentong: PTS Professional Publishing.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y (06.03.2012)
3/17/2014 sue PJJ UPSI
http://sue280980.blogspot.com/2012/04/v-behaviorurldefaultvmlo.html 9/21
TUGASAN 2
PENDAHULUAN
Pendidikan khas yang dijalankan di sekolah-sekolah menyediakan program khusus
untuk kanak-kanak istimewa termasuk mereka yang bermasalah pembelajaran.
Mengikut statistik terkini, bilangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran di sekolah
rendah seluruh Malaysia adalah seramai 7437 orang. Kanak-kanak ini mengikuti
pembelajaran di 402 sekolah sepanjang tahun dengan diajar oleh 1536 orang guru khas
yang terlatih. Bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran mereka ditempatkan di dalam
Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (PKBP) yang diintegrasikan dengan
sekolah-sekolah harian biasa. Pendidikan khas ialah pengajaran yang bercorak individu
direka bagi memenuhi keperluan pendidikan murid dengan keperluan khas atau kurang
upaya. Pendidikan ini dirancang secara tersendiri, dilaksanakan secara teliti bagi
membantu murid dengan keperluan khas mencapai tahap berdikari tinggi dan kejayaan
hidup yang memuaskan.
Pendidikan khas di Malaysia adalah terdiri daripada kanak-kanak bermasalah
pembelajaran (KKBP) dalam pelbagai kategori seperti Sindrom Down, Perkembangan
Lewat, Autisme, Hiperaktif, Palsi Cerebral, Epilepsi, Masalah Emosi dan Masalah
Pertuturan, kanak-kanak bermasalah penglihatan dan kanak-kanak bermasalah
pendengaran. Salah satu daripada kategori kanak-kanak keperluan khas yang telah
dikenal pasti ialah kanak-kanak bermasalah pembelajaran. Pelajar bermasalah
pembelajaran adalah kanak-kanak yang mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal)
yang dianggap boleh diajar (educable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal.
Pelajar bermasalah pembelajaran merupakan golongan kanak-kanak berkeperluan khas
yang paling ramai. Dalam tugasan ini, kanak-kanak bermasalah pembelajaran seperti
Sindrom Down dan Autisme telah dipilih untuk dibincangkan berdasarkan aspek-aspek
yang dikehendaki.
DEFINISI SINDROM DOWN
Sindrom down adalah salah satu punca kewujudan terencat akal akibat daripada faktor
ketidaknormalan kromosom individu. Sindrom Down merupakan kecelaruan genetik
yang paling dikenali yang menyebabkan kerencatan akal kanak-kanak. Individu Sindrom
Down mempunyai lebihan kromosom pada pasangan kromosom ke-21, dan dikenali
juga sebagai Trisomi 21. Individu Sindrom Down mempunyai ciri-ciri fizikal yang jelas
membezakan mereka daripada individu lain terutamanya pada bahagian muka. Di
antara ciri yang paling biasa dilihat adalah mata sepet dan condong ke atas, hidung
penyek, bertubuh rendah, lidah yang tebal dan panjang dan jari-jari tangan yang pendek.
Ini bermakna apabila pasangan kromosom ke-21
melekat bersama-sama, maka individu tersebut mempunyai Trisomi 21. Individu yang
mempunyai Trisomi 21 mempunyai ciri-ciri fizikal dan mental yang khusus yang secara
kolektifnya dikenali sebagai Sindrom Down. Sindrom bermakna satu koleksi tanda-
tanda atau ciri-ciri, manakala Down pula adalah nama doktor yang berjaya mengesan
dan mengumpulkan kesemua tanda dan mencadangkan bahawa tanda-tanda itu
berkaitan dengan masalah yang sama.
Selain itu, Sindrom Down ialah kelainan kromosom yang disebabkan oleh ciri-ciri fizikal
yang boleh dikenal pasti dan biasanya disebabkan perkembangan fizikal dan intelektual
yang berkembang secara perlahan. Kromosom pula ialah serat-serat khusus yang
terdapat dalam setiap sel di dalam badan manusia di mana terdapat bahan-bahan
genetik yang menentukan sifat-sifat seseorang. Kes Sindrom Down yang paling kerap
terjadi adalah disebabkan oleh pertambahan kromosom 21 iaitu sebanyak 3 kromosom
21 yang menjadikan jumlah kesemuanya sebanyak 47. Manakala bayi yang normal pula
hanya mempunyai 2 kromosom 21 iaitu menjadikan jumlah kesemuanya sebanyak 46.
JENIS-JENIS SINDROM DOWN
Sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini, punca Sindrom Down adalah
akibat daripada ketidaknormalan kromosom pada individu. Jenis-jenis
ketidaknormalan kromosom ini jugalah yang merujuk kepada jenis-jenis Sindrom
Down (Cunningham 1997), iaitu;
4.3 Trisomi 21 Standard
4.4 Trisomi 21 Mozek
4.5 Trisomi 21 Translokasi
Trisomi 21 Standard
3/17/2014 sue PJJ UPSI
http://sue280980.blogspot.com/2012/04/v-behaviorurldefaultvmlo.html 10/21
Trisomi 21 Standard berlaku disebabkan oleh keadaan kegagalan meiosis. Disebabkan
kegagalan ini, gamete (sel sperma atau telur) dihasilkan dengan pertambahan salinan
kromosom 21. Kegagalan ini telah menghasilkan gamete yang mempunyai 24
kromosom. Apabila bergabung dengan gamete normal daripada pasangannya, maka
embrio kini mempunyai 47 kromosom iaitu lebih satu kromosom berbanding kromosom
yang normal iaitu 46. Trisomi 21 ini merupakan penyumbang terbesar kepada kes
sindrom down iaitu sebanyak
94% dengan 88% daripadanya disebabkan oleh kegagalan pada gamete ibu dan 8%
disebabkan oleh kecacatan pada gamete bapa.
Trisomi 21 Mozek
Trisomi 21 Mozek terjadi apabila seseorang itu mempunyai campuran sel-sel normal
dengan sel-sel trisomi. Trisomi 21 biasanya disebabkan sebelum kehamilan dan
kesemua sel dalam badan terjejas. Walau bagaimanapun, apabila sesetengah sel
dalam badan adalah normal dan sesetengah sel mengandungi trisomi 21, maka ia
dikenali sebagai sindrom down jenis Mozek. Di sini sebahagian sl-sel berpecah dan
mempunyai bilangan kromosom yang sempurna iaitu (46 kromosom) dan sebahagian
lagi sel-sel mempunyai bilangan yang tidak sempurna (47 kromosom). Sel-sel yang
sempurna dan tidak terus berlipat ganda dan keadaan bercampuran lalu terjadinya
mozek.
Trisomi 21 Translokasi
Sindrom Down jenis Trisomi 21 Translokasi ini merupakan jenis yang paling kurang
menyumbang kepada kes Sindrom Down. Ianya hanya melibatkan 2% daripada kes
sindrom down yang berlaku. Sindrom Down jenis ini boleh diturunkan oleh ibu atau
bapa. Trisomi 21 Translokasi adalah disebabkan oleh sebahagian kromosom 21
terpecah dan bahagian yang ketinggalan pula terlekat kepada pasangan kromosom
yang lain dan biasanya pada kromosom 14. Percantuman kromosom 21 dengan
kromosom 14 menyebabkan salah satu daripada pasangan kromosom menjadi lebih
besar daripada kromosom yang lain dalam kumpulannya (kumpulan pasangan
kromosom 13, 14 dan 15). Jadi, bahan kromosom 21 itulah yang mengganggu
perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak dan seterusnya menghasilkan ciri-ciri
Sindrom Down. Sindrom Down adalah tidak diwarisi daripada ibu bapa, cuma satu
daripada 100 kes sahaja yang menunjukkan keadaan itu diwarisi. Pada kebiasaannya
dua daripada kes ini, ibu bapa bukanlah pembawa dan berkemungkinan mereka untuk
melahirkan seorang lagi anak yang mempunyai sindrom down tidaklah besar daripada
ibu bapa.
JENIS KEPERLUAN KHAS SINDROM DOWN
Dari Segi Pertumbuhan
Pertumbuhan kanak-kanak sindrom down adalah tidak begitu ketara jika hendak
dibandingkan dengan kanak-kanak normal. Saiz fizikal mereka selalunya lebih besar
dan gempal dari kanak-kanak biasa namun otot-otot mereka kelihatan lembik. Hal ini
menyebabkan mereka kurang
aktif disebabkan otot-otot mereka yang tidak kuat seperti kanak-kanak normal yang lain
yang aktif pada peringkat ini.
Dari Segi Mental
Pertumbuhan mental kanak-kanak sindrom down agak lambat berbanding kanak-kanak
biasa. Keupayaan mereka untuk memikirkan tentang banyak perkara tidak dapat
mencapai tahap seperti mana pertumbuhan pada kanak-kanak normal. Pertumbuhan
mental mereka juga agak ketinggalan jauh ke belakang dari kanak-kanak biasa yang
sebaya dengan mereka. Hal ini adalah disebabkan oleh kerosakan saraf-saraf otak yang
dialami oleh mereka.
Dari Segi Sosial
Pertumbuhan sosial mereka juga begitu ketara jikalau dibandingkan dengan kanak-
kanak biasa. Mereka agak lambat untuk berinteraksi dengan ahli-ahli bukan keluarga
mereka seperti jiran, rakan sebaya dan guru. Hal ini disebabkan oleh mereka tidak
pandai untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka terutamanya yang bukan
dari keluarga mereka. Walau bagaimanapun, kanak-kanak sindrom down juga
3/17/2014 sue PJJ UPSI
http://sue280980.blogspot.com/2012/04/v-behaviorurldefaultvmlo.html 11/21
mempunyai emosi seperti kanak-kanak lain. Adakalanya, mereka ketawa, menangis dan
sayangkan sesuatu seperti kanak-kanak biasa yang lain. Akan tetapi bezanya cuma
kawalan emosinya tidak seperti kanak-kanak biasa. Ini kerana kanak-kanak sindrom
down kurang mempunyai perasaan malu jika dibandingkan dengan kanak-kanak biasa
yang sebaya dengannya.
Dari Segi Emosi
Kanak-kanak sindrom down tidak berupaya menguasai perasaan serta mengawal
perasaan mereka ketika marah atau cemburu. Mereka kurang mempunyai perasaan
malu jika dibandingkan dengan kanak-kanak biasa. Mereka akan menjerit dan menangis
tanpa segan silu di khalayak ramai jika kemahuan mereka tidak dituruti. Perasaan segan
atau malu kepada lain jantina juga kurang pada kanak-kanak ini. Mereka kurang faham
perbezaan peranan lelaki dan perempuan, jadi perasaan malu kepada lain jantina
kurang kepada mereka.
Dari Segi Perkembangan Fizikal
Pada peringkat perkembangan fizikal kanak-kanak sindrom down, keupayaan mereka
mengangkat, berjalan, berlari dan melompat adalah tidak sama dengan kanak-kanak
biasa. Bagi kanak-kanak biasa, mereka mampu mengangkat benda-benda yang agak
berat tetapi kanak-kanak sindrom down pula tidak mampu melakukannya kerana otot-
otot mereka agak
lemah, begitu juga dengan keupayaan mereka berjalan, berlari dan melompat. Mereka
tidak mampu melakukan semua itu kerana masalah pada otot-otot mereka dan
kemungkinan juga masalah pada jantung mereka.
Dari Segi Perkembangan Kognitif
Kanak-kanak sindrom down ini kurang mempunyai kemahiran menggunakan bahasa,
angka, pemikiran, penaakulan, pembentukan konsep dan ingatan. Hal ini disebabkan
oleh perkembangan kognitif mereka tidak secepat kanak-kanak biasa, jadi tahap
pemikiran mereka lebih rendah jika dibandingkan dengan kanak-kanak biasa.
Perkembangan intelek kanak-kanak sindrom down adalah lambat dan ukuran
kecerdasan (IQ) mereka dianggarkan di sekitar 70 pada tahun pertama. Namun begitu,
faktor persekitaran boleh mempengaruhi perkembangan intelek kanak-kanak sindrom
down. Misalnya, kanak-kanak sindrom down yang dijaga di pusat-pusat penjagaan
menunjukkan perkembangan yang lambat berbanding mereka yang dibesarkan dalam
persekitaran keluarga di rumah.
Dari Segi Perkembangan Sosial
Perkembangan sosial kanak-kanak sindrom down ini sangat rendah dibandingkan
dengan kanak-kanak biasa. Mereka tidak dapat membezakan peranan antara lelaki dan
perempuan. Selain itu, mereka juga belum faham perbezaan lelaki dan perempuan
walaupun umur mereka sudah belasan tahun. Pergaulan mereka dengan rakan sebaya
juga tidak menampakkan kematangan. Mereka tidak dapat mengikut dan mempraktikkan
disiplin kumpulan dengan baik seperti kanak-kanak biasa.
Dari Segi Personaliti
Kanak-kanak sindrom down selalunya mempunyai personaliti introvert, mereka kurang
aktif dalam pergaulan. Mereka lebih banyak menyendiri, kurang melakukan aktiviti
kumpulan, dan tidak berapa suka dengan orang baru terutamanya yang belum mereka
kenali. Mereka juga sukar diajak berbicara mungkin disebabkan mereka kurang fasih
berbahasa. Adakalanya, mereka kurang percayakan diri sendiri, bersifat pemalu dan
kadang-kadang menjadi pendiam. Walau bagaimanapun, terdapat juga kanak-kanak
sindrom down yang bersifat ekstrovert dan juga ambivert. Mereka yang mempunyai
personaliti sebegini biasanya dipengaruhi oleh faktor persekitaran terutamanya ibu bapa,
keluarga, jiran-jiran dan masyarakat sekeliling. Semua yang berada di sekeliling mereka
akan memberi motivasi kepada kanak-kanak ini supaya lebih berkeyakinan dalam
mengharungi liku-liku hidup bermasyarakat.
MASALAH-MASALAH SAMPINGAN
Masalah Jantung
Kanak-kanak keperluan khas sindrom down mengalami pelbagai masalah kesihatan
terutamanya masalah yang berkaitan dengan organ dalaman seperti jantung dan usus.
3/17/2014 sue PJJ UPSI
http://sue280980.blogspot.com/2012/04/v-behaviorurldefaultvmlo.html 12/21
Masalah jantung yang dihadapi ialah jantung berlubang. Masalah jantung berlubang ini
ada beberapa jenis iaitu Ventricular Septec Defect (VSD) iaitu ada lubang yang kecil di
antara jantung kiri dan kanan.
Selain itu, jenis jantung berlubang yang lain adalah Aptrial Septal Defect (ASD)di mana
ada lubang di antara atria kiri dan kanan. Masalah jantung ini akan menyebabkan darah
tidak dapat mengalir mengikut arahnya kerana darah di bahagian kiri dapat memasuki di
bahagian kanan jantung. Ini memberi kesan yang sakit kepada jantung kanak- kanak
tersebut.
Selain itu, masalah yang dihadapi berkaitan jantung ialah saluran ateriosis berkekalan (
Patent Ductus Ateriosis /PDA) dan juga masalah jantung berlubang kebiruan ( cynotic
spell) iaitu turut menyebabkan kanak-kanak sindrom down itu sukar untuk bernafas.
Masalah ini perlu dirawat melalui perubatan atau pembedahan.
Masalah Usus
Masalah usus yang dihidapi ialah kanak - kanak sindrom down biasanya dikesan
semasa bayi lagi. Di antaranya ialah saluran esofogus yang tidak terbuka (atresia),
biasanya dikesan semasa 1 hingga 2 hari di mana bayi mengalami sukar untuk
menelan air liurnya atau dikesan oleh doktor atau jururawat kerana mereka tidak dapat
memasukkan tiub menyedut air perut semasa baru lahir. Saluran usus kecil duodenum
yang tidak terbuka penyepitan yang dinamakan HirshprungDisease keadaan ini
disebabkan sistem saraf yang tidak normal di bahagian rektum. Kebiasaannya, bayi
akan mengalami masalah ini pada hari kedua atau seterusnya selepas kelahiran di
mana perutnya akan membuncit dan susah untuk membuang air besar. Selain itu,
kanak-kanak ini kemungkinan menghadapi masalah tiada lubang dubur.
Masalah Hipotairoidism dan Kanser
Masalah Hipotairoidism juga boleh berlaku terhadap kanak-kanak sindrom down iaitu
kanak-kanak kekurangan hormon tairod. Kebarangkalian ia berlaku dalam 10% daripada
kanak-kanak sindrom down. Hal ini menyebabkan ketidakstabilan di tulang-tulang kecil
bahagian leher yang boleh menyebabkan berlakunya penyakit lumpuh (ATLANTOAXIL
INSTABILITY). Sebahagian mereka juga mempunyai risiko menghadapi kanser sel putih
iaitu leukemia.
Masalah Perkembangan Pelajaran
Setiap kanak-kanak sindrom down mempunyai perkembangan yang amat perlahan.
Oleh itu, ini menyumbangkan kanak-kanak itu kepada lambat dari pelbagai aspek.
Terutama dari aspek pembelajaran. Secara keseluruhannya, kanak-kanak sindrom
down mengalami kerencatan akal dan kelewatan perkembangan. Bagi kanak-kanak ini
mereka mempunyai tahap kecerdasan intelektual ( IQ) yang tidak melebihi 70. Ini
menyebabkan mereka tidak dapat berfikir dengan lebih baik. Pada peringkat awal
pembesaran, mereka mengalami masalah kelewatan dalam semua aspek
perkembangan iaitu lambat bercakap, berjalan dan lambat dalam perkembangan motor
halus dan kasar. Contohnya, mereka ini lambat dalam berlari berbanding kanak-kanak
biasa. Selain itu, keupayaan motor halus mereka seperti menulis, melukis dan lain-lain
juga amat lambat berkembang. Namun, perkembangan motor halus dan kasar akan
berkembang mengikut tahap umur dan persekitaran mereka.
Dari aspek perkembangan kognitif pula, kanak-kanak sindrom down kurang mempunyai
kemahiran dalam menggunakan bahasa, angka, pemikiran, penaakulan, pembentukan
konsep serta ingatan. Ini disebabkan perkembangan mereka tidak sama dengan kanak-
kanak biasa. Namun, perkembangan sosial mereka amat menggalakkan kerana kanak-
kanak jenis ini sangat periang. Hal ini, menjadikan mereka amat digemari oleh ahli
keluarga mereka.
Masalah Pertuturan dan Bahasa
Kanak-kanak sindrom down biasanya mengalami masalah dalam pertuturan dan
bahasa. Mereka perlu kerap berjumpa dengan pakar terapi pertuturan dan bahasa yang
akan mencadangkan rancangan individu untuk meningkatkan perkembangan kemahiran
bertutur dan bahasa mereka. Kelewatan berbahasa disebabkan oleh kombinasi faktor-
faktor fizikal, persepsi dan kognitif. Sebarang kelewatan dalam pembelajaran untuk
memahami dan menggunakan
3/17/2014 sue PJJ UPSI
http://sue280980.blogspot.com/2012/04/v-behaviorurldefaultvmlo.html 13/21
bahasa akan menjurus kepada kelewatan perkembangan kognitif. Kemahiran
memahami (reseptif) adalah lebih besar berbanding kemahiran ekspresif. Ini bermaksud
kanak-kanak sindrom down lebih memahami bahasa yang didengar berbanding dengan
keupayaan mereka menuturkannya. Sebab itulah keupayaan kognitif mereka sering
dianggap rendah (underestimated).
Kebiasaannya, kanak-kanak sindrom down ini mempunyai kombinasi rongga mulut
yang kecil serta mulut dan otot lidah yang lemah menjadikan lebih sukar untuk
menuturkan perkataan dan ayat yang panjang. Masalah pertuturan dan bahasa akan
menyebabkan kanak-kanak ini kurang mendapat peluang penglibatan dalam aktiviti
bahasa dan perbualan.
Masalah Pendengaran
Antara masalah pertuturan dan bahasa lain yang dihadapi oleh kanak-kanak sindrom
down berpunca daripada masalah ingatan jangka pendek pendengaran dan kemahiran
memproses pendengaran. Ingatan jangka pendek pendengaran adalah stor ingatan
yang digunakan untuk menyimpan, memproses, memahami dan menyerap bahasa
lisan selama cukup untuk memberi tindak balas terhadapnya. Kekurangan ingatan
jangka pendek pendengaran ini akan memberi kesan terhadap keupayaan kanak-kanak
memberi tindak balas terhadap bahasa pertuturan yang didengar terutamanya
memahami dan bertindak balas terhadap arahan lisan.
Ternyata, ramai kanak-kanak sindrom down mengalami masalah pendengaran,
terutamanya pada peringkat awal kanak-kanak. Hampir 20% yang mengalaminya
kehilangan sensorineural akibat daripada kecacatan perkembangan dalam telinga dan
saraf pendengaran. Manakala lebih 50% berkemungkinan mengalami kehilangan
pendengaran konduktif, kesan daripada jangkitan pada respiratory tract.
RAWATAN PAKAR-PAKAR YANG DILIBATKAN
Sehingga kini masih belum ada ubat untuk merawat sindrom down. Namun masih ada
beberapa terapi untuk kanak-kanak ataupun orang yang mempunyai sindrom down bagi
perkembangan dari aspek sosial, kognitif, dan emosi. Antara contohnya, ialah terapi
berkuda dan terapi urut.
Terapi Kuda
Menurut Mc Callum, terapi berkuda memiliki tiga faedah utama iaitu bersukan,
pendidikan serta perubatan. Ketiga-tiga perkara tersebut amat diperlukan dalam
pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak sindrom down. Menurut Chassigne pula,
menunggang kuda sebagai terapi dapat membantu kanak-kanak ini dalam membaiki
imbangan, menguatkan otot, membentuk kelembutan dan juga ia dapat mendorong
semangat penunggang. Melalui aktiviti ini berkuda ini, kanak-kanak sindrom down dapat
menanam keberanian dan keyakinan kerana mereka dapat menyentuh dan
menunggang .kuda tersebut. Selain itu, ia dapat melatih kanak-kanak ini mematuhi
disiplin kerana untuk menunggang kuda perlu disiplin yang tinggi di mana kanak-kanak
sindrom down mesti mendengar arahan jurulatih supaya mereka dapat menyesuaikan
diri dengan kuda. Tambahan lagi, mereka dapat pendedahan kepada persekitaran dan
masyarakat semasa berada di kawasan ladang kuda . Hal ini, meningkatkan
perkembangan sosial kanak-kanak ini. Terapi ini juga membina sikap bertanggungjawab
dalam diri mereka kerana semasa menunggang kuda mereka perlu membelai kuda
tersebut supaya kuda itu terasa tidak terancam.
Terapi Air
Terapi ini sesuai untuk kanak-kanak sindrom down dalam perkembangan fizikal dan
motor halus dan motor kasarnya. Selain itu, otot-otot dan otak juga dapat
dirangsangkan. Hal ini kerana pergerakan di dalam air lebih mudah dan bebas serta
tidak dibebani seperti keperluan alat sokongan yang menghadkan pergerakan. Melalui
aktiviti ini, kanak-kanak sindrom down dapat memperkembangkan sistem kognitif
mereka di mana semasa dalam air mereka perlu menggunakan beberapa anggota
badan ataupun sistem pernafasan dalam satu masa. Oleh itu, mereka dapat selarikan
3/17/2014 sue PJJ UPSI
http://sue280980.blogspot.com/2012/04/v-behaviorurldefaultvmlo.html 14/21
pergerakan badan dan sistem pernafasan dalam keadaan stabil. Air dapat memberi
ketenangan kepada kanak-kanak sindrom down. Maka, kaedah ini dapat membantu
mereka dalam pengawalan emosi. Selain itu, aktiviti ini dapat membina kemahiran
sosial mereka juga, di mana mereka terdedah dengan persekitaran luar yang
mendamaikan dan mententeramkan hati mereka.
Terapi Cara Kerja
Terapi ini adalah sejenis pemulihan untuk memperbaiki kualiti hidup seseorang. Terapi
ini tertumpu kepada memperbaiki kebolehan menjalankan aktiviti kehidupan harian,
penjagaan diri dan kemandiri di tempat kerja dan riadah. Terapi ini melibatkan penilaian
kognitif dan persepsi kanak-kanak sindrom down dan kebolehan menjalankan tugas
harian seperti berjalan, mandi, memakai baju dan membuat kerja rumah. Terapi cara
kerja mengembangkan semua aspek di mana mereka perlu melakukan tugas harian.
Lazimnya, terapi ini diajar di sekolah bagi mata pelajaran Kemahiran Hidup.
Terapi Urut
Terapi urut ini dapat meningkatkan kekuatan otot, meningkatkan pembentukan otot bagi
kaki dan tangan hasil daripada stimulasi tekanan. Selain itu, peningkatan aktiviti fungsi
motor halus dan keseluruhan, pergerakan dan koordinasi. Hal ini dapat mengawal
postur badan. Terapi ini boleh dilakukan oleh ibu bapa kerana urutan yang kerap dapat
mempercepatkan perkembangan motor-motor halusnya seperti memegang, menulis
dan sebagainya. Ibu bapa boleh mempelajari urutan ini daripada pakar urut. Pakar ini
dapat mengajar dengan cara yang betul dalam mengurut kanak-kanak keperluan
sindrom down.
Rawatan Pemulihan
Tujuan rawatan pemulihan adalah untuk membantu kanak-kanak tersebut mencapai
keupayaan dan perkembangan maksima serta mampu berdikari. Program pemulihan
boleh didapati di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) atau di pusat-pusat anjuran
pertubuhan sukarela bukan kerajaan. Maklumat lanjut boleh didapati dari pusat sumber
tempatan seperti: hospital (klinik kanak-kanak), klinik kesihatan, Pejabat Kebajikan
Masyarakat atau Pejabat Pendidikan (Unit Pendidikan Khas).
Kanak-kanak ini perlu didaftarkan seawal mungkin di Jabatan Kebajikan Masyarakat dan
Jabatan Pendidikan. Ini bagi memudahkan ia mendapat jagaan kesihatan, kebajikan dan
penempatan di sekolah-sekolah khas supaya mereka mendapat pendidikan yang
sempurna. Doktor yang merawat perlu mengisi borang-borang tertentu untuk
memudahkan merancang program intervensi awal.
Kanak-kanak yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat layak untuk
mendapat beberapa keistimewaan rawatan kesihatan dari klinik atau hospital kerajaan.
PELAN TINDAKAN BAGI MEMBANTU KANAK-KANAK SINDROM DOWN
Kanak-kanak sindrom down boleh mengikuti pelajaran dengan baik sekiranya mendapat
sokongan dan peluang yang bersesuaian. Kanak-kanak sindrom down memerlukan
kurikulum yang diubah suai dengan keupayaan mereka kerana mereka mempunyai
profil pembelajaran khusus dengan ciri-ciri kekuatan dan kelemahan yang tersendiri.
Kesedaran guru terhadap faktor-faktor yang membantu dan menghalang pembelajaran
membolehkan guru merancang dan melaksanakan program dan aktiviti pembelajaran
yang bermakna dan berkesan.
Faktor utama yang boleh membantu pembelajaran bagi kanak-kanak sindrom down
adalah kesedaran visual dan kemahiran pembelajaran visual. Di antaranya termasuklah;
i. Kebolehan belajar dan menggunakan isyarat, gerak tubuh, dan sokongan
visual
ii. Kebolehan untuk belajar dan menggunakan tulisan
iii. Model tingkah laku dan sikap yang ditunjukkan oleh rakan sebaya dan orang
dewasa
iv. Belajar daripada kurikulum dan aktiviti hands-on.
3/17/2014 sue PJJ UPSI
http://sue280980.blogspot.com/2012/04/v-behaviorurldefaultvmlo.html 15/21
DEFINISI AUTISME
Istilah autism berasal dari perkataan autos yang bermakna diri sendiri dan isme yang
bermaksud aliran. Ini bermakna autism membawa maksud kanak-kanak berada dalam
dunianya sendiri. Autisme adalah ketidakupayaan yang rencam yang pada
kebiasaannya kelihatan pada masa kanak-kanak itu belum meningkat umur tiga tahun.
Keadaan ini adalah kesan daripada kecelaruan neurological yang mengganggu fungsi
otak. Autisme dan tingkah laku yang berkaitan dengannya dianggarkan terdapat dalam 1
daripada 500 individu. Kekerapan kanak-kanak lelaki mengalami autisme adalah empat
kali ganda daripada kanak-kanak perempuan.
Dari segi konsepnya, autisme adalah berpunca daripada kecelaruan neurological otak
sehingga menjejas kefungsian otak dalam aspek-aspek kognitif, bahasa dan
komunikasi, sosial dan emosi.
Autisme adalah gangguan perkembangan yang sangat kompleks pada anak, yang
gejalanya sudah timbul sebelum anak itu mencapai usia tiga tahun. Penyebab autisme
adalah gangguan neurobiologis yang mempengaruhi fungsi otak sedemikian rupa
sehingga anak tidak mampu berinteraksi dan berkomunikasi dengan dunia luar secara
efektif.
Gejala yang sangat menonjol adalah sikap anak yang cenderung tidak mempedulikan
lingkungan dan orang-orang di sekitarnya, seolah menolak berkomunikasi dan
berinteraksi, serta seakan hidup dalam dunianya sendiri. Anak autistik juga mengalami
kesulitan dalam memahami bahasa dan berkomunikasi secara verbal. Disamping itu,
kanak-kanak autisme seringkali (prilaku stimulasi diri) seperti berputar-putar, mengepak-
ngepakkan tangan seperti sayap, berjalan berjinjit dan sebagainya.
Gejala autisme juga sangat bervariasi. Ada sesetengahnya, kanak-kanak ini berperilaku
hiperaktif dan agresif atau menyakiti diri, tapi ada pula yang pasif. Mereka sangat
cenderung mengendalikan emosinya dan sering tempertantrum (menangis dan
mengamuk). Kadang-kadang mereka menangis, tertawa atau marah-marah tanpa
sebab yang jelas.
JENIS-JENIS KEPERLUAN KHAS AUTISME
Dari Segi Komunikasi
Bagi kanak-kanak autisme, mereka kelihatan seperti bermasalah pendengaran kerana
tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh orang lain terhadapnya. Perkembangan
bahasa kanak-kanak ini agak lambat ataupun tiada langsung dan amat jarang
menggunakan bahasa dalam aktiviti seharian. Selain itu, kanak-kanak autisme juga
sukar diajak bercakap. Namun, kadang kala mereka dapat menuturkan sesuatu tetapi
hanya buat seketika sahaja. Apabila didengar perkataan atau jawapan yang dituturkan,
ianya adalah tidak sesuai dengan pertanyaan yang dikemukakan. Ini bermakna, kanak-
kanak autisme tidak faham maksud sesuatu soalan yang dikemukakan kerana bahasa
yang dikeluarkan tidak dapat difahami oleh orang biasa. Walau bagaimanapun, kanak-
kanak autisme suka meniru perbualan ataupun nyanyian tanpa mengerti akan
maksudnya dan menarik tangan orang lain apabila meminta sesuatu.
Dari Segi Interaksi Sosial
Interaksi sosial kanak-kanak autisme dapat digolongkan sebagai sangat sukar dan
ekstrem kerana mereka amat suka bersendirian, menjauhkan diri dan duduk di suatu
sudut yang terasing. Kanak-kanak autisme tidak gemar bermain dengan rakan sebaya
dan sering menolak ajakan rakannya. Selain itu juga, kanak-kanak ini tiada kontak mata
dan sentiasa mengelak daripada memandang orang lain.
Dari Segi Gangguan Deria
Kanak-kanak autisme mudah terangsang pada gangguan deria seperti amat sensitif
pada sentuhan. Kanak-kanak ini amat sensitif terhadap bunyi yang kuat sehingga
menutup telinga mereka apabila mendengarnya. Kanak-kanak ini juga tidak suka
dipegang ataupun dipeluk sesiapa. Namun begitu, mereka suka mencium dan menjilat
3/17/2014 sue PJJ UPSI
http://sue280980.blogspot.com/2012/04/v-behaviorurldefaultvmlo.html 16/21
mainan atau benda lain yang disukainya. Mereka ini juga dikatakan kurang sensitif pada
rasa sakit atau takutkan sesuatu seperti kanak-kanak biasa yang sebaya dengannya.
Dari Segi Tingkah laku
Kanak-kanak autisme sering melakukan perbuatan ataupun gerakan yang sama dan
berulang-ulang seperti bergoyang-goyang, mengepak-ngepakkan tangan dan menepuk-
nepuk tangan, berputar-putar, mendekatkan mata ke televisyen, berlari atau berjalan
mundar-mandir. Kanak-kanak ini tidak suka pada perubahan (daripada apa yang sedang
dilakukannya) dan dapat duduk dalam jangka masa yang lama tanpa berbuat apa-apa
dan tanpa sebarang reaksi. Ada kalanya, kanak-kanak autisme suka mencederakan
dirinya seperti menghantuk kepala, menggigit jari, tangan atau pergelangan tangan,
menggaru atau menggosok dengan kuat.
Dari Segi Emosi
Emosi kanak-kanak autisme sangat sukar diramal dan sering berubah-ubah. Kanak-
kanak autisme dikatakan sering marah, ketawa, dan menangis tanpa sebab. Mereka
suka mengamuk jika kemahuannya tidak dituruti atau dilarang daripada melakukan
sesuatu yang diingininya. Sekiranya emosi kanak-kanak autisme terganggu, mereka
akan merosakkan apa sahaja yang ada di sekitarnya dan menyerang sesiapa sahaja
yang duduk berhampiran dengannya. Ada kalanya juga kanak-kanak ini suka
mencederakan dirinya sendiri, tidak mempunyai rasa simpati dan tidak memahami
perasaan orang lain di sekitarnya.
-MASALAH SAMPINGAN
Masalah Perkembangan Kognitif
Perkembangan kognitif kanak-kanak autisme adalah berbeza dengan kanak-kanak lain.
Walaupun kebanyakan kanak-kanak autisme mempunyai daya kognitif yang lemah,
namun terdapat sebahagian kecil daripada mereka yang mempunyai keupayaan kognitif
yang tinggi dan juga bakat yang mengkagumkan. Kebanyakan individu autisme
mempunyai tumpuan yang singkat atau terhad, namun begitu keadaan ini tidak pula
berlaku apabila mereka member tumpuan yang berlebihan kepada perkara yang mereka
sukai. Keadaan ini dikenali sebagai stimulus overselectivity iaitu perkara atau
rangsangan yang menjadi tumpuan secara berlebihan. Mereka mungkin tertarik dan
memberi tumpuan kepada satu aspek daripada satu perkara yang sepatutnya dilihat
secara menyeluruh.
Kanak-kanak autisme berkeupayaan menerima input daripada deria tetapi mereka tidak
berupaya memilih maklumat yang penting. Oleh itu, maklumat awal ini akan dikekalkan
dalam bentuk yang asal (uncoded form). Bagi kanak-kanak autisme, mereka tidak boleh
mengekalkan maklumat dalam jangka masa yang lama dan juga tidak berupaya
membuat penyesuaian terhadap maklumat untuk proses pembelajaran.
Selain itu, kanak-kanak autisme tidak mampu menumpukan perhatian kepada perkara-
perkara kecil yang boleh dikaitkan dengan ingatan masa lalu dan mengimbas kembali
untuk melihat perkara yang telah berlaku. Oleh yang demikian, kanak-kanak autisme
juga tidak mampu melihat perkaitan antara dua perkara. Sebab itulah mereka sukar
membuat atau memahami jenaka, membuat analogi dan tidak memahami bahasa
kiasan.
Masalah Perkembangan Bahasa
Bahasa bagi kanak-kanak autisme adalah terhad dan tidak fleksibel. Bagi mereka yang
boleh bertutur, kanak-kanak ini banyak bergantung kepada ingatan secara hafalan
daripada menggunakan peraturan asas bahasa secara kreatif. Topik perbualan kanak-
kanak autisme adalah terhad di samping bermasalah dalam bahasa badan (gesture)
yang bersesuaian.
Masalah bahasa bagi kanak-kanak autisme dapat dibahagikan seperti berikut:
(a) Nonsegmental Phonology
Kanak-kanak autisme lemah dalam menghasilkan pertuturan yang
nonsegmental atau dikenali juga sebagai prosodi. Kelainan prosodi yang
ditunjukkan adalah seperti irama yang stereotaip atau berlagu-lagu dengan
3/17/2014 sue PJJ UPSI
http://sue280980.blogspot.com/2012/04/v-behaviorurldefaultvmlo.html 17/21
bunyi yang dipanjangkan secara berlebihan, pengeluaran bunyi vocal yang
berubah-ubah turun naiknya dan tidak seperti biasa, pertuturan yang
monotonus dengan nada suara yang terhad dan tidak menunjukkan perbezaan
dalam intonasi dalam percakapan.
(b) Bahasa Idiosinkratik
Kanak-kanak autisme dikatakan mempunyai bahasa mereka yang tersendiri,
iaitu yang bermaksud perkataan dan frasa yang dikeluarkan adalah unik.
Semua bentuk bahasa yang dikeluarkan menunjukkan proses semantik yang
ganjil dan kekurangan dalam kefahaman. Mereka berkecenderungan
mengingati perkataan-perkataan yang mereka belajar pertama kalinya, tetapi
gagal membuat generalisasi untuk menggunakan perkataan tersebut dalam
situasi yang baru.
(c) Masalah Kata Ganti Nama
Penggunaan kata ganti nama dalam pertuturan kanak-kanak autisme kerap
menimbulkan kekeliruan terutamanya yang melibatkan rujukan jantina seperti
he atau she. Kata ganti nama kedua you digunakan untuk dirinya dan I
untuk orang lain. Keadaan ini berlaku kerana kanak-kanak autisme sukar
memahami dan menggunakan perkataan yang berubah maknanya mengikut
konteks.
(d) Ekolalia
Ekolalia bermaksud kanak-kanak autisme mengulang-ulang apa yang
dicakapkan tanpa niat untuk berkomunikasi dan berlaku secara automatik.
Terdapat pelbagai jenis ekolalia seperti ekolalia serta merta (immediate
ecolalia) iaitu pengulangan yang tepat dan serta-merta apabila perkataan
disebut, ekolalia lewat (delayed acolalia) iaitu diucapkan agak lewat atau agak
lama selepas perkataan disebut dan ekolalia ringan (mitigated) iaitu
pengulangan segera tetapi terdapat perubahan apa yang dipertuturkan.
Walaupun kanak-kanak lain juga ada kalanya mengalami ekolalia, namun bagi kanak-
kanak autisme ekolalia terjadi dengan kekerapan yang tinggi dan dalam jangka masa
yang lama (mungkin hingga agak dewasa). Mereka juga kurang faham apa yang
didengar dan akan meniru sahaja sebutan berkenaan.
Masalah Perkembangan Komunikasi
Kanak-kanak autisme tidak mempunyai sebarang niat dan keinginan untuk
berkomunikasi dengan orang lain. Mereka tidak akan memberitahu atau menunjuk
kepada barang yang dikehendaki, sebaliknya memegang tangan bapa atau ibu dan
membawanya ke tempat barang itu. Sangat sukar mendapat perhatian mereka ketika
bercakap dan mereka juga tidak memberi perhatian terhadap apa yang orang lain
sedang lakukan. Kanak-kanak autisme juga sukar memahami bahasa badan dan juga
ekspresi orang lain. Sebab itulah mereka tidak dapat mentafsir dengan tepat perasaan
orang lain dan kerap memberi tindak balas yang tidak sesuai atau salah.
Masalah Perkembangan Sosial
Kanak-kanak autisme menjadi handikap apabila berinteraksi dengan orang lain. Mereka
kerap dikatakan cuba mengelak daripada bertentang mata ketika bercakap, tidak mahu
memulakan perbualan dan tidak suka bermain dengan rakan-rakan lain. Sesetengah
kanak-kanak autisme
kurang berupaya meniru apa yang orang lain buat kepada mereka. Misalnya, mereka
tidak senyum apabila orang lain senyum kepadanya, tidak membalas lambaian atau
tidak bertepuk tangan ketika semua orang bertepuk tangan.
Masalah tingkah laku sosial kanak-kanak autisme dapat dikategorikan kepada tiga iaitu:
(a) Penghindaran sosial (social avoidant), iaitu individu autisme akan mengelak
daripada sebarang bentuk interaksi sosial. Kerap kali mereka akan menjauhkan
diri apabila ada orang hendak berinteraksi dengan mereka.
(b) Bersikap tidak acuh/peduli (socially indifferent) iaitu mengambil sikap tidak peduli
dengan keadaan sekelilingnya walaupun tidak pula menghindari daripada
pergaulan. Mereka hanya berinteraksi dengan orang lain apabila memerlukan
sesuatu daripada orang itu.
(c) Kekok atau janggal ketika bersosial (socially awkward) berlaku apabila individu
3/17/2014 sue PJJ UPSI
http://sue280980.blogspot.com/2012/04/v-behaviorurldefaultvmlo.html 18/21
autisme cuba berkawan tetapi tidak berupaya mengekalkan hubungan itu.
Keadaan ini berlaku kerana mereka hanya bercakap tentang diri sendiri dan tidak
memahami bahawa orang lain juga mempunyai idea, perasaan, kepercayaan,
sikap dan emosi. Oleh itu, mereka tidak dapat menjangkakan apa yang akan
disebut atau dibuat oleh orang lain dalam pelbagai situasi sosial.
Kanak-kanak autisme perlu diberi bimbingan dan dorongan untuk meningkatkan tingkah
laku positif dan mengurangkan tingkah laku yang kurang sesuai. Mereka perlu diberi
peluang bergaul dengan rakan sebaya lain yang bukan autisme supaya mereka dapat
belajar bergaul dan mempelajari kemahiran sosial yang dijangka berlaku dalam situasi
sebenar.
Masalah Perkembangan Emosi
Kanak-kanak autisme sukar membuat hubungan secara emosi dengan orang lain
kerana mereka tidak sedar bahawa perasaan tertentu boleh ditunjukkan dalam cara
yang tidak disalah faham. Sebagai contoh, kanak-kanak autisme dianggap telah
menunjukkan emosinya apabila kelihatan ketawa geli hati seorang diri. Namun,
persoalannya adalah sama ada tingkah laku itu wujud dalam keadaan sosial yang betul.
Individu autisme juga tidak menyembunyikan perasaan suka atau tidak suka kepada
orang lain dan ada kalanya menunjukkan kemesraan yang melampau. Selain itu,
individu autisme menunjukkan beberapa ekspresi muka yang berbeza-beza, kedudukan
(posture) badan yang kaku dan suara yang mendatar atau monotonous.
Secara kesimpulannya, kanak-kanak autisme sememangnya secara semula jadi
kurang berminat untuk berkomunikasi dengan orang lain.
RAWATAN PAKAR-PAKAR YANG DILIBATKAN
Terapi dengan Pendekatan Psikodinamis
Pendekatan terapi berorientasi psikodinamis terhadap individu autisme berdasarkan
asumsi bahawa penyebab autisme adalah adanya penolakan dan sikap orang tua yang
dingin dalam mengasuh anak. Terapi Bettelheim dilakukan dengan menjauhkan anak
dari kediaman dan pengawasan orang tua. Kini terapi dengan pendekatan psikodinamis
tidak begitu lazim digunakan kerana asumsi dasar dari pendekatan ini telah disangkal
oleh bukti-bukti yang menyatakan bahawa autisme bukanlah akibat salah asuhan
melainkan disebabkan oleh gangguan fungsi otak. Pendekatan yang berorientasi Psiko-
dinamis didominasi oleh teori-teori awal yang memandang autisme sebagai suatu
masalah ketidakteraturan emosional.
Terapi Dengan Intervensi Behavioral
Pendekatan Behavioral telah terbukti dapat memperbaiki perilaku individu autisme.
Pendekatan ini merupakan variasi dan pengembangan teori belajar yang semula hanya
terbatas pada sistem pengelolaan ganjaran dan hukuman (reward and punishment).
Prinsipnya adalah mengajarkan perilaku yang sesuai dan diharapkan serta mengurangi
perilaku-perilaku yang salah pada individu autisme. Pendekatan ini juga menekankan
pada pendidikan khusus yang difokuskan pada pengembangan kemampuan akademik
dan keahlian-keahlian yang berhubungan dengan pendidikan. Pada masa ini ada
beberapa sistem behavioral yang diterapkan pada individu dengan keperluan khusus
seperti autisme:
1. Operant Conditioning (konsep belajar operan).
Pendekatan operan merupakan penerapan prinsip-prinsip teori belajar
secara langsung. Prinsip pemberian ganjaran dan hukuman: perilaku yang
positif akan mendapatkan konsekuensi positif (reward), sebaliknya perilaku
negatif akan mendapat konsekuensi negatif (punishment). Oleh yang
demikian, diharapkan tujuan
utama dari pendekatan ini iaitu mengembangkan dan meningkatkan perilaku
positif, serta mengurangi perilaku negatif yang tidak produktif.
2. Cognitive Learning (konsep belajar kognitif).
3/17/2014 sue PJJ UPSI
http://sue280980.blogspot.com/2012/04/v-behaviorurldefaultvmlo.html 19/21
Struktur pengajaran pada pendekatan ini sedikit berbeza dengan konsep
belajar operan. Fokusnya lebih kepada seberapa baik pemahaman individu
autisme terhadap apa yang diharapkan oleh lingkungan. Pendekatan ini
menggunakan ganjaran dan hukuman untuk lebih menegaskan apa yang
diharapkan lingkungan terhadap anak autistik. Fokusnya adalah pada
seberapa baik seorang penderita autistik dapat memahami lingkungan di
sekitarnya dan apa yang diharapkan oleh lingkungan tersebut terhadap
dirinya. Latihan relaksasi merupakan bentuk lain dari pendekatan kognitif.
Latihan ini difokuskan pada kesedaran dengan menggunakan tarikan nafas
panjang, pelemasan otot-otot, dan perumpamaan visual untuk meneutralkan
kegelisahan.
3. Social Learning (konsep belajar sosial).
Ketidakmampuan dalam menjalin interaksi sosial merupakan masalah
utama dalam autisme, kerana itu pendekatan ini menekankan betapa
pentingnya pelatihan keterampilan sosial (social skills training). Teknik yang
sering digunakan dalam mengajarkan perilaku sosial positif antara lain:
modelling (pemberian contoh), role playing (permainan peran), dan rehearsal
(latihan/pengulangan). Pendekatan belajar sosial mengkaji perilaku dalam hal
konteks sosial dan implikasinya dalam fungsi personal.
Terapi Wicara
Hampir semua kanak-kanak autisme mempunyai kesulitan dalam berbicara atau
bercakap dan berbahasa. Biasanya hal inilah yang paling menonjol, banyak pula individu
autistic yang non-verbal atau kemampuan berbicaranya sangat kurang. Kadang-kadang
percakapannya cukup berkembang, namun mereka tidak mampu untuk memakai
percakapannya untuk berkomunikasi atau berinteraksi dengan orang lain. Dalam hal ini,
terapi wicara dan berbahasa akan dapat menolong kanak-kanak autisme.
Terapi Okupasi
Hampir semua kanak-kanak autisme mempunyai kelambatan dalam perkembangan
motorik halus. Gerak-geriknya mereka kaku dan kasar, mereka kesulitan untuk
memegang pensel dengan cara yang benar, kesulitan untuk memegang senduk dan
menyuap makanan ke dalam mulutnya, dan sebagainya. Oleh yang demikian, terapi
okupasi sangat penting untuk melatih serta menggunakan otot -otot halusnya dengan
lebih berkesan.
Terapi Sosial
Kekurangan yang paling ketara bagi individu autisme adalah dalam bidang komunikasi
dan interaksi. Kebanyakan kanak-anak autisme memerlukan pertolongan dalam
ketrampilan berkomunikasi di antara dua arah, mendapatkan kawan dan bermain
bersama di tempat permainan. Seorang pakar sosial boleh membantu dengan
memberikan fasilitator pada mereka untuk bergaul dengan teman-teman sebaya dan
mengajar cara bergaul dan berkomunikasi dengan cara yang betul.
Terapi Biomedik
Terapi biomedik dikembangkan oleh kelompok doktor yang tergabung dalam DAN
(Defeat Autism Now). Banyak dari para perintisnya mempunyai anak autistik. Mereka
sangat gigih melakukan riset dan menemukan bahawa gejala-gejala anak ini datangnya
daripada gangguan metabolisme yang terdapat pada gangguan fungsi otak. Oleh itu,
anak-anak ini diperiksa secara intensif, pemeriksaan, darah, urin, dan rambut. Semua
perkara abnormal yang diperolehi dapat diselesaikan, sehingga otak menjadi bersih
daripada sebarang gangguan. Ternyata lebih ramai anak-anak ini menunjukkan
kemajuan apabila mendapatkan terapi yang komprehensif, iaitu terapi dari luar dan dari
dalam tubuh sendiri (biomedis).
PELAN TINDAKAN BAGI MEMBANTU KANAK-KANAK AUTISME
Kanak-kanak autisme boleh dididik melalui program pendidikan yang bersepadu dan
3/17/2014 sue PJJ UPSI
http://sue280980.blogspot.com/2012/04/v-behaviorurldefaultvmlo.html 20/21
terancang. Keunikan corak pembelajaran mereka adalah disebabkan kepelbagaian atau
kerencaman masalah lain yang berkait dengan masalah autisme itu sendiri seperti
masalah tingkah laku, emosi, komunikasi, sosial dan kognitif. Kanak-kanak ini diajar oleh
guru-guru yang terlatih
dalam bidang pendidikan khas. Bagi mencapai objektif pembelajaran kanak-kanak
autisme ini, semua pihak yang terlibat terutamanya guru-guru hendaklah mempunyai
kerjasama yang erat dengan ibu bapa. Matlamat utama adalah supaya kemahiran dan
pendekatan yang diajar di sekolah diteruskan dan diaplikasikan oleh ibu bapa di rumah
terutamanya dalam aspek pengurusan tingkah laku.
Kanak-kanak autisme yang menunjukkan prestasi yang baik di dalam kelasnya diberi
peluang untuk meningkatkan lagi keupayaannya melalui program pendidikan inklusif.
Pelajar ini akan ditempatkan di dalam kelas normal untuk belajar bersama-sama
dengan rakan sebaya lain yang normal. Pada peringkat awal, kanak-kanak ini akan
ditemani oleh guru pendidikan khasnya yang dikenali sebagai guru pendamping. Guru
pendamping akan membantu kanak-kanak ini belajar dan juga menyesuaikan diri di
dalam kelas barunya. Selain itu, guru pendamping juga akan membantu guru kelas
merancang pembelajaran dan membina bahan bantu mengajar.
Kurikulum untuk kanak-kanak autisme adalah sama seperti kanak-kanak berkeperluan
khas yang lain juga. Apabila kanak-kanak ini ditempatkan di dalam kelas PKBP, ia akan
mengikuti pelajarannya mengikut kurikulum Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
yang telah disediakan oleh Jabatan Pendidikan Khas. Dalam hal ini, kanak-kanak autistik
tidak memerlukan pengubahsuaian kurikulum kerana semasa proses pengajaran dan
pembelajaran guru akan membantu pelajar mengikut keperluan mereka. Bagi kanak-
kanak autisme, keperluan pembelajaran pada peringkat awal adalah melibatkan kawalan
tingkah laku yang kurang sesuai, kemahiran sosial dan juga komunikasi.
Komponen-komponen dalam kurikulum pendidikan khas masalah pembelajaran adalah
seperti bidang-bidang Pengurusan Kehidupan, Akademik Berfungsi, Kerohanian dan
Nilai-nilai Murni, dan bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti. Guru akan menyampaikan
pengajarannya mengikut tahap keupayaan murid dan tidak begitu terikat dengan sukatan
pelajaran. Sebab itulah sukatan pelajaran bagi Program Khas Masalah Pembelajaran
digabungkan sekali bagi sekolah rendah dan sekolah menengah.
Penilaian bagi kanak-kanak autisme adalah secara berterusan melalui Rancangan
Pengajaran Individu (RPI). Melalui RPI, guru dapat mengetahui prestasi pelajarnya sama
ada telah menguasai sesuatu kemahiran yang telah diajar atau telah meninggalkan
tingkah laku kurang sesuai yang guru kehendaki. Selain itu, penilaian juga dibuat melalui
ujian-ujian dan pemerhatian guru di dalam dan di luar kelas.
KESIMPULAN
Keperluan kanak-kanak khas berbeza daripada kanak-kanak yang sebaya dengan
mereka dalam beberapa aspek penting, malah mereka juga mempunyai perbezaan
dalam pola perkembangan masing-masing. Perbezaan keperluan ini perlu diberi status
yang sesuai dan mereka yang terlibat dalam pendidikan khas perlu digalakkan bagi
membuat peruntukan khas bagi memenuhi keperluan tersebut dan bukannya dikritik.
Guru di kelas biasa juga turut memainkan peranan penting dengan membantu
mengenal pasti murid dengan masalah pembelajaran atau mungkin menerima murid
yang dikenal pasti tergolong dalam kategori sindrom down dan autisme itu. Walau
dalam situasi bagaimana sekalipun, murid dengan keperluan khas ini perlu dilihat dan
dilayan seperti murid normal yang lain.
Guru perlu mendapatkan semua sumber maklumat yang boleh diperoleh, termasuk ibu
bapa, doctor, pakar, perpustakaan dan sumber komuniti serta persatuan bagi
membantu murid tersebut. Jika tingkah laku murid berkeperluan khas itu di luar
kepakaran guru, guru hendaklah merujuk murid dan keluarga kepada sumber komuniti
bagi mendapatkan diagnos dan rawatan khas. Oleh itu, penting bagi sekolah pihak
sekolah memastikan pelbagai agensi turut berganding bahu bagi membantu kanak-
kanak berkeperluan khas ini, termasuk daripada pihak kebajikan dan organisasi sukarela
supaya pendidikan yang relevan dengan kanak-kanak itu dapat disediakan. Ini kerana
peranan agensi-agensi ini dalam mendidik kanak-kanak kurang upaya tidak dapat
dinafikan.
Membiarkan golongan istimewa atau kanak-kanak berkeperluan khas berkeadaan
sentiasa lemah dalam sesuatu perkara menyebabkan mereka berkeadaan tidak
bersemangat dan tidak ada kekuatan diri bagi meningkatkan potensi yang mungkin ada
pada mereka. Kesabaran membimbing dan mengajar anak-anak istimewa ini amat
3/17/2014 sue PJJ UPSI
http://sue280980.blogspot.com/2012/04/v-behaviorurldefaultvmlo.html 21/21
Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)
Posted by sue at 07:04
penting supaya mereka terus berkeyakinan dan bersemangat mempelajari sesuatu
perkara yang diminati. Kerajaan Malaysia telah membuktikan iltizamnya dengan
merealisasikan agenda bagi golongan istimewa dan Proklamasi ke atas kesaksamaan
dan penyertaan penuh bagi Orang Kurang Upaya di Rantau Asia dan Pasifik.
Tanggungjawab mendidik kanak-kanak istimewa ini adalah tanggungjawab yang perlu
dipikul bersama baik oleh guru, ibu bapa mahupun masyarakat keseluruhannya.
RUJUKAN
1. Jamila K.A.Mohamed (2005). Pendidikan Khas untuk Kanak-Kanak
Istimewa, Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
2. Mohd.Sharani Ahmad (2006). Mengurus Kanak-Kanak yang Susah
Belajar, Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
3. Mok Soon Sang (2009). Perkembangan Kanak-Kanak. Selangor :
Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.
4. Modul HBSL1103 Pengenalan Pendidikan Kanak-Kanak Masalah
Pembelajaran. Universiti Terbuka Malaysia (OUM).
5. Modul HBSE1103 Pengenalan Pendidikan Khas. Universiti Terbuka Malaysia
(OUM).
Recommend this on Google
Enter your comment...
Comment as:
Google Account
Publish

Preview
No comments:
Post a Comment
There was an error in this gadget
Watermark template. Powered by Blogger.

Anda mungkin juga menyukai