Anda di halaman 1dari 2

3.

Pembuangan bahan-bahan sisa pertanian akan mencetuskan masalah alam sekitar


sekiranya tidak diurus dengan baik. Bincangkan bagaimana bahan sisa pertanian
boleh ditebusguna untuk mengelakkan masalah alam sekitar.

Alam sekitar penting kepada kehidupan manusia dan benda-benda hidup yang lain. Hal ini
demikian kerana alam sekitar yang bersih dapat menjamin kehidupan yang sejahtera. Antara
kepentingan menjaga alam sekitar ialah dapat mewujudkan suasana persekitaran yang bersih
dan nyaman. Suasana yang sedemikian penting terutamanya untuk merehatkan minda setelah
penat bekerja atau belajar. Suasana yag tenang dan nyaman juga dapat mengeratkan
hubungan kekeluargaan dan mengelakkan ketegangan. Namun demikian, pembuangan bahan-
bahan sisa pertanian kian meruncingkan dan akan mengundang kepada masalah alam sekitar
sekiranya tidak diurus dengan baik.
Bahan-bahan sisa pertanian boleh ditebus guna untuk mengelakkan masalah alam
sekitar. Pelbagai cara boleh dilakukan bagi memastikan keberkesanan kaedah menebus guna
bahan-bahan sisa pertanian. Cara yang pertama ialah dengan menghasilkan baja kompos.
Bahan-bahan sisa buangan pertanian seperti jerami, sekam padi, dan hampas tebu boleh
diproses untuk menghasikan baja organik. Baja organik tersebut boleh digunakan bagi
membaja tanaman bagi menyuburkan tanah dan meningkatkan kualiti tanaman baharu.. Oleh
itu, nilai menyayangi dan menghargai alam sekitar hendaklah disemai dalam kalangan
masyarakat Malaysia bermula dari zaman kanak-kanak lagi, bak kata pepatah, melentur
buluh biarlah dari rebungnya.
Selain itu, bahan sisa pertanian juga boleh ditebus guna dengan cara menjana biogas.
Misalnya, najis lembu, kambing, dan ayam boleh dirawat secara biologi melalui proses
pembiakan mikrobiologi. Proses pereputan yang berlaku akan menghasilkan gas metana.
Penggunaan gas metana amat meluas sebagai bahan bakar, dan digunakan dalam proses
kimia dalam bidang industri. Dengan menebusguna semula bahan-bahan sisa pertanian,
masyarakat mampu mengekalkan kualiti kehidupan manusia dan alam sekitar yang harmoni.
Oleh itu, nilai keharmonian manusia dengan alam sekitar hendaklah disemai dalam diri setiap
lapisan masyarakat.
Bahan-bahan sisa pertanian juga boleh ditebus guna dengan cara menghasilkan perabot
yang berkualiti dengan menggunakan pokok getah dan batang-batang kelapa sawit. Pokok-
pokok ini terbukti dapat digunakan dalam penghasilan perabot seperti almari, meja, katil dan
sebagainya. Tambahan pula, kos yang diperlukan adalah jauh lebih murah berbanding
menggunakan pokok jati atau pokok-pokok lain. Sehubungan dengan itu, masyarakat perlu
mengamalkan nilai peka terhadap alam sekitar serta lebih berfikiran inovatif dalam usaha
menyelesaikan isu alam sekitar.
Cadangan terakhir yang boleh dilakukan bagi mengurangkan masalah pengurusan
pembuangan alam sekitar yang tidak terkawal adalah dengan menjadikan bahan sisa
pertanian sebagai sumber makanan haiwan ternakan. Contohnya, hampas kelapa dan hampas
isirung kelapa sawit boleh dijadikan makanan binatang ternakan. Justeru, masyarakat
sekeliling perlulah sedar bahwa pengekalan keseimbangan alam sekitar merupakan
tanggungjawab bersama.Maka, nilai kemapanan alam sekitar mestilah diamalkan dalam
usaha meningkatkan kualiti kehidupan bersama.
Akhir kata, kita mestilah bersama-sama menunaikan tanggungjawab menjaga alam
sekitar demi menikmati kualiti kehidupan yang lebih baik.