Anda di halaman 1dari 30

Pengertian logo

3.1 Perisai melambangkan benteng ketahanan diri daripada gejala yang tidak sihat.
3.2 Bulan dan bintang melambangkan Agama Islam sebagai agama rasmi Negara Malaysia.
3.3 Dua tangkai padi bersilang melambangkan resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta
matang dan rasional dalam semua tindakan.
3.4 Buku yang terbuka dan rehal melambangkan peranan institusi pendidikan yang
mementingkan tradisi ilmu untuk semua tanpa mengira keturunan dan kaum, agama dan latar
belakang budaya ke arah melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
3.5 Warna hijau melambangkan alam sekitar yang sihat.
3.6 Warna merah melambangkan keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara yang
tercinta.
3.7 Warna kuning melambangkan warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan Negara
Malaysia.
3.8 Warna putih melambangkan keikhlasan serta kesucian.

Jenis-jenis Ikatan dan
Simpulan







1)Buku Sila
Ikatan buku sila digunakan
untuk mengikat kain
pembalut luka,
menyambung tali yang sama
besar saiznya dan untuk
mematikan ikatan
barang-barang. Kedua-dua
punca atau hujung tali
tersebut senang dibuka
semula.





2)Tindih Kasih
Simpulan ini digunakan untuk
mengikat leher binatang
supaya tidak terjerut, dan
membuat lubang tali yang
tidak terjerut untuk
mengangkat mangsa atau
binatang ke atas
seperti kucing terjatuh ke
dalam telaga.



Simpulan Himpit (Pengail)
Simpulan pengail digunakan untuk menyambung tali pada mata kail dan
menyambung tali yang licin.
Bunga Keti
Simpulan ini digunakan bagi menyambung hujung tali yang tidak sama besar,
misalnya tali perahu dengan tali kapal.
Simpul Belit
Simpul belit digunakan bagi mengikat tali pada tiang, dan mengikat tali
khemah pada pasaknya.

Ikatan Balak
Ikatan ini digunakan bagi mengikat tali pada kayu atau batang yang besar
supaya tidak licin.
Simpulan Manok
Simpulan ini akan digunakan sebagai permulaan untuk mengikat pada kayu
atau sebagainya.
Ikatan Seraya
Gunanya ialah bagi membuat jambatan, menara dan sebagainya. Mulakan
dengan simpulan manok kemudian lilitkan ketat-ketat. Matikan dengan
simpulan manok juga.
Ikatan Serong
Ikatan ini digunakan untuk membuat jamabatan, menara dan sebagainya.
Mulakan dengan simpulan pengikat balak pada tempat kayu bersilang.
Belitkan membujur kemudian melintang dan matikan dengan simpulan manok.

Ikatan Silang Gunting
Mulakan dengan simpulan manok pada sebarang kayu, kemudian belitkan pada
kedua-dua batang kayu itu dengan ketat. Akhir sekali belitkan tali di
celah kayu itu beberapa kali supaya lebih ketat. Ikatan ini ialah bagi
membuat jambatan, menara, gejek dan menyambung kayu.
Ikatan Silang Tungku
Gunanya ialah bagi membuat

Ikatan buku sila digunakan nutuk mengikat kain pembalut luka, menyambung tali yang
sama besar saiznya dan untuk mematikan ikatan barang-barang. Kedua-dua punca atau
hujung tali tersebut senang dibuka semula.







Simpul belit digunakan bagi mengikat tali pada tiang, dan mengikat tali
khemah pada pasaknya.


Simpul belit digunakan bagi mengikat tali pada tiang, dan mengikat tali
khemah pada pasaknya.




Kita sedia maklum bahawa tahun 2008 yang lalu menyaksikan betapa
kurangnya aktiviti yang diadakan untuk anggota-anggota TKRS daerah
Seremban. Ramai rakan guru pemimpin yang melahirkan rasa tidak puas hati
dengan aktiviti TKRS pada tahun ini dan juga tahun-tahun yang lalu.

Mungkin bagi kita, ianya sesuatu yang melegakan kerana tidak perlu banyak
habiskan tenaga dan masa untuk melaksanakan atau mengikuti aktiviti
tersebut, tetapi bagaimana pula bagi pelajar ? Mereka pasti akan sedih dan
menyesal menjadi anggota TKRS bila dibandingkan dengan rakan-rakan yang
menyertai unit unifom lain seperti pengakap dan sebagainya. Guru-guru
pemimpin ketandusan idea dan hanya menjalankan aktiviti dalaman sahaja.
Kalau ada perkhemahan pun, mungkin hanya sekali setahun bahkan itu pun
dibuatnya di dalam kawasan sekolah. Bukan setakat pelajar, kita sebagai guru
pemimpin pun turut merasai kebosanannya..

Justeru, untuk tidak menghampakan harapan pelajar kita yang menganggotai
TKRS, pada tahun 2009 ini, saya merancang untuk melaksanakan beberapa
siri kursus dan aktiviti yang menarik supaya dapat mereka jadikan kenangan
dan kebanggaan mereka sepanjang hayat.

Saya menyeru kepada tuan/puan para guru pemimpin TKRS untuk duduk,
baring dan berdiri bersama saya demi menjayakan perancangan kita ini.
Tahun 2009, kita bertekad untuk menjadikan aktiviti TKRS sebagai aktiviti
yang dapat memberikan kepuasan kepada anak didik kita.

Sekian.
KAPTEN (KRS) KAMAL BIN ISMAIL,
SK. TAMAN PAROI JAYA.

CADANGAN PENUBUHAN PUSAT AKTIVITI TKRS ZON
AMPANGAN
Memandangkan TKRS Daerah pada tahun-tahun kebelakangan ini kurang
menunjukkan keaktifannya, saya ingin menarik perhatian tuan/puan
Guru-guru Pemimpin TKRS terutamanya dari sekolah-sekolah yang
berhampiran dengan SK Taman Paroi Jaya untuk sama-sama kita
memikirkan sesuatu demi anak-anak didik kita yang begitu berminat
menyertai TKRS.
Peringkat awalnya, saya ingin mencadangkan penubuhan satu pusat aktiviti
TKRS yang digelar Pusat Aktiviti TKRS Zon Ampangan. Keahliannya adalah
terhad kepada enam buah sekolah di dalam Zon Ampangan, iaitu :

1. SK. King George V
2. SK. Taman Paroi Jaya
3. SK. Taman Tasik Jaya
4. SK. Ampangan
5. SK. Panchor
6. SK. Paroi
Perjalanan aktiviti TKRS Zon Ampangan banyak dilakukan secara bersama.
Dengan demikian, kita dapat menjimatkan masa, tenaga dan kos. Selain itu,
kita juga dapat berkongsi pengalaman dan kemahiran di antara satu sama
lain.
Sila rujuk maklumat perancangan aktiviti yang saya cadangkan untuk
pelaksanaan di tahun hadapan. Sebarang tambahan atau pengurangan serta
komen-komen membina amat saya alu-alukan daripada tuan/puan
terutamanya yang lebih berpengalaman.
Adalah menjadi harapan saya agar perjalanan TKRS pada tahun hadapan
adalah jauh lebih baik daripada tahun ini. Sekian.

Salah satu daripada latihan ikatan dan simpulan. Gambar : KRS SMK. Puteri
sedang mendengar penerangan dan tunjuk ajar daripada Guru Pemimpin.



SUKATAN PELAJARAN TKRS 2009
Berikut adalah beberapa tajuk dan kemahiran yang akan dedahkan kepada
tunas-tunas KRS Tahun 3-5 pada tahun 2009 :
1) KETATANEGARAAN
Negaraku Malaysia
Negeri-negeri di dalam Malaysia
Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri
Menteri Besar dan Ketua Menteri
Lambang/jata negara
Bendera Malaysia
Lagu kebangsaan dan lagu negeri
Rukun Negara
Lagu-lagu patriotik
Sejarah Penubuhan KRS/ TKRS
Bendera, logo dan Motto
Lagu KRS
Unifom dan Pangkat Dalam KRS/TKRS

2) KEROHANIAN*
Kelas Fardhu Ain
Bacaan Yaasin
Usrah dan tamrin
Kursus kefahaman Islam
Hafalan surah dan doa harian
Kebudayaan Islam
Ceramah dan kuliah agama
Pendidikan akhlak dan adab islamiyyah
Pengkisahan sejarah perjuangan Rasulullah SAW dan para sahabat
*Kebanyakan aktiviti seperti di atas dimasukkan di dalam aktiviti semasa
perkhemahan
3) PENGURUSAN DAN GAYA DIRI
Tanggungjawab terhadap diri dan keluarga
Memelihara kesihatan tubuh badan
Menguruskan tempat kediaman
Adab bergaul bersama ibu bapa, adik-beradik, jiran, rakan dan orang yang
lebih tua
4) KAWAD KAKI
kawad kaki statik
kawad bergerak
kawad formasi/ kawad persembahan
5) ILMU PERKHEMAHAN
Khemah : Jenis, keselamatan dan cara mendirikan khemah
Pemilihan tapak perkhemahan
Kegiatan dan etika perkhemahan
Beg galas : Kandungan dan tempoh perkhemahan
ikhtiar hidup : Membina gejet, perlindungan dan masakan hutan
6) IKATAN DAN SIMPULAN
Pengenalan kepada tali, jenis dan keselamatan tali.
Jenis-jenis ikatan dan simpulan : Manuk, Simpul Mati, Belit Lucut, Lilit Balak,
Tindih Kasih
7) PERTOLONGAN CEMAS
Pengenalan, konsep, etika dan langkah keselamatan
Jenis-jenis bahaya
Malapetaka di rumah, sekolah dan di jalan raya
Balutan, belatan dan anduh
Keselamatan di air
8) KHIDMAT MASYARAKAT
9) KEUSAHAWANAN
Mengadakan hari jualan/ Hari Kantin

LOGO TKRS

TKRS dan KRS berkongsi logo yang sama. Lihat logo di atas dan cuba fahami
maksud yang tersirat padanya.

PENGERTIAN LOGO :
Perisai
Melambangkan benteng ketahanan diri daripada sebarang gejala yang tidak
sihat.
Bulan dan bintang
Agama Islam sebagai agama rasmi negara.
Dua tangkai padi bersilang
Resmi padi iaitu berilmu dan berketrampilan serta matang dan profesional
dalam semua tindakan.
Buku terbuka dan rehal
Peranan institusi pendidikan yang mementingkan tradisi ilmu untuk semua
tanpa mengira keturunan, kaum, agama dan latar belakang budata ke arah
melahirkan bangsa Malaysia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
Warna hijau
Alam sekitar yang sihat
Warna Merah
Keperwiraan dan sedia berjuang mempertahankan negara.
Warna kuning
Warna diraja yang menjadi tonggak kedaulatan negara.
Warna putih
Keikhlasan dan kesucian.

BENDERA TKRS/ KRS

Bendera TKRS dan KRS adalah seperti di atas, dengan warna hijau sebagai
warna latarnya.



COGAN KATA TKRS/
KRS
" Ilmu, Iman, Amal "




LAGU TKRS/ KRS
Kadet Remaja Sekolah
Menuju satu ikatan bersaudara
Bersatu menjulang keamanan negara
Menjayakan ilmu, iman dan amal
Marilah kita membina peribadi
Membentuk insan yang kreatif
Ke arah kecemerlangan diri
Sepanjang masa yang berterusan
chorus :
Remaja, sahutlah cabaran
Menjadi bangsa Malaysia
Maju dan cemerlang, remaja berwawasan
Jangan kita lupa kepada pencipta
Remaja, hayatilah budaya
Ilmu, iman dan amal
Kekalkan di hati, dan jiwamu
Wawasan Kadet Remaja Sekolah

Download lagu : http://www.savefile.com/files/1906116

SEJARAH PENUBUHAN KRS
Kadet Remaja Sekolah telah diasaskan penubuhannya oleh Ustaz Mohd.
Thani bin Sha'ban dari SMK Raja Abdullah, Jalan Kepong, Kuala Lumpur
pada 27 Jun 1987. Pada mulanya pasukan ini dikenali sebagai Kadet Putera
Islam Malaysia (KPIM) yang merupakan pasukan berunifom kepada
Persatuan Pelajar-pelajar Islam SMRA (PERWIRA). Keahliannya seramai 20
orang terdiri daripada pelajar tingkatan satu dan dua.

Matlamat utama penubuhannya ialah untuk melahirkan pelajar cemerlang
yang berilmu, beriman dan beramal selain mempunyai akhlak yang mulia,
bersemangat patriotik dan berketrampilan selaras dengan usaha dan hasrat
mengisi tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah Wawasan 2020.

Pasukan KPIM ini bernaung di bawah pengawasan Unit Pendidikan Islam,
Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan. Setiap aktiviti yang dijalankan
adalah berteraskan Islam sebagai cara hidup ( ad-Deen ).

Mulai 1989, beberapa buah sekolah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
telah mula menubuhkan KPIM. Di antaranya SM. Taman Tun Dr. Ismail di
bawah pimpinan Ustaz Ahmad Farazila Abdul Ghani, SM Seri Titiwangsa
dipimpin oleh Encik Anuar bin Abdul Aziz dan SMA Maahad Hamidiah,
Kajang, Selangor dipimpin oleh Encik Abu Hassan Morad.

Pada 1993, sebanyak 53 buah sekolah dari seluruh negara telah menubuhkan
KPIM.

Usaha menubuhkan KPIM secara rasmi dan bernaung di bawah KPM telah
dimulakan pada 10 Ogos 1993. Satu pertemuan telah diadakan dengan Yang
Berbahagia Datuk Dr. Wan Mohd Zahid bin Wan Mohd Nordin, Ketua
Pengarah Pendidikan Malaysia pada 13 September 1993. Di dalam pertemuan
ini, tesis mengenai KPIM telah dibentangkan dan hasilnya, satu jawatankuasa
kecil telah dibentuk untuk menyediakan kertas kabinet. Jawatankuasa ini
mencadangkan agar pasukan ini diberi nama Kadet Putera-Puteri Islam
(KPIM). Walaubagaimanapun, nama pasukan ini kemudiannya ditukar
kepada Kadet Remaja Islam (KRIS).

Sementara itu, taklimat dan pendedahan kepada pengarah-pengarah
Bahagian Kementerian Pendidikan yang diadakan pada Oktober 1993 dan
dipengerusikan oleh Y Bhg Datuk Dr Wan Mohd Zahid telah membuat
keputusan agar nama pasukan ini ditukar kepada Kadet Remaja Sekolah (KRS)
yang bertujuan agar keahliannya terbuka kepada semua kaum dan jantina.

Upacara pelancaran KRS peringkat kebangsaan telah dilaksanakan pada 20
Jun 1995 bersamaan 21 Muharram 1416 oleh Yang Berhormat Dato' Seri
Mohd. Najib bin Tun Hj. Abdul Razak, Menteri Pendidikan Malaysia di SMK
Raja Abdullah.

UNIFOM PEGAWAI KRS/TKRS
Di bawah ini adalah gambar beberapa unifom yang diperkenalkan di dalam
pasukan KRS atau TKRS. Gambar sebelah kiri ialah unifom no.4 iaitu unifom
untuk berkawat dan apabila mengikuti kuliah atau kursus.
Gambar di sebelah kanan pula ialah unifom kerja-kerja biasa yang
memerlukan kelesaan seperti untuk bersenam, menjalankan kerja-kerja berat
dan seumpamanya.


STRUKTUR PANGKAT DALAM TKRS/ KRS (PELAJAR)
Pangkat dalam TKRS tidak sama seperti pangkat dalam KRS. Dalam TKRS,
pangkatnya adalah berupa jenis kain sulam yang dijahit pada poket sebelah
kiri baju. Manakala dalam KRS pula, pangkatnya berupa epolet yang
dipakaikan di atas bahu (sama seperti pangkat pegawai). Berikut adalah
contoh-contoh pangkat dalam KRS :

Lans Koperal








Koperal





Sarjan






Staff Sarjan





Pegawai Waran II



Pegawai Waran I


Di bawah ini pula ialah pangkat-pangkat dalam TKRS

Lans Koperal/Tunas Kadet Kanan II





Koperal/Tunas Kadet Kanan I





Sarjan/Tunas Kadet Kanan Utama


STRUKTUR PANGKAT TKRS/ KRS (PEGAWAI)
Berikut adalah pangkat-pangkat yang dipakai oleh pegawai-pegawai TKRS/
KRS mengikut jawatan dan bidang tugas masing-masing :

Leftenan Muda

Leftenan

Kapten


Mejar


KETATANEGARAAN
Jalur Gemilang



Bendera Malaysia atau lebih dikenali dengan gelaran 'Jalur Gemilang'
mengandungi 14 jalur merah dan putih yang berselang-selang dengan lebar
yang sama bagi setiap jalur. Ini melambangkan Malaysia terdiri daripada 13
buah negeri dan satu Wilayah Persekutuan yang terdiri daripada WP Kuala
Lumpur, WP Labuan dan WP Putrajaya.
13 negeri tersebut ialah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan,
Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Sabah dan
Sarawak.
Bahagian yang berwarna biru tua di atas sebelah kiri membawa ke bawah
hingga jalur merah yang ke lima itu bermakna perpaduan di kalangan rakyat
Malaysia. Di tengah-tengahnya terdapat anak bulan serta bintang pecah 14
yang menunjukkan perpaduan di kalangan semua 13 buah negeri dan Wilayah
Persekutuan di bawah satu pemerintah. Warna kuning pada anak bulan dan
bintang ialah warna diraja bagi Duli Yang Maha Muli Raja-Raja. Bulan dan
bintang melambangkan agama rasmi negara, iaitu Islam. Warna merah dan
putih bermakna kedaulatan pemerintahan dan tanda kesucian.



JATA KEBANGSAAN / LAMBANG NEGARA
Lambang Malaysia menunjukkan bintang pecah 14 yang menandakan 14 buah
negeri dan Wilayah Persekutuan yang terkandung di dalamnya. Manakala
bintang dan anak bulan melambangkan Islam sebagai agama rasmi.
Lima keris di bahagian atas melambangkan lima buah negeri Melayu yang
dahulunya Tidak Bersekutu-Johor, Kedah, Kelantan, Perlis dan Terengganu.
Di sebelah kiri ialah lambang negeri Pulau Pinang dan di sebellah kanan pula
lambang negeri Melaka. Kedua-dua negeri tersebut merupakan Negeri-negeri
Selat.
Di tengah-tengah lambang pula terdapat empat warna yang melambangkan
empat buah negeri Melayu yang dahulunya merupakan Negeri-negeri
Bersekutu. Warna hitam dan putih ialah warna bagi negeri Pahang, warna
merah dan kuning bagi negeri Selangor, warna hitam, putih dan kuning bagi
negeri Perak dan warna hitam, merah dan kuning bagi Negeri Sembilan.
Di sebelah bawah kiri adalah lambang negeri Sabah, manakala di sebelah
kanan pula adalah lambang negeri Sarawak. Di sebelah bawah bahagian
tengah adalah Bunga Raya yang melambangkan Bunga Kebangsaan.
Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penopang jata Negeri-negeri
Melayu dahulu adalah dipakai dalam lambang Malaysia.
Cogan "BERSEKUTU BERTAMBAH MUTU" ditulis dengan tulisan Jawi dan
Rumi. Warna kuning pada awan-awan ialah warna diraja bagi Duli Yang
Maha Mulia Raja-raja.



BENDERA NEGERI-NEGERI DI DALAM MALAYSIA

Perlis Indera Kayangan


Perak Darul Ridzuan

Kedah Darul Aman

Pulau Pinang ( Pulau Mutiara )

Kelantan Darul Naim

Selangor Darul Ehsan

Melaka Bandaraya Bersejarah

Negeri Sembilan Darul Khusus

Johor Darul Takzim



Pahang Darul Makmur

Terengganu Darul Iman

Sabah Negeri Di Bawah Bayu

Sarawak Bumi Kenyalang

Wilayah Persekutuan










BENDERA-BENDERA WILAYAH PERSEKUTUAN
WP Kuala Lumpur


WP Labuan

WP Putrajaya








PEMERINTAH DI MALAYSIA
Sistem Beraja di Malaysia menyaksikan
penggiliran jawatan Yang Dipertuan Agong pada setiap 5 tahun sekali. Yang
Dipertuan Agong sekarang adalah Yang Dipertuan Agong ke-13, iaitu Sultan
Mizan Zainal Abidin, Sultan Negeri Terengganu Darul Iman.
Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong merupakan pemerintah tertinggi
kerajaan Malaysia dan juga merupakan Ketua Angkatan Tentera Malaysia.
















Kawatkaki
Kawat kaki pada asasnya terbahagi kepada 3 bahagian; iaitu kawat kaki statik,
kawat kaki dinamik dan kawat formasi yang juga dikenali kawat senyap atau
kawat hantu (dalam tentera). Untuk tujuan mengajar kawat kaki, eloklah
dimulakan dengan kawat kaki statik, iaitu kawat yang belum melibatkan
pergerakan berjalan.
Bagi tajuk-tajuk dalam kawat statik ialah :
1-sedia, senang diri dan rehatkan diri
2-berpusing ke kanan, kiri dan ke belakang
3-langkah sebelah
4-hentak kaki
5-buka dan tutup barisan
6-luruskan barisan
7-hormat
Bahasa Hukuman Kawat
1-sedia
"BARIS..BARIIIIS SEDIA !"
2-senang diri
"SENAAANG DIRI!"
3-rehatkan diri
"REHATKAAAN DIRI!"
4-berpusing ke kanan*
"BERGERAK KE KANAAAN, KE KANAAAN..PUSING!"
5-berpusing ke kiri**
"BERGERAK KE KIRIII, KE KIRIII..PUSING!"
6-berpusing ke belakang***
"BARIS AKAN MENGHADAP KE BELAKAANG, KE
BELAKAAANG ..PUSING!"
*sekiranya platon (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawat).
Untuk menghadapkan semula platon ke hadapan, bahasa hukumannya :
"BARIS AKAN MENGHADAP KE HADAPAN, KE KIRIIII..PUSING!"
**sekiranya platon (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawat).
Untuk menghadapkan semula platon ke hadapan, bahasa hukumannya :
"BARIS AKAN MENGHADAP KE HADAPAN, KE KANAAAAN..PUSING!"
***sekiranya platon (kumpulan) sedang menghadap ke arah anda (jurukawat).
Untuk menghadapkan semula platon ke hadapan, bahasa hukumannya :
"BARIS AKAN MENGHADAP KE HADAPAN, KE BELAKAAANG..PUSING!"
[ Ingatan : Apabila berpusing ke belakang, hendaklah berpusing melalui
sebelah kanan badan, walau ke arah mana pun platon anda sedang
menghadap ]
7-langkah sebelah
"SATU/DUA/TIGA LANGKAAAH.. KE KANAAAAN/KIRIII..GERAK!"
8-hentak kaki
'HENTAK KAKIII..CEPAT!"
untuk menghentikan platon dari hentak kaki, bahasa hukumannya :
"BARIIIS..HENTI!"
9-buka/tutup barisan
"BUKA/TUTUP BARISAAAN..GERAK!"
10-luruskan barisan
"KE KANAAAAN..LURUS!" apabila semua anggota dalam platon telah siap
melakukan pergerakan meluruskan barisan, berikan pula bahasa hukuman
kawat "PANDAAAANG..DEPAN!"
11-hormat ke hadapan
"HORMAT, HORMAT KE HADAPAAAN..HORMAT!"

Anda mungkin juga menyukai