Anda di halaman 1dari 1

Usaha-usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di

negara kita
Semangat patriotik semakin luntur dalam kalangan masyarakat di negara kita pada masa ini
seperti yang didakwa oleh banyak pihak. Hal ini berlaku demikian kerana masing-masing sibuk
dengan urusan sendiri yang menyebabkan mereka tidak menghiraukan perkara lain. Pada
pendapat mereka, perkara yang penting dalam hidup ialah mereka perlu berusaha untuk mencari
kekayaan dan hendak mencari wang untuk menambahkan pendapatan semata-mata.
ebenarnya terdapat banyak cara yang boleh dijalankan untuk meningkatkan semangat patriotik
dalam kalangan masyarakat di negara kita. Satu daripada caranya adalah dengan memberikan
penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah lagi.
Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan
terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Tambahan pula, amalan ini penting kerana kita
dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa cinta akan negara dan tidak melakukan perkara-
perkara yang akan memburukkan nama negara.
Cara lain yang boleh dijalankan adalah dengan membuat pengubahsuaian dan memberikan
penekanan tentang aspek semangat patriotik ini dalam kurikulum di sekolah dan di
institusi pengajian tinggi. Dengan perkataan lain, perkara itu akan dipelajari secara formal di
dalam kelas, diuji dalam peperiksaan dan seterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian. Oleh
hal yang demikian, semangat patriotik itu akan terus subur dalam sanubari murid-murid
hinggalah selepas mereka menamatkan persekolahan atau pendidikan mereka di institusi
pengajian tinggi.
Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui
media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan
kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan
masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media
elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan
semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio
hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik
seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara.
Konklusinya, usaha-usaha untuk memupuk semangat patriotik perlulah dijalankan sepanjang
masa tanpa henti. Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan memainkan peranan
masing-masing agar semangat patriotik dapat dipupuk dan disuburkan dalam kalangan
masyarakat.