Anda di halaman 1dari 3

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH

PISMP Sem 2/ Tahun2



Tutorial 6


Asas Photoshop ini akan mendedahkan kepada anda cara menyunting gambar supaya dapat
digunakan sebagai bahan tayangan dalam persembahan elektronik.

Cara untuk mengedit gambar untuk menjadi transparen
(Latar Belakang sama warna)

1. Buka fail gambar yang hendak diedit.
2. Pastikan latar belakang adalah sama warna.



3. Gunakan alat Magic Wand
4. Heret tetikus ke kawasan berwarna putih pada latar belakang epal.
5. Duplicate layer
6. Tekan butang Delete
7. Hilangkan mata pada panel layer asal
8. Save kan bahan anda dalam format gif atau png.

Cara untuk mengedit gambar untuk menjadi transparen
(Latar Belakang tidak sama warna)

1. Buka fail gambar yang hendak diedit.



2. Gunakan alat Polygonal Lasso Tool
3. Heret tetikus ke gambar kartun yang sedang berlari sehingga ke seluruh badan kartun.
4. Klik Select > Inverse
5. Duplicate layer
6. Tekan butang Delete
7. Hilangkan mata pada panel layer yang asal
8. Save kan bahan anda dalam format gif atau png.


Cara untuk mengedit Tulisan yang menjadikan gambar sebagai latarbelakang

1. Buka fail baru dengan memilih saiz kanvas yang sesuai.
2. Gunakan alat Horizontal Type Tool
3. Taipkan nama anda menggunakan jenis dan saiz fon yang sesuai.

4. Buka fail gambar yang hendak dijadikan latar belakang fon
5. Gunakan alat Rectangular Marquee Tool untuk membuat pilihan.
6. Alih ke fail text semula
7. Gunakan Magic Wand dengan memilih semua fon
8. Paste kan menggunakan Edit> Paste Into
9. Jika perlu, saiz gambar yang ditampal boleh diperbesarkan dengan arahan Edit>Transform>Scale
10. Hilangkan mata pada panel layer yang asal
11. Save kan bahan anda dalam format gif atau png.

LATIHAN

Hasilkan satu slide power point yang dapat menggabungkan beberapa objek yang telah
disunting secara berasingan yang boleh dijadikan satu cerita.

CONTOH

Gambar Asal


Contoh Gambar Setelah disunting