Semasa mengajar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Gau San saya mendapati murid di dalam kelas saya tidak mendengar pengajaran saya dan bersembang dengan rakan di sebelahnya.
2.0 Perkembangan Isu Yang Difokuskan Semasa proses P&P dijalankan, saya akan memberi penerangan terhadap topik yang saya mengajar. Murid lelaki di dalam kelas saya kelihatan tidak minat belajar dan asyik bersembang dengan rakan disebelahnya. Perbuatan ini telah menganggu murid perempuan yang ingin belajar dan mengadu kepada saya. Dalam sitausi ini, saya telah memberi amaran kepada mereka dan mereka tidak menghiraukan amaran ini dan meneruskan perbuataannya itu..
3.0 Mengenal Pasti Kemungkinan Penyebab Kepada Isu 3.1 Mengenal pasti sebab yang difokuskan Proses P&P tidak dapat dijalankan dengan lancar dan telah membazirkan masa yang banyak untuk mengajar satu langkah. Murid perempuan juga berasa tidak selesa berada di dalam kelas untuk belajar.
3.2 Mengenal Pasti Kemungkinan Penyebab Kepada Isu 3.2.1 Sikap murid yang tidak baik Murid-murid tidak suka belajar dan menyebabkan kebisingan di dalam kelas. 3.2.2 Murid sudah kebiasaan dengan keadaan di dalam kelas Murid tidak mendengar apa yang saya sampaikan. Ini disebabkan oleh sesetengah murid tidak menumpukan perhatian kepada saya.
3.2.3 Suara saya tidak tegas Murid tidak takut dengan saya walaupun saya telah menggunakan intonasi yang tegas. Murid tidak memberi kontak mata kepada saya. Saya juga tiak dapat menarik perhatian mereka. Saya juga tidak dapat menguruskan bilangan murid yang ramai dalam masa yang sama.
3.3 Mengenal Pasti Kelemahan Isu Yang Difokuskan Jika saya tidak menarik perhatian murid, mereka tidak dapat menguasai kemahiran yang saya ingin ajar. Selain itu, ini juga telah menunjukkan kegagalan saya dalam mengawal kelas.
3.4 Mengenal Pasti Kekuatan Isu Yang Difokuskan Jika saya dapat menarik perhatian murid, murid dapat mempelajari kemahiran yang baru. Murid juga dapat mengaplikasikan kemahiran yang telah belajar dalam kehidupan seharian.
3.5 Meramal Kesan Dan Akibat Yang Difokuskan Jika murid tidak membuat bising, pengajaran guru dapat disampaikan dengan mudah dan murid-murid juga belajar dalam keadaan yang selesa dan senyap. Murid-murid juga dapat belajar sesuatu kemahiran yang baru dan mengukuhkan pembelajaran tersebut.
4.0 Kajian Lampau Yang Berkaitan Isu Rujukan 1 : Meningkatkan keberkesanan kawalan kelas menggunakan kaedah ganjaran dan hukuman untuk murid-murid tahun 3. Rujukan 2 : Masalah Pembelajaran Dan Pengajaran Di Dalam Bilik Darjah Rujukan 3 : Masalah Pelajar Bising
5.0 Cadangan Dan Idea Diberikan Untuk Menyelesaikan Setiap Punca 5.1 Menyusun semula kedudukan murid-murid di dalam kelas. Saya telah membahagikan kepada lima kumpulan. Tujuan ini adalah untuk mengehadkan murid yang berbuat bising diasingkan di kumpulan yang lain.
5.2 Mengubah tingkah laku pelajar dengan menerapkan nilai murni Saya cuba menerapkan nilai murni dalam kalangan murid mengenai sikap hormat-menghormati antara murid dengan orang lebih tua atau disanjungi.
5.3 Menggunakan suara yang lantang, tenang dan tegas serta berlakunya kontak mata Melalui kontak mata dengan murid dapat membuat murid tidak membuat bising serta berada dalam keadaan yang senyap. Suara yang lantang dan tenang digunakan dalam keadaan yang tertentu.
5.4 Mendekati atau Berada di sebelah murid yang membuat bising. Melalui cara ini, murid-murid akan berasa tidak selesa dan mengetahui bahawa dia telah mengganggu pengajaran dan pembelajaran saya serta menyinggung perasaan rakan yang ingin belajar.
5.5 Kaedah ganjaran dan hukuman Kaedah ganjaran dan hukuman dapat mengelakkan murid daripada membuat bising. Kumpulan yang membuat bising akan ditolak satu markah manakala kumpulan yang berbincang dalam nada yang rendah akan diberi markah. Selain itu, murid yang memberi kerjasama dalam kumpulan juga akan diberi markah.
6.0 Tempoh Masa Ditetapkan Untuk Menyelesaikan Isu Yang Dikenal Pasti 12 minggu (26/1/2013-24/4/2014)
7.0 Tindakan Susulan Dirancang Untuk Dilaksanakan Bagi Menyelesaikan Isu Yang Dikenal Pasti. 7.1 Pelan Tindakan / Jadual Kerja/ Senarai Semak Minggu Pelan 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 Menyusun semula kedudukan murid-murid di dalam kelas
Mengubah tingkah laku pelajar dengan menerapkan nilai murni
Menggunakan suara yang lantang, tenang dan tegas serta berlakunya kontak mata
Mendekati atau berada di sebelah murid yang membuat bising
Kaedah Ganjaran Dan Hukuman
8.0 Pelaksaan Terhadap Langkah-Langkah Penambahbaikan Dijalankan 8.1 Menyusun semula kedudukan murid-murid di dalam kelas. Membahagikan kepada lima kumpulan untuk mengasingkan murid yang membuat bising.
8.2 Mengubah tingkah laku pelajar dengan menerapkan nilai murni. Saya telah menerapkan nilai saling hormat-menghormati antara rakan atau orang yang lebih tua daripada kita. Murid juga telah mengubah sikap mereka dari semasa ke semasa.,
8.3 Menggunakan suara yang lantang, tenang dan tegas serta berlakunya kontak mata. Memberi kontak mata terhadap murid yang membuat bising, mereka akan berhenti dan mendengar guru mengajar. Selain itu, mereka juga akan bersikap baik dan tidak membuat bising atau mengganggu rakan yang lain. Nada saya digunakan adalah bedasarkan kepada situasi yang dihadapi dan disesuaikan supaya tidak berlaku sebarang hal yang tidak diingini.
8.4 Mendekati atau berada di sebelah murid yang membuat bising Melalui cara ini, murid-murid akan berwaspada dan berada dalam keadaan yang senyap. Kaedah ini dapat mengurangkan kebisingan murid dan proses P&P dapat dijalankan.
8.5 Kaedah Ganjaran Dan Hukuman Kaedah ganjaran dan hukuman dapat mengurangkan kebisingan kelas. Guru akan menetapkan beberapa peraturan untuk mendapat markah semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Saya telah memperkenalkan satu papan ganjaran kepada murid-murid di dalam kelas. Melalui papan ganjaran ini, terlebih dahulu saya telah membahagikan murid-murid ke dalam 5 kumpulan. Sekirannya tingkah laku murid-murid dalam setiap kumpulan adalah baik sepanjang masa P&P dan sesi aktiviti dijalankan, maka satu markah akan diberikan kepada kumpulan yang berlakuan baik. Manakala kumpulan yang tidak mematuhi akan ditolak satu markah.
9.0 Kesimpulan/ Refleksi Kebisingan boleh dikatakan masih wujud tetapi telah dikurangkan. Murid- murid juga telah menumpukan perhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti dijalankan. Sesetengah murid juga bertingkah laku baik sepanjang masa praktikum dijalankan. Kaedah yang digunakan telah berjaya mengurangkan masalah ini di kalangan murid. Hubungan antara guru dan murid juga bertambah erat. Untuk menjadi seorang guru yang berjaya, saya perlu menambah kemahiran mengurus kelas.
Rujukan Izny Atikah Masalah Pembelajaran Dan Pengajaran Di Dalam Bilik Darjah http://www.slideshare.net/iznyatikah/5-masalah Oct 09, 2012 Ahmad Lili Masalah Pelajar Bising http://www.slideshare.net/AhmadLili/masalah-pelajar-bising Apr 09, 2013 Ngu Mee Kok Meningkatkan keberkesanan kawalan kelas menggunakan kaedah ganjaran dan hukuman untuk murid-murid tahun 3. http://www.ipbl.edu.my/portal/penyelidikan/BukuKoleksi/2012/SN/12.%20 %20NGU%20MEE%20KOK.pdf Januari 2009