Anda di halaman 1dari 6

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3101

Refleksi
Saya berasa besar hati kerana berjaya menyempurnakan tugasan ini pada masa
yang ditetapkan. Tugasan Tamadun Islam dan Tamadun Asia ini telah menghendaki
kami mengulaskan dasar-dasar Islam dalam menjaga dan memulihara masyarakat demi
menjamin keselamatan dan keamanan sesebuah masyarakat dan negara. Saya berasa
gembira dan berpuas hati dengan hasil tungkus lumus dalam penyempurnaan kerja
kursus ini. Walaupun terdapatnya kelemahan, namun semua ini tidak akan begitu
lancar sekiranya tiada kerjasama, sokongan, bantuan dan bimbingan daripada
pensyarah dan rakan sekelas saya.
Walaupun terdapat kekangan-kekangan yang tidak dapat dielakkan seperti
kekangan masa dan pelbagai lagi tugasan serta kerja kursus yang perlu disiapkan
namun akhirnya saya mampu menyiapkannya dalam masa yang ditetapkan.
Sepanjang menyiapkan tugasan ini, terdapat banyak ilmu-ilmu baru yang dapat
saya pelajari terutamanya ilmu yang berkaitan dengan bidang dasar Islam. Apabila
melaksanakan tugasan ini, saya dapat mendalami dengan lebih jelas lagi tentang
kelima-lima dasar yang termaktub, iaitu memelihara nyawa dan jiwa, memelihara
maruah dan keturunan, harta benda, akal fikiran dan hak dan kebebasan.
Semasa melaksanakan tugasan kerja kursus pendek ini, saya telah banyak
membuat rujukan dari laman sesawang dan buku-buku rujukan untuk mempunyai
konsep yang jelas tentang dasar-dasar ini.
Selain itu, melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek ini yang saya
laksanakan bersama rakan-rakan telah membuatkan hubungan silaturrahim antara
kami semakin rapat. Sikap toleransi, bekerjasa sama, dan disiplin antara pensyarah dan
semua rakan-rakan juga dapat di tingkatkan melaui proses membuat tugasan kerja
kursus pendek ini. Saya mula lebih mengenali sikap dan sahsiah rakan-rakan dan cara
pengajaran pensyarah dan hal ini sekaligus mengukuhkan hubungan dua hala kami.
Tambahan pula, pengalaman berinteraksi bersama pensyarah dan rakan-rakan
bagi melaksanakan tugasan ini membolehkan saya memperbaiki dan meningkatkan
cara saya berkomunikasi. Hal ini sekaligus dapat melatih saya untuk berkomunikasi
dengan baik dan membuat persediaan untuk menjadi seorang guru yang berkualiti.
Selain itu, tunjuk ajar yang diberikan oleh para pensyarah dalam proses menyiapkan

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3101

tugasan kerja kursus pendek ini membolehkan saya memperbaiki kelemahan yang
terdapat pada diri saya dan tidak akan mengulanginya lagi pada masa hadapan.
Secara keseluruhannya, melalui proses membuat tugasan kerja kursus pendek
TITAS ini telah memberikan banyak faedah kepada saya dan membuatkan saya lebih
mencintai profesion yang mulia ini serta menambahkan lagi semangat saya untuk
menjadi seorang guru yang berkualiti bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan
sanggup berkorban demi agama bangsa dan negara. Selain itu, fokus utama yang
diterapkan adalah pembinaan individu yang bersepadu dari segi, roh, akal, dan jasad
yang akhirnya akan membentuk keluarga, masyarakat, dan negara yang sihat.
Walaubagaimanapun, nilai aspek-aspek luaran tdak ditinggalkan malah juga dianggap
penting bagi menjamin kesejahteraan hidup manusia dan memenuhi fitrah manusia
yang inginkan keduniaan berasaskan kepada batasan-batasan yang digariskan oleh
Islam.
Dasar utama tamadun Islam ialah untuk memelihara dan memulihkan serta
menghirmati hak asasi manusia yang telah dianugerahkan Allah S.W.T. kepada hamba-
hamba-Nya di dunia ini, termasukah lain-lain makhluk ciptaan-Nya. Dasar utama
tamadun Islam ini ditentukan didorong dan didukung oleh beberapa aspek penting iaitu
memelihara nyawa dan jiwa, memelihara maruah dan keturunan, memelihara harta
benda, memelihara akal fikiran dan memelihara hak dan kebebasa.















TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3101

Pengenalan
Pendidikan akhlak Islam merupakan wadah penting untuk merungkai permasalahan
gejala sosial dan melahirkan manusia yang berakhlak mulia. Penekanan ini bertujuan
untuk membangun dan melahirkan insan secara bersepadu dan seimbang demi
merelisasikan fungsi kemanusiaan sebagai hamba dan khalifah Allah di muka bumi ini.
Secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota
masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem
dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara.
Gejala bermaksud : tanda-tanda (akan terjadi sesuatu), alamat atau petanda. Menurut
contoh yang terdapat dalam kamus dan istilah, memang padanan yang kerap diberikan
adalah gejala (petanda) yang membawa masalah.
Walau bagaimanapun, ia boleh digunakan untuk maksud yang bukan
mendatangkan masalah seperti gejala klinikal dan gejala tunggal (istilah perubatan).
Sosial ialah kata yang merujuk kepada hal-hal yang berkaitan masyarakat dan
kemasyarakatan. Gejala sosial ialah tanda-tanda, alamat atau petanda tentang segala
yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat, kemasyarakatan atau hal yang
berkaitan dengan persahabatan, pergaulan dan aktiviti masa lapang.
Dalam usaha untuk menangani permasalahan akhlak, perkara yang paling
utama dititik beratkan ialah peranan individu terbabit. Setiap individu sewajarnya
menghayati peranan sebagai hamba dan khalifah Allah s.w.t dengan memperkukuhkan
aspek aqidah, ibadat dan akhlak di dalam jiwa. Individu bertanggungjawab menyediakan
banteng yang kukuh dalam diri dengan menghayati rukun Iman dan rukun Islam. Satu
perkara yang perlu diambil berat ialah ketaqwaan yang luhur terhadap Allah s.w.t yang
akan menghalangnya dari terpengaruh dari segala gejala negatif yang ada di sekeliling
terutama pada zaman ledakan globalisasi ini. Individu juga seharusnya faham akan
peranannya sebagai contoh yang terbaik untuk memperlihatkan ajaran agama Islam
yang sebenarnya di mata dunia terutama di kalangan bukan Islam, Allah s.w.t berfirman :
Allah yang menciptakan kamu bermula dengan keadaan lemah, selepas berkeadaan
lemah itu menjadikan kamu kuat. Setelah itu menjadikan kamu lemah pula serta tua
beruban. Ia menciptakan apa yang dikehendakinya dan Dialah jua yang Maha
Mengetahui Lagi Maha Kuasa. Surah Al-Rum : Ayat 54.
Sumber akhlak dalam Islam tidak dapat dan tidak semestinya berdasarkan Al-
Quran dan Sunnah. Ini kerana Islam itu bukanlah agama yang bersifat upacara (ritual)

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3101

tetapi Islam merupakan satu cara hidup yang lengkap dan sempurna. Berdasarkan
kepada hadith yang bermaksud: Sesungguhnya aku diutuskan hanya semata-mata
untuk menyempurnakan akhlak yang mulia. Hadith riwayat Imam Malik. Dan firman
Allah s.w.t. yang bermaksud: Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad)
mempunyai berbudi pekerti (akhlak) yang amat mulia. Al-Qalam : Ayat 4.





























TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3101

Rumusan
Ibu bapa memainkan peranan yang paling penting dalam membanteras gejala sosial
kerana merekalah yang merupakan saudara yang terdekat bagi anak-anak mereka. Ibu
bapa sendiri perlu memainkan watak mereka dengan menunjukkan teladan yang baik
dan tidak melakukan perkara yang tidak betul di depan anak-anak mereka. Hal ini
adalah kerana anak-anak ibarat kain putih yang tidak tahu tentang apa-apa dan ibu
bapa adalah orang yang bertanggungjawab untuk mencorakkannya. Ibu bapa mestilah
memberikan ajaran dan didikan kepada anak-anak mereka sejak dari kecil lagi supaya
mereka berkeperibadian tinggi. Tambahan pula, ibu bapa hendaklah menjalinkan
hubungan yang mesra sesama anak-anak mereka. Mereka haruslah meluangkan masa
bersama dengan anak-anak untuk menjalankan aktiviti seperti membaca, melukis dan
sebagainya. Mereka juga sepatutnya memberikan perhatian dan kasih sayang yang
sepenuhnya serta menyediakan suasana yang harmoni kepada anak-anak mereka.
Dengan itu, remaja kini barulah tidak terjebak ke dalam kancah sosial.
Di samping itu, masalah ini dapat diselesaikan dengan adanya sumbangan dari
pihak kerajaan dan masyarakat. Pihak kerajaan seharusnya menguatkuasakan undang-
undang dan mengenakan hukuman yang setimpal ke atas remaja-remaja yang terlibat
dalam gejala sosial. Pihak polis juga hendaklah meningkatkan rondaan dan pemantauan
di sekitar bandar dan kawasan yang sering berlaku kes sosial. Hal ini dapat menakutkan
para remaja dari melibatkan diri dalam gejala sosial. Kerajaan turut boleh melancarkan
kempen kesedaran tentang gejala sosial di seluruh negara agar para remaja
mengetahui impak-impak negatif apabila melibatkan diri dalam gejala sosial.
Dalam mengatasi masalah sosial dengan sepenuhnya, masyarakat sepatutnya
berganding bahu dengan pihak kerajaan seperti bak kata pepatah, "bagai aur dengan
tebing". Masyarakat sewajarnya melaporkan sebarang kes gejala sosial kepada pihak
berkuasa supaya tindakan yang lanjut dapat diambil. Pelbagai langkah boleh diambil
dan dilaksanakan, tetapi apa yang lebih penting: ibu bapa mestilah memainkan peranan
dan tanggungjawab dalam mengatasi masalah gejala sosial di kalangan remaja. Dengan
kata lain, walau apapun langkah yang diambil oleh mana-mana pihak, tanpa kerjasama
daripada ibu bapa, nescaya gejala ini sukar diatasi.
Sebagai kesimpulan, masalah sosial haruslah dipandang serius oleh semua
pihak kerana para remaja merupakan aset yang penting untuk pembangunan negara

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA WAJ 3101

pada masa yang akan datang. Sebenarnya tidak ada masalah yang tidak boleh selesai,
sebaliknya semua masalah ada penyelesaiannya sekiranya kita menangani masalah
tersebut dengan serius kerana setiap penyakit ada ubatnya. Justeru, semua pihak
mestilah memainkan peranan dan bertanggungjawab untuk menangani masalah sosial
supaya para remaja tidak terjerumus dalam gejala sosial dan menerajui negara kita ke
arah Wawasan 2020.

Anda mungkin juga menyukai