Anda di halaman 1dari 2

1.

ISU / PERKARA YANG DIFOKUS



Saya telah menganjurkan Pertandingan Memasak di bawah unit Kokurikulum
SJK (T) Ayer Tawar. Pertandingan tersebut adalah pada 16 Julai 2014 (Rabu).
Masanya adalah pada pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang. Pertandingan ini
diadakan di padang SJK (T) Ayer Tawar. Tema masakannya adalah Masakan
Ala Barat. Pertandingan ini berjalan secara sempurna di mana guru-guru dan
murid-murid memberi sepenuh kerjasama dan sokongan untuk menjayakan
pertandingan ini.
2. ANALISIS ISU/PERKARA YANG DIFOKUS

2.1 Kekuatan

Sokongan sepenuh daripada semua guru yang terlibat amat memuaskan kerana
kerjasama mereka adalah punca utama kejayaan pertandingan ini. Memasak
merupakan antara aktiviti yang menarik minat murid-murid. Ia menyebabkan
kehadiran muri-murid penuh pada hari pertandingan. Persediaan awal
menyebabkan pertandingan memasak berjalan dengan lancar tanpa sebarang
bencana. Kawasan pertandingan yang lapang menyebabkan pertandingan
berjalan dalam keadaan yang selesa. Setiap kumpulan mematuhi peraturan dan
masa yang ditetapkan. Keadaan ini telah menyempurnakan pertandingan ini
tanpa sebarang pertelingkahan dan perselisihan faham.


2.2 Kelemahan

Setiap perkara ada kelemahannya sendiri. Seperti itu, terdapat juga kelemahan
dalam pertandingan memasak yang telah dianjurkan. Kelemahannya adalah
keadaan panas yang disebabkan oleh cuaca panas. Seterusnya adalah keadaan
dapur baru yang lama tidak digunakan menyebabkan berlakunya perkara yang
tidak diingini, iaitu kebakaran dan letupan yang teramat kecil. Namun, keadaan
CATATAN REFLEKSI
TARIKH 16 JULAI 2014
menjadi selamat kerana guru-guru mengutamakan keselamatan murid-murid.
Pertandingan tetap berjalan dengan lancar tanpa memperbesarkan isu-isu ini.
Terdapat 3 kumpulan, di mana dapur mereka mengalami kerosakkan dan
menunggu kumpulan yang lain untuk menyelesaikan masakan mereka. Pada
pendapat saya, perkara-perkara yang dinyatakan di atas sahaja adalah
kelemahan yang saya dapati dalam pertandingan memasak ini.

3. CARA PENAMBAHBAIKAN

Saya telah mendapat pelbagai pengajaran daripada penganjuran pertandingan
memasak ini. kekuatannya akan saya kekalkan dan kelemahannya pula saya
akan memperbaiki pada masa akan datang. Saya akan menentukan kawasan
yang lapang di mana perjalanan pertandingan tidak dipengaruhi oleh keadaan
cuaca panas dan hujan. Saya akan memastikan kawasannya adalah kawasan
yang tertutup. Keduanya adalah, saya akan memeriksa keadaan dapur sehari
sebelum pertandingan supaya dapat menyediakan jumlah dapur yang diperlukan
sekiranya rosak.





________________________ ________________________
Tandatangan Pelajar/ Guru Pelatih Tandatangan Mentor/ Guru Besar

Anda mungkin juga menyukai