Anda di halaman 1dari 2

1.

) Jelaskan pengertian budi, bahasa dan budi bahasa mengikut pemahaman anda sendiri
Budi : Budi ialah kata yang ada pada manusia berhubungan dengan kesadaran, yang
didorong oleh pemikiran,tingkah laku, perangai dan akhlak. Di dalam perkataan itu tercermin
sifat, watak seseorang dalam perbuatan sehari-hari. Budi pekerti sendiri mengandungi
pengertian yang positif.
Bahasa : Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yang dipakai sebagai alat
perhubungan dalam lingkungan satu. Oleh itu, bahasa digunakan dalam aspek kehidupan
termasuklah hal-hal budaya dan kebudayaan. untuk maklumat yang lebih terperinci.

Budi bahasa merujuk kepada tutur kata, kelakuan, sopan,santun dan tatatertib,akal
kebijaksanaan dan perbuatan tercantum dalam kata-kata mulia, dengan kata lain setiap
gerak laku,tutur kata,tata hidup, pemikiran dan perasaan baik terhadap orang lain.


2.) Terangkan pengertian budi, bahasa dan budi bahasa dalam kalangan bangsa lain di
Malaysia
Bagi masyarakat Melayu amnya, perkataan budi itu membawa pelbagai maksud
antaranya jasa dan sumbangan yang duberikan kepada individu yang lain. Lazimnyz orang
menaburkan budi tidak mengharapkan balasan. Budi atau sumbangan itu baik dari segi
tenaga atau material, mestilah diberidengan ikhlas jikaingin diberkati Allah SWT. Orang yang
menerima budi pula tidak dituntut untuk membalas budi yang diterima, memadai budi
diterima dengan penuh ikhlas dan kesyukuran.
Manakala bahasa membawa maksud bahawa suatu alat yang diguna pakai dalam
pertuturan untuk berkongsi maklumat antara satu sama lain. Perkara ini juga merangkumi
pelbagai aspek. Antaranya ialah, pertuturan yang tidak menyinggung perasaan orang lain
dan menyakiti hato orang lain.
Budi bahasa bermaksud kesopanan dan kesantunan seseorang dalam perlakuan,
pertuturan , sikap dan perangai. Budi bahasa adalah sangat maslahat dan mesti diamalkan
oleh setiap orang tidak kira sesiapa dan seseorang itu berada supaya perasaan orang lain
tidak tersinggung. Kita mesti menjaga perasaan orang lain semasa bercakap dengan
mengamalkan amalan budi bahasa.
Bagi masyarakat cina pula, budi bermaksud kelakuan dan perbuatan yang dilakukan
kepada orang lain tidak kira sesiapa. Misalnya, apabila menghadapi masalah, orang Cina
boleh membantu orang Melayu dengan hati yang ikhlas, suci dan penuh kerelaan. Bukan itu
sahaja, budi dalam masyarakat Cina juga bermaksud pertuturan dan percakapan yang
sopan. Contohnya, tidak mengeluarkan kata-kata yang kasar semasa bercakap atau berbual
dengan orang lain terutamanya orang yang lebih tua daripada kita.

Seterusnya, Bahasa bermaksud lambang kepada sesuatu bangsa di dunia ini. Bahasa
pula membawa maksud alat komunikasi yang digunakan untuk bertutur dengan orang lain.
Jika berbanding dengan bangsa lain, bahasa yang digunakan adalah tidak sama dan
masing-masing mempunyai makna, maksud dan erti yang berbeza.
Budi bahasa membawa maksud kesopanan dan kesantunan seseorang itu dalam
melakukan sesuatu perkara terutamanya berkaitan dengan bahasa dalam aktiviti pertuturan
dan percakapan supaya tidak menyakiti hati orang lain.
Bagi bangsa India pula,budi bermaksud jasa dan sumbangan yang diberikan kepada
orang lain dengan hati yang ikhlas dan tidak mengharapkan balasan daripada orang lain.
Jika mengharapkan balasan daripada orang yang dibantu olehnya, masyarakat akan
dipandang rendah terhadap orang tersebut.
Manakala, bahasa bermaksud suatu alat berkomunikasi yang bersistem yang boleh
mengeluarkan pendapat atau maklumat tanpa mengira masa, dan di mana. Bahasa
merupakan simbol dan identiti bagi sesuatu kaum.
Budi bahasa dalam masyarakat india membawa maksud pertuturan yang sopan santun
terhadap orang yang lebih tua daripada kita dan juga yang lebih muda daripada kita. Hal ini
demikian kerana orang lain dapat mencontohi perlakuan orang yang berbudi bahasa dan
dapat mematuhi amalan tersebut.

3.) Mengapakah amalan budi bahasa penting dalam kehidupan masyarakat majmuk di
Malaysiaan

Dapat mewujudkan perpaduan antara masyarakat berbilang kaum di negara kita.
Melahirkan masyarakat yang lebih bertamadun
Industri pelancongan juga turut meningkat.
Pemimpin yang berdedikasi juga dapat dilahirkan
Dihormati oleh orang lain.
Mudah didampingi oleh orang lain
Mudah mendapatkan pertolongan daripada orang lain tidak kira apa bangsa ketika
berada dalam kesusahan.
Melahirkan individu yang beretika dan bersopan-santun.
Melahirkan insan yang mulia, unggul dan utopia


4.) Bagaimanakah untuk mewujudkan amalan budi bahasa dalam masyarakat Malaysia?

Kempen budi bahasa.
Sebagai institusi pendidikan, sekolah dan pusat pengajian lain mesti mempertingkat
kefahaman pelajar tentang nilai murni menerusi pelbagai subjek diajar.
Pendidikan agama dan moral, pendidikan akademik sangat penting untuk anak-anak.
Ibu bapa menjadi teladan dan contoh yang baik kepada anak-anak supaya diikuti oleh
anak-anak kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya.
Media massa menyiarkan rancangan televisyen seperti drama yang menunjukkan
amalan budi bahasa
Memberi salam antara satu sama lain
Saling menolong dan membantu
Guna nada suara yang menyenangkan semasa bertutur

5.) 5.Nyatakan peranan guru dalam pemupukan amalan budi bahasa dalam kalangan
murid sekolah.
Menjadi contoh dan teladan yang baik
Bertutur dengan bahasa yang elok
Tegur dengan sopan santun jika pelajar melakukan kesalahan
Memerhati perlakuan pelajar pada setiap masa.
Memberi layanan yang sama rata kepada semua murid tanpa mengira kaum dan agama .
Memberi pendidikan yang sewajarnya.
Membetulkan tingkah laku pelajar yang negatif secara berhemah.